Monday 9 March 2020

Ketahui cara bagaimana Sel Kanser boleh terbentuk?


KENALI APA ITU NEKROSIS SEL

Sebelum tido jom hadam kejap tentang nekrosis sel.. Terasa macam belajar biologi pulak. Dulu masa sekolah, kelas biologi lah susah sikit nak faham.. Tapi bila dah masuk bidang kesihatan ni sikit sebanyak mesti kena tahu juga.



Dalam berjuta-juta sel yang ada dalam badan kita ni, korang tau tak sebenarnya sel kita ni ada yang mati sendiri dan ada yang mati dibunuh.. 

Apa benda pulak tu? Ok, ni kak H nak terangkan. Dua benda yang menyebabkan sel itu mati ialah:-


  • APTOSIS = Sel yang ada dalam badan kita ni akan mati dengan sendiri apabila ianya tidak diperlukan lagi.. 

Antara contohnya ialah, pembelahan jari pada janin didalam kandungan. Oleh sebab proses Aptosis sel inilah yang membolehkan jari kita terbahagi. Tapi kalau sel tersebut sukar untuk melakukan proses APTOSIS, maka ia akan membentuk menjadi Sel Kanser.



  • NECROSIS = sel tu mati sebab dibunuh bukan bunuh diri. Dibunuh oleh perkara-perkara macam toksik, bahan kimia, radikal bebas, radiasi, trauma, kecederaan. Kiranya depe ni meninggal dalam secara abnormal dan tak sihat. 

Necrosis menyebabkan ada inflamasi di kawasan tisu sel yang mati tu. Paling mudah nk tengok, kulit yang hitam pada kaki pesakit diabetes. Sel-sel kulit hitam tu sudah mengalami proses necrosis. 

Contoh lain lagi, sekiranya seseorang itu menghidap sakit jantung Sel-sel di jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi (FYI sel perlukan oksigen, glucose untuk hidup) oleh kerana ada blockage di saluran darah ke jantung. Setelah melalui beberapa proses akhirnya sel di jantung tersebut akan alami necrosis.

Jadi macam mana kita nak pastikan supaya badan kita ni jalani proses Apoptosis yang sihat? bukannya mati secara tak sihat. Dan macam mana kita nak pulihkan sel-sel hasil dari proses necrosis ni? 

Apabila DNA sel yang rosak, ia biasanya akan mengesan kerosakan dan cuba untuk memperbaikinya. Jika kerosakan tidak boleh diperbaiki, sel biasanya akan menghantar diri sendiri ke dalam apoptosis. 

Bila sel-sel mengalami kerosakan DNA tetapi gagal untuk menjalani apoptosis, sel inilah yang akan membiak menjadi sel kanser. 

Jadi kenapa penting sangat kak H nak ingatkan yang kita ni perlukan Vivix setiap hari?? 

Vivix mempunyai 4 mekanisme utama pembaikan sel. perlindungan sel, tenaga sel dan prestasi sel. Kesemua yang memang kita perlu untuk pastikan sel-sel kita hidup dan boleh menjadikan segala organ dalam badan kita berfungsi dengan baik bukannya berpenyakit sana sini sinun. 

Sel hidup, mesti ada oksigen dan tenaga, Tapi kalau takde tenaga? takde oksigen, sel akan mati. Sebagai contoh,apabila kita kekurangan oksigen kita akan mengalami semput, kalau sel kurang oksigen boleh jadi sel berasid dan enzim tertentu akan dilepaskan. Sudahnya DNA yang rosak. 

Sel mesti mampu untuk repair kerosakan DNA sel supaya sel yang rosak tu sepatutnya boleh mati bukan meniru untuk jadi sel rosak yang lain. 

Mekanisme ni dibuat melalui hasil dari ribuan kajian terhadap resveratrol dan polyphenol yang ada dalam VIvix . Sebab tu Vivix terhasil dari ribuan kajian klinikal. Bukan dah siap-siap bancuh kemudian tepek kebaikan. Big nooo. Sekarang baru tahu, kenapa VIVIX sangat la exclusive kan?? Kandungannya lain dari mana-mana product berbentuk tonik yang ada di pasaran. 

Baca Selanjutnya

Tuesday 3 March 2020

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

BUAT KERJA KITA JANGAN BUAT KERJA TUHAN
================================

Kak H sering dengar perkataan ni saban hari, bulan dan waktu. Yelah, kita ni cuma hamba je.. Mampu merancang tapi DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Kita boleh berdoa mintak macam macam tapi selebihnya Allah yang tentukan sama ada nak bagi pada kita atau tak. Kita sebagai hamba cuma perlu berusaha sehabis baik dan tawakal. 

Allah nak bagi kita pun bergantung pada usaha masing masing. Allah berfirman "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa." (Thaha 20: 132)

Didalam buku "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" karya Fathuri Sallehuddin ada mengatakan bahawa sesungguhnya menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari rezeki. Dan rezeki itu sangat kuat dengan Allah kalau kita jaga dan tunaikan hak-haknya. Macam mana caranya? 

Salah satu cara untuk menjemput rezeki yang mudah adalah dengan Solat Dhuha dan bersedekah. Dalam kita mencari rezeki untuk menunaikan tanggungjawab seharian, dalam usaha kita memberikan sesuatu yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga, hadis ada mengatakan bahawa sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha Allah akan mencukupkan segala keperluannya pada hari itu.

Jadi selepas lakukan apa yang patut kita buat, laksanakan sepenuh hati, tambah dengan amalan sunat yang menunjukkan pergantungan kita pada Allah, maka tidak perlu lagi ada rasa bimbang di hati. Sebab kita dah yakin. Dalam setiap rezeki kita harini ada hak orang lain, maka jangan pernah takut jatuh miskin apabila bersedekah. Jadi tiada lagi istilah "TAK CUKUP ATAU TAK PERNAH CUKUP" dalam kamus hidup kita. 

Baca Selanjutnya