Thursday 30 October 2014

Macam mana boleh terjebak dengan Shaklee??


Assalammualaikum w.b.t semua..

Alhamdulillah, kita sudah pun berganjak ke tahun baru bagi yang islam. Rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua..Ingat lagi Maal Hijrah tahun lepas merupakan satu penghijrahan yang amat besar wat saya..


Dan Shaklee sendiri banyak mengubah kehidupan saya..


Gambar semasa perjumpaan pertama saya bersama Empayar Master Wan Fatihanum merangkap Nanny saya..


Berbalik pada entry harini..Kali ni nak cerita pengalaman saya sendiri macam mana saya boleh terjebak dengan Bisnes Online Shaklee ni..Kalau nak diikutkan, mula-mula saya memang kuno betul langsung tak pernah dengar pun produk jenama Shaklee ni..Saya start kenal Shaklee bila nampak iklan tentang set menyusu..Kalau ikutkan anak ke2 saya masa tu dah 6bulan..susu pun cukup-cukup makan..Lagi-lagi baby boy..Tapi disebabkan niat nak menyusukan anak saya usaha gak nak cari milkbooster..Pm punya pm, rupanya Set Menyusu ada banyak set mengikut keperluan dan bajet kita..tapi saya cuma amik trial pack je dulu sebabnya tak berapa yakin lagi dengan Shaklee ni dan baru nak mencuba..huhu

Bila dah cuba, mulalah jadi minat dan saya cuba pulak ESP. Alhamdulillah lepas cuba ESP, susu saya semakin banyak dan semakin pekat...Mulalah jatuh cinta dengan ESP dan Shaklee..Sejak dari hari tu, saya mula cuba satu-satu produk Shaklee yang ada..Masa mula-mula nak amik ESP macam tertelan-telan gak sebab takut rasa susu..dah lah saya ni anti susu..hahah takut muntah lak nanti minum..tapi bila dah minum, ok pulak sebabnya ESP ni rasa soya..Lepas ESP saya cuba pulak ostematrix sebab saya ni kekurangan kalsium. maklumlah tak minum susu kan???mana nak datang kalsiumnya padahal kalsium tu penting untuk perempuan lagi-lagi ibu yang lepas bersalin..Tau-tau nanti ada je gigi dan tulang yang rapuh..hahah

Bermula dari membeli, saya telah dipelawa untuk menjadi Ahli Shaklee oleh upline saya merangkap "mummy" saya. Dari situ, mulanya saya sekadar nak makan sendiri tapi bila dah masuk dalam group Jutawan Shaklee dan merasakan Aura mereka, saya mula buat Shaklee secara sambilan dan Alhamdulillah ianya membuahkan hasil..Memang tidak salah saya menyertai Shaklee..


Nak tahu, apa keistimewaan Bisness Shaklee ni?? Ada saya kongsikan cara buat duit dari rumah dengan Shaklee

  1. Tak perlu modal yang besar
  2. Upline dan Supported Group
  3. Tak perlu simpan stok dirumah
  4. Bisnes yang boleh diwarisi
  5. Semua dihujung jari
Apa tunggu lagi??Jom sertai kami sekarang..KAMI AKAN GUIDE FROM ZERO TO HERO..Tak perlu risau tentang tak tahu meniaga, tak reti nak promote, malu nak jual barang..Semua akan diajar oleh upline anda dan bimbingan diberi secara percuma tanpa bayaran. Strategi marketing ada disediakan dan akan diajar. Duplicate dari orang-orang yang sudah berjaya dan kita hanya ikut sahaja. Tak perlu takut terkontang kanting sebab kita adalah satu kumpulan dan bisness partner. Yang penting, kesungguhan kita sahaja..

Disini ada saya kongsikan sedikit gambar sewaktu Master Celebration di Hotel Pullman Putrajaya..Bukan calang-calang tempat ye untu Master Celebration ni..huhu







Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya di talian 013-2109044(pn.hajar)sms/whatsapp/wechat/telegram atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com

Baca Selanjutnya

Wednesday 29 October 2014

Panduan Menjaga Bayi Baru Lahir


Harini genap usia Nur Zahirah Humaira 50 hari dan masih diberi kesempatan oleh Allah s.wt untuk bernafas hingga ke hari ini..Zahirah merupakan anak ketiga saya so takdelah saya kekok sangat nak jaga die berbanding anak pertama saya dulu..Dulu masa mengandungkan Zahirah, saya dan suami tertanya-tanya sama ada "baby boy or baby gurl".hehe..sebab sebelum ni dah dapat sepasang..so kalau boleh naklah dua pasang selang-selang..Memang masa check up ada doc scan jantina, tp tak dapat nak tengok disebabkan air ketuban  saya berkurangan..masa tu baru 6bulan..tapi sampai kesudah tak dapat nak tengok..Last2 kami tunggu je sampai lahir dan Alhamdulillah ianya perempuan mengikut naluri saya sebagai seorang ibu..hehe teror tak saya??(senyum dengan bangga masa melahirkan) sebab husband macam tak caye je saya cakap perempuan itu naluri saya..hehe..

Ketahui cara-cara untuk menjaga bayi yang baru lahir



Amboi, panjang pulak intro saya ni..Ok, berbalik pada tajuk entri kita harini..Mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang baru sahaja melahirkan anak pertama..disini saya kongsikan sikit beberapa panduan untuk menjaga bayi baru lahir. Tapi sebelum tu, pastikan barang-barang keperluan bayi sudah mencukupi.

Kebiasaanya bayi yang baru lahir mahu sentiasa dibelai manja. Tangan ibu yang memandikan dia, urut dengan losyen dan bermain bersama dah tentu jadi momen yang indah buat kita dan baby. Baby amat sensitif pada persekitaran, oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat tentang kebersihan bayi termasuklah penjagaan kulit dan badan 

MANDI DAN MEMBERSIHKAN BAYI

Sebahagian daripada rutin harian kita ialah memastikan bayi sentiasa bersih. Dengan badannya yang masih kecil dan kelihatan halus dan lemah, pasti pengalaman memandikan bayi buat kali pertama kalinya merupakan perkara yang paling mencabar. Namun, jika kita memperuntukkan masa selama setengah jam, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dengan lebih awal dan cuba bertenang kita mungkin berasa seronok melakukannya. Lambat laun, ia akan menjadi rutin yang begitu mudah dan anda berasa amat yakin dan tidak kekok untuk melakukannya lagi. Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi yang tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita disarankan agar membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai barulah membeli pek yang lebih besar. 

Saya ingat lagi pengalaman melahirkan anak kedua saya Muhammad Zahiruddin..Masa lahir, kepala dan badan die penuh dengan ruam yang kecik-kecik..Biasa kepala orang kata kerak kepala, tapi badan penuh dengan ruam..Mula-mula saya guna sabun Anakku, tapi bila Nurse datang rumah cek, dia suruh saya tukar pada sabun SebaMed sebab mungkin kulit anak saya terlalu sensitif. Alhamdulillah lepas guna SebaMed memang ruam tu sumer hilang..Ingatkan bila dah ok, bolehlah tukar pada sabun jenama lain, tapi tak..Bila tukar je ruam naik balik sampailah umur die 1tahun setengah..Alhamdulillah sekarang dah 2 tahun 3 bulan baru boleh guna sabun biasa..Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan..

Untuk membersihkan bayi anda dapatkan barangan seperti dibawah ini:

  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

SET PENJAGAAN BAYI

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya yang perlu disediakan. Barangan tersebut ialah :-

  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus bayi
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

TIPS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

  1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  2. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi dengan ubat yang diberikan doktor. Jangan sesekali sapu tali pusat bayi dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga boleh membawa maut.
  3. Sekiranya anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  4. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  5. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia kembung atau muntah.

Anak ketiga kesayangan ibu

Dan ini adalah Nur Zahirah Humaira..Kali ni senang sangat saya nak jaga dia sebab tak banyak ragam..Menyusu pun kuat..huhu..Kalau abang dia dulu, susah sikit nak jaga sebab kulit terlampau sensitif..Pastu kadang-kadang meragam masa dalam pantang. Tapi masa 1bulan je naik 2kg..huhu memang terkejut sangat..Bayangkan dia 3bulan berat dia 8kg..

Anak kedua kesayangan ibu

Inilah anak kedua saya Muhammad Zahiruddin..Berbeza kan masa dia baru lahir dan selepas sebulan??huhu.

Anyway, setakat ni je coretan saya hari ini..semoga bertemu lagi dilain hari dan lain entry..Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, saya ucapkan tahniah dan selamat mengharungi alam berpantang..Saya dah lepas dah..hehe

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 0132109044 (whatsapp/wechat/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Tuesday 28 October 2014

Soya Berbahaya untuk Kesihatan???




Soya Bahaya untuk Kesihatan???O.M.G!!! Habis selama ni yang kita minum air soya bagai tu ape???NO!!NO!!NO!!

Terdapat 2 jenis soya iaitu GMO dan non-GMO


Bila tengok balik pada tajuk, rata-rata ibu diluar sana keliru dan tertanya-tanya betul atau tidak soya ni boleh effect pada anak/bayi mereka...Saya ingat lagi masa saya mengandung..Nurse pernah cakap, nak minum soya boleh tapi jangan minum selalu sebab nanti bila baby keluar kulit cepat sensitif. Oleh sebab saya tak minum susu, so saya prefer minum soya jelah option lain..tapi nurse nasihatkan saya supaya tukar pada hasil tenusu lain seperti yogurt dan sebagainya..Betul ke soya tu tak berapa elok untuk bayi?

Ada jugak sesetengah pendapat mengatakan protein soya (atau semua jenis soya) ni boleh ubah hormon anak terutamanya anak lelaki..takut jadi lembut lah bagai..So, ini adalah keterangan dari website Shaklee sendiri yang membuktikan secara klinikal manfaat utama soya dalam perkembangan kanak-kanak. 

"Childhood Development"

Asian women have been consuming soyfoods for centuries without any apparent adverse effects in the offspring. In pregnant women who consume soy, isoflavones are transferred to the fetus.


However, levels of the hormone estrogen are incredibly high compare to the small amounts of isoflavones in the womb or amniotic fluid. As a result, IT'S NOT LIKELY THAT ISOFLAVONES WOULD HAVE ANY TYPES OF ESTROGENICE EFFECT ON THE GROWING FETUS. Very little soy research has involved children or young people although several studies have found that adding soyfoods to the diet allows for normal growth and development.


Two studies, one in teenage boys and another in children 5 to 12 years of age, found that isoflavones DID NOT EXERT ESTROGEN-LIKE EFFECT OR PRODUCE ANY ABNORMALITIES. Also according to the American Academy of Pediatrics, soy infant formula leads to normal growth and development, futhermore, their position is that there is negligible (the safest possible rating) concern about the safety of soy infant formula.


Finally, one advantage of consuming soy early in life may be protection against breast cancer. Epidemiologic studies show that consuming approximately one serving of soy per day during childhood and or adolescence REDUCES BREAST RISK CANCER later in life by as much as 50 PERCENT.


Mark Messina, PhD




ok,maknanya kajian jelas menunjukkan bahawa soya tidaklah membahayakan kesihatan malah mempengaruhi hormon bayi terutama lelaki..Namun, perlu diingat bahawa soya terbahagi kepada dua iaitu:-

  1. GMO (Genetically Modified Organisms)
  2. Non-GMO (Non Genetically Modified Organisms)
GMO bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Manakala non GMO pula adalah dimana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia. Tahukah anda bahawa 96% soya didunia adalah soya GMO..

Nak tahu selanjutnya perbezaan GMO dan non GMO??Ada saya kongsikan perbezaan Esp dan Soya biasa. Esp Shaklee adalah Non-GMO Soya berbanding Soya biasa iaitu GMO soya.

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 0132109044 
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Baca Selanjutnya

Monday 27 October 2014

Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)



Sempena Promosi ESP yang akan berakhir tak lama lagi, apakata kita amik tahu sikit apa itu Energizing Soy Protein dan apa yang istimewanya ESP ni sampai ramai pelanggan yang memerlukannya.

Jika anda adalah salah seorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang dicari-cari selama ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING/BEST SELLER/POPULAR PRODUCT/HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee

ESP adalah HOT SELLER dan amat sesuai untuk semua golongan


Apa itu Energizing Soy?

Energizing Soy adalah protein soya yang berkualiti tinggi yang didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam untuk memelihara protein tersebut supaya tidak musnah pada suhu yang tinggi.

Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?dan siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Adakah ESP sesuai untuk semua lapisan?

Jawapannya adalah YA. ESP sesuai untuk semua lapisan antaranya ialah :-

  1. Ibu-ibu yang bekerjaya. ESP membantu memberikan tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
  2. Wanita yang ingin menguruskan badan : Hanya bancuh ESP dengan minuman kegemaran anda pada setiap pagi dan anda akan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!!
  3. Ibu-ibu yang menyusukan anak : Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu disamping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu secara konsisten.
  4. Pesakit kencing manis : ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka. Ia membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW...TERBAIK!!! 
dan ramai lagi seperti lelaki wanita tua, muda, ibu mengandung, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang nak kurus, yang nak gemuk, ingin tambah tenaga, dan sebagainya. Pendek kata, anda kamu dan dia yang sihat ingin kekal sihat..InsyaAllah!!


Cara Bancuhan ESP

  1. ESP+Air suam
  2. ESP+Fresh Milk
  3. ESP+Fresh Milk+kurma (rendam kurma dalam susu...selepas beberapa jam, blend/shake it dan campur dengan 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga,malah meningkatkan penghasilan susu)
  4. ESP+susu Anmum
  5. ESP+Performance Drink Shaklee+Mealshake Shaklee
  6. ESP+Nesvita 3in1
  7. ESP+Jus twister tropicana
  8. ESP+Ribena
  9. ESP+jus buah-buahan (tembikai, epal, lobak dan sebagainya)
  10. ESP+Milo/Horlicks
  11. ESP+Sirap Bandung
  12. ESP+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu (semua ni bancuh dan blend)..ianya baik untuk otak, tenaga dan diet yang sihat..Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya

Ha, dah ternyata kan ESP ni banyak kebaikannya dan tak salahlah kalau ia menjadi HOT SELLER!!Nak dapatkan harga kasih sayang, boleh hubungi saya di talian 0132109044(pn. hajar) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, prevent, cure or treat any disease**





Baca Selanjutnya

5 cara elak atau legakan kaki kejang


Assalammualaikum w.b.t semua..hee harini kita bersiaran pada waktu pagi pulak..sebelum ni selalu update blog malam-malam tapi kali ni lepas bangun pagi buat sarapan, saya terus masak untuk tengahari..so bila anak tido siang ni adalah masa terluang sikit nak buat apa pun..

Ok, berbalik pada tajuk entri kita harini..iaitu Cara elak atau legakan kaki kejang..


Ketahui cara-cara mengelakkan kekejangan kaki berlaku

Kekejangan kaki ni kebiasaanya terjadi kepada setiap wanita..Lebih-lebih lagi bagi wanita yang lepas bersalin dan tidak menjaga pantang dengan betul..Saya sendiri mengalaminya selepas bersalinkan anak pertama dan hamil anak ketiga..Alhamdulillah, selepas mengamalkan Ostematrix Shaklee masalah kejang kaki dapat diatasi. Antara cara-caranya ialah :-

  1. Lakukan regangan ~ Lakukan senaman regangan pada bahagian kaki sebelum tidur kerana ia boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki.
  2. Jangan berada dalam satu posisi terlalu lama ~ Elakkan daripada berdiri atau duduk dalam tempoh yang panjang kerana ia boleh menyekat pengaliran darah ke bahagian kaki.
  3. Bersenam ~ Senaman yang dilakukan secara kerap seperti berjalan kaki dapat mengelakkan masalah kekejangan kaki.
  4. Minum banyak air ~ Dehidrasi boleh menyebabkan kekejangan. Jadi, banyakkan minum air di siang hari
  5. Mengurut ~ Apabila anda mengalami kekejangan, tenangkan otot berkenaan dengan melakukan urutan lembut atau tuamkan dengan tuala suam atau botol berisi air suam.
Ada juga yang mengaitkan bahawa masalah kekejangan kaki ini berlaku apabila kekurangannya kalsium dalam badan. huhu, saya sendiri mengakuinya kerana saya memang tak minum susu so mana nak datangnya kalsium kan??dari kecik sampailah ke besar memang tak boleh masuk tekak langsung susu ni..dah lah dengan baunya..memang meloyakan..Pernah try sekali nak minum..bila dah sampai dekat tekak, muntah balik lah cerita dia..tapi Alhamdulillah sejak mengenali Shaklee, saya mengamalkan Esp Shaklee sebagai pengganti susu sehingga ke hari ini. Ini kerana ESP adalah berasaskan soya dan saya penggemar soya, Sekian dari saya, bersiaran di entry yang akan datang da..

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 0132109044 whatsapp/telegram/wechat
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
Baca Selanjutnya

Sunday 26 October 2014

Cara menyimpan makanan dengan betul






Bila tengok pada tajuk, mesti ada yang tertanya-tanya..Betul ke cara aku simpan makanan selama ni???huhu

Ok, kita berbalik pada tajuk entry kita harini iaitu cara menyimpan makanan dengan betul..Ramai yg tidak tahu bhawa cara manyimpan makanan yang salah boleh menjejaskan khasiat sayur, ikan, ayam, dan macam-macam lagi sumber makanan terutamanya apabila menyimpan didalam peti ais..Oleh itu,adalah amat penting buat kaum wanita mengetahui cara yg tepat menyimpan makanan di rumah..



Cara menyimpan makanan bukanlah terhad kepada bahan mentah semata-mata tetapi juga lebihan makanan yang telah dimasak. Disini terdapat 3 garis panduan untuk menyimpan makanan iaitu:-
  • Penyejukan
  • Pembekuan
  • Menyimpan pada suhu bilik

Tujuan makanan tersebut perlu disimpan dengan betul dan sempurna ialah bagi memastikan makanan tersebut berada dalam keadaan selamat sehingga ia dimakan semula. Selain itu, ia juga bagi mengekalkan bentuk fizikal dan rasa makanan tersebut agar sentiasa terpelihara dan paling penting mengekalkan khasiat yang terkandung didalamnya..

Penyimpanan dalam peti sejuk

Cara yang terbaik menyimpan makanan didalam peti ais adalah seperti berikut:-
  1. Guna beg plastik - Simpan semua makanan yang sudah siap dimasak ke dalam bekas bertutup seperti beg plastik bertutup dan dibalut dgn kertas aluminium atau plastik nipis. Ia dapat membantu mengurangkan proses pengeringan, pencemaran, perubahan bau atau tertumpah.
  2.  Asingkan bahan makanan - Amalkan menyimpan makanan yang sudah dimasak dibahagian sejuk (atas) tetapi bezakan dengan bahan yang mentah. Ini kerana bahan-bahan seperti daging, ikan dan sayur- sayuran mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan yang siap dimasak sekaligus mengakibatkan masalah keracunan dan basi.
  3. Bekas berpenutup untuk bahan mudah tumpah- Cuba simpan bahan mentah yang mudah tumpah ke dalam bekas bertutup. Kemudian letakkan di bahagian bawah peti sejuk kerana tumpahan yang berlaku di dalam peti sejuk hanya akan membiakkan bakteria dan mengotorkan kawasan sekitarnya.
  4. Cara menyimpan telur -Telur perlu disimpan di bahagian yang sejuk  dalam peti ais kerana suhu yang lebih rendah hanya akan melembapkan lagi proses pembiakan bakteria.
  5. Bungkus sayur - Bungkus sayur-sayuran dengan plastik berlubang supaya dapat mengurangkan kehilangan air sekaligus melancarkan pengaliran udara di dalamnya.
  6. Simpan sayur-sayuran di tempat yang sesuai - Simpan sayur dan buah-buahan di bahagian laci bawah peti sejuk untuk mengelakkan ianya rosak dan masalah pembekuan
  7. Jadikan rutin - Pelajari cara yg betul untuk menyimpan makanan supaya tidak menjejaskan khasiat makanan dan memastikan makanan yang dihidang adalah makanan yang sihat untuk ahli keluarga.
  8. Alih makanan dalam tin - Makanan dalam tin yang telah dibuka tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk begitu sahaja. Cara yang betul untuk menyimpannya ialah dengan memindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup. Ini untuk mengelakkan tindak balas logam ke atas udara apabila makanan berkenaan dibiarkan di dalamnya.
  9. Sejukkan makanan sebelum disimpan - Makanan yang telah dimasak tidak boleh diletakkan terus ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pertambahan kelembapan di samping mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
  10. Simpan bekas rapat-rapat -Sewaktu menyimpan makanan di dalam peti sejuk, susun bekas berkenaan rapat-rapat agar udara yang mengalir di dalamnya dapat disebarkan sekata.
  11. Tiga hari untuk simpan makanan basah - Elakkan menyimpan makanan mentah seperti  daging, ikan atau yang serupa dengannya di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Ia bagi mengelakkan pembiakan bakteria akibat dari kandungan protein serta kelembapan yang tinggi malah ada di antaranya akan mengeluarkan bau busuk.
  12. Buang makanan lebih dari 5 hari - Lebihan makanan yang tidak habis dimakan masih boleh disimpan tetapi ada tempohnya. Setelah masuk hari kelima dinasihatkan agar membuang sahaja makanan berkenaan kerana ditakuti berlakunya pembiakan bakteria berbahaya di dalamnya.

Jika sebelum ni saya terangkan cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk, namun makanan masih boleh disimpan pada suhu bilik dengan kaedah berikut:-

  1. Bekas kedap udara untuk bahan kering -Bahan-bahan kering seperti tepung, gula, beras,serbuk teh dan sebagainya perlu disimpan dalam bekas udara. Tujuannya adalah untuk menghalang pencemaran di samping mengelakkan 'pencerobohan' daripada makhluk perosak seperti lipas, tikus dan macam-macam lagi.
  2. Jauhkan rencah memasak daripada sinaran matahari -Rencah memasak seperti bawang dan ubi kentang perlu disimpan pada tempat sejuk dan kering. Jauhkan bahan berkenaan dari terkena sinaran matahari kerana ia mudah bercambah dan tidak elok jika ingin digunakan dalam masakan.
  3. Simpan susu di tempat sejuk dan kering - Susu kotak yang masih belum dibuka perlu disimpan di tempat sejuk. Bagaimanapun setelah dibuka maka ia perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh satu minggu.

Ha, agak-agak ibu-ibu semua simpan makanan dengan cara yang betul tak??Secara jujurnya, saya sendiri pun selama ni main simpan dan campak je kat mana-mana ruang untuk disimpan dalam peti ais..Kadang-kadang bahan mentah tu pun saya masukkan terus dalam tempat beku sekali dengan plastiknya (ni kes kalau terlampau malas nak siang..hahah). Baru hari ni kita sedar yang selama ni cara kita menyimpan makanan adalah salah..So, apa tunggu lagi???Jom tukar cara simpan makanan yang betul mulai hari ini. Oklah, setakat ni je entry saya hari ini.

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Fb : Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Beauty & Healthy Is You, Permatahatibidadariku
Contact : 0132109044 (whatsapp/wechat/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

Baca Selanjutnya

Friday 24 October 2014

ESP (Energizing Soy Protein) vs Soya Biasa


ESP (Energizing Soy Protein) vs Soya Biasa 

Hai blogger semua, sempena promosi ESP pada bulan oktober 2014 ini saya akan kongsikan sikit apa perbezaanya Soya biasa dan Energizing Soy Protein. Memang tidak dinafikan ramai yang bertanya dan meragui khasiat ESP ini malah menyamakan ia dengan sumber soya biasa. So, kat sini sasya akan kongsikan apa bezanya ESP dengan sumber soya biasa..Makan tanpa ilmu, akan membuatkan kita mudah goyah dan tidak berkeyakinan. Oleh itu, semoga perkongsian saya pada hari ini dapat memberi pemahaman kepada setiap orang yang mengamalkan ESP ini.




ESP IALAH PROTEIN..KENAPA PROTEIN PENTING???


  • Protein adalah makanan yang penting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • ESP merupakan sumber "Protein Lengkap" dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Non-Gmo Soya adalah berasaskan tumbuhan semulajadi yang rendah lemak dan bebas kolesterol serta terbukti secara klinikal dapat membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah. Kandunga lemak dalam ESP sangat minimun iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Paling penting ianya tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Kelebihan ESP adalah menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan untuk menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. Ia juga dapat menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama-sama supplement lain akan membantu penyerapan yang lebih baik kerana ianya cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP.


7 KRITERIA ESP BERBEZA DENGAN SOYA BIASA



  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic ~ Mengapa soya itu mesti ditanama secara organik kerana kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soya ini.
  2. Soya itu mestilah Non-Gmo (tidak dihasilkan secara genetik) ~ Kenapa protein soya mestilah "non genetik engineered" kerana secara umumnya kacang soya yang berasal dari genetik ini adalah murah untuk dihasilkan (perbezaan vitamin sintetik dan vitamin mineral) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos dan sudah tentu menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis kerajaan Brazil menekankan bahawa berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.
  3. Protein Soya itu mestilah mengandungi 9 asid amino yang diperlukan ~ Ciri ini adalah amat penting kerana badan kita memerlukan kesemua 9 ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim. Sekiranya salah satu asid amino ini hilang, sistem imunisasi boleh berkurangan 30% dan banyak fungsi penting di dalam badan akan terbantu dan berhenti.
  4. Dalam proses pembuatan Isolate Soya, Soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan Alcohol ~ Bagi orang Islam, Alkohol tu dah tentulah haram satu hal jugak, tapi kalau dicuci dengan Alkohol, ianya akan memusnahakan kandungan isoflavone sehingga 88%. Sedangkan Isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko cancer paru-paru dan lain-lain. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  5. Bahan anti thyroid/bahan-bahan anti pertumbuhan mesti disingkirkan ~ Soya yang mentah mengandungi anti pertumbuhan, anti bahan-bahan tyrosin sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan sindrom kaki resah. Cuba cari jenama yang menggunakan proses yang mengestrak yang menghilangkan bahan ini namun menyimpan soya dalam bentuk yang mentah untuk mengekalkan tahap tertinggi asid amino dan isoflavones yang amat sensitif kepada haba.
  6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan ~ Asid Amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Dalam beberapa kajian, protein yang dimasak telah menunjukkan tahap kerosakan sebanyak 50% daripada beberapa asid amino penting. Sekiranya seseorang individu mengamalkan diet yang kurang asid amino secara konsisten akan menghasilkan keputusan dimana pembentukan yang tidak mencukupi untuk hormon dan otak serta pembentukan tisu badan yang lain.
  7. Isolate Soya mesti ditambah dengan unsur kalsium..Kenapa? ~ Kajian menunjukkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh demikian, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya itu untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu, Kebanyakan pengusaha atau pengeluar protein tidak menambah kalsium yang cukup didalamnya.


Ha, dah tahu sumer kan kenapa ESP Shaklee ni berbeza dari Soya yang lain??? Saya nasihatkan, sebelum mengambil mana-mana produk berasaskan soya, sila teliti dahulu kandungan Soya tersebut. 
Oklah, setakat ni je penceritaan saya..dah mengantuk lah pulakk..hehe..Sambung di entry yang akan datang..Selamat Malam


**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease**

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya ditalian 0132109044 (pn.hajar) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com

\

Baca Selanjutnya

Thursday 23 October 2014

Cara Memilih Pam Susu untuk ibu2 yang bekerja



Assalammualaikum semua..Harini genap 44hari saya berpantang..huhu dah abis pun..sekejap je kan..

Ok, entry harini tentang bagaimana cara memilih pam susu untuk ibu2 yang bekerja..Kebiasaannya, ibu2 yang bekerja mempunyai cuti selama 60hari..tolak 44hari berpantang, so ibu2 masih mempunyai baki sebanyak 16hari selepas berpantang..Oleh itu, sekiranya ibu-ibu diluar sana yang ingin memberi anak susu ibu sepenuhnya, perlulah membuat stok susu bermula ketika didalam pantang lagi.. dalam masa yang sama, cuba cari pam-pam susu yang agak2 sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja. Terdapat pelbagai jenis pam susu iaitu pam tunggal (single) atau pam berganda (double). Namun, ia juga terbahagi kepada manual, battery operated, serta batery dan electric. Disini saya kongsikan tips-tips memilih pam susu.

Dalam membuat pilihan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Antaranya ialah:-


  1. HARGA - Pam menyusu dijual dengan pelbagai harga. Oleh itu, belilah mengikut kemampuan anda. Anggaplah ia satu pelaburan jangka panjang kerana penyusuan susu ibu lebih menjimatkan berbanding susu formula. Pam manual atau menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik jika sukar mendapatkan  bekalan elektrik. Jika mmpunyai bajet, bolehlah memilih pam yang berfungsi menggunakan elektrik dan bateri
  2. MUDAH DIGUNAKAN - Kerapkan mengepam setiap hari, seperti 2 atau 3 jam sekali. Jadi pilih pam yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang serta dibuka. Ia juga mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengira masa.
  3. BERAT DAN SAIZ - Saiz dan berat pam adalah perkara penting yang perlu diambil kira. Bagi ibu yang bekerja, pam yang ringan dan kecil akan memudahkan untuk membawanya ke pejabat atau juga ketika bertugas di luar kawasan.
  4. BUNYI - Pam payudara yang berkualiti tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi, untuk memudahkan anda membawanya ke pejabat atau juga ketika bertugas di luar kawasan.
  5. KETAHANAN - Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu dianggap sebagai satu pelaburan. Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan anda mengepam. Ciri ini penting terutamanya untuk pam elektrik kerana ibu-ibu perlu mengambil kira ketahanan motornya. 
  6. ARAS KELAJUAN - Lihat aras kelajuan pam yang mempunyai beberapa pilihan antaranya perlahan, sederhana dan laju. Kita boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara.
  7. CARA MENGEPAM - Jika ibu-ibu tidak punya masa yang banyak, pilihlah pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama. Ini kerana, ia dapat mengepam susu dengan banyak pada masa yang singkat lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja.
Dibawah ni adalah contoh2 pam susu yang terdapat di pasaran..

Auntumz Passion


Rumbletuff Double Pump


Medela Freestyle


Malish Double Electric Pump


Unimom Forte

Lacte duet

Ok, saya rasa setakat ni je cerita saya tentang pemilihan pam susu untuk ibu-ibu yang bekerja..Semoga ianya menjadi manfaat bagi ibu-ibu yang bekerja diluar sana..Tapi apa yang penting, tepuk poket tanya selera ya!!hehe.. Kalau tanya pendapat saya, saya lebih suka beli pam yang double dan murah..kalau rasa mampu nak beli Pam Medela Freestyle yang beribu2 tu apa salahnya..simpan duit sikit2 sampai cukup pun boleh..tapi sekarang ada juga penjual yang wat sistem kutu ansuran untuk breastpump medela freestyle ni ketika kita masih hamil lagi..so, bolehlah tinjau2 dulu ye..daaa

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Fb : Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Beauty & Healthy Is You , permatahatibidadariku
Contact : 013-2109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com





Baca Selanjutnya

Wednesday 22 October 2014

Adakah mengidam itu sihat??




Bila baca tajuk je mesti semua boleh tahu apa agaknya cerita saya malam ni kan??Mengidam ni biasa dikaitkan dengan ibu2 yang hamil dan saya sendiri pernah mengalaminya..Didalam entry sebelum ni, ada saya ceritakan tentang apa yang saya mengidam 





Terdapat segelintir ibu2 hamil yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan makanan tertentu. Namun begitu kebanyakan pakar pemakanan beranggapan hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin penyebab rasa mengidam. Tidak menjadi salah sekiranya seseorang wanita itu mengidam makanan tertentu asalkan makanan yang diidamkan adalah sihat dan tidak mendorong kepada sebarang kesan sampingan kepada diri dan kandungan. Sekali sekala rasa mengidam itu boleh diterima dan makanan yang diidamkan itu boleh diambil untuk memuaskan hati tetapi perlu diingat ianya harus diambil secara sederhana. Kadang-kadang kita selalu dengar ibu2 yang hamil ni mengidam benda2 yang plik macam teringin kunyah beras, makan sabun, pasir dan sebagainya.. Saya teringat lagi satu pengalaman kawan saya yang mengandung sama dengan saya..Masa tu, dia mengidam nak makan sabun fab..(memang agak pelik kan) tapi ada sesetengah orang cakap jangan diikutkan sangat mengidam benda2 yang bukan2 ni sebab tak elok untuk kandungan..Oleh itu, apa yang penting makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia ternyata dapat memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.

Sekiranya makanan yang diidamkan kurang berkhasiat, jangan abaikan rasa mengidam tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengidam aiskrim, anda boleh memakannya dalam kuantiti yang sedikit semata mata untuk memenuhi rasa mengidam. Sebagai langkah keselamatan diri dan bayi, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik jika anda mengidam sesuatu yang bukan terdiri daripada makanan. 

PETANDA MENGIDAM


  • Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh
  • Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk coklat
  • Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
  • Terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.

CARA MENGATASI MASALAH MENGIDAM

  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Ambil makanan seimbang 6 kali sehari
  • Sekiranya rasa mengidam menguasai diri, lakukan aktiviti-aktivit yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli belah ataupun menonton wayang.
  • Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
  • Jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan berlebihan
  • Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya, pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah sewaktu hamil.

Wallahualam..Semoga perkongsian saya pada malam ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang hamil diluar sana dan menjadi manfaat kepada saya juga.

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Binti Bahaman
Facebook : Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Permatahatibidadariku, Beauty and Healthy Is You
email : nurhijratulhajar@yahoo.com
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)

Baca Selanjutnya

Sunday 19 October 2014

Makanan untuk ibu berpantang




Bila tengok tajuk je mesti ibu2 teruja n ternanti2 nak tau kan?? ok, malam ni saya akan kongsikan sikit apa yg saya tahu..Kebanyakan ibu yang lepas bersalin akan melalui fasa berpantang iaitu selama 44 hari tak kira sama ada secara normal ataupun pembedahan.. Berpantang adalah amat penting untuk mengelakkan rahim jatuh  ataupun tumpah darah..Selain itu untuk mengembalikan kesegaran badan selepas melalui proses bersalin dan menambahkan susu ibu..
Rata2 ibu2 diluar sana mesti tercari2 apa yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan.. Tapi yang paling famous ramai ibu2 tahu makanan untuk ibu yang berpantang ialah ikan bilis, ikan tenggiri, sawi, lobak merah dan lobak putih.. Sebenarnya banyak lagi lauk, sayur dan buah buahan yang boleh ibu2 makan ketika berpantang..

Bila bercerita pasal berpantang, ramai yang cakap setiap orang lain cara berpantangnya bergantung pada ketahanan badan seseorang itu.. Kita kena try n error..Tapi kena ingat, apa yang kita makan akan memberi kesan pada bayi sekiranya menyusu badan.. Alhamdulillah harini genap 40hari saya berpantang dan ada 1 hari saya bentan gara2 makan brokoli..huhu nasib baik tak lama...

Ok, ni saya ada sediakan senarai makanan untuk ibu berpantang..




Ha, banyak lagi kan ikan yang boleh ibu2 berpantang makan?? Tapi kena ingat ye, ibu2 cuma ada 3 cara untuk memsak iaitu kukus,bakar dan rebus..menggoreng adalah tidak digalakkan sama sekali..

Oklah,sampai disini je coretan saya pada kali ini..semoga perkongsian saya pada hari ini dapat membantu ibu2 diluar sana melalui fasa berpantang dengan jayanya..

Your Shaklee Independent Distibutor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Facebook: Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Beauty & Healthy Is You, Permatahatibidadariku
Contact: 013 2109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

Baca Selanjutnya

Thursday 16 October 2014

Pencuci botol yang selamat untuk bayi


Bila becerita tentang pencuci botol susu, ramai ibu2 diluar sana tercari2 pencuci yang betul2 selamat untuk bayi.. Memang tak dinafikan terlalu banyak jenama pencuci botol di pasaran sekarang seperti pureen, pigeon, tollyjoy, sleek dan macam macam lagi tapi adakah ianya benar benar selamat untuk bayi.. 


Ni adalah contoh pencuci botol yang pernah saya guna..bila diteliti kandungannya terlalu banyak istilah kimia yang kita tak tahu kecuali ada ibu2 yang study kimia..huhu jgn marah ye..

Kebiasaanya, saya akan belek dulu semua isi kandungan seperti sabun, shampoo dan sebagainya kerana setahu saya sodium laureth sulfate adalah berbahaya kepada kita sebagai orang dewasa apatah lagi bayi..Jika diamati kandungan pencuci botol pureen tidak mempunyai sodium laureth sulfate (so mungkin selamat untuk bayi) tetapi pencuci botol sleek mengandungi sodium laureth sulfate..

Mengapa saya menegaskan disini bahawa sodium laureth sulfate tidak selamat dan berbahaya kerana sodium laureth sulfate ini digunakan didalam bahan pencuci untuk menghasilkan buih yang banyak dan boleh menyebabkan kanser..



Oleh itu, sanggupkah kita sebagai ibu mendedahkan risiko berbahaya ini kepada anak?? Jom dapatkan pencuci botol yang lebih selamat..Basic H Shaklee  ada jawapannya..Ramuan semulajadi dari air dan ekstrak jagung 100% selamat untuk bayi dan seisi keluarga..

Sekiranya anda ingin mendapatkan Basic H ini sendiri blh klik disini



** These statement have not been evaluated by The Food an Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease**
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 0132109044 (pn.hajar) atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com
Baca Selanjutnya

Udang masak stim tomyam







Huhu, bila tengok tajuk je macam sedap kan??? Sebenarnya resepi ni dibuat masa puasa aritu tapi baru harini nak update..tengok berapa lama saya tak update blog kan??hihi..tak lama lagi dah nak habis pantang..seronoknya.. Nak jadikan cerita, resepi ni dihasilkan apabila saya mengidam nak makan udang galah. Punyalah saya dengan hubby cari satu kuala selangor sampai ke sabak bernam tapi tak jumpa jugak..tapi nak sedapkan hati hubby yang dah bawak pergi cari udang galah ni, saya belilah jugak udang ni..Boleh tahan besar gak udangnya tapi tak tahu nama udang ni apa..1kg Rm40.00 so saya beli 1/2kg je Rm20.00..Balik je rumah apa lagi terus masak lah untuk berbuka..

Ok, ni resepinya..

Udang 1/2kg (saiz besar/sederhana)
2 sudu pes tomyam
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
daun saderi/daun sup
garam

Cara-caranya
Kisar kesemua bahan tersebut,daun saderi atau daun sup diracik utk tabur atas udang..

Masukkan kesemua bahan dan gaul bersama udang. Kemudian letak didalam aluminium foil untuk senag dikukus..tadaaa siap dan sedia dihidang bersama nasi.. selamat mencuba!!




gambar kurang cantik sebab saya tak amik coz kulinari..huhu





Baca Selanjutnya

Tuesday 14 October 2014

Esp milkbooster terbaik bagi ibu2





Aslmkm dan selamat malam semua..Jam menunjukkan pukul 10 mknanya dah malam la kan??huhu mungkin ada yg dh tido sebab esok nak kerja kan??Baru berkesempatan nak mengupdate blog lepas anak dara dan anak teruna tido..Kalau tak,memang tak menang tangan dibuatnya sebab jarak usia yg terlalu dekat..




Ok,malam ni nak cerita sikit tentang kisah hidup saya dan bagaimana Esp sebagai milkbooster..Alhamdulillah harini dah 32 hari saya berpantang dan saya mampu membuat stok susu untuk anak saya bila dah start kerja nanti..Sebelum tu nak cerita sikit pengalaman saya..Anak pertama memang tak dapat nak bagi susu badan sebab pengetahuan tentang penyusuan adalah zero..sambung pada anak kedua,niat dihati memang nak menyusukan sehingga dua tahun tapi terpaksa campur fm sebab tak cari knowledge btl2 tentang breastfeeding dan macam mana persediaan utk bekerja..pada masa yg sama saya lambat kenal shaklee dan saya takde stok susu langsung..Alhamdulillah anak ketiga ni memang rezeki anak saya utk dapatkan susu ibu insyaallah sehingga 2 tahun..


Selari dengan promosi Esp pada bulan ni Buy 6 free 1 memang sangat berbaloi2 untuk ibu ibu yg menyusukan anak dan ingin membuat stok..Esp bukan sahaja sebagai milkbooster malah memekatkan susu ibu dan memberikan rasa kenyang pada bayi..Selain itu Esp bukan sahaja untuk para ibu yang menyusukan anak malah ia amat sesuai untuk semua golongan..

Ni adalah stok susu yg saya kumpul dalam masa berpantang..sekali pam saya akan dapat 7oz dan dalam masa sehari saya boleh dapat 28oz sekiranya saya rajin pam setiap 3 jam sekali..(tapi kadang2 malas gak..huhu biasa buat tandem nursing je..nak tahu ape tandem nursing??nantikan entry seterusnya..) dan inilah hasilnya..

Hasil simpanan stok sy semasa dalam pantang

Dan ini adalah permatahati dan bidadari saya..

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intend to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 013-2109044 (pn.hajar) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com
Baca Selanjutnya