Thursday 23 October 2014

Cara Memilih Pam Susu untuk ibu2 yang bekerja



Assalammualaikum semua..Harini genap 44hari saya berpantang..huhu dah abis pun..sekejap je kan..

Ok, entry harini tentang bagaimana cara memilih pam susu untuk ibu2 yang bekerja..Kebiasaannya, ibu2 yang bekerja mempunyai cuti selama 60hari..tolak 44hari berpantang, so ibu2 masih mempunyai baki sebanyak 16hari selepas berpantang..Oleh itu, sekiranya ibu-ibu diluar sana yang ingin memberi anak susu ibu sepenuhnya, perlulah membuat stok susu bermula ketika didalam pantang lagi.. dalam masa yang sama, cuba cari pam-pam susu yang agak2 sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja. Terdapat pelbagai jenis pam susu iaitu pam tunggal (single) atau pam berganda (double). Namun, ia juga terbahagi kepada manual, battery operated, serta batery dan electric. Disini saya kongsikan tips-tips memilih pam susu.

Dalam membuat pilihan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Antaranya ialah:-


  1. HARGA - Pam menyusu dijual dengan pelbagai harga. Oleh itu, belilah mengikut kemampuan anda. Anggaplah ia satu pelaburan jangka panjang kerana penyusuan susu ibu lebih menjimatkan berbanding susu formula. Pam manual atau menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik jika sukar mendapatkan  bekalan elektrik. Jika mmpunyai bajet, bolehlah memilih pam yang berfungsi menggunakan elektrik dan bateri
  2. MUDAH DIGUNAKAN - Kerapkan mengepam setiap hari, seperti 2 atau 3 jam sekali. Jadi pilih pam yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang serta dibuka. Ia juga mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengira masa.
  3. BERAT DAN SAIZ - Saiz dan berat pam adalah perkara penting yang perlu diambil kira. Bagi ibu yang bekerja, pam yang ringan dan kecil akan memudahkan untuk membawanya ke pejabat atau juga ketika bertugas di luar kawasan.
  4. BUNYI - Pam payudara yang berkualiti tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi, untuk memudahkan anda membawanya ke pejabat atau juga ketika bertugas di luar kawasan.
  5. KETAHANAN - Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu dianggap sebagai satu pelaburan. Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan anda mengepam. Ciri ini penting terutamanya untuk pam elektrik kerana ibu-ibu perlu mengambil kira ketahanan motornya. 
  6. ARAS KELAJUAN - Lihat aras kelajuan pam yang mempunyai beberapa pilihan antaranya perlahan, sederhana dan laju. Kita boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara.
  7. CARA MENGEPAM - Jika ibu-ibu tidak punya masa yang banyak, pilihlah pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama. Ini kerana, ia dapat mengepam susu dengan banyak pada masa yang singkat lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja.
Dibawah ni adalah contoh2 pam susu yang terdapat di pasaran..

Auntumz Passion


Rumbletuff Double Pump


Medela Freestyle


Malish Double Electric Pump


Unimom Forte

Lacte duet

Ok, saya rasa setakat ni je cerita saya tentang pemilihan pam susu untuk ibu-ibu yang bekerja..Semoga ianya menjadi manfaat bagi ibu-ibu yang bekerja diluar sana..Tapi apa yang penting, tepuk poket tanya selera ya!!hehe.. Kalau tanya pendapat saya, saya lebih suka beli pam yang double dan murah..kalau rasa mampu nak beli Pam Medela Freestyle yang beribu2 tu apa salahnya..simpan duit sikit2 sampai cukup pun boleh..tapi sekarang ada juga penjual yang wat sistem kutu ansuran untuk breastpump medela freestyle ni ketika kita masih hamil lagi..so, bolehlah tinjau2 dulu ye..daaa

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Fb : Damia Zahiruddin Eiskandar
Fb Page : Beauty & Healthy Is You , permatahatibidadariku
Contact : 013-2109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com





Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment