Thursday 21 May 2015

Risiko Koyakan Besar ketika Melahirkan : 8 Tips menyembuhkan luka jahitan supaya tidak terbuka


Serik untuk mengandung lagi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Nak tahu cara sembuhkan luka jahitan dengan cepat?? Wajib tonton video ni!!!

 

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Ibu hamil tidak dapat lari daripada dihantui keimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.  Terbayang juga dengan jumlah jahitan yang bakal diterima selepas melahirkan.  Kebimbangan ini menjadi semakin nyata apabila waktu bersalin semakin hampir ditambah pula alahan yang terlalu teruk.  Dalam keadaan panik dan bimbang, tidak mustahil ibu mungkin terlupa teknik-teknik meneran dengan betul yang dipelajari sebelumnya serta tips untuk memudahkan bersalin. Kenapa koyakan perineum boleh menjadi banyak? Saya akan kupaskan selanjutnya.





Apa itu Episiotomi??

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Episiotomi? Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian di antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar dari faraj.  Ia bagi mengurangkan risiko koyakan pada faraj yang tidak terkawal ketika bersalin. Kaedah menggunting atau memotong sedikit pada faraj ini dapat memudahkan laluan bayi. Meskipun tidak semua wanita yang melahirkan perlu menjalani episiotomi, namun ia tetap perlu dilakukan ke atas kes-kes seperti kandungan sulung, kelahiran songsang, sebelum prosedur vakum atau forceps. Namun, teknik ini bukanlah menjadi kemestian atau rutin setiap kali menyambut kelahiran bayi melainkan sebagai pilihan terakhir semata-mata.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku kemudaratan yang lebih besar memandangkan luka sebegini sukar untuk dijaga. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan saluran darah.  Pendarahan menjadi banyak dan luka akan lambat sembuh. Antara risiko lain berkaitan dengan episiotomi adalah seperti jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan intim. Sekiranya ini berlaku, ia akan menjadikan satu traum kepada si ibu dan penjagaannya juga mungkin perlu lebih terperinci.

Oleh itu, disini saya akan kongsikan beberapa tips yang dapat membantu untuk menyembuhkan luka jahitan dengan cepat.

  1. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.  Elakkan juga duduk bersila atau berbaring terlalu lama.  Bangun sesekali dan berjalan-jalan di dalam bilik.  Pastikan cukup rehat.
  2. Letakkan pek ais pada luka yang dijahit.  Ais akan menyebabkan kawasan disekitar luka menjadi kebas sekaligus mengurangkan sakit dan bengkak. 
  3. Tukar tuala wanita dengan kerap setiap 4 jam sekali bagi mengelakkan luka terkena jangkitan kuman.
  4. Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerap bagi membantu luka kering dengan lebih cepat. 
  5. Pastikan luka episiotomi kering setiap kali selepas mencuci bahagian kemaluan mahupun selepas mandi.
  6. Rendam punggung (sitz bath) dalam air suam yang dicampurkan larutan antiseptic bagi membersihkan kotoran di sekitar luka.
  7. Amalkan minum banyak air untuk mengurangkan masalah sembelit.
  8. Amalkan senaman kegel.



Teringat dulu masa melahirkan anak pertama, mak selalu pesan duduk jangan bersila, jalan perlahan sebab takut peranakan jatuh dan jahitan terbuka.. Ya, itulah perkara yang paling ngeri buat ibu yang lepas bersalin. Memang agak lama untuk menanggalkan benang jahitan jika tidak dijaga dengan betul. Tapi alhamdulillah untuk anak ketiga ni, setelah mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi Zinc luka jahitan cepat sangat sembuh dan susu semakin banyak. Sehingga sekarang, Zahirah masih lagi menyusu badan walaupun sudah berumur 8bulan ++. Set berpantang ni bukan khas untuk yang bersalin normal je ye..yang secara pembedahan pun boleh..

Risau susu kurang ketika berpantang ataupun bekerja wajib tonton video ni!! Lihat betapa gigihnya seorang Jururawat yang bekerja tanpa henti masih mampu memberikan susu ibu sehingga anaknya berumur 2tahun. Sangat MENGINSPIRASI!!

 
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk mencuba Set Berpantang Shaklee?? Sempena Promosi YES yang berlangsung sepanjang May-Oct 2015 setiap pembelian Set Berpantang Shaklee anda akan mendapat keahlian percuma serta Vitalea Multivitamin pertama didunia bernilai RM88.75 secara percuma..Dapatkan sekarang sementara stok masih ada..


Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID : 926826
Contact : 0132109044 (whatsapp/telegram/sms)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya