Wednesday 22 October 2014

Adakah mengidam itu sihat??




Bila baca tajuk je mesti semua boleh tahu apa agaknya cerita saya malam ni kan??Mengidam ni biasa dikaitkan dengan ibu2 yang hamil dan saya sendiri pernah mengalaminya..Didalam entry sebelum ni, ada saya ceritakan tentang apa yang saya mengidam 





Terdapat segelintir ibu2 hamil yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan makanan tertentu. Namun begitu kebanyakan pakar pemakanan beranggapan hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin penyebab rasa mengidam. Tidak menjadi salah sekiranya seseorang wanita itu mengidam makanan tertentu asalkan makanan yang diidamkan adalah sihat dan tidak mendorong kepada sebarang kesan sampingan kepada diri dan kandungan. Sekali sekala rasa mengidam itu boleh diterima dan makanan yang diidamkan itu boleh diambil untuk memuaskan hati tetapi perlu diingat ianya harus diambil secara sederhana. Kadang-kadang kita selalu dengar ibu2 yang hamil ni mengidam benda2 yang plik macam teringin kunyah beras, makan sabun, pasir dan sebagainya.. Saya teringat lagi satu pengalaman kawan saya yang mengandung sama dengan saya..Masa tu, dia mengidam nak makan sabun fab..(memang agak pelik kan) tapi ada sesetengah orang cakap jangan diikutkan sangat mengidam benda2 yang bukan2 ni sebab tak elok untuk kandungan..Oleh itu, apa yang penting makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia ternyata dapat memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.

Sekiranya makanan yang diidamkan kurang berkhasiat, jangan abaikan rasa mengidam tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengidam aiskrim, anda boleh memakannya dalam kuantiti yang sedikit semata mata untuk memenuhi rasa mengidam. Sebagai langkah keselamatan diri dan bayi, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik jika anda mengidam sesuatu yang bukan terdiri daripada makanan. 

PETANDA MENGIDAM


  • Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh
  • Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk coklat
  • Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
  • Terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.

CARA MENGATASI MASALAH MENGIDAM

  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Ambil makanan seimbang 6 kali sehari
  • Sekiranya rasa mengidam menguasai diri, lakukan aktiviti-aktivit yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli belah ataupun menonton wayang.
  • Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
  • Jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan berlebihan
  • Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya, pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah sewaktu hamil.

Wallahualam..Semoga perkongsian saya pada malam ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yang hamil diluar sana dan menjadi manfaat kepada saya juga.

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Binti Bahaman
Facebook : Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Permatahatibidadariku, Beauty and Healthy Is You
email : nurhijratulhajar@yahoo.com
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment