Monday, 30 December 2019

REVIEW SELANGOR FRUITS VALLEY




Ada masanya kita berada diatas namun ada, masanya kita berada dibawah. Ketika dilanda dugaan terkadang kita memerlukan masa untuk muhasabah diri apa yang terkurang dan yang terlebih tentang diri sendiri. Manusia TIADA YANG SEMPURNA. Untuk menjadi yang lebih baik, semak semula apa yang perlu diperbaiki.

Tidak ada bezanya dengan orang yang bekerjaya, kak H juga menggunakan masa berhujung minggu untuk RECHARGE apa yang perlu. Lima hari sibuk uruskan anak dan bisness, kak H ambil masa hujung minggu Sabtu dan Ahad untuk kaji semula apa yang perlu ditambahbaik dalam urusan bisness kak H

Bagi ahli keluarga pula, hujung minggu adalah peluang kak H untuk menghabiskan masa bersama sama diluar hilangkan stress ataupun penat menguruskan rumah tangga. Bawak family pergi bercuti atau ke tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi. Macam semalam kak H bawak anak anak ke #selangorfruitsvalley. Best sebab dorang dapat belajar banyak benda tentang jenis jenis herba dan buah buahan.  Kak H pun turut belajar.

Paling penting, gantung kuali.. 😁😁 Siapa kata SURIRUMAH ni goyang kaki tengok hp je.. Penat tau. πŸ˜‰πŸ˜‰Tapi kalau anak anak dah besar sikit dan boleh handle diri masing masing mungkin kak H akan recharge dengan cara 'ME TIME' giteww.. Hihi Korang RECHARGE camner?? Meh lah share sikit..

#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG17
Baca Selanjutnya

Saturday, 28 December 2019

Tips pilih bisness yang betul tanpa rugi


Ada ke bisness tanpa modal?

Start sekolah lagi berapa hari je. Tahun 2019 pun dah nak melabuhkan tirai. Kebiasaanya hujung tahun ni ramai ibu bapa yang siapkan barang barang sekolah anak. Kak H pun tak terkecuali Tahun 2020 sahaja anak kak H 3 orang yang bersekolah rendah. Tahun 2021 pulak sorang sekolah menengah lagilah banyak perbelanjaannya.



Ikutkan purata, perbelanjaan anak seorang pun dah beratus ratus kalau 4 5 orang ya Allah beribu ribu jadi. Bagi ibu bapa yang berkemampuan mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagi kita yang golongan marhaen ni macam mana agaknya nak survive kan? Kalau yang makan gaji tu, mesti separuh dari gaji dah habis pada keperluan sekolah anak.

Nak tak nak, ibu dengan ayah kenalah tolak tepi segala kemahuan dan kehendak demi anak anak. Beli apa yang perlu je. Paling memeritkan ialah dengan ekonomi sekarang ni. Ya Allah, sangat terkesan. Perkerja yang dibuangkan kerja pun masih ramai. Agak Agak macam mana lah ekonomi tahun 2020 nanti?

Cabaran tahun 2020 nanti kita tak tahu lagi macam mana. Ntah ntah lagi hebat dari yang sekarang ni. Jalan yang terbaik ialah persiapkan diri dari sekarang. Korang nak tak kalau kak H nak ajak join bisnes?

Bisness yang tidak bermusim serta Modal pun sangat rendah. Paling Best, korang bukan dapat untung runcit je tapi korang boleh dapat bonus tengah bulan. Siapa nak bagi kan saat saat hampir sesak nak tunggu gaji hujung bulan tu. Korang boleh jugak jana income infiniti tanpa hadKorang sendiri yang tetapkan nak income berapa.. 

Paling penting tak perlu nak simpan stok banyak banyak ataupun nak ke hq branch untuk beli barang. Semuanya hanya dihujung jari. Tak percaya?? Meh try pm/wasap 0132109044(kakH)risik risik dulu ke.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed,treat,cure or prevent any diesease.**


Baca Selanjutnya

Monday, 23 December 2019

Say No to Junkfood


Atasi Masalah Pemakanan anak dari Sekarang

Ingat lagi masa mula mula Zahirah kena sakit gigi. Memang tak tidur malam dibuatnya. Masa mula mula dulu Zahirah kena serang sakit gigi sebab gigi berlubang.. Bukan 1 2 tapi 4 gigi yang berlubang belah bawah. Dah berapa kali bawak pergi klinik nak tampal gigi tapi at the end tunggu punya lama sampai je depan doktor, dia lah orang pertama yang tutup mulut serapat rapatnya. Memang tak boleh buat apa dah.



Nilah yang menjadi kerisauaan kak H setiap hari. Walau macam mana sekalipun kita kawal pemakanan junkfood dirumah, tetapi disekolah tetap ada. Lebih lebih lagi yang buka car booth di luar sekolah. Sedih bila orang ramai takde kesedaran tentang pemakanan sihat sejak dari kanak kanak lagi.

Yes, jual makanan ringan ni memang boleh untung tapi pernah tak kita fikir macam mana keadaan yang perlu dihadapi oleh ibu bapa kanak kanak yang membeli makanan ringan tersebut? Bukan nak salahkan penjual, tapi seharusnya kita sebagai ibu bapa malah kerajaan sekalipun perlu mengambil inisiatif untuk membanteras makanan ringan ni. Dan yang paling kak H perasan sangat, bila anak anak kak H makan makanan ringan ni mesti takkan makan nasi dah sebab kandungan gula dan msg yang terkandung didalamnya terlampau tinggi.. 😩😩

Kak H kagum sangat dengan negara jepun bab pemakanan mereka. di kala bilangan obesiti dikalangan kanak-kanak meningkat naik diseluruh dunia, bilangan obesiti di Jepun bukan sahaja rendah, malah dalam kadar menurun. Jepun sangat terkenal dengan makanan mereka yang mengenyangkan dan penuh dengan nutrien berkhasiat tinggi. Bila keperluan badan dipenuhi dengan bahan yang bagus, secara semula jadi, badan tidak akan ‘teringin’ bahan makanan yang tidak sihat. Ini kerana, badan sudah tidak mempunyai ruang untuk ‘junkfood’.


Nak kawal junkfood terlalu ketat pun tak boleh sebab budak budak ni jenis nak mencuba sesuatu.. Kalau dirumah ibu dengan ayah tak bagi makan tapi dekat sekolah ada, mesti perasaan ingin tahu tu ada. So apa yang kak H boleh sarankan kalau nak bagi anak anak junkfood bagilah seminggu 1 2 kali sahaja. Selebihnya ajar anak anak makan makanan yang sihat. In shaa Allah lama kelamaan mereka akan faham kenapa junkfood tu tak elok untuk kesihatan.

Kalau anak teringin sangat, rajinkan diri untuk buat yang home made menggunakan bahan bahan yang sihat. Semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa. Bermula hari ini jom kita sama sama amlakan makanan sihat untuk anak anak. SAY NO TO JUNKFOOD.

Baca Selanjutnya

KENAPA PERLU MEMILIH SHAKLEE??


SHAKLEE BERBEZA DARI YANG LAIN

Assalammualaikum dan Selamat pagi sahabat semua.. Entry kalini kak H nak share serba sedikit apa perbezaan produk Shaklee dengan jenma yang lain. Shaklee adalah jenama yang dipercayai sejak sekian lama. Shaklee telah menjalankan pelbagai kajian sebelum mengeluarkan sesuatu produk.



SIAPA SEBENARNYA DI SEBALIK SEMUA KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN


Dr Elizabeth Blackburn adalah penasihat lembaga sains shaklee. Beliau adalah penerima anugerah nobel 2009 dalam perubatan. Beliau juga merupakan salah seorang daripada “100 orang paling berpengaruh di dunia” Majalah Time 2007 dan pernah menerima Anulugerah Albert Lasker bg penyelidikan Perubatan Asas 2006.

Sebelum ni, Shaklee pernah menjalankan satu Kajian Landmark Study dan hasil kajian tersebut menunjukkan populasi yang mengamalkan vitamin shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memgambil vitamin langsung atau mengambil vitamin yang bukan shaklee.


Kajian terbaru yang dibuat oleh shaklee adalah berkenaan dengan Telomere.
Kajian unggul dan kajian Telomere menunjukkan bahawa populasi yang mengamalkan shaklee adalah lebih sihat berbanding populasi umum. Manakala Kajian Telomere tersebut menunjukkan yang pengamal shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengamal shaklee.

Apa benda Telemore ni?? Telemore ni adalah hujung pelindung DNA kita. Semakin panjang telomere ini maka semakin baik kesihatan kita. Ini terbukti bahawa pengambilan vitamin shaklee boleh memanjangkan telomere. Selain itu, nutrien yang menyumbang kepada kepanjangan telomere ni adalah omega 3, multivitamin, vitamin D dan polyphenol ( ada dlm vivix)

Tidak rugi jika kita memilih jenama shaklee kan? Semuanya terbukti siap ada ujian lagi. Maka tidak syak lagi mengubah jenama boleh mengubah kesihatan.

KENAPA PERLU MEMILIH SHAKLEE??ADA LAGI JENAMA LAIN


Ye, inilah sebab dia. Shaklee terbukti, ada kajian dan disokong oleh Landmark Study dan Telomere Study dan Shaklee ni dah 100 tahun mencipta inovasi.

Dr Forest Shaklee sebagai Pengasas Shaklee sangat komited untuk membantu kesihatan orang lain dengan mencipta multivitamin pertama di dunia lebih 100 tahun yang lalu.

Tahukah anda? Berikut adalah senarai 100 kecemerlang yang membuatkan shaklee diyakini.

6 DIANTARA 100 KECERMELANGAN SHAKLEE



  1. 100 tahun inovasi - multivitamin pertama dunia dicipta pada 1915.
  2. 100 tahun hidup dengan alam semulajadi - semua bahan semulajadi yang tulen.
  3. 10,000 ujian kualiti setiap tahun.
  4. 100+ paten - vivix dan nutriferon hanya ada di shaklee
  5. 100+ pingat emas, perak dan gangsa - powered by shaklee iaitu atlet dan angkasawan.
  6. 100+ ujian klinikal - telomere & landmark study


KENAPA SHAKLEE??


SELAMAT. TERBUKTI. DAN BERKESAN

selamat - ujian kualiti
terbukti - angkasawan dan atlet
berkesan - landmark study dan Kajian telomere

Bila dah tau jenama shaklee terbaik, jadi bagaimana nak sertai shaklee ni? Klik je link ni cepat2


Baca Selanjutnya

Sunday, 15 December 2019

Berangan tak Salah.. Mungkin Ianya boleh jadi kenyataan

Bila bercerita bab Impian boleh dikatakan setiap orang pasti ada Impian masing masing. Tapi sebenarnya itu Impian atau Angan angan? Orang kata, jangan berangan seperti Mat Jenin sebab hasilnya takkan ada sebab kita Hanya membayangkan tanpa sebarang tindakan.



Tapi daripada apa yang kak H belajar, sebenarnya ' BERANGAN' ini sangat bagus untuk MINDA SEPARA SEDAR kita. Untuk mencapai sesuatu kejayaan CONTOHnya, kita perlu membayangkan(BERANGAN) seolah2 kita sudah pun mendapatkannya. Yang penring disertakan dengan TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. 

Berbalik pada bab BERANGAN, pernah dulu masa kak H muda remaja ikut mama dengan ayah show dekat rumah orang kawin, kak H terpesona tengok rumah tuan rumah. Sangat cantik. Rumah dato barangkali. Rumah dia rumah kampung semua kayu tanpa batu bata. Cuma kayu yang jenis mahal tu kot. Kak H pun tak berapa arif.

Sejak dari haritu kak H mula jatuh hati. Terdetik dalam hati, Ya Allah, kalau aku ada duit nak beli rumah atau buat rumah, aku nak sangat rumah macam ni. Rasa tenang je suasana kampung. Kalau boleh kak H nak rumah 3 tingkat. Tingkat yang atas sekali tu untuk small office kak H, gym dan lebih kepada ruang peribadi.

Yang bawah sekali kak H akan buat bilik untuk mak ayah dan mertua kak H ataupun bilik tetamu. Malkumlah dah berumur ni kesian pulak nak naik turun kan. Tingkat tengah pulak bilik untuk kami anak beranak sekeluarga. Sekeliling rumah kak H mesti ada swimming pool sebab anak anak kak H suka mandi. Bila menaip ni pun terbayang rumah idaman. In shaa Allah satu hari nanti.. Tengah berusaha untuk dapatkan rumah idaman.. Korang yang baca ni tolong doakan untuk kak H ye.. Aamiinn..

Baca Selanjutnya

3 cara mudah pembelian Vivix

Bagaimana nak beli Vivix

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Harini dah 15 Disember 2012. Kita ada beberapa hari sahaja lagi untuk melangkah masuk ke tahun yang baru. Macam mana azam korang tahun ni?? Banyak dah tercapai ke?? Ataupun carry forward ke tahun depan? 

Apa apa pun kak H doakan semoga semuanya dipermudahkan ye. Ok, entry kali ni santai santai je sebab lak H cuma nak share tentang cara macam mana nak beli Vivix. 3 cara yang sangat mudah.

Cara yang pertama, kalau ada yang nak kan Vivix, boleh je contact kak H melalui wasap 0132109044. Jika masih ragu2 dengan kak H, boleh jenguk Facebook kak H untuk kepastian. Maklumlah zaman sekarang ni memang ramai sangat scammer. Kadang orang yang kita tak sangka pun boleh jadi scammer.

Tapi sekiranya korang masih memilih untuk membeli di Hq atau laman web Shaklee pun masih boleh. Untuk walk in di hq, caranya korang perlu mendaftar sebagai ahli sebanyak rm69. Daripada pendaftaran tersebut, banyak kelebihan yang korang akan dapat apabila menjadi ahli. 

Antaranya adalah dapat membuat belian dengan harga yang jauh ebih murah terutamanya bila berlangsungnya promosi. Tapi kalau korang rasa sayang sangat nak keluarkan duit sebanyak rm69 tu,boleh je guna ID kak H 926826 (Nur Hijratul Hajar) ye.

Akhir sekali, cara yang paling best ialah semuanya dihujung jari. Korang klik je pada gambar Vivix di bawah, isi semua details yang diperlukan dan pastikan korang ada KAD KREDIT OR KAD DEBIT untuk membuat sebarang pembelian.



Semoga perkongsian kak H kali ini sedikit sebanyak membantu korang yang ingin membeli Vivix sendiri.. Ala ala privacy gitew.. Sehingga bertemu di lain entry..

Baca Selanjutnya

Sunday, 8 December 2019

Tak berkira dengan anak, rezeki melimpah ruah


Anak anak adalah rezeki

Pernah tak dengar pepatah ni?? "Anak anak adalah rezeki". Kita sering dengar pepatah ni,tapi kak H rasa tak semua orang mempercayainya. Tapi percaya tak setiap anak tu apabila dilahirkan didunia ni Allah dah tetapkan rezeki masing masing cuma kita sebagai ibubapa perlu berusaha untuk mendapatkannya.



Kita menumpang rezeki Anak

Setiap kali bertambah anak, kita sedikit sebanyak akan risau memikirkan kos sara hidup yang semakin bertambah. Tapi kekadang kita lupa, rezeki tu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja malah kebijaksanaan kita dalam menguruskan kewangan juga adalah suatu bentuk rezeki.

Walaupun mungkin gaya hidup kita tidak seperti orang lain, tapi Alhamdulillah ianya sentiasa CUKUP. Sahabat kak H pernah berpesan, mintalah rezeki dari Allah atas asbab anak anak sebab anak anak ni dia hati dia bersih. Disamping kita berdoa, minta juga anak anak untuk mendoakan bersama. Mudah mudahan Allah lapangkan rezeki kita asbab anak anak.

Sejak daripada tu, kak H memang pegang betul betul nasihat sahabat kak H tersebut. Katanya, "kita menumpang rezeki anak anak, bukan anak anak menumpang rezeki kita." Pengalaman kak H sendiri, bukanlah dari keluarga yang senang. Nak pergi melancong dalam negeri pun susah nak dapat, tapi bila anak mula cakap "Ibu, abang nak naik kapal terbang. 

"Dalam hati, alahai anak kesiannya teringin nak naik kapal terbang. Kak H sendiri pun tak pernah. Mungkin sebab selalu tengok ayah ke sana sini naik kapal terbang. Dia pun mula nak meneroka dunia kapal terbang tu macam mana.

Itulah salah satu sumber pembakar semangat dan jadi satu azam buat kak H untuk tunaikan permintaan anak anak. Melihat keseronokan dimata mereka sudah cukup membahagiakan hati nurani kak H.

Kesimpulannya jangan risau tentang rezeki bila bertambahnya anak. Rezeki Allah itu sudah jamin untuk setiap anak. Tinggal kita sahaja sebagai ibu bapa berusaha untuk mendapatkannya. Kalau ada yang anak inginkan, cubalah sedaya upaya untuk ditunaikan.

Jika apa yang diminta luar kemampuan kita, cuba untuk membuat pertukaran dengan persetujuan anak. Inshaa Allah ianya akan berhasil. Melihat anak itu tersenyum gembira mendapatkan apa yang diinginkan, sudah cukup membuat kita juga gembira. 

In shaa Allah banyak lagi permintaan yang perlu kak H tunaikan. Korang doakan sama sama ye.. Aamiinn. πŸ’ͺπŸ’ͺ


Baca Selanjutnya

Saturday, 7 December 2019

3 Cara Beli Shaklee tanpa menghubungi PENGEDAR


Macam mana nak beli Shaklee tanpa direct pada SID?

Assalammualaikum dan Selamat Petang semua sahabat kak H.. Harini kak H nak share Cara untuk Korang beli sebarang Vitamin Shaklee direct Hq tanpa menghubungi kak H.


Maklumlah korang semua kan kadang kadang nak urgent sangat vitamin tu tapi nak wasap takut kak H balas lambat kan? Takpe, korang Klik2 je terus sampai depan rumah or office. Kalau rajin, boleh jengah terus Hq Shaklee or Branch yang berdekatan. Semua boleh settle. Ikut je step yang kak H akan kongsikan dibawah ye. Cara- Caranya ialah:-


  • ORDER BY CALL

Untuk prosess order by Call di Hq atau Branch, anda perlu mempunyai ID Shaklee terlebih dahulu. Register sebagai ahli dengan kak H, kemudian boleh order melalui Call. Ataupun boleh sahaja menggunakan ID 926826 (NUR HIJRATUL HAJAR BAHAMAN) untuk sebarang order. Pilih HQ atau BRANCH yang berdekatan anda. Mana nak tengok kawasan BRANCH yang berdekatan dengan anda? Semak di CAWANGAN SHAKLEE BERDEKATAN

  • ORDER DI WEBSITE

Yang ni paling penting, korang kena ada DEBIT KAD ATAU KREDIT KAD. Klik2 je terus sampai depan rumah. Nak beli barang apa? Disini kak H ada listkan. Klik je link tersebut, terus masuk ke web Shaklee. Isi form yang dinyatakan dan alamat yang sepatutnya kemudian akhir sekali no kad debit/kredit dan CVV. Tunggu tac kemudian Siap!!


  • WALK IN

Ada lebih kurang 7 cawangan di Seluruh Malaysia yang anda kunjungi untuk mendapatkan produk Shaklee secara terus tanpa belian online mahupun melalui Pengedar. Untuk senarai cawangan, boleh rujuk CAWANGAN SHAKLEE YANG BERDEKATAN untuk dikunjungi. Tetapi pastikan anda menggunakan ID 926826 (NUR HIJRATUL HAJAR) untuk membuat sebarang pembelian dengan diskaun. Jika tidak, Pihak Shaklee akan mengenakan anda dengan HARGA RUNCIT.

Semoga dengan perkongsian kak H ni sedikit sebanyak dapat membantu korang diluar sana untuk membeli Shaklee dengan mudah tanpa sebarang keraguan. Macam kak H cakap tadi, kalau2 korang balik kampung ke, stok shaklee dah kering sangat. Mana pulak nak cari SID area kampung tu kan.. korang cari je branch yang berdekatan. Walk in je.. Terus dapat barang. Senang je kan?? OK sayang semua, jumpa lagi di entry kak H yang akan datang ye... Banyak lagi yang kak H nak kongsikan dengan Korang ni. Stay TUNED k!

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya