Monday 16 January 2017

10 tips untuk kekal cergas ketika hamil

Tak laratnya bila mengandung ni!!

Bila bercakap bab hamil, ada yang serik untuk mengandung bila memikirkan fasa mengandung yang sangat mencabar. Namun, ada juga yang tidak sabar untuk mengandung lagi. Pengalaman setiap wanita yang hamil adalah berbeza-beza. Ada yang tidak mengalami sebarang alahan ketika mengandung tetapi tidak kurang juga yang mengalami alahan teruk ketika mengandung.

Semua itu adalah salah satu nikmat yang wanita sahaja dapat rasa ketika hamil. Demi untuk melahirkan seorang puteri dan putera yang dikandungkan, ibu sanggup berkorban apa sahaja. Besarnya pengorbananmu wahai ibu!!

Kekal aktif ketika hamil adalah satu perkara yang selamat dan sihat bagi si ibu mahupun bayi didalam kandungan. Menghabiskan masa dengan duduk semata-mata tanpa sebarang aktiviti boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Ia boleh mengundang kepada penambahan berat badan yang banyak, lemah dan lesu, meningkatkan risiko diabetes ataupun praclampsia dan meningkatkan risiko sakit ketika hamil.

Jika ibu bukanlah seorang yang suka bersenam ketika sebelum hamil, maka akan ada banyak aktiviti yang perlu dilakukan untuk kekal aktif sepanjang hari. Bagaimanapun, jika kamu memilih untuk kekal aktif, kamu akan lebih menyukainya jika melakukan apa yang kamu minati. 

Sesetengah orang suka jika aktiviti yang dilakukan adalah lebih terancang seperti kelas bersenam ataupun bersukan. Namun ada juga yang lebih suka jika aktiviti yang dilakukan secara santai untuk kekal aktif. Apa pun caranya, anda masih boleh melakukan kedua dua aktiviti. Kalau korang pilih untuk aktiviti santai sendiri, kak H nak kongsikan beberapa tips. 

  1. Cuba berjalan kaki untuk ke satu tempat selain menggunakan bas ataupun selain kenderaan harian yang selalu digunakan. 
  2. Luangkan masa untuk ke taman ketika waktu rehat kerja. 
  3. Naik menggunakan tangga berbanding lif jika ke tempat tinggi. Ia Bagus untuk menguatkan kaki dan otot perut. 
  4. Ketika membeli barang, memegang beg dapat menguatkan tangan sekaligus membantu kita lebih bersedia untuk mendukung bayi apabila lahir. 
  5. Jika mempunyai anak yang bersekolah, hantar anak ke sekolah dengan berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh. 
  6. Pasang muzik ketika melakukan kerja rumah yang bosan kepada yang lebih ceria. Wajib cuba! 
  7. Bawa haiwan peliharaan bersiar siar. Jika ada
  8. Berkebun. Mencabut rumput, menanam pokok mahupun menebang pokong adalah satu cara yang bagus untuk senaman. 
  9. Menari. Ia sangat menyeronokkan.. Tapi jangan over sangat ye.. Nanti lain pulak jadinya.. Hehe
  10. Lakukan senaman berjadual seperti senam robik, berenang, yoga ibu mengandung, berbasikal diluar atau apa sahaja. Lakukan secara kerap dan berperingkat bermula 15min dan naikkan sehingga 30minit.
Tapi ada jugak ibu ibu yang dah bersenam secukupnya tapi masih tidak bermaya. Lagi lagi kalau ibu yang berkejaya. Itu tandanya kurang nutrisi. Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana:-
  • Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • Mengurangkan kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika lahir
  • Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan. Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.
  • Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  1. Iro- utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan
  4. kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  5. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
  6. Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
    1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
    2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
    3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
    4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
    Boleh juga add on :
    1. Vitamin C 
    2. ESP
    Tak Digalakkan :
    1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
    2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
    3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
    Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan.

Baca Selanjutnya

Wednesday 11 January 2017

Betul ke Anggur ni boleh membantu merencatkan sel kanser?


Apa yang hebat sangat anggur ni?

Rata-rata, rasanya ramai yang suka sangat makan anggur. Anak saya kalau nampak je anggur mesti suruh ibu dengan ayah beli. Anggur yang kecik warna hijau atau ungu tu pun boleh tahan harganya kan??Sekilo je dah RM20++..Kalau bagi Zahir dengan Zahirah makan, dorang mengadap dua orang je dah habis. Kadang-kadang, belikan jugak tapi tak sampai sekilo lah biasa pasaraya ada buat packaging kecik kan..ha, beli yang tu jelah..Jimat kata orang..huhu



Ok, dalam kak H bercerita tentang anggur ni rasanya ramai yang tak tahu tentang kewujudan anggur hebat iaitu Anggur Muscadine. Kalau sebelum ni, kak H ada ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan anggur muscadine ni, tapi kali ni Kak H nak huraikan lebih detail lagi macam mana Anggur ni dapat membantu dalam masalah penyakit kanser.

Sebelum ni, Kak H cuma beritahu tentang fungsi-fungsi anggur muscadine ni, tapi harini kak H akan huraikan apa bahan yang ada dalam Anggur ni yang buat dia sangat istimewa. Nak tahu tak?? Jangan close dulu, baca entry ni sampai habis ye.. 

Dari segi rupa bentuk

Pertama sekali, kalau korang boleh tengok pada gambar rupa bentuk anggur ni adalah sangat berbeza dengan anggur yang ada kat pasaran tu. Kalau anggur yang biasa tu dia bulat bulat kecik je kan.. Tapi, anggur muscadine ni besar buah dia lebih kurang sebesar bola golf. Isi dia juga lebih tebal berbanding anggur biasa dan tahan lasak. Kenapa tahan lasak? Sebab, dalam cuaca yang agak teruk pun dia masih boleh bertahan dan hidup berbuah seperti biasa berbanding anggur lain yang boleh mati kalau cuaca tak elok. Dah teruja sikit kan?

Kromosom

Dari segi kromosom, anggur muscadine mempunyai 20 pasang kromosom iaitu terlebih satu daripada anggur biasa yang hanya mempunyai 19 pasang kromosom sahaja. Bila dah ada lebih kromosom, bermakna keistimewaannya akan jadi lebih, Dari segi nutrien lebih, semua kebaikan pun lebih.


Asid Alegik (Anti Kanser)

Ha, ni yang Kak H nak ceritakan tadi. Berbeza dengan anggur lain, anggur muscadine mengandungi asid alegik. Apa pulaklah asid alegik ni? Nak elak allergik ke? Eh, bukan ye..hehe.. Fungsi asid alegik ni merupakan bahan anti kanser. Apabila sel kanser mula merebak didalam tubuh, asid alegik ni akan menghalang sel kanser tu dari terus merebak kepada sel sel tubuh yang lain. Lama lama, sel kanser tersebut akan mati dengan sendirinya. Secara analoginya, kitaran sel tersebut tidak akan berlaku disebabkan kehadiran asid alegik. Hebat kan??

kak H sendiri pun tak pernah terfikir yang adanya anggur hebat macam ni. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Ok, sambung pula kepada fungsi seterusnya iaitu 


Lebih fiber dan Vitamin C

Kebiasaanya, masalah sembelit, penghadaman adalah disebabkan oleh kekurangan fiber didalam tubuh badan. Tapi dengan adanya Anggur Muscadine ni, masalah tersebut boleh diatasi. Kalau yang nak kurus pun boleh sangat amalkan Anggur ni untuk kesan yang cepat. Kandungan Vitamin C didalam anggur ini juga sangat tinggi berbanding anggur yang lain.

Kandungan antioksidan tinggi

Kebanyakan penyakit kebiasaanya akan menyerang tubuh badan manusia apabila kandungan antioksidan didalam tubuh adalah rendah dan tidak mampu untuk menahan radikal bebas dari masuk kedalam tubuh. Yang menariknya, anggur muscadine ini mengandungi 88 jenis antioksidan berbanding anggur biasa yang ada hanya 40+ sahaja.

Apabila kandungan antioksidan didalam tubuh adalah tinggi, maka daya tahan diri kepada radikal bebas juga adalah tinggi. Radikal bebas boleh menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Oleh sebab itu, kita perlu lindungi badan kita dengan bahan antioksidan tinggi untuk bantu badan kita daripada mendapat penyakit kronik terutamanya bagi sesiapa yang ada sejarah keluarga yang menghidap penyakit kronik. Mencegah lebih baik dari merawat.



Testimoni pesakit kanser



Selain penyakit kronik, Vivix juga membantu dalam masalah darah tinggi




Amacam? Tertarik tak nak cuba dengan anggur muscadine ni?? Teringin nak makan anggur muscadine..Pergilah cari kalau jumpa ada jual. Tak payah susah susahlah, Vivix kan ada.. Kalau kita yang belum ada masalah penyakit kronik ni baiklah amalkan Vivix sebelum terlambat. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya Pn. Hajar melalui wasap 0132109044

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**



Baca Selanjutnya

Wednesday 4 January 2017

Cara menabung bagi ibu bapa yang ada anak bersekolah supaya tak perlu ikat perut hujung tahun nanti

Haritu belum pun hujung tahun, minyak masak dalam botol dah naik secara mendadak. Disebabkan itu, ramai peniaga yang naikkan harga jualan.
.
.
.
Dan tahun baru ni pulak, petrol pulak yang naik.. Dijangkakan lebih banyak lagi barang yang akan naik.. 😰😰😰 Dan yang paling terkesan adalah kita semua sebagai ibu bapa.
.
.
.
Dengan anak nak mula sekolah, bila hujung tahun je ibu bapa terpaksa ikat perut.. Kan tertekan macam tu.. Apa kata sempena tahun baru yang baru je melabuhkan tirainya 2 hari ni, rancang kewangan anda dari sekarang.
.
.
.
Ok, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah boleh sediakan 1 tabung untuk persekolahan anak. Contohnya:-

🌀Seorang anak sekolah = Rm1
🌀2 orang anak sekolah = Rm2
dan seterusnya mengikut berapa org anak yang bersekolah. Kemudian, bahagikan pada kepada 58minggu = 1 tahun

🌀Minggu pertama = Rm1
🌀Minggu kedua = Rm2
.
.
.
🌀Minggu ke 58 = Rm58 (Total Rm1,711)

Banyak kan yang kita boleh simpan?? Kalau ada plan nak pergi melancong ke apa, boleh jugak buat tabung macam ni.. Bergantung pada berapa amount yang nak simpan..
.
.
.
Saya dapat tips ni pun dari rakan bisness saya, so rasanya patut saya kongsikan dengan sahabat yang lain..Ianya sedikit sebanyak boleh membantu kita rasa terbeban bila anak mula nak sekolah tahun depan..
.
.
Pejamkan mata untuk simpan sedikit demi anak-anak. Selain tu, boleh juga gunakan tips ni..

🌀Elakkan makan diluar (masak sendiri)
🌀Beli barang secara online.
🌀Masak makanan yang tidak menggunakan minyak
.
.
Banyak lagi sebenarnya.. Nanti saya share lagi k.. Korang ada cadangan tak?? Share lah sikit..

S A Y A.   J U A L.  S H A K L E E
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

SID PRO HAJAR (0132109044)


Baca Selanjutnya