Saturday 8 February 2020

DAH MAKAN MACAM MACAM TAPI MASIH TAK KURUS


Kenapa masih tak kurus??

Pernah tak rasa dah makan supplement macam macam tapi takde tindakbalas pun. Kadang-kadang dah ambil B Complex tetapi masih penat. Kadang-kadang dah ambil Vitamin C tapi masih kerap sakit. Salah satu puncanya adalah kerana badan banyak toksin. 

Toksin adalah bahan beracun yang ada dalam badan sendiri atau faktor luaran yang tak perlu ada pun dalam badan kita. Ianya hanya menunggu masa untuk merosakkan badan dan malah boleh menjadi punca pada penyakit serius seperti kanser, gout, masalah penghadaman, hati dan juga masalah kesuburan. Banyak lagi sebenarnya.

Antara tanda tanda banyak banyak toksin:-


  1. Sering rasa letih
  2. Berat badan susah nak turun
  3. Mulut berbau
  4. Sembelit
  5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
  6. Alahan dan masalah sinus
  7. Masalah kulit

Kalau korang ada masalah masalah seperti diatas wajiblah buat detox. Cara caranya ialah:-


  • Detox dengan jus buah atau sayuran
  • Detox Air
  • Puasa
  • Bekam
  • Ambil set detox Shaklee

Set Detox Shaklee berfungsi untuk membuang toksin berlebihan yang gagal disingkirkan oleh organ yang sudah overwork dan penat.

Apa yang ada dalam SET DETOX SHAKLEE?


Set Detox Shaklee mengandungi Alfalfa, Herb Lax, DTX, Vivix dan Peppermint Ginger Plus. Kebaikan Set Detox Shaklee yang tidak ada pada diet dan program kurus lain :


  1. Program Detox membantu kita buang toksin seterusnya jadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.
  2. Menurunkan simptom dan risiko penyakit merbahaya.
  3. Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal plan tersendiri.
  4. Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai Detox 7 hari.
  5. Sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan perubahan yang positif.
  6. Sistem penghadaman yang lebih baik.
  7. Nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
  8. Kulit lebih segar dan tidak lesu serta banyakkk lagi.
  9. Bonus : BERAT pasti TURUN !

Antara fungsi Set Detox Shaklee

1. Vivix

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yg sangat hebat. Anggur muscadine juga ialah sumber diet terbaik untuk serat. 35biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7g serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haermohoids dan diverticulitist. 

2. DTX

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau dah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengn lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.

3. Herb Lax

Herb Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit dan sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.

4. Alfalfa

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.

5. Peppermint Ginger Plus

Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut. Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakan perut. Ia dapat mengurangkan angin di usus dan perut serta melancarkan proses penghadaman. Kalau orang yang sering mual dan loya pun sangat direkomenkan ambil Peppermint Ginger Plus ni.

Ha, nampak kan peranan Set detox ni? Kalau rasa macam badan terlalu berat, korang wajiblah buat detox ni dulu sebelum nak ambil apa2 supplemen. Takut nanti tak berkesan pulak. Nak dapatkan Set Detox yang super ohsem ni boleh hubungi kak H pada link yg diberi ((NAK ORDER
Kak H akan bagi konsultasi special punya.. Siap dengan MEALPLAN dan guide sampai korang dapat berat idaman.. Cepat tau.. Projek kurus sebelum raya ni.. 😉😉

Notakaki: Hakak hakak ni turun 2kg dalam masa 7hari je tau.. Siapa nak bagi?? ☺☺

Baca Selanjutnya

Thursday 6 February 2020

PERLU KE AMBIL SUPPLEMENT WALAUPUN DAH MAKAN SEIMBANG?


"Makanlah Sementara Masih Sihat"

Pernah tak dengar ungkapan macam kat 👆👆ni? Mesti pernah dengar kan? Ada betulnya, sementara masih sihat ni lah nak makan apa yang kita suka nanti dah sakit semua apa yang kita nak dah tak dapat nak rasa.. TAPI TAPI TAPI....



Masa kita tengah sihat ni lah nak kena jaga makan. Boleh je nak makan apa yang kita nak, tapi jaga kuantiti dan amalkan bersenam dan sebagainya. Barulah nanti bila dah tua kita masih lagi boleh menikmati makanan yang kita suka.

Dulu kak H pun macam tu, makan je selagi boleh. Selagi kak H tak naik berat badan or masih nampak kurus is ok. Tapi korang tau tak, sebenarnya orang yang kita sangka kurus dan sihat ni cuba cek balik tahap viseral fat dan macam macam lagi. Kadang semua dah over. Seram kan? Nampak je macam sihat tapi sebenarnya tak.

Alhamdulillah selepas kenal Shaklee, gaya hidup kak H dan family totally change. Lebih lebih lagi bila Shaklee memperkenalkan SET DETOX beserta meal plan. Memang awesome sangat. DETOX ni pun sebenarnya ada banyak peringkat tau. Detox parasit, Detox Hati, Detox Usus, Detox Darah. Semua ada fungsi masing masing. Sebelum ni kak H sendiri pun tak ambil berat tentang detox ni. Mau tak selama berpuluh puluh tahun hidup dah macam macam benda masuk dalam badan.



KENAPA PERLU TOPUP DENGAN SUPPLEMENT??

Bila bercerita bab makan, tak semua nutrisi yang kita nak daripada makanan kita boleh dapat. Kenapa jadi macam tu?sebab cara tanam, cara masak tu pun kadang kadang dah separuh nutrisi hilang. Sebab tu kita kena topup dengan supplement untuk pastikan badan kita dapat nutrisi yang secukupnya. Ambil contoh, sepatutnya kita kena makan 6 hidangan sayur sehari. Tapi kita? 

Kiralah sendiri ye. Kalau makan je jaga tapi tak bersenam tak guna jugak ye sebab dengan bersenam tu membantu kita untuk membakar lemak dan menyingkirkan segala toksin dalam badan. Panjang sangat dah kak H bebel ni. Harap harap korang ambil sebagai peringatan ye. Cuba ubah gaya hidup kepada lebih sihat untuk masa depan.

Jom tengok FEEDBACK yang join PROGRAM DETOX

Nak tahu fungsi SET DETOX ni?? Kak H share dalam next entry k. Stay tuned..

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed,treat,cure or prevent any disease**




Baca Selanjutnya

Wednesday 5 February 2020

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya


Ujian itu Satu Pengalaman

Kita sebagai manusia didalam dunia ni memang takkan terlepas dari ujian. Setiap orang pasti akan alami ujian ataupun dugaan tersendiri. Ujian tersebut mengajar kita untuk belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan dan berubah kepada yang lebih baik. Begitu juga didalam dunia bisness ni, terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi. 



Beruntung sangat kalau korang buat bisness, semua berjalan lancar je. Sangat bernasib baik. Secara jujurnya kak H juga tidak terlepas daripada pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi. Diperli, ditipu, ditolak, gagal dan sebagainya. Itu adalah lumrah tapi cara kita menangani masalah tersebut yang membuat kita berada ditahap mana sekarang.

Kerenah customer ni bermacam-macam. Ada yang cancel order last minit walaupun kita dah sampai depan rumah. Belum lagi kalau yang jenis tak kuat semangat, prospek reject je terus down "alah, kenapa susah sangat nak dapat customer ni?" tapi bagi kak H kalau fikir dari sudut positif, ada sebab kenapa Allah tak bagi customer tu untuk kita.

Mungkin Allah nak tengok berapa banyak usaha kita dan mungkin yang selepas itu adalah lebih baik. So, jangan layan sangat perasaan down tu ye. Takmau lemau2 dah.
Nak berjaya kena buat apa yang orang lain tak pernah buat. Yakin diri, kreatif, berani untuk mencuba benda baru, cari cara untuk memajukan diri dan bisness dan selebihnya tawakal. In shaa Allah kejayaan milik kita semua.

Baca Selanjutnya

Tuesday 4 February 2020

PERLU KE MERANCANG MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK?


Apa yang kita nak jadi 10tahun akan datang?

Dalam hidup ni pasti ada sesuatu yang menakutkan kita. Ada orang takut haiwan, ada orang takut tempat tinggi, ada orang takut tempat gelap tapi bagaimana kita cuba keluar dari situasi ketakutan tu yang membuatkan kita lebih matang.

Ada orang takut nak berimpian besar sebab takut tak mampu nak capai. Tapi bukan ke Allah berfirman “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Kalau kita sendiri tak ubah nasib kita, siapa lagi yang akan ubah kan?



Sebab tu bagi kak H, apa yang kak H paling takut ialah apabila memikirkan masa depan anak anak kak H bila kak H dah takde nanti dengan keadaan ekonomi yang semakin meningkat, risau bila anak anak kak H tak dapat nak survive. Seboleh bolehnya biarlah ketiadaan kak H nanti dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kita sebenarnya boleh merancang masa depan yang macam mana kita nak untuk 10tahun 20tahun ataupun berapa puluh tahun akan datang. 

Berimpian tu tak salah pun tapi disebabkan mentaliti mahupun didikan dari orang sekeliling yang membuatkan impian tersebut terkubur macam tu sahaja. Mana taknya, bila kita ada angan-angan (IMPIAN) mesti orang akan bercakap, "Hentikanlah angan angan tu. Takkan kemana". Kita yang dah pasang impin ni sedikit sebanyak mesti rasa DOWN kan? Sebab orang kata tu angan-angan tahi ayam je. 

Ya, benda tu akan jadi kenyataan bila kita tak buat apa apa tindakan. Bukan nak tunjuk hebat seolah olah kita macam Tuhan tapi kita ada pilihan. Masa depan yang macam mana kita inginkan? Cuba letakkan kita sebagai bayi yang baru lahir.  

Bayi yang baru dilahirkan diibaratkan kain putih dan kita sebagai ibu bapa yang mencorakkanya. Pasti kita inginkan yang terbaik untuk anak. Begitu juga tuhan kita. Anak anak belajar berjalan kita yang bagi galakkan dan sebagainya sehingga berjaya tapi terpulang pada anak nak usaha sebanyak mana sehingga berjaya. Allah dah bagi jalan tinggal pulak kita yang mencorakkannya.

In shaa Allah kak H akan cuba sedaya upaya untuk ubah masa depan kak H dan anak anak dan berdoa semoga Allah memberi kesempatan pada kak H untuk berbakti pada orang tua, masyarakat dan negara. Kak H taknak bila kak H takde nanti takde apa yang kak H tinggalkan untuk agama kak H dan dijadikan segala pahala untuk kak H disana nanti.. Amiin.. Korang tolong sama sama doakan kak H ye..

Baca Selanjutnya