Thursday 15 November 2018

APA YANG BAGUS SANGAT DENGAN SHAKLEE NI??


Shaklee Luarbiasa


Sebenarnya ramai je lagi kat luar sana yang tak kenal Shaklee. Dengar pun tak pernah. Masa kak H dulu pun sama. First time dengar sebab produk Shaklee ni tak masuk TV, tak masuk radio, billboard pun jarang sangat jumpa. Macam mana lah orang nak kenal kan? 


Nak tahu sebab apa?


  • Sebab Shaklee lebih utamakan bonus kami para pengedarnya, daripada Shaklee bayar puluhan ribu kat stesyen tv tu. Nak masuk iklan TV 30 saat tu pun dah berpuluh ribu tau. Malah Shaklee tak pernah miss bayar bonus pada kami setiap tengah bulan
  • Shaklee bukan seperti MLM yang lain yang orang atas cuma goyang kaki orang bawahan buat kerja. Bukan sama sekali ye!! Shaklee mengamalkan konsep siapa berusaha lebih, dia yang akan dapat lebih. Orang bawahan pun boleh sama level dengan orang atas. Syok kan??
  • Tidak memerlukan modal berpuluh-puluh ribu untuk menjadi ahli dan simpan stok bawah katil. Semuanya boleh order dihujung jari sahaja.
  • Produk Shaklee tidak dijual di kaunter kedai/farmasi kerana teknik pemasaran Shaklee Malaysia menggunakan kaedah jualan langsung; bukannya jualan secara runcit/komersial. Produk Shaklee eksklusif; bukan produk lambakan di pasaran luar.
  • Yang bestnya bila beli dengan pengedar bebas sah Shaklee ni, kami berikan konsultasi eksklusif untuk anda. Kami follow up sampai masalah anda kami berjaya bantu selesaikan. Kalau beli produk komersial di kedai, ada ke orang kedai tu follow up anda, tanya macam mana lepas makan produk xxx tu? ada apa2 perubahan??


Dan yang paling penting skali, kami semua sebagai SID Shaklee sama sama perjuangkan kepentingan menjaga kesihatan dengan menggunakan hanya bahan semulajadi. Zaman sekarang ni macam macam dah kita dengar ada produk yang tup tup masuk TV sbb ada bahan terlarang. Ya Allah risau sangat kak H

Kita sebagai pengguna ni perlulah lebih bijak. Jangan nampak harga murah je terus nak sambar, tak selidik dulu isi kandungan dia dan macam macam lagi. Tak sayang muka ke sayang?? Ada yang kata Shaklee ni mahal. Mahal ke? Kalau 1 botol Vitamin C tu Rm97.50 untuk 180biji. Cuba bahagi, sebiji vitamin C tu baru rm0.55 sen tau.. Sebiji je sehari untuk 6bulan. Setengah tahun Masih mahal lagi ke?

Masa muda remaja dan bergetah ni lah kita nak kena jaga makan dan kesihatan sebab taknak dah tua nanti dah terlantar je. Macam mana nak kejar impian dan cita cita tinggi tu kalau sakit sakit. Sebaiknya ambil tindakan sekarang. Supplement ni sebagai makanan tambahan untuk topup apa yang kurang dalam badan kita. Kita makan sekarang pun nutrisi dah banyak yang kurang lagi-lagi kalau makan kat luar. Tak tahu macam mana tukang masak tu masak. Mustahil dia boleh jaga nutrisi setiap pelanggan dia. Jadi kita yang kena bertanggungjawab.

Ubah sekarang sebelum terlambat. Kalau nak dapatkan vitamin untuk kesihatan boleh merisik kak H melalui wasap 0132109044 ataupun berminat nak tahu lebih lanjut tentang shaklee boleh bersemuka dengan kak H jika anda dikawasan rawang

Berminat untuk menjadi ahli? Isi borang dibawah


Baca Selanjutnya

Wednesday 4 April 2018

Kenapa Kak H yakin dengan Shaklee


Perbezaan SID PRO dan SID 

Ingat lagi masa kak H mula mula join Shaklee ni, Kak H bukan nak sangat pun buat bisness. Permulaan kak H join Shaklee ni dulu pun hanyalah sebagai customer. Minat nak cuba produk. Cuma berminat nak dapatkan harga ahli yang lebih murah je. 



Tapi bila dah rasa kesannya baru kak H berminat nak join ahli dan nak cuba buat bisness. Sebagai penjual supplement, kak H bukan main jual je ye. Bukan sign up bayar rm69 kemudian terus jual. Bermula dari pengambilan produk, iaitu testimoni diri sendiri kak H slow slow kaji tentang produk.


Bila dah terjebak dalam bisness yang menjual produk kesihatan, produk kecantikan dan yang seumpama dengannya, wajiblah kita belajar tentang produk tersebut kan. Sebab kak H percaya dua cabang bisness ni memang terlalu banyak kontroversi. 

Maklumlah, apa yang kita makan tu akan jadi darah daging kita manakala apa yang kita pakai dikulit muka pulak akan menyerlahkan kecantikan kita. Takkan nak sumbat segala macam bahan kimia pada badan kan??

Sebab itu kak H selalu sarankan pada customer kak H supaya join ahli dulu. Bila dah rasa kesannya in shaa Allah ada rezeki boleh buat bisness dan kongsi pada orang ramai. 

Ingat lagi, buku yang pertama kak H beli ialah Buku Panduan nutrisi ni.. Selain dari itu, kak H ada jugak attend kelas tentang produk yang dianjurkan oleh Shaklee.. Kebanyakkannya adalah percuma.. Kalau ada yang berbayar pun in shaa Allah tidak membebankan..

Sehari paling tidak kak H peruntukkan masa 1 jam untuk study tentang 1 produk dan fahamkan fungsi tersebut. Alhamdulillah kak H ada support group yang sangat supportive. Niat kami semua adalah untuk membantu korang diluar sana untuk ke arah gaya hidup lebih sihat. Bukan dah sakit baru nak cari supplemen. Ianya perlu diamal dari awal untuk mengelakkan sebarang penyakit pada masa akan datang. 

Bila ada kemusykilan, kami akan lanjutkan pada yang lebih arif. Suplemen Shaklee bukannya nak menggantikan ubat di hospital pun. Suplemen ni kita guna untuk jaga kesihatan sebelum terkena penyakit.

Dan untuk mereka yang dah berpenyakit pula, suplemen baru untuk atasi punca penyakit tersebut. Ia bukan menggantikan ubat pun. Merosakkan lagi badan tu JAUH SEKALIlah.

Bezanya SID PRO dan SID biasa ialah bila ada sebarang kontroversi melanda, kami sebagai SID PRO tidak mudah melatah dan akan terus berjuang. Kalau dah tahu tentang LANDMARK STUDY, mana mungkin boleh goyah. Kalau tak, masakan Shaklee boleh bertahan selama 102tahun.

Inilah yang membuatkan kak H masih setia dengan Shaklee dan takkan berpaling. Yang suka kondem Shaklee, kak H doakan moga suatu hari nanti korang jumpa dengan kak H dan perlukan Shaklee. Masa tu baru korang rasa, Shaklee ni suplemen paling best dalam dunia. 

Kalau SHAKLEE ni bahaya

Kenapa KKM Malaysia pun iktiraf Shaklee?
Kenapa ramai orang makin sihat lepas makan Shaklee?
Kenapa nak kena viral tanpa bukti yang pamerkan hitam putih?
Kenapa tak email Shaklee terus kalau nak tahu hal sebenarnya?

Logik? 

Jadi nak tau lebih tentang Shakee boleh tengok sini terus ya Health Resource Shaklee dan semoga jumpa apa yang dicari.

Salam Sayang
Kak H
SID PRO

Baca Selanjutnya

Saturday 17 March 2018

Perlu ke Mengembara atau Bercuti??


Mengembara membuka Minda


Ha,bila baca tagline je pun jenuh nak menjawab kan?? 😁😁😁 Sebabnya ada macam macam jawapan dan pendapat. Kalau kak H kata perlu, mesti ada yang pertikaikan. Habis kalau dah yang tak mampu tu nak mengembara macam mana? Mana nak datang duit? Tapi tapi kan.. Kak H tengok ada je yang mengembara naik basikal or naik motor.. Boleh je kan?? Eh2 jawapan bias pulak kak H ni.. 

Takpelah, korang ada pendapat or jawapan masing masing. Tapi kalau tanya kak H, kak H akan jawab perlu sebab dalam Al-Quran pun ada sebut tentang pengembaraan ni dan dengan mengembara dapat membuka minda kita untuk belajar tentang budaya hidup masyarakat dan negara lain. Salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan pencipta dan mensyukuri apa yang kita nikmati sekarang. 

Perbezaan antara mengembara dan melancong


Apa bezanya mengembara dan melancong? Ya, ada perbezaan. Mengembara beerti kita meneroka dengan lebih mendalam tentang sesuatu tempat manakala melancong pula kita hanya melawat tempat tempat tersebut. Oleh sebab itu, mengembara dan melancong adalah tidak sama. Aktiviti yang lebih kurang serupa namun hasilnya berbeza. Mengembara juga dapat meluaskan skop pemikiran. 


Kelebihan mengembara


Terdapat pelbagai kelebihan apabila kita mengembara ditempat orang. Antaranya ialah:-
  1. Dapat berjumpa dengan orang luar biasa dari seluruh negara. 
  2. Mengembara mewujudkan sikap berani
  3. Menyemai perasaan cinta. Perasaan cinta tu sangat meluas. Sama ada jatuh cinta pada orang, budaya mahupun keindahan tempat tersebut
  4. Cara untuk muhasabah diri. Mendekatkan diri pada pencipta. 

Sebelum kak H terangkan lebih lanjut, kita lihat dulu pada surah Al-Mulk ayat 15. Baca dan hayati maksudnya:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula."

Daripada ayat ini jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh sekalian manusia. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.

Pengajaran awal Islam lagi sudah menggalakkan seseorang hamba untuk mengembara sama ada untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan supaya manusia melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.

Kesemua itu adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami ilmu pengetahuan tentang Tuhan. Ada banyak perkara yang Tuhan suruh kita tengok di Bumi ini. Bukanlah sekadar tengok dengan mata kepala saja, tetapi lihatlah dengan mata hati.

Setiap ciptaan-Nya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui dan temui juga pasti ada hikmah disebaliknya. Yang paling penting, Dia mahu kita tengok apa kesan tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada orang-orang yang bongkak, sombong, dan mendustakan Dia untuk dijadikan sebagai pengajaran dan muhasabah diri.

Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Ada yang mahu Dia beritahu melalui setiap perkara yang dijadikan oleh-Nya. Tidak semestinya mengembara ataupun bercuti perlu menelan belanja yang tinggi. Tuhan tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang yang ada banyak duit.

Merujuk kepada kisah pengembaraan ilmu ulama zaman silam, mereka berkelana jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak, kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik. Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.

Kitab-kitab Islam terdahulu ada mencatatkan tentang pengembaraan para ilmuwan dalam usaha mereka untuk menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai pengembara mereka. Kembara juga melonjakkan nama mereka dalam bidang ilmu. Nak tahu apa lagi satu kelebihaa orang yang mengembara ni mustajab.Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).

Bagi kak H besar maknanya dalam kehidupan kak H. Bukan nak membangga diri jika kita dapat mengembara 1 dunia tapi sekadar ingin menikmati nikmat Allah yang tidak ternilai harganya jika kak H dapat melihat keindahan tersebut. Pernah tak korang rasa bosan buat benda yang sama setiap hari? Macam tu jugak rasanya bila melihat benda yang sama setiap hari. Eh, sama ke perumpaannya.. Boleh lah.. ☺☺

Diharap perkongsian kak H kali ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua untuk mengembara dibumi Allah. Bak kata pepatah, "Tuntutlah ilmu walau ke negera China. " Didokan semoga kita diberi rezeki yang melimpah ruah supaya kita dapat menggunakannya ke jalan Allah. In shaa Allah, Aamiinn.. 

Baca Selanjutnya

Sunday 11 February 2018

Jom Jana pendapatan bersama Kak H

Azam tahun baru untuk tambah pendapatan

Alhamdulillah harini dah 42hari kita berada di tahun baru. Macam mana dengan azam korang? Ada yang dah tercapai? Kalau ada yang berazam untuk cari pendapatan sampingan, korang dah mula ke belum? Ataupun masih tercari cari bisness yang sesuai?




Ha, alang alang korang yang masih mencari tu apa kata join bisness dengan kak H. Ni kak H nak promote sikit kenapa Best sangat kalau join ahli dengan kak H. Apa lebihnya kak H ni??


  • Kak H akan ajar teknik marketing yang berkesan melalui blog, ig, fb dan sebagainya.
  • Kak H adalah penulis blogger sejak tahun 2013K
  • ak H akan ajar cara untuk kurus, sihat dan cantik dengan berkesanK
  • ak H akan kongsikan semua informasi tentang kesihatan
  • Kak H akan kongsi tips untuk membahagikan masa antara keluarga dan bisness baik yang bekerjaya mahupun surirumah. (Pengalaman sendiri)
  • Kak H berpengalaman dalam ilmu tentang penyusuan untuk 4 orang anak



Apa lagi korang nak tahu?? In shaa Allah kak H akan kongsikan sebaik mungkin sehingga korang capai impian yang korang nak. Meh risik risik group akak https://www.wasap.my/6013-2109044
Baca Selanjutnya

Sunday 4 February 2018

5 tips melegakan kejang kaki ketika hamil



Osteoporosis sebelum usia

Ramai di kalangan kita yang sering mengalami sakit-sakit urat dan sakit tulang, walaupun diri masih lagi muda. Dulu kak H selalu fikir orang tua-tua je yang selalu sakit macam nie, rupanya sakit tulang dan sakit sendi ini tidak mengira usia. Kalaulah kita tahu macam mana keadaan tulang kita ni, mesti kita takut dan ngeri bila fikir yang tulang kita nie sebenarnya ibarat batang paip, luar je nampak tegap, tapi dalamnya lompong dan kosong.


Urat dan otot saling berkait rapat dengan tulang bagi menyokong pergerakan kita seharian. Namun, apabila tulang kita tidak sihat, urat dan otot kita juga akan sakit kerana kedua-duanya terpaksa menampung organ tubuh badan kita. Urat-urat dan otot-otot kita terpaksa bekerja lebih untuk membantu menstabilkan badan untuk memudahkan kita bergerak ke sana ke mari. Urat dan otot mudah menjadi tegang disebabkan ini.

Jadi, kita kena pastikan tulang kita sentiasa kuat supaya urat dan otot kita tidak sakit sekali. Penyelesaiannya mudah sahaja. Ambillah makanan dan minuman yang mempuyai sumber kalsium yang tinggi dan tambahkan dengan suplement kesihatan (suplement bukan ubat ye. Jangan salah faham pula!) untuk mencukupkan kalsium yang diperlukan badan kita. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita makan tu dah cukup bekalkan kalsium pada tubuh kita tapi sebenarnya tkerap bagi mengelakkan dehidrasi. 


Masalah kejang kaki ini sering berlaku dikalangan wanita apabila disahkan hamil. Kekurangan kalsium juga adalah punca kekejangan kaki ini berlaku. Jadi, bagaimana cara untuk mengelakkan masalah kekejangan kaki ini berlaku? Kak H akan kongsikan beberapa tips. 

5 tips elak kejang kaki berlaku

  1. Jangan berdiri atau duduk dengan silang kaki dalam jangka masa yang lama.
  2. Cuba berjalan setiap hari
  3. Baring secara mengiring ke kiri bagi meningkatkan tekanan pada 
  4. Regangkan urat saraf setiap hari dan beberapa kali sebelum tidur 
  5. Minum air dengan kerap untuk sentiasa kekal hidrat pada hari tersebut.
  6. Cuba rendamkan kaki dengan air panas sebelum tidur untuk melegakan otot
  7. Putarkan pergelangan kaki dan gerakkan jari kaki setiap kali duduk, makan ataupun menonton tv.

Bagaimana ostematrix dapat membantu masalah kekejangan kaki?



Kak H  sentiasa suka dengan Ostematrix kerana Ostematrix telah membantu selesaikan banyak masalah kesihatan kak H dan keluarga. Antaranya ialah:

  • Masalah Sembelit

Didalam Ostematrix, mengandungi Magnesium yang membantu melembutkan otot-otot usus untuk memudahkan proses pembuangan najis. Secara tidak langsung, ia dapat membantu melembutkan najis kita supaya mudah keluar tanpa perlu meneran dengan kuat.

  • Menguatkan Tulang
Badan kita memerlukan kalsium manakal kalsium memerlukan vitamin D untuk mengoptimumkan proses penyerapan. Berbanding pil Kalsium lain, Ostematrix mempunyai Vitamin D untuk proses penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Bila tulang kita kuat, tiada lagi istilah Osteoporosis, kuku rapuh, mahupun gigi atau gusi berdarah

  • Masalah kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 4 biji Ostematrix sebelum tidur dapat mengurangkan kekejangan kaki dan kebas-kebas. Bagi ibu hamil pula, ia boleh membantu dalam mengurangkan simpul biawak juga. Ingat lagi kenangan kak H semasa dalam pantang anak pertama. Masalah kekejangan kaki ni biasa sangat berlaku dan boleh dikatakan setiap hari ketika tengah tidur ataupun waktu subuh. 

Masa tu kak H dah jadi biasa dan lali. Bila kejang je kaki, suamilah jadi pembantu untuk betulkan semula kejang kaki tu. Alhamdulillah, selepas melahirkan anak kedua dan mengenali Ostematrix masalah kejang kaki tu beransur hilang sehingga sekarang kak H sudahpun melahirkan anak yang keempat dan berusia 1tahun 9bulan.

  • Memperbaiki masalah haid

Ketika datang haid, sesetengah wanita akan mengalami masalah senggugut yang teruk. Pengambilan ostematrix dapat mengurangkan kesakitan dari senggugut tersebut kerana Ostematrix membantu dalam melembutkan otot otot yang tegang, sekaligus mengurangkan sakit senggugut tersebut. 

  • Mengurangkan Stress

Setiap orang di kalangan kita wajib ambil pil kalsium terutamanya wanita kerana wanita adalah orang yang paling banyak kehilangan kalsiu. Ostematrix adalah untuk mengekalkan kesihatan tulang dan juga kesihatan badan secara menyeluruh. 

Namun pilihlah pil kalsium yang mempunyai Magnesium dan juga Vitamin D untuk memaksimakan peenyerapan tersebut. Kak H sangat sarankan Ostematrix kepada semua yang mencari pil kalsium. Hanya RM 61.00 (tidak termasuk pos) untuk dapatkan tulang yang kuat dan badan yang sihat 🙂

Kalau tak percaya, jom baca testimoni orang yang berjaya sihat dengan Ostematrix nie!

Testimoni 1:
Ibu yang cramp kaki masa mengandung 7 bulan. 3 hari makan ostematrix sebelum tidur, alhamdulillah cramp kaki dah tak datang. Selain tu, bangun pagi, senang je membuang. tak yah risau lagi!


Testimoni 2:
Akak Rashidah jatuh dan kakinya terseliuh. Rupanya tulang kaki retak. Beliau makan ostematrix untuk hilangkan kejang kaki dan alhamdulillah, denyut2 kaki berkurang dan beliau boleh tidur lena.


Apa tunggu lagi, cegah dulu sebelum parah. Janganlah fikir yang kita tidak sakit jadi tak perlulah untuk mengambilnya. Masa tak sakitlah kita perlu ambil supaya kita boleh elakkan badan kita dari sakit. Kalau dah sakit, tulang dan sendi kita akan memakan masa untuk pulih. Kan ke susah masa tu?
Jom kak H (0149791277) bantu untuk anda dapatkan tulang yang sihat dan badan yang cergas secara menyeluruh luar dan dalam

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya

Tuesday 30 January 2018

23 Cara terbaik untuk berhenti merokok

 

Boleh ke berhenti merokok?

Kalau bercerita bab berhenti merokok ni mesti ramai perokok tegar takkan setuju dengan apa  yang kak H akan sampaikan tapi entry kali ni kak H cuma nak tujukan pada orang yang betul-betul nak berhenti merokok ataupun yang tercari-cari cara untuk berhenti merokok. Banyak cara sebenarnya cuma kita nak dengan tak nak je. Tapi sebelum tu, kak H nak kongsi sedikit tentang kandungan rokok.


Apa ada dalam rokok?


Apa agaknya bahan bahan yang diguna untuk buat rokok ni? Jika dilihat pada gambar dibawah, kesemua bahan yang terdapat didalam rokok adalah bahan merbahaya. Bahan pencuci toilet ada, bahan beracun ada, bahan cat pun ada. Antara banyak banyak bahan diatas ada 3 bahan paling merbahaya iaitu Tar, nikotin dan karbon monoksida.





Punca kepada ketagihan merokok

Punca sebenarnya yang menyebabkan perokok menjadi ketagih nak merokok selalu ialah nikotin. Ini menyebabkan, perokok akan berasa gelisah jika tidak mendapat nikotin ini secara berterusan.



Nikotin menyebabkan perokok sukar untuk berhenti merokok walaupun mereka sedar akan bahaya merokok tu. Bila merokok badan terasa segar, bersemangat dan di awang awangan. Ia disebabkan pengaruh bahan bahan yang merbahaya tadi. Hisap rokok memang bahaya. Malah nikotin akan bertindakbalas dengan otak dan ganggu laluan neuron otak.


23 cara terbaik untuk berhenti merokok

 

Disini kak H akan kongsikan pelbagai cara yang boleh digunapakai untuk mengurangkan ketagihan merokok sekaligus berhenti merokok. Antaranya ialah:-
  1. Senaraikan perkara terbaik tentang merokok secara jujurnya.
  2. Senaraikan perkara yang buruk tentang merokok.
  3. Buat target pada tarikh bila akan berhenti merokok.
  4. Tuliskan semua sebab mengapa perlu berhenti merokok pada kad index.
  5. Berhenti membeli berkarton karton rokok jika niat untuk berhenti.
  6. Tuliskan berapa kali seminggu hisap rokok sebelum berhenti.
  7. Sediakan senarai yang perlu dibuat jika mengalami ketagihan merokok
  8. Berhenti apabila berada didalam mood yang baik.
  9. Apabila hampir tiba waktu untuk berhenti, buang segala perkara yang mengingatkan kepada rokok.
  10. Simpan semua duit yang digunakan untuk merokok kedalam bekas kaca
  11. Amalkan snek sihat yang boleh dibawa bersama dan makan ketika ketagih.
  12. Ambil secawan teh herba apabila berasa ketagih kepada merokok.
  13. Apabila tiba waktu merokok, cuba untuk bermain sebarang game dikomputer ketika bekerja.
  14. Gambarkan diri sendiri sedang bermain tennis.
  15. Cipta kawasan larangan merokok.
  16. Letakkan semua senarai tersebut dikawasan rumah yang boleh dilihat.
  17. Cuba ubah rutin seharian. Sekiranya sering merokok ketika memandu kereta, cuba ubah untuk menaiki motor untuk ke tempat kerja.
  18. Amalkan memakan oat sehari sekali.
  19. Terangkan kepada orang sekeliling sama ada keluarga, kawan baik, boss dan sebagainya bagaimana anda rasa.
  20. Cuba buat appointment dengan akupuntur.
  21. Jika gagal, cuba sekali lagi.
  22. Bayangkan perkara yang sangat sukar yang perlu dihadapi ketiga ketagihan itu datang. 
  23. Amalkan kafein selepas 2 3 bulan berjaya berhenti dari merokok.


Bagaimana Vivix dapat membantu mengurangkan menghisap rokok?




Antara bahan utama didalam Vivix ialah Polifenol. Polifenol bertindak sebagai antioksidan dan antiradang untuk tubuh melawan kerosakan sel. Ia juga menyokong tubuh seorang perokok untuk melakukan proses detoks. Vivix merupakan agen detoks yang kuat untuk keseluruhan badan.

Vivix membantu proses detoks pada tubuh badan termasuk membuang bahan bahan toksin/ merbahaya termasuk nikotin yang ada di dalam tubuh. Secara logik, apabila badan kita bersih daripada nikotin, keinginan untuk merokok boleh berkurangan dan kita mula rasa rokok itu pahit, tawar atau masuk angin. Seperti orang yang pertama kali menghisap rokok



Selain sebagai agen detoks, Vivix juga kaya dengan Resveratrol. Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah ketagihan dengan bahan terlarang seperti nikotin, tahap dopamin dalam neuron otak akan meningkat. Peningkatan dopamin inilah yang menyebabkan mereka teringat ingat dan nak kan bahan terlarang tadi



Ramai yang risau untuk berhenti merokok kerana takut penyakit lain yang akan datang apabila berhenti merokok. Namun, polifenol bukan sahaja berupaya melindungi dan memulihkan sel tetapi dapat juga meningkatkan tenaga sel (mitokondria)  pesakit. Secara perlahan lahan simptom withdrawal perokok dapat diseimbangkan dan tahap kesihatan menjadi lebih baik.



Apa kata pengguna Vivix

 
Sakit perut teruk akibat rokok, ambil Vivix dan tak sentuh rokok

Berhenti merokok tanpa letih, lesu dan migraine. 


Ha, nampak tak kelebihan Vivix ni. Kalau anda berniat untuk berhenti merokok dengan cara mudah boleh cuba Vivix. Para isteri yang ingin suami berhenti merokok wajib hadiahkan sebotol Vivix pada suami. Bukan untuk berhenti merokok je malah boleh jadi awet muda. Nak tahu lebih lanjut? Ada saya kongsikan didalam Khasiat dan Kelebihan Vivix dan Vivix juga membantu dalam merencatkan sel kanser dari terus membiak

Satu botol Vivix mengandungi 150ml dengan harga Rm475 sahaja. Untuk mendapatkan Vivix secara COD ataupun penjimatan yang lebih boleh menghubungi kak H melalui wasap 0132109044 (Pn. HAJAR) ataupun boleh mendapatkannya melalui online dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit di bawah


**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya

Friday 26 January 2018

7 Tips memilih bisness online dan mengembangkan bisness online


Meniaga online ni boleh buat duit ke? 

Rata-rata zaman sekarang ni dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia mengambil inisiatif melakukan kerja sampingan tak kisah sama ada online ataupun offline. Tetapi kebanyakkannya memilih bisness secara online yang lebih mudah dan murah.





Kenapa lebih mudah? Bisness online adalah bisness yang flexibel. Tiada waktu tetap untuk memulakan perniagaan. Berbanding bisness secara offline, kebanyakkannya perlu menyewa kedai yang mungkin memerlukan modal yang besar. Tapi kali ni kak H nak kongsikan 7 tips yang berguna untuk korang gunapakai bagi memantapkan lagi bisness korang.


7 Tips menambahbaik bisnes dan menjaga reputasi.

  • Pilih company yang sudah lama bertapak dan boleh diwarisi
Bayangkan korang nak bekerja di sebuah company ni. Sebelum di interview, korang mesti selidik dulu tu company apa dah berapa lama bertapak dan sebagainya kan? Yelah, kalau boleh tak nak lah company yang entah apa apa tiba tiba tak boleh nak bayar gaji pekerja or bankrup. Tak pasal pasal kita pulak kenja tanggung hutang lain. Carilah company yang menjalankan bisness tersebut melebihi beberapa tahun.

  • Wujudkan semua jenis media sosial yang ada seperti FACEBOOK, GOOGLE+ dan sebagainya.

Orang bisness ni kena sambar segala peluang dan ruang yang ada. Selagi ada medium untuk berbisness tak boleh dilepaskan. Baik secara online mahupun offline. Jika kita berada didalam jenis perniagaan yang sangat kompetitif, cuba untuk aktif di beberapa laman sosial yang lain. Contohnya jika perniagaan tersebut melibatkan Visual, cuba untuk menggunakan Pinterest, Instagram dan Flickr mungkin diperlukan. Namun, kebanyakan perniagaan mendapat manfaat dari beberapa jumlah video yang dikongsi melalui Youtube dan Vimeo.

  • Jangan abaikan akaun Media Sosial

Nama pun bisness online, penting sangat untuk kita membina kepercayaan diri kita kepada pelanggan. Kalau setakat ada media sosial tapi tak pernah update apa-apa orang pun tak tahu yang kita ni wujud.

  • Pertimbangkan Jenama dan Produk

Bila dah ada bisness ni, mesti kita dah pilih nama untuk Company tapi kita jangan kenalkan nama company je, sebaliknya brandingkan juga produk dan bahan yang kita jual daripada comgpany kita melalui website, profil media sosial dan sebagainya.

  • Update bisness menggunakan medium blog selain fb, twitter, ig dan sebagainya. 

Selain fb, ig, twitter seperti yang kak H buat sekarang kak H lebih banyak menjual melalui medium blog. Senjata rahsia sesuatu perniagaan adalah dengan blog dan SEO yang betul dan kata kunci yang baik dapat meningkatkan sales perniagaan tersebut. SEO ni kena belajar tau.

  • Melabur untuk bisness. 

Bagi membina reputasi didalam bisness memerlukan sedukit pelaburan. Bukan pelaburan untuk cepat kaya ye tapi pelaburan untuk mendapatkan ilmu. Untuk menguasai bidang bisness secara online perlu ada strategi yang betul supaya dapat menarik minat pembeli. 

Antara ilmu yang boleh dipelajari ialah fb ads, teknik copywriting, fb page, strategi marketing dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk melakukannya sendiri, boleh upah orang untuk mengemaskini akaun media sosial tersebut. 

Ada yang tanya kak H, buat Shaklee ni untung ke? Kalau tak untung, kak H pun dah tak buat lama dah. Nak tahu sebab apa?


  • Jangan main harga

Jika kita hanya ahli , jangan pernah langgar etika syarikat.. Kalau dah kata jual harga retail je jangan sibuk nak jual harga ahli pulak pada yang bukan ahli. Kan melanggar fitrah namanya. Lagipun, jual harga retail boleh lah dapat untung penat lelah korang guna internet post iklan kat media social. Kalau jual harga ahli tak dapat untung apa pun. Dapat penat lagi adalah.

Kenapa nak jual harga murah? Takut sebab takde orang beli?? Selagi kita tak bergantung harapan kepada manusia selagi tu kita takkan kecewa. Percayalah bahawa Allah adalah pemberi rezeki. Kalau dah Allah tu tulis, itu rezeki untuk kita maka terimalah dengan hati terbuka dan bersyukur. In shaa Allah kak H doakan sales kita semua akan mencanak canak dan mendapat rezeki yang tidak disangka sangka. 


Kenapa Shaklee sebagai bisness pilihan Kak H

Yelah, dalam banyak banyak bisness dalam dunia ni kenapalah nak kena pilih Shaklee jugak? Takde bisness lain ke? Ok, kak H nak share dengan korang ye kenapa kak H pilih Shaklee. Ok, ni point penting dia. 



  • SHAKLEE DITUBUHKAN OLEH SEORANG PESAKIT
  • SELAMAT
  1. Saringan terhadap 350 jenis contaminants, pesticides, dan immpurities terhadap semua kandungan botani.  
  1. 100 kajian dilakukan setiap tahun 
  1. No artificial flavor, Sweetenes or added preservatives 
  1. Gluten free
  1.  Non GMO 
  1. Biodegradable 
  1. Tiada ujikaji terhadap haiwan
  • TERBUKTI
  1. 100 pembentangan dan pencentakan saintifik termasuk LANDMARK STUDY 
  1. Kajian terhadap TELEMORE badan manusia 
  1. Patent Pending
  • BERKESAN
Kalau korang dah jumpa produk yang terbaik, korang nak berpaling lagi ke? Kak H bukan cakap kosong ye sebab kak H sendiri dah rasai kebaikan dan #shakleeffect tersebut. In shaa Allah hari ini dan selamnya takkan berpaling. INI YANG BUAT KAK H JATUH CINTA SELAMANYA.. 
Pengasas Shaklee adalah Forest C Shaklee yang sebenarnya seorang pesakit TB sejak dari lahir lagi dan doktor sahkan yang dia hanya boleh hidup 8 tahun sahaja. Disebabkan itu, parents dia ambil keputusan untuk hidup luar dari kawasan bandar dan makan hanya sayur sayuran dan buah buahan segar. Bila remaja beliau kaji kebaikan semua jenis alam semulajadi dan menubuhkan "first drugless clinic". Banyak dugaan yang terpkasa dilalui sehingga tanggal 1 April 1956 Shaklee Corporation ditubuhkan. Banyak lagi kisah dia yang akan kak H kongsikan kemudian.  Kalau


Produk yang selamat dan dari bahan yang berkualiti. Kenapa Selamat? 



Kajian telah dilakukan berpuluh tahun sebelum Shaklee dipasarkan terhadap manusia yang mengamalkan Shaklee dan tidak mengamalkan Shaklee.. Ternyata peratusannya sangat berbeza. 


Kalau ada yang berminat nak mulakan bisness Shaklee, boleh hubungi kak H sendiri melalui wasap 0132109044 atau boleh isi borang dibawah dan kak H akan menghubungi semula.



Baca Selanjutnya