CMPA adalah ringkasan untuk Cow's Milk Protein Allergy atau alahan yang terjadi pada sesetengah bayi akibat mengambil susu formula. Alergi susu merupakan respons abnormal oleh sistem imun badan terhadap susu dan produk yang mengandungi susu lembu. Kebiasaannya ramai ibu yang bekerja akan mengalami dilema apabila tamat "cuti bersalin". Apabila perlu bekerja semula mereka akan mula mencari susu formula atau susu tepung yang berasaskan susu lembu yang terbaik untuk anak mereka.
Tahukah anda wahai ibu, "Susu yang termahal bukanlah susu yang terbaik untuk anak anda!!!" "Susu yang terbaik dan termurah adalah Susu Ibu". Ramai ibu2 yang bekerja memberi alasan untuk tidak memberikan susu yang terbaik (Susu ibu) kepada anak mereka adalah kerana tuntutan kerja yang terlalu berat, leceh untuk mengepam susu dipejabat, dan sebagainya.. "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih!!" Tepuk dada tanyalah selera..
Susu adalah amat penting kepada bayi yang berumur satu tahun kebawah sebagai diet pertama kerana ia dapat membantu menyokong perkembangan mental dan fizikal terutamanya otak sebelum mereka meningkat dewasa. Namun begitu, sebelum memberikan susu formula kepada anak2 ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Bagaimana ia berlaku??
Bagi kanak2 yang tidak bernasib baik iaitu mengalami "Alahan protein susu lembu" atau lebih dikenalai CMPA (Cow's Milk Protein Allergy) ia merupakan alahan makanan terhadap protein yang kerap diambil oleh kanak2 di Asia yang melibatkan 3 daripada 100 bayi. Ibubapa yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap asma atau alahan kulit seperti eczema, maka pemilihan susu formula perlulah diteliti dengan lebih berhati-hati kerana kebarangkalian untuk anak tersebut mengalami CMPA adalah tinggi dan mungkin akan menyebabkan anak tersebut mengalami masalah kekurangan nutrisi. Oleh itu, para ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor untuk memilih susu formula yang diberikan kepada anak dan mengenalpasti anak2 yang mengalami CMPA.
Susu formula mengandungi protein lembu dan ia adalah protein susu yang pertama diperkenalkan kepada kebanyakan bayi. Protein susu lembu terdiri daripada lebih 30 jenis asid amino yang membentuk protein dalam susu tersebut. Sebagai protein asing yang pertama diperkenalkan, maka tidak hairanlah jika susu lembu merupakan alahan makanan yang paling umum yang sering dialami oleh kanak2. Petanda CMPA dapat dilihat daripada bayi kebiasaannya bulan pertama lahir. Tempoh singkat penyusuan susu ibu secara eksklusif dan pendedahan awal kepada susu lembu adalah antara faktor risiko bayi mengalami CMPA termasuk faktor genetik atau sejarah keluarga.
Tanda2 kanak2 mengalami CMPA adalah :-

- Muntah
- Cirit-birit
- Kembung perut
- Ruam kulit
- Batuk
- Sembelit dan mengeluarkan najis yang berdarah ( keadaan yang berlebihan) - pernah berlaku kepada anak pertama saya
Bolehkah ia dirawat atau sembuh semula??
Sebahagian kecil kanak2 akan mengalami masalah alahan ini sepanjang hayat hidup mereka. Namun begitu, jangan cepat berputus asa. Sekiranya susu lembu dikecualikan terus dari diet selama 2 hingga 3 tahun, masih ada peluang untuk kanak2 tersebut mengalami toleransi kepada susu formula itu dengan mengambilnya pada kadar sedikit. Kadar toleransi protein susu lembu ini berlaku sebanyak 9% pada umur 4 tahun, 42% pada umur 8 tahun, 80% pada umur 16 tahun. Mungkin apabila dewasa, mereka akan bebas dari masalah CMPA.
Kekurangan laktase iaitu enzim yang dihasilkan oleh lapisan usus kecil manusia yang berfungsi untuk mencernakan gula laktosa dalam susu adalah punca intoleransi laktosa. Ia sedikit sebanyak akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit, kembung perut dan sakit perut sekaligus akan membuatkan mereka tidak selesa dan meragam di malam hari.
Intoleransi makanan tidak sama dengan alahan makanan kerana ia tidak melibatkan sistem imun tubuh, bermakna anak anda boleh mengambil susu formula berasaskan lembu cuma perlu memilih diet yang kurang berlaktosa.
0 comments:
Post a Comment