Wednesday 15 June 2016

3 tips hilangkan panau dengan cepat



Panau hilang dalam masa 2 minggu

Kalau sebelum ni saya kongsikan sedikit informasi tentang kayap,tapi kali ini saya ingin berkongsi sedikit informasi tentang panau pula. Panau tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Ada yang beranggapan bahawa panau terjadi apabila sesorang itu berpeluh, dan terus mandi tanpa mengeringkan peluh tersebut lebih dahulu.



Terlalu banyak teori yang kita dengar tapi betul ke teori tu semua? Walaupun tidak merbahaya tetapi kemunculannya amat tidak disenangi. Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.

Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit dimana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada,belakang badan, muka dan kepala.


Tanda-tanda awal jangkitan kulat panau

  • Permukaan kulit cepat merah menjadi merah, bersisik dan gatal
  • Kulat bertambah banyak apabila badan berpeluh
  • Kulit bertukar menjadi kepingan flora
Oleh sebab masalah kulat ini,seseorang yang dijangkitinya akan hilang keyakinan diri kerana berasa tidak selesa dan terpaksa menggaru untuk menghilangkan rasa gatal. Tetapi bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat.

Siapa yang berpotensi untuk mendapat panau?

Penyakit panau ini tidak mengira usia, tetapi ia kerap berlaku dikalangan remaja dan belia kerana pada usia ini mereka sangat aktif.

Kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immuno suppresant sangat berpotensi untuk mendapat panau. Selain itu pesakit hyperhidrosis dan sesorang yang peluh berlebihan sangat berisiko.

Panau tidak boleh menjangkit dan tidak mendatangkan apa apa masalah bagi sesiapa yang menghampiri pesakit panau.

Petua untuk menghilangkan panau

  • Mengikut petua orang dahulu kala,panau boleh dihilangkan dengan bawang putih. Caranya cuma perlu tumbuk dua ulas bawang putih bersama sedikit halia. Kemudian sapukan bahan tersebut di tempat yang berpanau dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
  • Lengkuas juga dapat membantu menghilangkan panau. Hanya perlu menggunakan air perahan lengkuas yang telah ditumbuk dan disapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Tetapi anda tidak boleh memakan makanan yang mengandungi lengkuas.
  • Dalam cara yang sama juga,tetapi pada kali ini hanya mengambil air perahan daun lengkuas dan disapukan pada kulit yang berpanau. Amalkan selalu dan selamat mencuba.

Ada ke vitamin Shaklee yang dapat membantu masalah panau ni?


Terdapat beberapa jenis vitamin yang dapat membantu masalah panau ini iaitu Garlic Complex, Nutriferon, Alfalfa, Sustained Release Vitamin C dan Herbal Blend Krim.




  • Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan supaya boleh menghalang sakit yang berjangkit seperti selsema,kulat,kuman,virus dan yis candida.
  • Vitamin C pula membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan kulat panau.
  • Nutriferon merupakan vitamin untuk sistem imun badan dimana ia menggalakkan interferon didalam tubuh badan untuk melawan semua jenis jangkitan dan bakteria.
  • Alfalfa berfungsi sebagai agen antikulat.
  • Herbal blend merupakan krim serbaguna. Bukan sahaja dapat mengurangkan parut chicken pox,eczema mahupun gatal-gatal. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan panau.

Apa kata mereka?





Kalau rasa susah nak cuba petua diatas tu,boleh cuba set panau ni. Untuk mendapatkannya boleh menghubungi saya melalui wasap 0132109044 atau boleh berjumpa dengan saya jika anda berada berdekatan dengan saya

 **These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

17 comments:

  1. skrg sya ada panau di dagu sikit.. sy dh cuba bwg putih selama 3 hari ..tl masih takde perubahan

    ReplyDelete
  2. Muka saya pun ada panau, mcm2 dah saya cuba. Beli ubat krim dekat farmasi pun x de perubahan.last2 jumpa doctor and doctor bg ubat makan and krim. Alhamdulillah panau makin berkurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nama ubat yang awak makan..saya menghadapi penyakit panau dua bahagian kaki dan tangan..pm saya d fb..

      Delete
    2. ubat ape eh nama ubat ? dia kena makan setaiap hari ke ubat tu ? panau ni makin lama makin bertambah .. stress :(

      Delete
    3. blh tau apa nama ubat makan & krim

      Delete
    4. Kalau baby bwh 6bulan ubat ape yg ssuai..krim pe yg ssuai dgunakn

      Delete
  3. Muka saya pun ada panau, mcm2 dah saya cuba. Beli ubat krim dekat farmasi pun x de perubahan.last2 jumpa doctor and doctor bg ubat makan and krim. Alhamdulillah panau makin berkurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada masalah yg sama. dah lama dah tapi tak hilang2 makin bertambah adelah. baru je jumpe doktor dua hari lepas tapi doktor bagi krim je. betul ke makin berkurang? dalam berapa hari?

      Delete
  4. awk ke klinik kukit atau klinik biasa?

    ReplyDelete
  5. panau i dah jd mcm peta dunia 😫

    ReplyDelete
  6. panau i dah jd mcm peta dunia 😫

    ReplyDelete
  7. jika kulit sensitif,bagaimana? saya sudah pernah mencuba menggunakan bawang putih,tapi muka saya bengkak sebab kulit saya sensitif. jadi bagaimanakah itu?

    ReplyDelete
  8. Tangan dan peha saya pun ada panau tompok kecil2, macam mana nak hilangkan, kerja lak tmpat yg panas selalu hmmm

    ReplyDelete
  9. Anak sye pnh ade panau area kening ..guna je HERBAL BLEND bpe hri je hlang panau tu..terbaik ! Tp krim dh abes kne bli lg la..
    Serius tak tipu

    ReplyDelete
  10. Beli kat mana? Brpe ringgit ?

    ReplyDelete