Monday 22 December 2014

Suprise birthday buat suamiku

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Sepatutnya entri ni saya buat hari ahad yang lepas tapi masih tak berkesempatan sehingga hari ini.. Saja nak kongsi cerita gembira,pada hari ahad yang lalu saya dan anak pertama saya telah membuat suprise birthday untuk suami sempena hari lahirnya yang ke 38tahun..Hari lahir yang sebenar ialah 22hb disember tapi terpaksa disambut pada 21hb kerana suami terpaksa outstation pada 22hb..

Ini adalah kek coklat cheese yang saya tempah secara online di rawang..Puas saya cari kedai yang berkedatan yang boleh menempah kek bersama gambar peribadi di atasnya namun tidak juga jumpa..Alhamdulillah hasil usaha google akhirnya saya jumpa laman web Nora's Cake House yang hanya beroperasi di rumah Taman Tun Teja Rawang..So tak jauh sangat dengan saya..Nora's Cake House juga ada menyediakan kos penghantaran..Memang sangat cantik kek ni dan rasanya pun sedap..
Nak jadikan cerita, sebelum nak buat suprise tu..saya suruhlah damia tutupkan mata ayah dia tapi ayah dia taknak..So apalagi, saya pulaklah yang kena gantikan tempat damia..Tutupkan mata suami dan damia bawak keluarkan kek..Bila dah letak atas meja,terkejutnya suami bila tengok ada kek atas meja..Seterusnya bermulalah sesi menyanyi dan meniup lilin..

Untuk suamiku, ku doakan semoga panjang umur,dimurahkan rezeki untuk kita sekeluarga,bahagia disampingku dan zuriat yang soleh dan solehah..Aminn..

Sekianlah entri saya pada kali ini..

Baca Selanjutnya

Monday 15 December 2014

Ketahui cara untuk menjadi ibu susuan supaya anak susuan mendapat khasiat susu ibu


Dilema seorang ibu untuk menjadi ibu susuan


Niat untuk menjadi ibu susuan itu adalah perkara yang murni, namun menjadi ibu susuan itu bukanlah perkara yang mudah. Pernah juga terlintas di hati ini ingin menjadi ibu susuan kerana stok susu yang terlampau banyak dan kerana kasihankan ibu yang tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk diberikan kepada bayi mereka. Tetapi akhirnya saya membatalkan niat tersebut kerana tidak diizinkan oleh suami. Disini saya kupaskan sedikit bagaimana cara untuk menjadi ibu susuan supaya tidak timbul perkahwinan tidak sah dimasa hadapan.


Ketahui cara untuk menjadi ibu susuan supaya tidak timbul masalah dimasa hadapan


Penyusuan anak angkat bukan sesuatu yang mudah. Biarpun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula!! Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam buku yang ditulis bertajuk " The Ultimate Breastfeeding Book of Answers". Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik untuk bayi selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Panduan sebelum menjadi ibu susuan

  1. Kaunseling- Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menjalani proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat(anda dan suami). Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan anda berdua daripada segi mental dan fizikal sebelum menerima tanggungjawab yang besar untuk memelihara anak angkat. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang bakal dilalui bukanlah sesuatu yang biasa tetapi memerlukan proses adaptasi.
  2. Persediaan Fizikal- Setelah bersedia daripada segi mental, seterusnya anda berdua perlu melakukan persediaan fizikal termasuk memulakan rangsangan dengan kaedah yg betul. Anda juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi termasuklah perbelanjaan rawatan penghasilan susu.
  3. Lakukan persediaan seawal mungkin - Bagi anda yang sudah bersedia untuk menghasilkan susu ibu, lakukannya seawal yang mungkin, Anda disarankan untuk melakukan seawal 6bulan sebaik sahaja keinginan anda untuk mengambil anak angkat dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, jika anda kesuntukan masa, anda masih boleh melakukannya asalkan mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus berusaha menghasilkan susu untuk diberikan kepada anak angkat yang bakal diterima.




Persediaan seawal 6 bulan

  • 6 bulan sebelum jangka waktu menerima bayi angkat, anda digalakkan memakan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10mg Domperidone 4 kali sehari selama seminggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencatkan penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  • Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20mg 4 kali sehari. Payudara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun ianya adalah normal.
  • Teruskan untuk mengekalkan dos yang sama sehingga 6minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi tersebut.
  • 6 minggu sebelum mahu mengambil anak angkat tersebut, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20mg Domperidone 4kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini dapat mengurangkan paras progesteron dan sekaligus meningkatkan penghasilan prolaktin sebagai persediaan mencetuskan susu ibu.
  • 2 minggu berikutnya, anda boleh mula mengepam setiap 3 jam sekali. Sebaik-baiknya gunakan pam "double". Apabila mula mengepam, anda boleh mengamalkan memakan makanan penggalak susu ibu seperti halba dan oat. Anda juga disarankan untuk meminum banyak air tetapi kurangkan pengambilan minuman berkafein. Hal ini kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam tubuh.
  • Pada peringkat ini, susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warnanya putih jernih. Selepas beberapa hari atau minggu, susu sebenar akan terhasil.

Persediaan Kurang daripada 6 bulan

  • Makan pil perancagn (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  • Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancagn tetapi kekalkan dos Domperidone 20mg 4 kali sehari.
  • Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan Pam eletrik berganda. Makan makanan penggalak susu ibu seperti halba, oat dan minum banyak air.
Namun, selepas susu sudah dapat dihasilkan jangan lupa tips asas banyakkan susu supaya susu anda terus dapat dihasilkan sehingga anak mencecah umur 2 tahun.

Ketahui cara yang betul menghasilkan susu supaya menjadi ibu susuan


Syarat Menjadi ibu susuan mengikut lunas Islam

  1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun
  2. Anak yang disusukan, disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun
  3. Susu iu disyaratkan susu yang diberikan kepada bayi dapat membantu pertumbuhannya.

Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan dimana ia bermaksud menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses tersebut dikira sebagai 1 kali susuan. Jika proses penyusuan itu diselang dengan keadaan tertentu yang tidak mengambil masa yang lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali penyusuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payudara kanan ke sebelah kiri.

Untuk mendapatkan hasil susu yang meriah, saya mencadangkan Set 3M (Making More Milk) kerana mengandungi Alfalfa untuk membantu menghasilkan susu ibu dan membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang. Alhamdulillah saya sendiri telah mencubanya dan telah berhasil. 


Nak dapatkan Set Menyusu sendiri, boleh klik disini Set Menyusu supaya stok meriah atau

Hubungi saya sendiri.

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

 

Baca Selanjutnya

Friday 12 December 2014

Cara menyusukan bayi secara Alternatif apabila anak tidak mahu menyusu melalui botol


Ibu dilema kerana anak tidak mahu minum susu dalam botol

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Saat melahirkan anak itu merupakan perkara yang paling bahagia bagi seorang ibu. Namun, menjaga seorang bayi itu bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih bagi ibu-ibu yang tidak mempunyai pengalaman. Selepas dilahirkan, si anak akan diberikan susu ibu yang terbaik sepanjang dalam tempoh ibu berpantang. Akan tetapi, risaunya hati si ibu apabila si anak tidak mahu minum susu menggunakan botol. Oleh itu, disini akan saya kongsikan cara menyusukan bayi secara alternatif.


ketahui cara menyusukan bayi secara alternatif


Sebelum tu, saya nak kongsikan satu video dimana pengorbanan seorang ibu yang terlalu sibuk dengan kerja sebagai Jururawat masih lagi mampu menyusukan anak beliau sehingga 2tahun. Kita sendiri tahu bagaimana situasi kerja seorang jururawat mahupun doktor, namun itu bukanlah alasan untuk anak mereka tidak mendapat susu ibu.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Situasi ini pernah dialami oleh rakan karib saya dimana anak kedua beliau tidak mahu menyusu menggunakan botol susu. Sering kali kita mendengar mahupun terbaca dimana pakar laktasi sering mengesyorkan kepada para ibu yang bekerja untuk kurang menggunakan botol sebagai medium memberi perahan susu ibu kepada bayi sepanjang si kecil ditinggalkan dengan pengasuh sama ada dirumah ataupn taska.  Hal ini kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bayi keliru dengan puting ibu dan puting botol susu dimana secara tidak langsung akan merencatkan usaha anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

Oleh itu, jangan sesekali berasa khuatir dengan kaedah cara menyusukan bayi secara alternatif ini dalam memberikan susu ibu kepada bayi. Anda perlu faham bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk membolehkan bayi anda mendapat bekalan susu ibu yang diperlukan setiap hari. Namun, harus diingat bahawa bayi tidak perlu hanya bergantung kepada botol susu. Seawal usia bayi 50 hari, bayi sudah boleh diajar untuk minum susu perahan ibu melalui cawan, sudu mahupun picagari. 


Amalan memberi susu perahan ibu menggunakan kaedah alternatif mungkin kelihatan agak susah dan rumit untuk direalisasikan kerana ia memerlukan komitmen yang penuh daripada pengasuh dan anda sendiri. Namun, bak kata pepatah. "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Oleh yang demikian, anda perlu menyatakan hasrat murni kepada pengasuh seawal mungkin. Setelah persetujuan kedua- dua pihak dicapai, anda boleh mula mengajar pengasuh tersebut untuk mengendalikan proses penyusuan bayi menggunakan kaedah alternatif pilihan.


Namun begitu, sebelum mengajar pengasuh, anda sendiri seharusnya tidak kelihatan kekok dalam memberikan susu perahan tersebut kepada bayi. Ingatlah bahawa amalan seperti ini tidak sukar tetapi ia memerlukan latihan yang berterusan agar anda dan bayi sama-sama mahir untuk melakukannya. 




Latihan Berterusan

Ketika berlatih memberikan susu perahan, ada baiknya untuk meminta bantuan ahli keluarga yang lain tertutama suami anda. Hal ini kerana bayi sangat pintar. Dia pasti tidak mahu minum jika anda sendiri yang memberikannya kerana dia mahu menyusu terus daripada payudara. Bayi sememangnya bijak. Ketika latihan dilakukan, anda pasti teruja apabila melihat dia minum dan menelan susu ibu yang diberikan secara perlahan-lahan sehingga habis. Pada peringkat permulaan, pasti sedikit sebanyak susu akan tumpah. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk memakai pelapik kain kepada bayi untuk menghindarkan susu tersebut tumpah, tuala atau napkin ke dada bayi.

Ada segelintir bayi mungkin memerlukan sedikit masa untuk belajar. Janganlah mengharapkan bayi anda mampu untuk menguasai kemahiran meminum susu melalui kaedah alternatif dalam masa yang singkat. Jadi, bersabarlah dan berdoa agar usaha anda dipermudahkan-Nya. Dalam pada itu, amat penting untuk anda dan bayi sama-sama berlatih secara berterusan.

Panduan Penggunaan Kaedah Alternatif

  1. Perhatikan petunjuk bayi (baby cues) sekiranya bayi ingin menyusu. Berikan susu perahan tersebut semasa bayi sudah bangun dari tidur dan jangan sesekali memberikannya susu ketika dia masih dalam keadaan tidur-tidur ayam. Ikutilah baby cues serta jangan sesekali memaksa bayi untuk menyusu kerana bayi akan memberikan petunjuk apabila berasa selesa dan bersedia untuk melakukannya.
  2. Apabila bayi sudah menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk menyusu, isikan cawan, sudu atau picagari dengan 1oz susu sebagai permulaan. 
  3. Sekiranya perlu, bedung bayi menggunakan kain bedung kerana untuk mengelakkan tangan bayi bergerak dan terkena alat alternatif tersebut.
  4. Posisikan bayi anda pada kedudukan menegak dengan tangan dibelakan lehernya. Pada masa yang sama, pastikan bayi selesa dengan posisi tersebut.
  5. Jika menggunakan cawan atau sudu, condongkan ke bibir bayi. Biarkan dia menjilat sendir susu itu dengan lidahnya. Bagi yang memilih untuk menggunakan picagari pula, anda hanya perlu memicit susu kandungan susu tersebut secara perlahan-lahan. 
  6. Pastikan bayi menelan susu tersebut dan jangan sesekali menuang susu terus kedalam mulutnya kerana ia berisiko tinggi untuk bayi tersedak susu.
  7. Kekalkan kedudukan cawan atau sudu walaupun bayi berhenti seketika. Apabila sudah kenyang, bayi akan memusingkan kepalanya tanda dia tidak lagi mahu menyusu. Jadi, anda perlu berhenti dan sendawakan bayi seperti biasa.

Menyusukan bayi secara alternatif ini bukanlah perkara yang mudah namun kesabaran itu amatlah penting dalam melaksanakannya. Teringat saya pada kisah rakan karib saya yang saya ceritakan sebelum ini. Beliau mengalami situasi seperti dimana anaknya ketika dihantar kepada pengasuh tidak mahu langsung menyusu menggunakan botol dan sanggup menahan lapar sehingga rakan saya menjemputnya pulang. Risaunya hati si ibu ketika meluahkan perasaanya kepada saya ketika itu dapat saya rasakan dan saya mencadangkan penyusuan secara alternatif ini kepada beliau. Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama beliau bersama pengasuh akhirnya membuahkan hasil dan kini anak beliau mahu menyusu menggunakan picagari walaupun dalam kadar yang sedikit. Semoga usaha murni rakan saya ini untuk memberikan susu ibu yang terbaik kepada anaknya meninggalkan kenagan yang terindah dalam hidup beliau.


Nak dapatkan Set Menyusu boleh hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Thursday 11 December 2014

Malas nak masak dan tak tahu nak masak apa??Ni dia resepi mudah dan cepat


Kacang Panjang goreng telur dan Kicap

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Harini kisah saya simple je..

Nak cerita dan kongsi tentang satu resepi..Resepi ni saya belajar dari seorang kakak angkat saya ketika umur saya 14 tahun lagi. Masa tu saya tinggal di Taman Bukit Serdang. Saya panggil kakak angkat saya ni "Kak Uteh" tapi nama sebenar dia saya tak ingat pulak..hehe..Dia asal dari Serian Sarawak..Saya pandai cakap sarawak pun dia yang ajarkan dan resepi yang mudah dan cepat ni pun "Kak Uteh" yang ajarkan..tapi sayang, sejak saya "Kak Uteh" balik ke Sarawak, sampai sekarang saya tak pernah jumpa dan contact dia lagi..saya rindu sangat dekat "Kak Uteh".

Resepi mudah dan cepat


Oklah, tak nak sambung cerita sedih saya ni..kita berbalik pada topik kita hari ini ialah resepi mudah dan cepat. Bahan-bahannya ialah:-

  1. Kacang Panjang
  2. 2 biji telur
  3. Kicap
  4. Garam/secukup rasa
Ha, sikit sangat bahan dia kan??dah nama pun resepi mudah dan cepat..memang sikit jelah bahannya..tak perlu guna bawang pun..

Dulu kalau saya malas nak masak, selalu masak ni je..tapi sejak kahwin, pernah buat sekali je sampailah hari ni teringat baru masak.. Eh, lupa pulak nak beritahu cara memasak..

Cara Memasak

  1. Potong kecil-kecil kacang panjang tersebut. Jangan potong panjang-panjang ye..nanti tak comel..
  2. Goreng kacang panjang tersebut didalam kuali sehingga separuh masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau bersama kacang.
  4. Akhir sekali masukkan sedikit kicap. 
  5. Kalau guna kicap manis, perlu tambah garam sedikit ataupun secukup rasa. tetapi sekiranya menggunakan kicap masin, dah tak perlu letak garam. Nak terlebih-lebih pula garamnaya
Taaadaaa....dah siap...tapi sori sangat sebab gambar takde coz kamera hp rosak..nanti kamera dah ok, saya bagi gambar ye..

Senang sangat kan??ha, bolehlah cuba nanti ye..

Jom baca entri


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id Shaklee : 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com


Baca Selanjutnya

Monday 8 December 2014

Dilema selepas bersalin??Isteri cari cara turunkan berat badan dengan cepat dalam masa 3 hari supaya bentuk badan kembali kepada asal


Berat turun dengan plan 3 hari

Ketahui cara turunkan berat badan dengan cepat

Suatu hari, datang seorang teman kerumah saya. Ketika itu, saya baru lagi lepas berpantang dan anak saya baru mencecah usia 2bulan. Sedang asyik berborak, tiba-tiba dia bertanyakan kepada saya cara turunkan berat badan dengan cepat kerana dia lihat saya senang kembali kepada berat asal selepas bersalin sedangkan beliau sudah bertahun-tahun cuba untuk menurunkan berat badan namun gagal. Disini saya kongsikan sedikit tips bagaimana saya menurunkan berat badan saya dalam pelan 3 hari. Sebelum tu, jom tengok video ni bagaimana Pn. Salwa boleh turunkan berat badan sebanyak 20kg selepas bersalin??

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Tubuh anda telah melalui perubahan sejak disahkan hamil tidak lama dahulu. Selepas melahirkan bayi, anda menyusukan bayi dengan susu ibu, namun bagi anda yang kurang bernasib baik, mungkin masih ada sisa lebihan lemak yang kelihatan dan ingin anda singkirkan daripada pandangan umum. Anda pasti mahu tampil lebih menawan bukan? Oleh itu, tiba masanya untuk anda mula melakukan rutin penjagaan makanan dengan lebih teliti. Yang penting anda lakukan secara berterusan agar dapat mengembalikan semula keyakinan diri. Hanya ikuti pelan makan tiga hari berikut untuk mendidik anda makan secara sihat dan seimbang. Anda boleh mengikutinya untuk tempoh seminggu, dua minggu atau lebih dan anda boleh berhenti daripada mengikuti pelan makan berkenaan apabila sudah berpuas hati dengan bentuk tubuh yang diperoleh.

Jom dapatkan tips kurus dengan cepat supaya anda boleh memakai kebaya


Yakin dengan apa yang sedang anda usahakan

Apa sahaja perubahan yang ingin anda lakukan dalam hidup pasti menimbulkan rasa janggal. Endahkan hal itu dan yakinlah dengan apa yang sedang anda usahkan. Dalam masa beberapa hari kemudiannya anda pasti akan biasa dengan perubahan yang ingin dilakukan. Apa yang penting, kawal minda dan tubuh untuk menerima pendekatan cara makan baru yang cuba anda terapkan sepanjang tempoh berdiet. Jadikan tiga hari mendatang ini sebagai hari permulaan yang menggembirakan dan bakal menjadikan anda sebagai individu sihat di masa akan datang.


Ketahui jadual pemakanan yang sihat dan seimbang untuk menurunkan berat badan dengan cepat


Untuk memastikan usaha diet anda lebih berkesan, anda boleh mencuba  Lecithin kerana ia membantu mencairkan serta memecahkan lemak terutama kolesterol serta membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah. Anda juga boleh mencuba Omega Guard kerana ia membantu menurunkan kolesterol dalam badan, mencegah masalah obesiti dan ketahui Bagaimana Omega membantu dalam menurunkan berat badan.

Selepas lemak dipecahkan, ianya perlu disingkirkan dengan Herblax kerana ia dapat membantu masalah sembelit, merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat dan tersimpan lama didalam tubuh, membuang segala toksin di dalam badan dan mengempiskan perut. Selain itu, anda juga boleh mencuba Alfalfa kerana ia membantu masalah gangguan pencernaan, mencegah edema iaitu pengumpulan air dalam badan, membantu masalah penghadaman serta menyahkan toksin di dalam tubuh.

Ini adalah apa yang saya amalkan dan saya telah mencadangkan kepada teman saya dan Alhamdulillah berkat usaha dan konsisten beliau, beliau dapat menurunkan berat badan sebanyak 5kg dan ini adalah hasilnya.



Nak dapatkan Set Kurus ni dengan segera??Hubungi saya 

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id Shaklee: 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whataspp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**





Baca Selanjutnya

Friday 5 December 2014

Suami kerap ke bilik air, Isteri cari cara merawat prostat supaya suami tidak dibedah


Makanan punca kanser prostat

Ketahui makanan punca kanser prostat

Saban malam melihat suami berulang alik ke bilik air sehingga menggangu tidur boleh menjadi petanda awal dia menghidapi penyakit yang serius. Oleh itu, segera sarankan suami berjumpa doktor untuk mencari kepastian agar pencegahan dan rawatan dapat dilakukan kerana penyakit tidak mengenal usia. Jangan pandang ringan, walaupun sekadar demam, batuk mahupun kencing tidak lawas. Teringat pula saya satu kisah rakan baik saya yang suaminya menghidapi penyakit ini dan datang mengadu kepada saya untuk mencari supplement supaya dapat mencegah kanser prostat. Jom ikuti kisah seterusnya....

Suatu hari saya dikejutkan dengan satu sms yang daripada rakan baik saya. Beliau memberitahu saya ingin berjumpa dengan saya kerana ada perkara penting yang ingin dikongsikan. Setibanya dirumah saya, dia terus bercerita kepada saya tentang penyakit yang dihidapi oleh suaminya dari A sampai Z. Bermula dengan suaminya kerap kebilik air, rakan saya semakin risau dan menyarankan suaminya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku kepada suami beliau. Hasil pemeriksaan doktor, suami beliau disahkan menghidap kanser prostat dan bukan ditahap merbahaya.

Menurut pakar Urologi, Hospital Pakar DEMC, Shah Alam, Dr, Jamil Merican Mohammed Yaacob. Bagi lelaki berusia 40-an ke atas yang mengalami gejala kerap kencing, kencing tidak tus, sukar kencing atau darah dalam air kencing atau air mani, jangan sesekali dianggap remeh. Individu terbabit perlu segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan awal. Kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki diseluruh dunia. Pada 2008 saja, sebanyak 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030. Angka berkenaan tidak mustahil akan terus meningkat jika kaum lelaki masih tiada kesedaran terhadap penyakit ini. 



GEJALA DAN PUNCA



Masalah berkaitan dengan organ reproduktif tidak boleh dianggap remeh, walaupun gejala bukan menjurus kepada penyakit seriuts. Namun lelaki wajar segera mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan kepastian. "Prostat adalah kelenjar bersaiz walnut yang berfungsi sebagai agen yang menghasilkan cairan rembesan tertentu yang mengandungi nutrien dan mineral, Cairan ini dikenali sebagai air mani,. Semakin meningkat usia seseorang lelaki, peratusan menghadapi masalah berkaitan prostat semakin tinggi. Namun bukan semua gejala adalah simptom kepada kanser prostat. Ia mungkin disebabkan oleh Benign Prostate Hyerplasia (BPH) di mana prostat menjadi bengkak. Lelaki berusia 50-an ke atas berisiko tinggi mendapat masalah ini.Ini adalah yang dihidapi oleh suami rakan baik saya. Kanser prostat bermula dari dalam kelenjar prostat dan sebahagiannya membesar secara perlahan-lahan dan tidak menunjukkan sebarang gejala dalam beberapa tahun pertama. Pada peringkat awal, kanser dikenali sebagai kanser prostat setempat, tidak ada sebarang gejala dan mungkin tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat.


Makanan merupakan punca kanser prostat


Faktor utama penyebab kanser prostat tidak diketahui, namun faktor seperti usia, genetik, hormon dan pemakanan sering dikaitkan sebagai punca kanser prostat. Lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser prostat juga berisiko tinggi. Paras hormon testeron yang tinggi turut menyumbang kepada pembentukan kanser prostat. Menurut kajian, lelaki Barat lebih berisiko mendapat kanser prostat berbanding lelaki Asia kerana ia berkaitan dengan faktor pemakanan kerana lelaki Barat lebih gemar mengambil daging merah, merokok dan mengambil alkhohol. Ini berbeza dengan lelaki Asia seperti Jepun yang cenderung mengambil ikan dan sayur-sayuran manakala trend lelaki yang gemar makan makanan segera secara tidak langsung boleh dikaitkan dengan peningkatan kanser prostat di negara ini.

RAWATAN

Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan sama ada kanser telah merebak dan tahap kesihatan indinidu. Antara rawatannya ialah:-

  1. Pembedahan - Terdapat 2 pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2 iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy
  2. Radioterapi - Terapi ini menggunakan tenaga tinggi sinar x untuk memusnahkan sel. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ketiga dan sesetengah kes peringkat keempat kanser. Ia juga adalah kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.
  3. Terapi Hormon - Pembesaran kanser prostat disebabka oleh hormon seks lelaki seperti androgen. Oleh itu, pengurangan paras hormon boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan androgen atau terapi pelucutan androgen. 
  4. Kemoterapi - Kemoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser boleh diambil secara makan atau suntikan atau suntikan. Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk untuk kanser prostat yang tidak bertindak balas dengan hormon.
Berbalik pada kisah rakan baik saya tadi, untuk suami beliau saya cadangan Set Kesuburan memandangkan mereka berdua belum lagi mempunyai anak.


Tingkatkan Kesuburan dengan Shaklee


Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix dapat mencegah kanser, memperbaiki daya tahan badan, sel pembiakan yang sihat dan menggalakkan penuaan yang sihat.

ESP (Energizing Soy Protein) membantu keseimbangan hormon kerana mempunyai hormon phytoestrogen. Ia juga merupakan sumber protein yang sihat, dapat mengurangkan risiko kanser serta mengurangkan gejala menopous.

Kandungan Flisterol didalam Phytocol membantu menghalang kolesterol jahat masuk kedalam dinding intestine untuk membantu penghasilan hormon kerana ianya amat penting dalam mengekalkan kesuburan.

GLA mengandungi Omega 6 iaitu sejenis asid lemak tepu, juga dikenali asid lemak perlu. GLA juga dapat membantu dalam menstabilkan sistem hormon, membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan pembesaran prostat serta membantu mengurangkan keradangan.

B complex mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan seperti Folic Acid, Thiamin, Riboflavin, Niacin, phantothenic acid, biotin, pyridoxine dan vitamin b12. Badan kita tidak mampu menghasilkan dan menyimpan kesemua vitamin tersebut. Folic acid sangat penting kerana ia membantu mencegah kecacatan semasa kelahiran.

Vitamin E membantu meningkatkan kesuburan dengan memusnahkan radikal bebas yang dapat memusnahkan sperma yang berkualiti, membantu meningkatkan pergerakan sperma. 

Zinc merupakan kepekatan yang tinggi didalam sperma. Zinc Complex dapat membantu meningkatkan bilangan, karakteristik dan pergerakan sperma. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan pergerakan prostat dan membantu mengurangkan mati pucuk dikalangan lelaki.

Para isteri inasihatkan supaya memantau keadaan suai sekiranya suami mempunyai simptom seperti yang saya sebut diatas tadi. Cuba pujuk suami anda untuk membuat pemeriksaan doktor supaya dapat dicegah dari awal..Nak dapatkan Set Kesuburan??Hubungi saya di

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id Shaklee:926826
Contact:013-2109044(sms/whatsapp/telegram)
Email:nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat,cure or prevent any disease.**


Baca Selanjutnya

Wednesday 3 December 2014

Ibu sedih cari solusi cara menyusukan bayi pramatang supaya anak mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya


Bagaimana Menyusukan Bayi Pramatang??

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Melahirkan seorang anak merupakan perkara yang paling berharga bagi seorang ibu. Namun bukan semua ibu itu bernasib baik. Dugaan dalam melalui pengalaman seorang ibu itu berbeza-beza. Berbalik kepada tajuk, disini saya kongsikan satu cerita pengalaman seorang ibu yang melahirkan anak pramatang. Kak Aini adalah kenalan saya sewaktu saya berada didalam wad kerana anak saya disahkan jaundis.

Ketahui cara menyusukan bayi pramatang


Berdasarkan cerita Kak Aini, beliau merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak. Anak pramatang tersebut merupakan anak yang ketiga. Ketika dilahirkan, anak beliau masih 28minggu iaitu kira-kira 7bulan..Memang terlalu kecil berbanding bayi lain iaitu 1.2kg. Selepas dilahirkan, anak beliau terpaksa diletakkan didalam incubator selama lebih kurang sebulan. Susu ibu merupakan keperluan utama bagi bayi yang pramatang. Oleh itu, anak Kak Aini yang masih belum mampu untuk menghisap susu dari payudara si ibu hendaklah mengepam payudara sekurang-kurangnya 8kali sehari semalam (dalam jarak 3jam) atau 12 kali sehari (dalam jarak 2jam).

Bagi bayi pramatang yang ditempatkan di dalam inkubator akan diberi susu melalui tiub dan kuantiti susu yang diberikan adalah mengikut umur dan berat badannya. Pada hari pertama, anak Kak Aini hanya diberikan susu 3ml sahaja dan semakin bertambah seiring umur dan berat badannya. Setelah mencapai berat badan yang memuaskan, bayi didalam inkubator tersebut dibenarkan keluar dan ditempatkan didalam basinet bayi dan ketika inilah anak Kak Aini akan belajar menyusu sepenuhnya.

Penyusuan bayi pramatang adalah berbeza berbanding bayi yang cukup bulan. Bukan sahaja cara susu yang diberikan malah bayi pramatang mempunyai tubuh yang sungguh rapuh dimana sistem imun belum lagi terbina sepenuhnya. Paru-paru dan usus mereka amat lembut dan memerlukan alat bantuan pernafasan kerana mereka berisiko mengalami kerosakan paru-paru. Pemberian susu secara sedikit demi sedikit adalah kerana usus mereka yang masih belum matang dan berkemungkinan untuk pecah dan berdarah sekiranya menerima susu yang berlebihan. 

Cara untuk Menyusukan bayi Pramatang??

Oleh kerana sistem imuniti bayi pramatang agak lemah, maka bayi pramatang memerlukan susu yang segar iaitu susu yang baru diperah kerana susu tersebut mempunyai antibodi yang belum rosak dan belum membiakkan sebarang bakteria. Berikut adalah beberapa panduan untuk menyusukan bayi pramatang.

  1. Hantar susu perahan kepada bayi setiap hari kerana susu untuk bayi pramatang hanya bertahan selama 24jam sahaja.
  2. Susu perahan tidak boleh dibekukan kerana ianya tidak sesuai bagi bayi pramatang
  3. Cuba dapatkan bahagian berlemak pada susu ibu (kebiasaanya lapisan atas) untuk diberikan kepada bayi pramatang
  4. Simpan susu mengikut keperluan sahaja (sekiranya bayi hanya minum 6ml maka simpan 6ml sahaja).
  5. Tandakan pukul berapa dan tarikh bila susu yang dihantar ke wad itu diperah dan letakkan dibahagian depan peti sejuk mengikut susunan tarikh dan waktu agar mudah untuk jururawat mengambilnya. 
  6. Tukar susu lebihan dari dalam peti sejuk setiap kali anda melawat bayi/menghantar susu untuk bayi anda.
  7. Selain itu, bayi pramatang memerlukan sentuhan, urutan, dan kata-kata semangat terutama dari ibunya. Sentuhan, urutan, belaian mesra akan membuatkan bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya.

Berikut adalah video bagaimana seorang ibu melahirkan bayi pramatang tetapi masih mampu menyusukan anak beliau.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Bagaimana Supplement Shaklee dapat membantu??


Ketika saya melahirkan anak kedua, saya masih belum mengenali tentang Shaklee. Separuh perjalanan saya menyusukan anak kedua saya barulah saya mengenali Shaklee dan ada saya kongsikan di My Breastfeeding Journey . Sekiranya saya diberi peluang untuk membantu Kak Aini, saya akan mencadangkan kepada beliau Set Menyusu 3M. Ini kerana Set Menyusu 3M  mempunyai:-


Membantu ibu-ibu menyusukan bayi pramatang


Apa yang ada dengan Set Menyusu 3M??
  • Membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Ia amat sesuai bagi ibu-ibu yang terlampau sibuk dengan kerja
  • Mengekalkan keperluan vitamin harian dalam tubuh
  • Dapat meningkatkan imuniti tubuh, kesegaran sel, mencantikkan kulit dan sebagai antioksidan 
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
  • Tumbuhan Alfalfa merupakan milkbooster terbaik kepada ibu-ibu menyusukan bayi.
  • Mengekalkan tekanan darah normal dan membekalkan kalsium kepada ibu.




Menyusukan bayi pramatang bukanlah perkara yang mudah kerana pada minggu kelahiran bayi tersebut berkemungkinan susu ibu belum lagi dapat dihasilkan sepenuhnya. Oleh itu, ibu perlu mengepam payudara untuk merangsang susu disamping mengambil supplement untuk menggalakkan penghasilan susu. Nak dapatkan set Menyusu 3M??Hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id Shaklee : 926826
Contact : 013-2109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cute or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Monday 1 December 2014

Isteri stress cari cara hilangkan angin dalam badan supaya perut tidak kelihatan buncit dihadapan suami


"Berperang Dengan Angin"


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila tengok tajuk, saya pasti ramai ibu-ibu diluar sana yang sedang dilema bagaimana untuk meratakan perut yang buncit lebih-lebih lagi apabila lepas bersalin. Selepas bersalin, keadaan fizikal ibu-ibu akan kelihatan agak "kembang" terutama dibahagian perut. Ada yang kelihatan seperti masih hamil kerana usus mengandungi angin yang berlebihan. Saya sendiri tidak terkecuali dari situasi ini dan sedaya upaya mencari cara hilangkan angin dalam badan supaya perut tidak kelihatan buncit.

Perut buncit  berpunca dari udara yang disedut dan juga akibat bakteria yang terdapat dalam usus besar


Angin didalam badan adalah disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat didalam sistem penghadaman. Ia berpunca daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan juga akibat bakteria yang terdapat dalam usus besar. Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik. Keadaan ini akan membuatkan badan merasa sakit dan tidak selesa.

Namun ibu-ibu tidak perlu risau kerana keadaan tersebut berlaku hanya sementara kerana setelah semua angin dan cecair dalam badan serta lemak yang terkumpul hilang, tubuh ibu-ibu akan kembali normal. Dalam proses pemulihan ini, jika tubuh tidak dijaga rapi, angin mudah masuk menerusi ruang pada rongga tubuh yang masih kembang. Oleh itu, penjagaan diri dalam tempoh berpantang amatlah penting supaya badan dapat kembali sihat dan normal.

ketahui cara hilangkan angin dalam badan supaya perut tidak buncit


Makanan yang boleh menyebabkan angin dalam perut

Sebelum ini, ada saya kongsikan tentang pemakanan untuk ibu berpantang. Orang Melayu kita berpegang kuat dengan amalan semasa berpantang supaya angin tidak mudah masuk kedalam badan. Memang ada baiknya jika kita mengamalkan amalan tersebut. 

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang menyebabkan angin dalam perut.
  • Kebanyakan jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya
  • Susu, aiskrim dan keju
  • Kubis, lobak putih, kubis bunga, asparagus
  • Sayur berubi seperti sengkuang
  • Buah-buahan seperti nangka, sukun dan pisang.
  • Minuman air berkarbonat.

Cara Hilangkan Angin dalam badan

Antara amalan yang membantu mengelakkan badan dimasuki angin ialah memakai stokin dan barut sepanjang tempoh berpantang. Berurut juga dapat membuang angin dalam badan ibu selepas bersalin disamping bertungku untuk mengeluarkan angin dalam tubuh sekaligus mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Amalan meminum ramuan ubat periuk juga dapat membersihkan dan menyegarkan serta mengembalikan fungsi rahim. Namun pastikan ubat periuk yang dipilih benar-benar bersih dan anda tahu apakah ramuan herba yang digunakan. Berikut adalah cara untuk menghilangkan angin dalam badan
  • Berurut dengan menggunakan minyak kelapa atau tambahan herba lain seperti halia, halba, serai wangi dan banyak lagi untuk memberikan kesan yang lebih baik disamping membuang angin dalam badan.
  • Air rebusan mata kucing bersama halia dan gula merah. Minum setiap hari dalam keadaan suam. Lebih elok jika diminum selepas makan nasi.
  • Rebus halia tua bersama gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali dalam sehari untuk lebih berkesan.
  • Air rebusan empat atua lima tangkai cili kering(tangkai sahaja), campur bersama dua ulas bawang putih, sedikit halia bersama tiga cawan air. Amalkan minuman ini 2kali sehari. 
  • Air rebusan daun mengkudu dan halia juga boleh membantu mengeluarkan angin dalam badan. 
  • Rebuskan campuran lada hitam, madu dan halia. Biarkan suam dan minum dua kali sehari juga dapat menghilangkan angin dalam badan

Nak tahu cara mudah hilangkan perut buncit??


Produk yang dicadangkan untuk perut buncit ialah:-


Manfaat Utama Garlic Shaklee:-
  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung
  • Mempertingkatkan Sistem penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

Manfaat utama Herblax :-
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang  tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.


Apa tunggu lagi wahai ibu-ibu atau isteri-isteri sekalian???Malu kan kalau suami tegur perut buncit??Takkan nak biarkan je perut menggelebeh??Jom kembalikan zaman kegemilangan anda masa anak dara dulu..baru suami TERTARI,MENARIK KAU MEMANG DAA BOOOOMMMMM!!!!!

Nak dapatkan Herblax dan Garlic??Hubungi saya segera!!

Contact: 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**










Baca Selanjutnya

Friday 28 November 2014

Isteri Mithali cari tips menyusu ditempat awam supaya tidak mendedahkan aurat


9 Panduan Menyusu di Khalayak Ramai

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Selamat Pagi semua..

Berbalik pada tajuk, saya pasti tentu ramai ibu-ibu diluar sana yang mencari-cari tips menyusu ditempat awam lebih-lebih lagi kita sebagai wanita muslim. Menyusukan anak tu bukanlah satu perkara yang salah, tetapi apa yang menjadi dilema bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka ialah malu apabila aurat mereka mungkin terdedah apabila menyusukan anak. Manakala persepsi bahawa menyusukan anak ketika berada di khalayak ramai sebagai leceh dan rumit adalah salah sama sekali. Disini saya ada kongsikan tips bagaimana hendak menyusu dikhalayak ramai atau ditempat awam seperti shopping mall dan sebagainya.

Ketahui tips-tips untuk menyusu di tempat awam atau khalayak ramai


Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada ibu-ibu yang sampai tak nak keluar rumah semata-mata malu untuk menyusukan anak dikhalayak ramai. Perlu diingatkan disini bahawa anda mampu untuk menyusukan anak tidak kira dimana jua lokasinya. Apabila anda kerap melakukan perkara yang sama iaitu kerap menyusukan si manja ketika berada di kawasan yang dipenuhi khalayak ramai, sudah pasti anda akan mahir dan dapat menguasai keadaan dengan terkawal. Kerap menyusukan bayi adalah salah satu cara banyakkan susu ibu.

Tiada apa yang perlu ibu gusarkan sekiranya terpaksa menyusu dikhalayak ramai. Apa yang penting, anda telah melakukan persediaan awal dengan melengkapkan keperluan yang sepatutnya sebelum membawa anak keluar berjalan-jalan. Antara tips-tips yang akan saya kongsikan ialah:-

Tips Menyusu di tempat awam

  • Bawa Peneman
Buat ibu yang baru pertama kali mahu keluar bersiar-siar dengan anak yang masih menyusu badan, anda sangat digalakkan untuk keluar bersama-sama dengan sekurang-kuranya seorang peneman. Ia boleh jadi suami anda sendiri, ahli keluarga atau kawan rapat kerana sekiranya tidak ruang tertutup untuk bayi menyusu, minta bantuan peneman dengan menolong melindungi anda dan anak sepanjang sesi penyusuan berlangsung.

  • Rancang Dari Awal
Lakukan beberapa persediaan sebelum keluar adalah sangat membantu sebelum keluar bersiar-siar. Sekiranya anda mahu ke pusat membeli-belah, dapatkan maklumat tentang kemudahan khas untuk ibu-ibu yang menyusukan seperti bilik penyusuan. Jadi, tidaklah anda kelam-kabut apabila perlu menyusukan bayi kelak. Ini kerana ada pusat membeli belah yang menetapkan peraturan tertentu seperti pelanggan tidak dibenarkan sembarangan menyusukan bayi dengan susu ibu dikawasan sekitar pusat membeli belah.
  • Susukan bayi anda sebelum keluar
Susukan bayi anda terlebih dahulu sebelum keluar kerana apabila bayi kenyang dan selesa, anda dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam keadaan huru-hara. Paling tidak pun, susukan bayi anda di dalam kereta yang sudah tentu lebih selesa berbanding perlu menyusukan bayi di hadapan orang ramai yang lalu lalang.

  • Sertai kumpulan khusus
Ibu-ibu digalakkan untuk turut serta dalam mana-mana kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Oleh yang demikian, anda dapat belajar dan berkongsi pengalaman dengan ramai ibu-ibu lain yang mempunyai pengalaman yang sama. Dari situ, lama-kelamaan anda pasti berasa yakin dengan diri sendiri.

  • Tahu Hak Anda
Ramai ibu yang ingin tahu tentang hak mereka untuk menyusukan anak ketika berada dikawasan yang dikelilingi oleh orang ramai. Sehingga ke hari ini, di Malaysia belum ada penguatkuasaan undang-undang yang menghalang anda sebagai seorang ibu untuk menyusukan anak ditempat awam. Jadi, jangan jadikan pandangan mata umum yang berkemungkinan tidak biasa melihat seorang ibu menyusukan anak dikawasan terbuka menganggu niat murni anda untuk memberi khasiat terbaik kepadanya.

  • Banyakkan latihan
Dirumah, anda berupaya untuk menyusukan bayi anda dengan lebih selesa kerana segala keperluan ada disisi anda. Namun, lain halnya pula apabila anda berada diluar rumah. Tiada lagi istilah kerusi empuk, bantal menyusu atau kelengkapan penyusuan yang lain. Oleh itu, biasakan diri untuk menyusukan anak dikhalayak ramai dengan lebih kerap agar sedikit demi sedikit dapat membantu anda berlatih menyusukan bayi dalam keadaan yang terhad.

  • Berpakaian selesa
Pakaian yang anda sarungkan memain peranan penting untuk dititikberatkan jika mahu selesa menyusukan bayi ketika berada diluar. Pastikan anda memakai bra menyusu dan baju menyusu yang selesa. Secara tidak langsung, pakaian ini memudahkan anda untuk menyusukan bayi.

  • Pilih kawasan terlindung
Selidik serba sedikit selok-belok kawasan yang ingin anda bawa anak bersiar-siar. Apabila tiba masa menyusu, mudah untuk anda terus menuju ke kawasan yang kurang dilalui orang ramai dan terlindung bagi membolehkan anda menyusukan bayi dengan aman.

  • Menyusu bersama teman
Kadang kala anda boleh keluar membawa anak bersiar-siar bersama dengan teman-teman yang turut sama-sama menyusukan bayi masing-masing. Oleh yang demikian, apabila perlu menyusukan bayi, teman-teman anda pun boleh berbuat sedemikian rupa. Jadi, anda tentu sahaja lebih yakin dan rasa seronok kerana ada orang lain yang turut menyusukan bayi sama seperti anda.

Dynaz n Sari Yanti pn menyusukan anak mereka siap pkai skirt lagi..huhu
Ha, cuba tengok gambar ni..Dynaz n Sari Yanti pun menyusukan anak mereka..Siap pakai skirt lagi..takkan nak selak dari bawak skirtnya untuk menyusukan anak mereka dikhalayak ramai kan??So, bermakna baju yang dorang pakai adalah nursing dress..Memang senang nak breastfeed.


Ha tak susah pun kan??Sekarang ni terlampau banyak keperluan menyusu yang diperlukan dijual di pasaran. Antaranya Nursing Cover untuk menutup badan ibu ketika aktiviti penyusuan dilakukan. Selain itu, baju untuk ibu-ibu yang menyusu juga ada dijual untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan si manja. Tak perlulah lagi nak selak baju dari bawah kan??So, tiada alasan untuk tidak menyusukan bayi anda di khalayak ramai dan di tempat awam ye.. Kemudahan bilik untuk menyusukan bayi pun dah ada sekarang dikebanyakan shopping mall. So, diharap entry saya kali ni dapat membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi anda di tempat awam terutama sekali ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama. Mesti takde pengalaman kan??Makanya, apply lah tips-tips yang saya kongsikan ni ye..Selamat mencuba!!

Nak tahu rahsia susu ibu melimpah ruah??Klik link ni Set Menyusu melimpah ruah

Dan Alhamdulillah ramai yang berjaya dengan set menyusu Melimpah Ruah

Berminat nak dapatkan Set Menyusu??Hubungi saya


Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Shaklee Id: 926826
Contact : 013-209044 (sms/whatsapp/telegram)
Email: nurhijratulhajar@yahoo.com


Baca Selanjutnya