permatahatibidadariku
  • Laman Utama
  • Profil
  • Produk Shaklee
    • Senarai Harga
    • Testimoni
  • Daftar Keahlian
  • Belian Online
  • Penafian

Wednesday, 30 September 2015

Penting ke Vitamin Ketika Hamil??

On: 18:20
Comments: 1
By: Nur Hijratul Hajar Bahaman


Malasnya nak makan vitamin masa hamil

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Alhamdulillah, baru ni saya pergi buat checkup untuk anak keempat saya rupanya dah 15week dalam rahim.  Masa doktor scan tu terujanya hati bila tengok janin dalam rahim saya yang sudah cukup sifat..Subhanallah indahnya ciptaanNya.




Saya percaya, mesti ramai ibu-ibu diluar sana berkira-kira nak makan vitamin ketika hamil kan? Malasnya rasa.  Saya sendiri tidak terkecuali. Dulu pernah dengar orang cakap, kalau kita makan vitamin yang klinik bekalkan boleh buat bayi dalam kandungan besar.  Betul ke?

Oleh sebab dengar mitos tu yang membuatkan saya tak pernah makan vitamin dari klinik serta bau vitamin tersebut kadang-kadang membuatkan saya tak lalu nak telan. Alhamdulillah, lepas kenal set hamil ni, saya terus tertarik dan sampai sekarang saya amalkan.

Tapi untuk pasangan yang inginkan anak pun boleh cuba vitamin suami isteri dan tips-tips cepat hamil yang pernah saya kongsikan.


Penting ke vitamin prenatal ni?

Jawapannya ya.  Ianya memang agak sukar untuk kedua-duanya mendapatkan nutrient yang diperlukan, walaupun diet ibu hampir sempurna dan ibu makan pelbagai jenis makanan termasuk daging, susu, buah-buahan dan sayuran.

Kebanyakan wanita boleh mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin dan mineral dari supplement prenatal, sebaik-baiknya sebelum ibu mula cuba untuk hamil.  Anggaplah ia seperti polisi insurans bagi memastikan ibu mendapatkan jumlah nutrien penting yang betul ketika hamil.

Pengambilan vitamin prenatal adalah lebih penting bagi wanita yang mempunyai diet tertentu, diet sekatan makanan, masalah kesihatan, ataupun komplikasi ketika hamil.  Ini termasuklah wanita yang:-


  1. Vegetarian atau vegans
  2. Tidak toleransi dengan laktos atau makanan lain
  3. Merokok atau mengambil bahan-bahan lain
  4. Gangguan darah tertentu
  5. Mempunyai penyakit kronik
  6. Pernah menjalani pembedahan gastrik
  7. Sejarah mempunyai anak kembar dan lebih

Apa yang ada dalam supplement prenatal yang saya tidak dapat dari makanan?


Sekiranya ibu seorang yang benar-benar menjaga pemakanan, ibu mungkin sudah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang sepatutnya.  Tetapi 2 nutrien penting seperti asid folik dan zat besi selalu tergolong dalam vitamin prenatal kerana kebanyakan wanita hamil tidak dapat kuantiti yang secukupnya daripada makanan.

  • Folic acid.  Mendapatkan vitamin B yang secukupnya boleh mengurangkan risiko masalah nueral tube kepada bayi anda seperti spina bifida dan anencephaly sebanyak 50% ke 70%.  Asid folik juga boleh mengurangkan kecacatan lain seperti bibir sumbing, lelangit rekah dan kecacatan jantung tertentu.  Pengambilan asid folik juga boleh mengurangkan risiko preeclampsia.  Badan kita menyerap asid folik jenis sintetik lebih baik berbanding secara semulajadi dari makanan.  Jadi walaupun anda makan makanan yang seimbang, makanan tambahan adalah sangat disyorkan.
  • Zat besi.  Kebanyakan wanita hamil tidak dapat mineral ini didalam diet mereka untuk memenuhi permintaan badan ketika hamil, yang mana boleh membawa kepada anemia.  Mengelakkan pembawakan anemia boleh mengurangkan risiko kepada kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan kematian bayi.

Disini saya kongsikan satu video dimana seorang ibu yang pernah disahkan anemia ketika hamil dan ditahan ward dapat menyelesaikan masalah anemia beliau.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Perlukah saya mengambil vitamin lain??


Bukan semua vitamin prenatal mengandungi asid lemak Omega 3, DHA dan EPA dimana ianya sangat penting dalam membantu perkembangan otak, saraf dan tisu mata bayi.  

Sekiranya ibu tidak makan ikan atau sebarang makanan yang tinggi asid lemak Omega 3, doktor akan menyarankan ibu untuk mengambil supplement asid lemak Omega 3 tambahan didalam vitamin prenatal.

Kalsium dan Vitamin D juga penting terutama apabila trimester 3 dimana tulang bayi sudah mula membesar dan kuat.

Bagaimana ingin memilih vitamin yang terbaik?

Cuba cari vitamin yang mengandungi:-
  • Asid folik
  • Kalsium
  • Iron
Ia juga boleh memberi manfaat sekiranya vitamin prenatal tersebut mengandungi Vitamin D, Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E dan zinc.

Vitamin D amat penting kerana badan memerlukan vitamin larut lemak ini untuk membantu membina tulang dan gigi bayi.  Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus.

Sekiranya ibu kekurangan Vitamin D ketika hamil, bayi mungkin akan kekurangan vitamin ketika dilahirkan.  Ini boleh meletakkan bayi berisiko kepada penyakit riket (yang boleh membawa kepada kecacatan dan keretakan), pertumbuhan tulang tidak normal, dan melambatkan pembentukan fizikal.

Kekurangan Vitamin D juga boleh membawa kepada risiko yang tinggi pembentukan preeclampsia dan memerlukan pembedahan.

Namun, harus diingat bahawa vitamin adalah pelengkap kepada diet yang sihat dan bukannya pengganti kepada makanan yang baik.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ketiga saya mengamalkan Vitamin Prental shaklee selain dapat mengurangkan loya dan muntah ketika hamil, ia juga mengandungi ciri-ciri utama vitamin yang saya cari seperti asid folik, kalsium, zat besi, Vitamin ADEK dan zinc.

Oleh sebab saya kurang makan ikan, saya hanya mengamalkan Omega Guard kerana ia pengganti kepada ikan salmon dan minyak ikan terbaik didunia.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp) atau ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit ataupun debit, boleh 



**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**


Baca Selanjutnya
Ditulis oleh Nur Hijratul Hajar
Share:

Tuesday, 29 September 2015

9 tips cepat bersalin dan mengurangkan kontraksi ketika bukaan rahim yang suami perlu ambil tahu!!

On: 12:52
Comments: 0
By: Nur Hijratul Hajar Bahaman


Risaunya ibu due date bersalin dah lepas

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua..

Bila bercerita pasal bersalin mesti ramai yang nak cepat bersalin kan? Maklumlah dah tak sabar nak tengok bayi yang bakal dilahirkan tu.  Namun semua wanita mempunyai pengalaman yang berbeza setiap anak.

Saya sendiri berpengalaman melahirkan 3 orang anak saya dengan 3 pengalaman.  Anak yang pertama dilahirkan pada hari jangkaan bersalin iaitu 13.06.08 (memang due date).  Anak kedua awal 10hari dari due date iaitu 23.07.12 (due date sebenar 02.08.12) manakala anak ketiga saya terlebih due date pada 10.09.14 (due date sebenar 11.09.14).

Rata-rata ibu yang terlebih due date mesti risau kena induce.  Saya sendiri tidak terkecuali.  Rasa takut akan induce tu memang terbayang-bayang dalam fikiran kerana berdasarkan pengalaman orang sekeliling dan rakan-rakan, induce tu lebih sakit dari sakit bersalin sendiri.




Persediaan untuk melahirkan bukan bermakna menyiapkan barang-barang yang hendak dibawa ke hospital sahaja namun persediaan tentang cabaran fizikal yang bakal dihadapi.  

Oleh sebab itu, saya akan kongsikan beberapa tips untuk membantu mempercepatkan proses bersalin dan mengurangkan kontraksi.


  1. Makan kurma. Amalan memakan kurma setiap hari bermula dari sembilan bulan sehingga tarikh melahirkan dapat memberikan ibu tenaga sepanjang proses kelahiran tersebut.
  2. Lebihkan tidur. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang tidur daripada enam jam pada bulan terakhir berusaha lebih lama untuk proses kelahiran berbanding wanita yang tidur 7jam atau lebih.  Oleh itu, wahai para suami tolonglah beri isteri peluang untuk tidur yang cukup pada akhir-akhir kehamilan mereka.
  3. Ketuk ketampi dan basuh baju mencangkung.  Ini adalah petua yang mama saya ajarkan masa saya terlebih due date anak ketiga haritu.  Pesan mama saya, masa mandi bawah shower tu, cuba buat ketuk ketampi sebanyak 10 kali dan cuba tingkatkan kiraan setiap kali mandi.  Selain tu, boleh juga basuh baju mencangkung tapi jangan selalu ye.
  4. Kerapkan bersama suami.  Suami jangan terkejut pula ye kalau isteri asyik nak bersama je.  Jangan cakap isteri buang tabiat pulak. (tak baik tau!).  Kajian menunjukkan bahawa sperma suami dapat merangsang bukaan rahim untuk bersalin.
  5. Minum air milo campur marjerin.  Kalau dah rasa sakit hendak bersalin, boleh cuba minum air milo campur dengan marjerin bagi memudahkan proses kelahiran.  InshaAllah dengan izin Allah.
  6. Banyakkan bergerak.  Jika sakit kontraksi semasa berada dihospital, jangan duduk atau baring sahaja.  Cuba untuk berjalan sepanjang berada di hospital bagi mengurangkan sakit kontraksi. Suami juga boleh bantu pimpin isteri berjalan perlahan-lahan disekeliling hospital.  Peranan suami disaat ini, amat penting bagi mengurangkan sakit isteri.
  7. Cuba teknik pernafasan atau relaks.  Sekiranya isteri berasa cemas, cuba tenangkan dan minta isteri cuba teknik pernafasan bagi memudahkan proses bersalin tersebut.
  8. Hayunkan punggung dan bongkok kehadapan.  Teknik ini dapat membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat ke atas serviks anda.
  9. Berzikir.  Ingatkan isteri untuk sentiasa berzikir "Laila ha illa anta subha naka inni kuntu minazzalimin"


Sebelum disahkan hamil, saya dan suami mengamalkan supplement kesuburan dan bagi wanita yang mempunyai masalah ketidakstabilan hormon, boleh cuba tips merawat kestabilan hormon seperti yang saya pernah kongsikan.

Zinc amat penting dalam menghasilkan sperma yang baik dan berkualiti.  Selain itu, pasangan suami isteri yang inginkan zuriat, boleh cuba tips cepat hamil ni untuk zuriat yang akan datang.

Itulah sahaja 9 petua yang dapat saya kongsikan pada semua berdasarkan pengalaman saya. Alhamdulillah, proses bersalin anak kedua dan ketiga tidak mengalami sakit yang lama cuma terkilan sebab sewaktu melahirkan anak kedua saya, suami tak dapat masuk dan ada jururawat lelaki yang masukkan ubat pada rahim saya untuk pecahkan air ketuban.

Namun, perlu diingat bahawa aurat ketika bersalin juga perlu dijaga.

Akhir sekali, selepas bersalin peranan suami juga penting dalam memastikan kesihatan isteri terjaga.  Pastikan isteri mengambil set berpantang yang dapat mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka selain dapat mengurangkan sembelit ketika berpantang dan memulihkan luka jahitan dengan cepat.

Sekiranya anda prihatin terhadap isteri anda, boleh hubungi saya untuk mendapatkan set berpantang di talian 013-2109044 (whatsapp).  Jangan biarkan mimpi ngeri semasa berpantang berulang lagi.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**













Baca Selanjutnya
Ditulis oleh Nur Hijratul Hajar
Share:

Sunday, 27 September 2015

Plasenta Previa boleh menyebabkan tumpah darah yang teruk ketika bersalin.

On: 07:44
Comments: 1
By: Nur Hijratul Hajar Bahaman


Dilema seorang ibu yang berkemungkinan disahkan Plasenta Previa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat bercuti kepada semua yang masih berada dikampung dan masih meraikan Hari Raya Aidil Adha..kalau di belah-belah pantai timur mesti sangat meriah pada Hari Raya Aidil Adha ni.

Baru-baru ni saya baru sahaja mendapat email dari seorang rakan yang mengadu kepada saya tentang kerisauan beliau mengenai kandungan beliau yang mungkin disahkan Plasenta Previa.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang Plasenta preiva.  Oleh sebab itu, pada kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai apa itu Plasenta Previa dan siapa yang berisiko untuk mengalami masalah Plasenta Previa ini.

Fahami apa itu Plasenta Previa

Plasenta merupakan organ yang terbentuk semasa mengandung untuk menyuburkan janin, menyingkirkan bahan buangan dan menghasilkan hormon bagi mengekalkan kehamilan.  Plasenta melekat pada dinding rahim oleh saluran darah yang membekalkan oksigen dan makanan kepada janin serta menyingkirkan bahan buangan dan memindahkannya kepada ibu.



Janin berhubung dengan plasenta oleh tali pusat.  Melalui tali pusat, janin menerima khasiat dan oksigen serta mengeluarkan bahan buangan. Plasenta ini berfungsi untuk mengasingkan darah ibu dan darah janin.

Plasenta yang normal akan melekat pada bahagian atas rahim, jauh dari pangkal rahim (pembukaan yang bayi akan dilahirkan).  Sesetengah kes, plasenta terletak rendah dalam rahim, sebahagiannya atau sepenuhnya menyekat pada serviks (keadaan yang dipanggil plasenta previa).


Plasenta previa dapat dikesan ketika minggu ke-20 kehamilan tetapi akhirnya normal kembali namun dalam kebanyakan kes, hanya 10% sahaja yang akan berterusan sehingga akhir kehamilan.  Seiring dengan rahim yang semakin membesar, plasenta kebiasaanya akan bergerak lebih tinggi dalam rahim (jauh dari pangkal rahim).

Tetapi jika ia kekal berhampiran serviks dan tarikh bersalin terlalu hampir, ibu berisiko untuk mengalami pendarahan yang teruk.  Oleh sebab keselamatan, doktor akan menyarankan kepada ibu untuk melahirkan bayi secara pembedahan sebelum tarik jangka kelahiran.

Terdapat beberapa jenis plasenta previa iaitu:-
  • Plasenta rendah di dekat bukaan serviks tetapi tidak menutupinya.  Ia selalunya akan bergerak ke atas di dalam rahim apabila dekat tarikh bersalin.
  • Plasenta previa separa meliputi sebahagian pembukaan serviks.  Keseluruhan plasenta previa merangkumi dan menutup pembukaan serviks.

Siapa yang berisiko mengalami Plasenta Previa

Kebanyakan wanita yang mengalami plasenta previa tidak mempunyai faktor-faktor risiko yang jelas. Tetapi, anda masih berisiko untuk mengalami plasenta previa jika:-
  • Pernah mengalami plasenta previa pada kehamilan sebelumnya.
  • Pernah melakukan pembedahan
  • Mempunyai beberapa pembedahan rahim lain ataupun pembuangan fibroid.
  • Hamil kembar atau lebih.
  • Perokok.
  • Kokain.

Komplikasi disebabkan oleh plasenta previa


Jika disahkan mengalami masalah plasenta previa, berkemungkinan ibu akan mengalami pendarahan yang teruk dan memerlukan pemindahan darah.  Kes ini bukan sahaja semasa kehamilan, namun berlanjutan kepada semasa dan selepas bersalin.

Ini kerana bagi plasenta yang normal, doktor akan memberikan pitocin untuk mengecutkan rahim serta membantu memberhentikan pendarahan dimana plasenta diimplan.  Tetapi bagi kes plasenta previa, plasenta ditanam dibawah uterus yang tidak menguncup serta bahagian atas maka kontraksi tersebut tidak berkesan untuk memberhentikan pendarahan.

Wanita yang mengalami plasenta previa lebih cenderung untuk mempunyai plasenta yang terlalu dalam dan tidak dapat dipisahkan dengan mudah ketika bersalin.  Ini dipanggil accreta plasenta.

Plasenta accreta boleh menyebabkan pendarahan yang lebih teruk dan keperluan untuk pemindahan darah adalah berganda ketika bersalin.  Ia boleh mengancam nyawa dan mungkin memerlukan histerektomi untuk mengawal pendarahan.

Namun, jika ibu perlu melahirkan bayi sebelum tempohnya bayi ibu akan menghadapi risiko untuk komplikasi kelahiran pramatang seperti masalah pernafasan dan berat lahir yang rendah.

Apa-apapun semoga ibu yang mengalami masalah plasenta previa ini tabah dalam menghadapi dugaan.  Banyakkan berdoa semoga masalah ini dapat berakhir sebelum bayi dilahirkan.

Namun, sekiranya ia masih berlaku ikutlah sahaja nasihat doktor.

Mungkin apa-apa supplement tidak dapat membantu dalam mengembalikan plasenta previa kepada plasenta yang normal, namun untuk memastikan kesihatan rakan saya kembali bertenaga selepas kehilangan darah yang banyak, saya mencadangkan Set Berpantang kepada rakan saya kerana set ini merangkumi fungsi penyembuhan, pembentukan semula sel darah merah, pemulihan luka sama ada secara normal atau pembedahan, mengelakkan stress dan pemberi tenaga.

Vitalea yang terdapat didalam set berpantang ini dapat membantu ibu yang mempunyai masalah plasenta previa kerana ia membekalkan keperluan utama vitamin terutama zat besi bagi membantu ibu yang telah kehilangan darah terlalu banyak..

Selain itu, set berpantang ini dapat membantu sekiranya ibu mengalami masalah sembelit semasa berpantang.

Jika ibu mementingkan kesihatan ibu, bolehlah mencuba set berpantang ini.  Sila hubungi saya di 013209044 (whatsapp).

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya
Ditulis oleh Nur Hijratul Hajar
Share:

Saturday, 26 September 2015

Diabetes punca bayi meninggal didalam kandungan!! 6 tips elak diabetes ketika hamil yang ibu tak boleh ambil mudah.

On: 07:31
Comments: 0
By: Nur Hijratul Hajar Bahaman


Gestational Diabetes ketika hamil

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam diseluruh dunia.  Semoga hari raya korban pada tahun ini memberi 1001 makna kepada kita semua. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini diredhai oleh Allah s.w.t.

Hari raya macam ni mesti banyak makanan yang dijamu kan? Tapi ingat ye bagi ibu yang hamil seperti saya jaga pemakanan anda.  Jangan makan macam-macam ye takut-takut nanti kena diabetes pula.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan saya dari anak pertama hingga ketiga, saya tidak disahkan diabetes tetapi pernah sekali terpaksa minum air gula sebab berat badan yang meningkat terlalu mendadak ketika hamil.  Memang serik sangat sebab terpaksa minum air gula tu.

Tapi kali ni saya nak kongsikan sedikit apa itu diabetes ketika hamil.


Apa itu Gestational diabetes?


Gestational diabetes berlaku semasa hamil.  Seperti lain-lain diabetes, kencing manis semasa hamil mempengaruhi bagaimana sel-sel anda menggunakan gula (glukosa).  Gestational diabetes menyebabkan darah tinggi yang boleh menjejaskan kehamilan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

Sebarang komplikasi ketika hamil adalah sangat membimbangkan namun ibu masih boleh membantu mengawal penyakit kencing manis semasa hamil seperti makan makanan yang sihat, bersenam dan jika perlu mengambil ubat.

Mengawal gula dalam darah boleh mencegah kelahiran yang sukar serta memastikan anda dan bayi anda dalam keadaaan sihat.

Kebiasaanya, diabetes ketika hamil , gula dalam darah selalunya akan kembali seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika ibu mempunyai gestational diabetes, ibu berisiko untuk menghidapi diabetes jenis 2.  Ibu perlu mendapatkan rawatan sepatutnya bagi memantau dan menguruskan gula dalam darah.


Tanda-tanda atau gejala


Bagi kebanyakan wanita, diabetes ketika hamil tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang ketara.  Namun, anda boleh mendapatkan rawatan kesihatan awal apabila anda mula bercadang untuk hamil dan doktor boleh menilai risiko penyakit diabetes sekiranya anda hamil.

Jika anda disahkan menghidap diabetes ketika hamil, anda mungkin akan melakukan pemeriksaan lebih kerap terutama 3 bulan sebelum tempoh kelahiran.  Doktor akan menilai tahap gula dalam darah anda dan tahap kesihatan bayi anda.





Risiko ketika hamil

Mana-mana wanita boleh mengalami penyakit kencing manis ketika hamil tetapi sesetengah wanita mempunyai risiko yang lebih besar.  Antara faktor-faktornya ialah:-
  • Hamil pada usia 25 tahun lebih cenderung untuk mengalami diabetes ketika hamil
  • Sejarah keluarga atau kesihatan peribadi yang menghidap penyakit diabetes.
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg keatas atau meninggal ketika dilahirkan.
  • Berat badan yang berlebihan

Komplikasi pada bayi dalam kandungan dan ibu

Kebanyakan wanita yang menghidapi gestational diabetes dapat melahirkan anak yang sihat, namun diabetes yang tidak dikawal dengan betul boleh membawa kepada paras gula dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan masalah kepada ibu dan bayi termasuk memerlukan pembedahan semasa proses kelahiran.  Antara komplikasi yang boleh memberi kesan kepada bayi anda ialah:-
  1. Berat badan yang berlebihan - bayi dalam kandungan boleh mencecah berat sehingga 4kg dan boleh menyebabkan kecederaan ketika proses kelahiran yang memerlukan pembedahan.
  2. Kelahiran pramatang atau sindrom masalah pernafasan - Ibu yang tinggi kandungan gula dalam darah mungkin berisiko untuk melahirkan bayi lebih awal kerana saiz bayi, namun bayi yang dilahirkan pramatang akan mengalami masalah sindrom pernafasan keadaan dimana bayi sukar untuk bernafas.  Bayi yang mengalami sindrom ini memerlukan rawatan sehingga paru-paru bayi sudah cukup matang dan lebih kuat.  Ada juga sesetengah kes dimana bayi masih boleh mempunyai masalah sindrom pernafasan walaupun tidak lahir awal.
  3. Gula dalam darah yang rendah (Hypoglycemia) - Ibu yang menghidapi diabetes ketika hamil akan membentuk gula dalam darah yang rendah kepada bayi kerana pengeluaran insulin mereka adalah tinggi. Namun, hypoglycemia yang panjang boleh menyebabkan sawan kepada bayi.
  4. Diabetes tahap 2 pada masa akan datang - ibu yang menghidapi gestational diabetes berisiko untuk obesiti dan diabetes tahap 2 pada masa akan datang.
  5. Diabetes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian dalam kandungan ataupun selepas kelahiran.
Gestational diabetes juga boleh menyebabkan risiko kepada ibu:-
  1. Tekanan darah tinggi dan preeclampsia
  2. Diabetes pada kehamilan akan datang

Rawatan yang diperlukan

Ia adalah penting untuk memantau dan mengawal gula dalam darah anda supaya bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat serta mengelakkan komplikasi ketika hamil dan bersalin.  Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:-

  • Memantau gula dalam darah 4 atau 5 kali sehari
  • Diet yang sihat (makanan yang sihat)
  • Bersenam
  • Mengambil ubat yang disarankan oleh doktor
  • Memantau perkembangan bayi

Diet yang saya amalkan ketika hamil bagi mengelakkan diabetes


Bagi mendapatkan diet yang sihat, saya
  • Bersarapan dengan makanan yang rendah Glisemik Index seperti Esp.
  • Makan pelbagai jenis makanan berkhasiat pada waktu siang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan sebagainya.
  • 5 hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari.
  • Kurangkan lemak terutama lemak tepu.
  • Jangan tinggal waktu makan.
  • Kurangkan makan atau minum minuman manis


Untuk kekal bertenaga ketika hamil, saya mengamalkan Set kehamilan kerana Esp mengandungi indeks glisemik yang rendah membuatkan rasa kenyang yang lama.  B complex yang terdapat didalam set kehamilan membantu untuk menukarkan gula kepada tenaga manakala Vitalea pula membantu dalam penghasilan insulin.  Diabetes ni sangat berkait rapat dengan gula dalam darah dan insulin.  

Kekurangan magnesium juga adalah salah satu punca diabetes, oleh itu Ostematrix sangat membantu untuk membekalkan magnesium kepada ibu, membantu mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis serta membekalkan kalsium sepenuhnya untuk tumbesaran bayi dan kesihatan ibu.

Selain itu, Ostematrix juga dapat membantu dalam masalah kekejangan kaki ketika hamil dan sembelit ketika berpantang.

Sekiranya anda mempunyai masalah diabetes ketika hamil dan mahu mengatasinya, hubungi saya di 0132109044 (whatsapp)

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya
Ditulis oleh Nur Hijratul Hajar
Share:

Wednesday, 23 September 2015

8 tips elak bayi sembelit tanpa julap ataupun pelembut najis yang ibu wajib tahu!!

On: 18:35
Comments: 0
By: Nur Hijratul Hajar Bahaman


Kesian anak ibu sembelit

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera semua 

Kalau sebelum ni saya ada kongsikan tips elak sembelit ketika berpantang, tapi kita jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk alami masalah sembelit ni.




Pertama sekali, tentukan apa yang normal bagi bayi ibu.  Mereka mungkin akan melakukan pergerakan punggung setiap kali selepas makan ataupun mungkin beberapa hari dan di antaranya.  Perkembangan anak dan brgantung kepada apa yang anak makan dan minum, bagaimana tahap keaktifan mereka, dan beberapa cepat mereka mengunyah makanan.

Sekiranya anak ibu minum susu formula atau makan makanan pejal, mereka sepatutnya akan membuang air sehari sekali.

Sekiranya anak IBU menyusu badan,tiada istilah jadual normal pada mereka kerana ia tidak logik sekiranya bayi yang menyusu badan akan membuang air seminggu sekali.  Selepas beberapa ketika, anda akan siap sedia untuk tabiat unik anak anda.

Jika ibu bimbang anak ibu mungkin mengalami sembelit, perhatikan tanda-tanda ini:-


  • Buang air besar yang kurang kerap dari biasa terutama jika anak ibu tidak membuang air dalam masa 1 hingga ke 3 hari dan berasa tidak selesa ketika membuang air.
  • Najis yang keras. Sukar untuk anak ibu membuang air tidak kira berapa kerap sekalipun.

Kenapa bayi mengalami sembelit

Ada beberapa sebab kenapa bayi mengalami sembelit.  Antaranya ialah:-
  1. Makanan pejal - Jangan terperanjat sekiranya anak ibu mengalami sedikit sembelit kerana bayi sudah mula makan makanan pejal.  Kebiasaanya disebabkan oleh beras bijirin, makanan pertama yang diberi kepada bayi keranan kurang fiber.  Sembelit juga boleh berlaku sekiranya ibu memberhentikan penyusuan bayi daripada susu ibu kerana ini boleh membawa kepada dehidrasi.
  2. Susu formula - Bayi yang menyusu badan kebiasaanya jarang sembelit kerana susu ibu mempunyai keseimbangan dalam lemak dan protein maka ianya akan menghasilkan najis bayi yang lembut walaupun bayi ibu tidak membuang dalam masa sekali sehari.  Sekiranya anak ibu minum susu formula, berkemungkinan kandugan didalam susu tersebut membuatkan mereka sembelit.
  3. Dehidrasi - sekiranya anak ibu mengalami dehidrasi sistem pencernaan mereka akan bertindak balas dengan menyerap cecair dari apa saja yang anak ibu makan atau minum. dan dari bahan buangan di dalam usus.  Ini akan menyebabkan anak ibu sukar untuk membuang kerana najis yang dihasilkan adalah kering.
  4. Penyakit dan keadaan perubatan - Walaupun ianya sesuatu yang luarbiasa, sembelit boleh terjadi disebabkan oleh masalah perubatan seperti hypotiroid, botulism, alahan pada makanan dan gangguan metabolik.  Jarang sekali sembelit berlaku pada penyakit Hirschprung's dimana keadaan yang disebabkan oleh kecacatan kelahiran yang menghalang usus bayi dari berfungsi dengan betul..

Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang tips merawat bayi yang sembelit, ikuti dahulu kisah seorang ibu dimana suami terpaksa seluk lubang dubur anaknya untuk mengeluarkan najis.  Ya Allah, kesiannya.


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Tips merawat bayi sembelit

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dicuba untuk merawat bayi sembelit:-
  • Bantu anak ibu untuk melakukan senaman, jika anak ibu sudah merangkak, galakkan anak ibu untuk melakukan beberapa pusingan.  Jika anak ibu belum merangkak lagi, cuba buat gerakan membulat pada kaki anak seolah-olah sedang mengayuh basikal
  • Urut perut bayi - Ukur 3 jari lebar dibawah pusat disebelah kiri dan lakukan tekanan yang lembut tetapi tegas dengan hujung jari ibu. Ulang urutan tersebut selama 3minit.
  • Jika anak ibu minum susu formula, tanya pada doktor tentang pertukaran susu kepada jenama lain.  Kadang-kadang, penambahan sirap jagung yang gelap boleh membuatkan bayi sembelit. Mulakan dengan 1/4 sudu teh bagi 4auns susu formula.  Sekiranya tidak membantu, cuba tingkatkan pengambilan secara beransur-ansur.  Jangan bagi bayi ibu lebih dari 1 sudu te per 4auns.
  • Tambahkan sedikit jus prun kedalam susu formula ataupun susu badan jika anak ibu sekurang-kurangnya berumur 4minggu.  Kebiasaanya, ia tidak perlu untuk memberikan anak ibu jus tetapi dalam jumlah yang sedikit dapat membantu bayi ibu lega dari sembelit. (cuba tukar kepada epal atau jus pir sekiranya bayi ibu tidak suka rasa prune).  Berikan 1auns sehari untuk sebulan, tambahkan kepada 4auns pada umur 4bulan.  Selepas 8bulan, ibu boleh tingkatkan kepada 6auns untuk jus sehari sekali bagi membantu melegakan sembelit.
  • Sekiranya bayi ibu sudah mula makan makanan pejal, kurangkan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan sembelit seperti nasi, pisang dan lobak yang sudah dimasak.  Cuba bagi bayi ibu beberapa sudu teh puri prun, aprikot atau pir bagi membantu melonggarkan pembuangan air.  Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan urutan perut pada bayi terlebih dahulu kemudian berikan makanan yang tinggi fiber.
  • Berbincang dengan doktor berkenaan rawatan yang sepatutnya.  Antara rawatan yang akan dicadangkan oleh doktor ialah ubat pelembut najis tetapi jangan sesekali menggunakan julap tanpa kebenaran doktor.  Rawatan lain ialah, doktor akan mencadangkan untuk cuba ubat supositori gliserin jika bayi ibu sembelit yang teruk.  Ubat Suppositori dapat membantu merangsang rektum bayi ibu untuk membuang air.  Menggunakan ubat suppositori kadang-kadang amat berguna namun ianya tidak boleh digunakan setiap hari.
  • Jika bayi ibu mengalami najis keras, ada sedikit darah pada bahagian dubur ataupun menangis ketika ingin membuang, ibu boleh cuba menggunakan losyen lidah buaya bagi membantu melegakan sembelit tersebut.  Pastikan kawasan dubur tersebut bersih dan kering sebaik mungkin dan segera berjumpa doktor tentang masalah tersebut. 
  • Segera berjumpa doktor sekiranya bayi ibu tidak makan, kurang berat badan, atau ada darah pada bahagian dubur.  Sekiranya bayi ibu kurang dari 4bulan, berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami najis keras atau tidak membuang air dalam masa 24jam dari sepatutnya. Jangan sesekali memberikan anak anda julap atau ubat suppositori tanpa konsultasi dari doktor.


Alhamdullillah, ketiga-tiga anak saya tidak pernah mengalami sembelit selepas saya mengamalkan Mealshake kerana mealshake mengandungi 2 rahsia utama iaitu:-

1 bahagian Mealshake mengandungi 3g serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) supaya berjalan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral.


Selain tinggi elektrolit, mealshake juga mempunyai sodium dan magnesium yang membantu dalam keseimbangan cecair dalam badan.  Ia sangat diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit kerana punca utama masalah sembelit adalah akibat kekurangan cecair dalam badan. 

Sekiranya anda ibu yang prihatin, jangan tunggu lagi..dapatkan mealshake sekarang dan boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp) atau boleh berjumpa dengan saya sendiri jika anda ingin mengurangkan kos penghantaran.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya
Ditulis oleh Nur Hijratul Hajar
Share:

Monday, 21 September 2015

10 Makanan yang diperlukan oleh ibu ketika hamil untuk elak Anemia

On: 07:24
Comments: 0
By: Nur Hijratul Hajar Bahaman


Apa makanan berkhasiat untuk ibu hamil

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tahniah anda disahkan hamil. Semasa hamil, mungkin ada beberapa perkara yang boleh memberi tekanan kepada anda, tetapi makanan bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan anda tertekan dan inilah saya sedang alami.



Makan untuk dua orang boleh menjadi satu tekanan kerana terlalu banyak percanggahan pada makanan yang boleh dan tidak boleh.

Saya perlu lebih berhati-hati dalam berfikir tentang apa yang saya makan kerana makanan yang saya makan adalah sumber utama nutrien bagi tumbesaran bayi.

Ketika hamil, contohnya ibu perlukan protein dan kalsium untuk pembentukan tisu dan tulang bayi. Ibu juga perlukan tambahan folic acid untuk melindungi daripada kecacatan kelahiran tube neural dan memerlukan lebih banyak zat besi untuk membantu sel darah merah membawa oksigen kepada bayi.

Apakah penting untuk makan ikan yang mencukupi??ataukah adakah ianya mempunyai terlalu banyak merkuri??Adakah dengan memakan daging sudah cukup protein yang diperlukan ataupun terlalu banyak lemak??Adakah telur sudah memadai ataupun terlalu banyak kolesterol??

Malangya, terdapat pelbagai pantang larang makan yang boleh didengari daripada rakan, saudara mara mahupun orang sekeliling.

Namun, sekiranya anda tertanya-tanya apakah makanan yang boleh dimakan ketika hamil ataupun anda masih mahu mengambil makanan kegemaran anda, sila lihat panduan dibawah.




Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil

  1. Bijirin penuh - Roti gandum dan bijirin diperkaya dengan acid folic dan zat besi yang mempunyai lebih banyak serat daripada roti putih dan beras.  Mulakan hari anda dengan bijirin seperti sarapan dengan oat, sandwich roti gandum untuk tghari dan pasta gandum atau beras perang untuk makan malam.
  2. Kekacang - Tambahkan kacang hitam, kacang putih, kacang pinto, kacang merah, kacang soya dan pelbagai jenis kacang didalam diet seharian.  Cuba tambahkan dalam sup ataupun cili, salad dan hidangan pasta.  Selain menyumbang protein dan fiber, kekacang juga merupakan sumber nutrien yang terbaik seperti zat besi, folat, kalsium dan zink.
  3. Salmon - Asid lemak Omega 3 bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan dan ikan salmon adalah sumber yang terbaik.  Selain itu, ia juga menyediakan protein dan vitamin B.  Ikan salmon juga mempunyai kandungan merkuri yang paling kurang berbanding ikan lain.  Cuba untuk panggang, goreng atau salad.  Ibu boleh makan 12auns ikan yang rendah merkuri dengan selamat seperti salmon setiap minggu.
  4.  Telur - Telur merupakan sumber protein yang baik yang mengandungi asid amino untuk keperluan ibu dan bayi.  Ia mengandungi lebih dari 1 dozen vitamin dan mineral termasuk choline yang baik untuk perkembangan otak bayi.  Bagaimanapun, pastikan tidak makan telur yang kurang masak atau mentah
  5. Berries - Blueberry, Raspberry, dan berry hitam adalah makanan ringan yang lazat dan sedap didalam pankek dan bijirin.  Berries mengandungi Vitamin C, pottasium, folat dan fiber.
  6. Yogurt rendah lemak atau Greek Yogurt - 1 cawan yogurt rendah lemak yang asli mempunyai kalsium yang banyak berbanding susu, tinggi protein dan tidak mempunyai gula tambahan pada yogurt berperisa.  Campurkan dengan buah-buahan atau bijirin gandum.
  7. Keledek - Keledek menjadi warna oren adalah disebabkan karetonoid, pigmen tumbuhan yang ditukarkan kepada Vitamin A dalam badan kita.  Keledek juga satu sumber Vitamin C, folat dan serat.
  8. Walnut - walnut adalah sumber tumbuhan yang kaya dengan omega-3. Walaupun Omega-3 yang berasaskan tumbuhan tidak banyak menyumbangkan DHA kepada bayi anda, namun ia masih baik untuk anda berdua.  Walnut juga merupakan sumber protein dan serat yang baik.
  9. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap - Bayam, dan lain-lain sayuran hijau kaya dengan vitamin dan nutrien termasuk vitamin A,C dan K serta folat yang sangat penting.
  10. Daging tanpa lemak - Daging adalah sumber protein yang berkualiti tinggi.  Cuba cari daging tanpa lemak atau daging yang lemaknya sudah dipotong.  Apabila membeli daging merah, cuba lihat yang dipotong sekelilingnya 95-98 peratus bebas lemak.  Jangan makan daging deli atau hotdog walaupun dimasak kecuali ianya dikukus kerana ia berisiko untuk menghidupkan bakteria dan parasit seperti listeria, toxoplasma atau samonella.
  11. Buah-buahan dan sayuran berwarna-warni - Makan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan berwaran hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih memberikan anda dan bayi pelbagai nutrien. Setiap kumpulan warna membekalkan vitamin dan mineral yang berbeza.  Pada akhir kehamilan, bayi akan rasa makanan yang ibu makan melalui bendalir amnion.  Jadi, jika anda mendedahkan bayi dengan buah-buahan dan sayuran, ia sedikit sebanyak meningkatkan peluang kepada bayi anda untuk menerima dan merasa buah-buahan dan sayuran tersebut apabila lahir kelak.


Berat ketika hamil

Perhatikan anggaran berat badan anda ketika hamil sama ada ia berada pada landasan yang betul atau tidak.  Terdapat pelbagai cara bagi memastikan anda dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan. Menurut pakar, anda tidak perlu minat atau makan kesemuanya namun hanya ambil apa yang anda gemar untuk memastikan anda mendapatkan nutrisi secukupnya.

Ada sesetengah ibu hamil memerlukan diet yang sihat kerana mengalami alahan ketika mengandung dan mungkin kekurangan nutrisi yang diperlukan. Tetapi alahan yang teruk harus waspada kerana ianya boleh mengundang maut.  

Sebagai ibu yang bekerjaya, sudah tentu agak susah untuk saya mendapatkan nutrisi yang mencukupi kerana terlalu sibuk dengan kerja tetapi saya perlu memastikan anak didalam kandungan saya mendapat nutrisi yang diperlukan secukupnya.  Oleh sebab itu, saya hanya mengambil Set Vitamin Prenatal kerana ianya mengandungi kalsium, protein, zat besi, acid folic, Omega 3 serta folat yang diperlukan.

Selain itu, set vitamin prenatal ini juga dapat mengawal berat badan saya ketika hamil.  So, takdelah kes terlebih berat ketika hamil sampai kena minum air gula kan? Serik sangat..hehe

Oleh itu, ibu-ibu hamil sekalian pastikan anda makan makanan yang diperlukan oleh bayi dan anda serta mengandungi nutrisi yang secukupnya.  Kalau rasa leceh sangat nak kena makan macam-macam, boleh amik set vitamin prenatal je.

Berminat?? boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp)

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are not intented to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.** 



Baca Selanjutnya
Ditulis oleh Nur Hijratul Hajar
Share:

Thursday, 17 September 2015

7 tips redakan demam panas yang ibu perlu tahu

On: 17:07
Comments: 2
By: Nur Hijratul Hajar Bahaman


Ibu risau adik demam panas

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Selamat hari Malaysia semua.  Semoga sihat hendaknya semua dengan keadaan cuaca negara kita yang tak menentu sekarang ni.  Semoga jerebu yang melanda cepat pulih seperti sedia kala.

Keadaan cuaca yang tidak menentu ni boleh membuatkan ramai jatuh sakit lebih-lebih lagi bayi. Demam bukanlah perkara yang mustahil pada ketika ini.


Ketahui beberapa tips untuk meredakan demam bayi



Apakah demam membahayakan??

Demam bukanlah sesuatu penyakit, namun ia adalah petanda kepada penyakit.  Kanak-kanak mahupun bayi demam diatas banyak sebab.  Kebanyakan demam dan penyakit hanya bertahan untuk beberapa hari namun ada sesetengah demam yang mengambil masa lebih lama dan mungkin menjadi petanda kepada sesuatu penyakit kronik.

Purata suhu badan untuk bayi atau kanak-kanak ialah 37 darjah celcius.  Jika suhu badan mereka melebihi 38 darjah celcius dalam masa 24 jam atau lebih, berkemungkinan mereka adalah demam.

Jangkitan adalah punca yang paling sinonim dengan demam.  Secara amnya, demam adalah tindakbalas semulajadi kepada sebarang jangkitan dan boleh membantu tubuh badan melawan jangkitan.

Kebanyakan jenis jangkitan adalah disebabkan virus, dimana bertanggungjawab diatas selesema dan jangkitan salur pernafasan dan juga penyakit berjangkit pada zaman kanak-kanak seperti chickenpox. Namun, jangkitan ini tidak akan lama dan tidak perlu dirawat.

Sesetengah jangkitan mungkin disebabkan oleh bakteria dan memerlukan rawatan antibiotik.  Ianya termasuk jangkitan tertentu seperti telinga, tekak, jangkitan saluran kencing, pneumonia, jangkitan darah dan meningitis.

Tekak yang sangat sakit beserta demam boleh disebabkan oleh streptococcus dan sekiranya ia tidak dirawat dengan antibiotik, jangkitan ini boleh menyebabkan demam reumatik atau kerosakan jantung.

Suhu badan bayi atau kanak-kanak akan naik dan turun pada satu darjah ketika demam. Kebiasaanya, suhu akan rendah pada awal pagi dan paling tinggi pada tengahari dan lewat petang.

Demam adalah jarang membahayakan, tetapi awas kerana terdapat beberapa jenis demam yang boleh membawa maut. Suhu yang tinggi boleh membuatkan anak berasa tidak selesa.  Mereka mungkin akan berasa sangat sejuk atau menggigil apabila suhu badan semakin meningkat dan berpeluh jika suhu badan menurun.

Bayi atau kanak-kanak mungkin akan menjadi kering ketika dia kehilangan banyak cecair tetapi tidak menggantikannya.

Namun, tetap berwaspada dengan sawan demam.  Sawan demam adalah sejenis sawan yang berlaku ketika demam.  Kira-kira 4% kanak-kanak berumur enam bulan hingga 5 tahun akan mengalami sawan demam.

Kanak-kanak berisiko untuk mengalami sawan demam ketika berusia 4-5 tahun.  Sawan demam tidak mempunyai kesan jangka panjang, namun ibu perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Bayi yang berumur bawah 3bulan yang mengalami demam perlu berjumpa dengan doktor segera kerana ianya amat sukar untuk menjangka sekiranya mereka mengalami penyakit yang serius.

Manakala bayi dibawah umur 12bulan, demam mungkin menjadi petanda kepada sesuatu penyakit dan perlu berjumpa dengan doktor.

Demam akan hilang mengikut jenis rawatan.  Demam menunjukkan bahawa badan kita berupaya untuk melawan jangkitan.  Suhu badan anak akan kembali  normal sekiranya jangkitan atau penyebab demam tersebut telah hilang sepenuhnya.


Namun waspada dengan demam yang membawa maut



Tips meredakan demam

Meredakan demam anak anda tidak akan membantu untuk menyembuhkan penyakit.  Namun sekiranya, suhu pada badan anak terlalu tinggi, mengurangkan suhu tersebut boleh membantu.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk mengurangkan demam atau tidak mahu menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophine atau ibuprofen atau sekiranya ibu tidak mempunyai apa-apa yang berguna ibu boleh mencuba pendekatan bukan perubatan untuk mengurangkan demam anak anda.

  • Sukat suhu anak terlebih dahulu  menggunakan termometer jika didapati anak demam.
  • Letakkan kain basah pada dahi anak ketika dia sedang berehat.  Lapkan seluruh badan anak dengan air rendaman asam jawa.
  • Pakaikan pakaian yang tidak tebal atau tanggalkan pakaian pada anak anda maka beliau akan kehilangan haba melalui kulit mereka. Sekiranya anak masih kesejukan, gunakan selimut yang nipis untuk mengurangkan kesejukan tersebut.
  • Berikan anak anda cecair atau makanan yang sejuk seperti pop ais atau yogurt untuk mengelakkan terhidrat.
  • Gunakan kipas.  Ibu mungkin tidak mahu anak ibu sejuk, pastikan kipas pada tetapan yang rendah dan ia mengedarkan udara di sekelilingnya dan bukannya ditiup secara langsung keatas anak.
  • Berikan anak anda makanan yang mudah dihadam seperti sup dan bubur.
  • Cuba pasang aircond jika ada didalam rumah.
Alhamdulillah, kesemua anak saya tidak pernah makan ubat klinik atau hospital ketika demam kerana saya tidak mahu galakkan mereka.  Lagipun, budak-budak susah nak makan ubat kan?? Maka, jalan terbaik saya ialah memberikan mereka nutriferon kerana ia mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari dan Omega Guard membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Selain itu, Omega Guard mengandungi Omega 3, DHA dan EPA yang diperlukan oleh kanak-kanak yang semakin membesar.

Sekiranya ibu berminat untuk mencuba supplement semulajadi untuk anak, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut di 013-2109044 (whatsapp)

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**


Baca Selanjutnya
Ditulis oleh Nur Hijratul Hajar
Share:
Newer Posts Older Posts Home

Carian

Pemilik Blog

Bonjour & Welcome

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang surirumah yang bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

Nuffnang

Jom Follow Saya

Pos Terhangat

  • 3 tips hilangkan panau dengan cepat
    Panau hilang dalam masa 2 minggu Kalau sebelum ni saya kongsikan sedikit informasi tentang kayap,tapi kali ini saya ingin berkongsi se...
  • MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
    BUAT KERJA KITA JANGAN BUAT KERJA TUHAN ================================ Kak H sering dengar perkataan ni saban hari, bulan dan waktu. Yelah...
  • ~CARA MENGETAHUI JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN~
    Assalammualaikum semua..Malam ni nk update tentang kehamilan pulak..huhu..Bila kita disahkan hamil, mesti terfikir2 dalam hati..anak yang...
  • APA YANG BAGUS SANGAT DENGAN SHAKLEE NI??
    Shaklee Luarbiasa Sebenarnya ramai je lagi kat luar sana yang tak kenal Shaklee. Dengar pun tak pernah. Masa kak H dulu pun sama. First...
  • Ketahui cara bagaimana Sel Kanser boleh terbentuk?
    KENALI APA ITU NEKROSIS SEL Sebelum tido jom hadam kejap tentang nekrosis sel.. Terasa macam belajar biologi pulak. Dulu masa sekolah, ...

Produk Shaklee

  • ALFALFA
  • Angan angan mat jenin
  • awet muda
  • Azam tahun baru
  • Bagusnya berangan
  • Berangan Tak Salah
  • Beza Sid Pro dan SID
  • Cantik luar cantik dalam
  • Cara beli Shaklee tanpa hubungi Pengedar
  • Cara berhenti merokok
  • Cara Jadi Ahli
  • Cara merawat kanser
  • Cara nak dapatkan Vivix
  • Cara nk beli Vivix
  • Cod Vivix
  • Diabetes
  • ESP
  • Jaga kesihatan bermula sekarang
  • Jenis-jenis Kanser
  • jeragat
  • Kanser
  • kejang kaki
  • Kejang kaki ketika hamil
  • Kelebihan Shaklee
  • Kembara
  • Kembara dalam Islam
  • Kepentingan supplemen
  • Kolagen
  • Kulit Kedut
  • Landmark Study Shaklee
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Pembelian Vivix secara online
  • Penawar kanser
  • pendapatan sampingan
  • Pengedar Sah
  • perlu ke makan supplemen
  • Perlu ke melancong
  • petua berhenti merokok
  • pil kalsium terbaik
  • Purple Carrot
  • Rawatan alternatif kanser
  • SET MENYUSU
  • Set Shaklee
  • Srok
  • Surirumah bekerjaya
  • Surirumah bergaji
  • Testimoni Kanser
  • Testimoni Vivix
  • Tips
  • tips berhenti merokok
  • Tips berpantang
  • Tips merawat kanser
  • tips penjagaan kulit
  • Ubat kanser
  • Vision board
  • Vivix
  • WhyIShaklee
  • Work at home mother
  • Youth Skincare
  • Zinc Complex

Arkib Blog

  • ►  2013 (45)
    • ►  June (1)
    • ►  September (7)
    • ►  October (6)
    • ►  November (9)
    • ►  December (22)
  • ►  2014 (50)
    • ►  January (2)
    • ►  June (3)
    • ►  July (6)
    • ►  October (14)
    • ►  November (17)
    • ►  December (8)
  • ▼  2015 (29)
    • ►  January (3)
    • ►  February (1)
    • ►  March (5)
    • ►  April (7)
    • ►  May (1)
    • ►  August (1)
    • ▼  September (8)
      • Sembelit ketika berpantang buat isteri serik nak b...
      • 7 tips redakan demam panas yang ibu perlu tahu
      • 10 Makanan yang diperlukan oleh ibu ketika hamil u...
      • 8 tips elak bayi sembelit tanpa julap ataupun pele...
      • Diabetes punca bayi meninggal didalam kandungan!! ...
      • Plasenta Previa boleh menyebabkan tumpah darah yan...
      • 9 tips cepat bersalin dan mengurangkan kontraksi k...
      • Penting ke Vitamin Ketika Hamil??
    • ►  October (1)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2016 (55)
    • ►  February (1)
    • ►  May (20)
    • ►  June (11)
    • ►  July (6)
    • ►  August (5)
    • ►  September (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2017 (21)
    • ►  January (3)
    • ►  February (6)
    • ►  March (7)
    • ►  April (3)
    • ►  August (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  February (2)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2019 (11)
    • ►  January (1)
    • ►  November (2)
    • ►  December (8)
  • ►  2020 (12)
    • ►  January (6)
    • ►  February (4)
    • ►  March (2)
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.
Don't Miss To Follow Us
Copyright 2015 permatahatibidadariku | Designed By Premium Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates