Friday 24 October 2014

ESP (Energizing Soy Protein) vs Soya Biasa


ESP (Energizing Soy Protein) vs Soya Biasa 

Hai blogger semua, sempena promosi ESP pada bulan oktober 2014 ini saya akan kongsikan sikit apa perbezaanya Soya biasa dan Energizing Soy Protein. Memang tidak dinafikan ramai yang bertanya dan meragui khasiat ESP ini malah menyamakan ia dengan sumber soya biasa. So, kat sini sasya akan kongsikan apa bezanya ESP dengan sumber soya biasa..Makan tanpa ilmu, akan membuatkan kita mudah goyah dan tidak berkeyakinan. Oleh itu, semoga perkongsian saya pada hari ini dapat memberi pemahaman kepada setiap orang yang mengamalkan ESP ini.




ESP IALAH PROTEIN..KENAPA PROTEIN PENTING???


  • Protein adalah makanan yang penting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak atau cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • ESP merupakan sumber "Protein Lengkap" dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Non-Gmo Soya adalah berasaskan tumbuhan semulajadi yang rendah lemak dan bebas kolesterol serta terbukti secara klinikal dapat membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah. Kandunga lemak dalam ESP sangat minimun iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Paling penting ianya tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Kelebihan ESP adalah menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan untuk menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. Ia juga dapat menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama-sama supplement lain akan membantu penyerapan yang lebih baik kerana ianya cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP.


7 KRITERIA ESP BERBEZA DENGAN SOYA BIASA



  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic ~ Mengapa soya itu mesti ditanama secara organik kerana kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soya ini.
  2. Soya itu mestilah Non-Gmo (tidak dihasilkan secara genetik) ~ Kenapa protein soya mestilah "non genetik engineered" kerana secara umumnya kacang soya yang berasal dari genetik ini adalah murah untuk dihasilkan (perbezaan vitamin sintetik dan vitamin mineral) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos dan sudah tentu menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis kerajaan Brazil menekankan bahawa berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.
  3. Protein Soya itu mestilah mengandungi 9 asid amino yang diperlukan ~ Ciri ini adalah amat penting kerana badan kita memerlukan kesemua 9 ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim. Sekiranya salah satu asid amino ini hilang, sistem imunisasi boleh berkurangan 30% dan banyak fungsi penting di dalam badan akan terbantu dan berhenti.
  4. Dalam proses pembuatan Isolate Soya, Soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan Alcohol ~ Bagi orang Islam, Alkohol tu dah tentulah haram satu hal jugak, tapi kalau dicuci dengan Alkohol, ianya akan memusnahakan kandungan isoflavone sehingga 88%. Sedangkan Isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko cancer paru-paru dan lain-lain. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  5. Bahan anti thyroid/bahan-bahan anti pertumbuhan mesti disingkirkan ~ Soya yang mentah mengandungi anti pertumbuhan, anti bahan-bahan tyrosin sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan sindrom kaki resah. Cuba cari jenama yang menggunakan proses yang mengestrak yang menghilangkan bahan ini namun menyimpan soya dalam bentuk yang mentah untuk mengekalkan tahap tertinggi asid amino dan isoflavones yang amat sensitif kepada haba.
  6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan ~ Asid Amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Dalam beberapa kajian, protein yang dimasak telah menunjukkan tahap kerosakan sebanyak 50% daripada beberapa asid amino penting. Sekiranya seseorang individu mengamalkan diet yang kurang asid amino secara konsisten akan menghasilkan keputusan dimana pembentukan yang tidak mencukupi untuk hormon dan otak serta pembentukan tisu badan yang lain.
  7. Isolate Soya mesti ditambah dengan unsur kalsium..Kenapa? ~ Kajian menunjukkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh demikian, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya itu untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu, Kebanyakan pengusaha atau pengeluar protein tidak menambah kalsium yang cukup didalamnya.


Ha, dah tahu sumer kan kenapa ESP Shaklee ni berbeza dari Soya yang lain??? Saya nasihatkan, sebelum mengambil mana-mana produk berasaskan soya, sila teliti dahulu kandungan Soya tersebut. 
Oklah, setakat ni je penceritaan saya..dah mengantuk lah pulakk..hehe..Sambung di entry yang akan datang..Selamat Malam


**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease**

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya ditalian 0132109044 (pn.hajar) atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com

\

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment