Bila tengok tajuk je mesti ibu2 teruja n ternanti2 nak tau kan?? ok, malam ni saya akan kongsikan sikit apa yg saya tahu..Kebanyakan ibu yang lepas bersalin akan melalui fasa berpantang iaitu selama 44 hari tak kira sama ada secara normal ataupun pembedahan.. Berpantang adalah amat penting untuk mengelakkan rahim jatuh ataupun tumpah darah..Selain itu untuk mengembalikan kesegaran badan selepas melalui proses bersalin dan menambahkan susu ibu..
Rata2 ibu2 diluar sana mesti tercari2 apa yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan.. Tapi yang paling famous ramai ibu2 tahu makanan untuk ibu yang berpantang ialah ikan bilis, ikan tenggiri, sawi, lobak merah dan lobak putih.. Sebenarnya banyak lagi lauk, sayur dan buah buahan yang boleh ibu2 makan ketika berpantang..
Bila bercerita pasal berpantang, ramai yang cakap setiap orang lain cara berpantangnya bergantung pada ketahanan badan seseorang itu.. Kita kena try n error..Tapi kena ingat, apa yang kita makan akan memberi kesan pada bayi sekiranya menyusu badan.. Alhamdulillah harini genap 40hari saya berpantang dan ada 1 hari saya bentan gara2 makan brokoli..huhu nasib baik tak lama...
Ok, ni saya ada sediakan senarai makanan untuk ibu berpantang..
Ha, banyak lagi kan ikan yang boleh ibu2 berpantang makan?? Tapi kena ingat ye, ibu2 cuma ada 3 cara untuk memsak iaitu kukus,bakar dan rebus..menggoreng adalah tidak digalakkan sama sekali..
Oklah,sampai disini je coretan saya pada kali ini..semoga perkongsian saya pada hari ini dapat membantu ibu2 diluar sana melalui fasa berpantang dengan jayanya..
Your Shaklee Independent Distibutor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Facebook: Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Beauty & Healthy Is You, Permatahatibidadariku
Contact: 013 2109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment