Wednesday 29 October 2014

Panduan Menjaga Bayi Baru Lahir


Harini genap usia Nur Zahirah Humaira 50 hari dan masih diberi kesempatan oleh Allah s.wt untuk bernafas hingga ke hari ini..Zahirah merupakan anak ketiga saya so takdelah saya kekok sangat nak jaga die berbanding anak pertama saya dulu..Dulu masa mengandungkan Zahirah, saya dan suami tertanya-tanya sama ada "baby boy or baby gurl".hehe..sebab sebelum ni dah dapat sepasang..so kalau boleh naklah dua pasang selang-selang..Memang masa check up ada doc scan jantina, tp tak dapat nak tengok disebabkan air ketuban  saya berkurangan..masa tu baru 6bulan..tapi sampai kesudah tak dapat nak tengok..Last2 kami tunggu je sampai lahir dan Alhamdulillah ianya perempuan mengikut naluri saya sebagai seorang ibu..hehe teror tak saya??(senyum dengan bangga masa melahirkan) sebab husband macam tak caye je saya cakap perempuan itu naluri saya..hehe..

Ketahui cara-cara untuk menjaga bayi yang baru lahir



Amboi, panjang pulak intro saya ni..Ok, berbalik pada tajuk entri kita harini..Mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang baru sahaja melahirkan anak pertama..disini saya kongsikan sikit beberapa panduan untuk menjaga bayi baru lahir. Tapi sebelum tu, pastikan barang-barang keperluan bayi sudah mencukupi.

Kebiasaanya bayi yang baru lahir mahu sentiasa dibelai manja. Tangan ibu yang memandikan dia, urut dengan losyen dan bermain bersama dah tentu jadi momen yang indah buat kita dan baby. Baby amat sensitif pada persekitaran, oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat tentang kebersihan bayi termasuklah penjagaan kulit dan badan 

MANDI DAN MEMBERSIHKAN BAYI

Sebahagian daripada rutin harian kita ialah memastikan bayi sentiasa bersih. Dengan badannya yang masih kecil dan kelihatan halus dan lemah, pasti pengalaman memandikan bayi buat kali pertama kalinya merupakan perkara yang paling mencabar. Namun, jika kita memperuntukkan masa selama setengah jam, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dengan lebih awal dan cuba bertenang kita mungkin berasa seronok melakukannya. Lambat laun, ia akan menjadi rutin yang begitu mudah dan anda berasa amat yakin dan tidak kekok untuk melakukannya lagi. Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi yang tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita disarankan agar membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai barulah membeli pek yang lebih besar. 

Saya ingat lagi pengalaman melahirkan anak kedua saya Muhammad Zahiruddin..Masa lahir, kepala dan badan die penuh dengan ruam yang kecik-kecik..Biasa kepala orang kata kerak kepala, tapi badan penuh dengan ruam..Mula-mula saya guna sabun Anakku, tapi bila Nurse datang rumah cek, dia suruh saya tukar pada sabun SebaMed sebab mungkin kulit anak saya terlalu sensitif. Alhamdulillah lepas guna SebaMed memang ruam tu sumer hilang..Ingatkan bila dah ok, bolehlah tukar pada sabun jenama lain, tapi tak..Bila tukar je ruam naik balik sampailah umur die 1tahun setengah..Alhamdulillah sekarang dah 2 tahun 3 bulan baru boleh guna sabun biasa..Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan..

Untuk membersihkan bayi anda dapatkan barangan seperti dibawah ini:

  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

SET PENJAGAAN BAYI

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya yang perlu disediakan. Barangan tersebut ialah :-

  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus bayi
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

TIPS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

  1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
  2. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi dengan ubat yang diberikan doktor. Jangan sesekali sapu tali pusat bayi dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga boleh membawa maut.
  3. Sekiranya anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
  4. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
  5. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia kembung atau muntah.

Anak ketiga kesayangan ibu

Dan ini adalah Nur Zahirah Humaira..Kali ni senang sangat saya nak jaga dia sebab tak banyak ragam..Menyusu pun kuat..huhu..Kalau abang dia dulu, susah sikit nak jaga sebab kulit terlampau sensitif..Pastu kadang-kadang meragam masa dalam pantang. Tapi masa 1bulan je naik 2kg..huhu memang terkejut sangat..Bayangkan dia 3bulan berat dia 8kg..

Anak kedua kesayangan ibu

Inilah anak kedua saya Muhammad Zahiruddin..Berbeza kan masa dia baru lahir dan selepas sebulan??huhu.

Anyway, setakat ni je coretan saya hari ini..semoga bertemu lagi dilain hari dan lain entry..Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, saya ucapkan tahniah dan selamat mengharungi alam berpantang..Saya dah lepas dah..hehe

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 0132109044 (whatsapp/wechat/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

6 comments:

  1. Alhamdulillah, rasanye x habis pantang dah mandikan sendiri anak.

    cara jadi ahli shaklee percuma

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jumpa juga info yang dicari...

    Jemput baca --> RAHSIA KAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

    ReplyDelete
  3. Sesuai sangat untuk bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata ni, mesti nak tau banyak persediaan kan.

    TIPS ANAK CERIA ~ PART 1

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, memandikan anak sendiri je. dari dalam pantang sampailah sekarang. syukur Allah berikan kesihatan yang baik kepada saya

    Apa Itu Gastrik? Bagaimana Merawatnya?

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pegang baby dalam pantang...teringin plak...

    Bengkel Nutrisi Saya Yang Pertama

    ReplyDelete
  6. Bila hajar cerita tentang kulit anak yang sensitif, saya ingat lagi anak-anak saya juga ada kulit sensitif. Masa kecil pun ada naik ruam. Tak boleh panas sikit, nanti badan jadi gatal dan merah. Alhamdulillah dah besar ni sikit, ok je, dah tak ada ruam dah.

    Terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete