Disaat wanita hamil, tiada lagi bibir yang merah menggoda, mata bersinar dan penampilan menawan. Sebaliknya kebanyakan wanita saat hamil tampak pucat, lemah dan kusam. Alasan mereka semua ini terjadi kerana pembawaan bayi. Sebenarnya itu persepsi lapuk yang seharusnya ditinggalkan oleh wanita. Bak kata pepatah Inggeris, kita adalah apa yang kita fikir (you are what you think). Kuasa minda mempengaruhi tindakan dan perbuatan kita.
Lantaran, sebaik sahaja disahkan hamil kita mesti melatih dan merangsang minda berfikiran positif. Sematkan di dalam minda, walaupun hamil kita tetap wanita yang anggun dan menawan. Selain itu kita juga boleh mempraktikan beberapa tips berikut. Percayalah, jika kita yakin dan disiplin mengikut tip ini,aura positifakan menyerlahkan kecantikan dan kredibiliti kita. Malah jangan terkejut, jika ada yg memuji kita lebih cantik ketika hamil.
BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
Elakkan minuman manis kerana ketika hamil, wanita berisiko mengalami masalah diabetes terutama bagi golongan yg mempunyai genetik penyakit tersebut. Sebaliknya amalkan minum air putih 8 hingga 10 gelas sehari. Ia akan membuatkan kulit anda lembap dan bersinar.
KALSIUM MENCUKUPI
Bayi memerlukan kalsium yg mencukupi untuk tumbesarannya. Lantaran, wanita digalakkan minum susu sekurang-kurangnya 4 gelas sehari. Bagi yang tidak gemar minum susu, boleh digantikan dengan pil kalsium. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang pil kalsium.
AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Ibu dan bayi memerlukan kesemua nutrien untuk sihat. Amalkan diet seimbang, pastikan tubuh mendapat khasiat yg mencukupi seperti vitamin, protein dan karbohidrat. Untuk mengelakkan rasa loya, jangan amalkan makan asam atau jeruk sebaliknya gantikan dengan buah-buahan segar seperti limau dan belimbing.
SUPLEMEN KHAS
Ikut nasihat doktor dengan mengambil suplemen khas untuk ibu hamil seperti asid folik, manakal untuk ibu yg mengalami masalah anemia atau kurang darah, mereka disarankan mengambil pil zat besi.
SENAMAN RIADAH
Hamil bukan alasan untuk kita bermalasan, sebaliknya kita disarankan mengamalkan gaya hidup yg aktif. Pilih senaman yg sesuai dgn ibu hamil. Dalam masa yg sama, lakukan kerja rumah yg termampu.. Bagi ibu hamil yg mengalami masalah seperti plasenta previa dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam dan beriadah kerana aktiviti berat akan mengundang risiko seperti pendarahan.
SOLEKAN NIPIS
Usah biarkan wajah pucat seperti mayat, tidak perlu bersolek tebal cukup sekadar solekan nipis yg menyerlahkan kecantikan semulajadi. Bagi yg tidak betah mengenakan pembayang mata, anda masih boleh tampil berseri dgn sedikit sentuhan pemerah pipi dan pemakaian gincu bibir.
PERAWATAN WAJAH
Agar wajah tampil segar, anda boleh terus melakukan perawatan wajah di spa. Namun, ketika hamil, jangan sesekali melakukan perawatan wajah menggunakan mesin kerana ia dikhuatiri memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita dan bayi. Pastikan produk yg digunakan terapi selamat dan diperbuat daripada bahan alami.
URUTAN MELEGAKAN SAKIT BADAN
Tidak dinafikan, ketika hamil badan akan terasa lesu dan letih. Malah ramai ibu hamil yg mengadu badan mereka sering berasa sakit dan lemau. Tidak salah untuk kita melakukan urutan khas ibu hamil. Namun pastikan tukang urut professional dan urutan dilakukan dengan tahap sederhana. Urutan akan membuatkan tubuh dan minda kita relaks serta tenang.
REHAT YANG CUKUP
Pastikan tubuh mendapat rehat dan tidur yg cukup agar kita bertenaga untuk memulakan hari esok. Jangan sesekali memaksa diri jika kita berasa penat atau tidak mampu melakukan. Beri ruang untuk diri berehat dan laksanakan tugasan secara perlahan-lahan.
MANDIAN TERAPI
Sesetengah wanita mengalami stress ketika hamil. Bagi mengatasinya, kita boleh cuba mandian terapi ais atau mandi bunga. Rawatan khas ini dikatakan mampu membuatkan wanita hamil lebih tenang.
PENJAGAAN GIGI
Ramai wanita yg mudah penjagaan gigi, seharusnya sepanjang kehamilan mereka melakukan pemeriksaan gigi. Ia bagi memastikan kesihatan gigi kita berada dalam keadaan terbaik.
0 comments:
Post a Comment