Friday 4 July 2014

Cara Pengiraan Air Ketuban (AFI)



Wah, bila tengok tajuk je macam saintifik sangat kan??huhu..Actually, entry ni adalah sambungan dari entry saya yg sebelum ni tentang punca air ketuban berkurangan. Seperti biasa, 2 minggu skali saya akan ke klinik untuk wat check up..So, hjung bln lepas (28.6.14) adalah tarikh check up saya..Sekali lagi, doc akan scan untuk cek air ketuban saya..Memang dalam masa 2minggu sebelum tu saya berdoa banyak2 supaya air ketuban ni boleh banyak semula..Hari2 saya makan tembikai untuk tambahkan air ketuban..mana tau menjadi kan???Tapi dalam masa yang sama, Allah saja yg tahu macam mana risaunya saya kalau saya terpaksa ditahan wad...Mana taknya, dengan anak yg sekolah lgi n yg no 2 tu baru nak masuk 2tahun..tido pn nak kena peluk dgn saya lg..kalau yg no 1 tu xkisah sgt sbb die blh tinggal rumah nenek dia..Tapi, alhamdulillah, lepas doc scan n doc cakap air ketuban masih lagi dalam tahap yg ok..but kena berjaga2..

Macam mana cara doc tu kira air ketuban??Jom tengok ni..

Tahap air ketuban boleh diketahui melalui ultrasound scan. terdapat 2 cara untuk mengukur air ketuban iaitu Amniotic Fluid Index (AFI) atau Single Deepest Pool (SDP)

Tapi ni bukan gambar scan baby saya ye..ni amik dalam web..

Masa mula2 scan dulu, doc cek AFI macam ni, tapi untuk yg seterusnya, doc cek macam ni...

Perut ibu tersebut akan dibahagi kepada 4 bahagian untuk mengira air ketuban tersebut.

Result yg saya dapat dari keempat2 kuadrant ini ialah 8.9..Doc ckp air ketuban setakat ni ok lg, tp klu dh smpai cecah 7 so dh tahap bahaya..Minggu dpn saya ada check up lg..Doa2kan supaya semuanya ok ye...Mmang lah teramat risau..Setakat ni je yg dpt sy kongsikan..Jumpa lg di entry akan datang..











 

 

 


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment