Ibu dilema kerana anak tidak mahu minum susu dalam botol
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saat melahirkan anak itu merupakan perkara yang paling bahagia bagi seorang ibu. Namun, menjaga seorang bayi itu bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih bagi ibu-ibu yang tidak mempunyai pengalaman. Selepas dilahirkan, si anak akan diberikan susu ibu yang terbaik sepanjang dalam tempoh ibu berpantang. Akan tetapi, risaunya hati si ibu apabila si anak tidak mahu minum susu menggunakan botol. Oleh itu, disini akan saya kongsikan cara menyusukan bayi secara alternatif.
Sebelum tu, saya nak kongsikan satu video dimana pengorbanan seorang ibu yang terlalu sibuk dengan kerja sebagai Jururawat masih lagi mampu menyusukan anak beliau sehingga 2tahun. Kita sendiri tahu bagaimana situasi kerja seorang jururawat mahupun doktor, namun itu bukanlah alasan untuk anak mereka tidak mendapat susu ibu.
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Situasi ini pernah dialami oleh rakan karib saya dimana anak kedua beliau tidak mahu menyusu menggunakan botol susu. Sering kali kita mendengar mahupun terbaca dimana pakar laktasi sering mengesyorkan kepada para ibu yang bekerja untuk kurang menggunakan botol sebagai medium memberi perahan susu ibu kepada bayi sepanjang si kecil ditinggalkan dengan pengasuh sama ada dirumah ataupn taska. Hal ini kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bayi keliru dengan puting ibu dan puting botol susu dimana secara tidak langsung akan merencatkan usaha anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Oleh itu, jangan sesekali berasa khuatir dengan kaedah cara menyusukan bayi secara alternatif ini dalam memberikan susu ibu kepada bayi. Anda perlu faham bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk membolehkan bayi anda mendapat bekalan susu ibu yang diperlukan setiap hari. Namun, harus diingat bahawa bayi tidak perlu hanya bergantung kepada botol susu. Seawal usia bayi 50 hari, bayi sudah boleh diajar untuk minum susu perahan ibu melalui cawan, sudu mahupun picagari.
Amalan memberi susu perahan ibu menggunakan kaedah alternatif mungkin kelihatan agak susah dan rumit untuk direalisasikan kerana ia memerlukan komitmen yang penuh daripada pengasuh dan anda sendiri. Namun, bak kata pepatah. "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Oleh yang demikian, anda perlu menyatakan hasrat murni kepada pengasuh seawal mungkin. Setelah persetujuan kedua- dua pihak dicapai, anda boleh mula mengajar pengasuh tersebut untuk mengendalikan proses penyusuan bayi menggunakan kaedah alternatif pilihan.
Namun begitu, sebelum mengajar pengasuh, anda sendiri seharusnya tidak kelihatan kekok dalam memberikan susu perahan tersebut kepada bayi. Ingatlah bahawa amalan seperti ini tidak sukar tetapi ia memerlukan latihan yang berterusan agar anda dan bayi sama-sama mahir untuk melakukannya.

Latihan Berterusan
Ketika berlatih memberikan susu perahan, ada baiknya untuk meminta bantuan ahli keluarga yang lain tertutama suami anda. Hal ini kerana bayi sangat pintar. Dia pasti tidak mahu minum jika anda sendiri yang memberikannya kerana dia mahu menyusu terus daripada payudara. Bayi sememangnya bijak. Ketika latihan dilakukan, anda pasti teruja apabila melihat dia minum dan menelan susu ibu yang diberikan secara perlahan-lahan sehingga habis. Pada peringkat permulaan, pasti sedikit sebanyak susu akan tumpah. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk memakai pelapik kain kepada bayi untuk menghindarkan susu tersebut tumpah, tuala atau napkin ke dada bayi.
Ada segelintir bayi mungkin memerlukan sedikit masa untuk belajar. Janganlah mengharapkan bayi anda mampu untuk menguasai kemahiran meminum susu melalui kaedah alternatif dalam masa yang singkat. Jadi, bersabarlah dan berdoa agar usaha anda dipermudahkan-Nya. Dalam pada itu, amat penting untuk anda dan bayi sama-sama berlatih secara berterusan.
Panduan Penggunaan Kaedah Alternatif
- Perhatikan petunjuk bayi (baby cues) sekiranya bayi ingin menyusu. Berikan susu perahan tersebut semasa bayi sudah bangun dari tidur dan jangan sesekali memberikannya susu ketika dia masih dalam keadaan tidur-tidur ayam. Ikutilah baby cues serta jangan sesekali memaksa bayi untuk menyusu kerana bayi akan memberikan petunjuk apabila berasa selesa dan bersedia untuk melakukannya.
- Apabila bayi sudah menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk menyusu, isikan cawan, sudu atau picagari dengan 1oz susu sebagai permulaan.
- Sekiranya perlu, bedung bayi menggunakan kain bedung kerana untuk mengelakkan tangan bayi bergerak dan terkena alat alternatif tersebut.
- Posisikan bayi anda pada kedudukan menegak dengan tangan dibelakan lehernya. Pada masa yang sama, pastikan bayi selesa dengan posisi tersebut.
- Jika menggunakan cawan atau sudu, condongkan ke bibir bayi. Biarkan dia menjilat sendir susu itu dengan lidahnya. Bagi yang memilih untuk menggunakan picagari pula, anda hanya perlu memicit susu kandungan susu tersebut secara perlahan-lahan.
- Pastikan bayi menelan susu tersebut dan jangan sesekali menuang susu terus kedalam mulutnya kerana ia berisiko tinggi untuk bayi tersedak susu.
- Kekalkan kedudukan cawan atau sudu walaupun bayi berhenti seketika. Apabila sudah kenyang, bayi akan memusingkan kepalanya tanda dia tidak lagi mahu menyusu. Jadi, anda perlu berhenti dan sendawakan bayi seperti biasa.
Menyusukan bayi secara alternatif ini bukanlah perkara yang mudah namun kesabaran itu amatlah penting dalam melaksanakannya. Teringat saya pada kisah rakan karib saya yang saya ceritakan sebelum ini. Beliau mengalami situasi seperti dimana anaknya ketika dihantar kepada pengasuh tidak mahu langsung menyusu menggunakan botol dan sanggup menahan lapar sehingga rakan saya menjemputnya pulang. Risaunya hati si ibu ketika meluahkan perasaanya kepada saya ketika itu dapat saya rasakan dan saya mencadangkan penyusuan secara alternatif ini kepada beliau. Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama beliau bersama pengasuh akhirnya membuahkan hasil dan kini anak beliau mahu menyusu menggunakan picagari walaupun dalam kadar yang sedikit. Semoga usaha murni rakan saya ini untuk memberikan susu ibu yang terbaik kepada anaknya meninggalkan kenagan yang terindah dalam hidup beliau.
Nak tahu cara simpan susu ibu yang melimpah ruah dah rahsianya << klik sini
Nak dapatkan Set Menyusu boleh hubungi saya
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
biasa guna botol je susukan bayi
ReplyDeletetak pernah pula guna sudu
keadaan ini selalu jadi masalah bila ibu-ibu dah nak start kerja.. ada juga yang mencadangkan supaya orang lain yang susukan bayi dengan botol, jangan maknya sendiri nanti dia tak nak..sejauh mana keberkesanan tu Wallhu'alam..sy sendiri pn tak pernah cuba hehe
ReplyDeleteCARA MENURUNKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT SEBELUM ANDA DISERANG STROK
masa anak duk dekat NICU dulu..nurse pernah guna cara pakai sudu nie..tapi sudu dia lain sikit la untuk suap susu bayi
ReplyDeletetanak-anak semua diajar guna botol. tak pernah guna sudu.Memang betul Sakinah, masa mula-mula nak ajar anak hisap botol, kalau kita yang suapkan memang dia taknak.Alih-alih minta suami or mak yang suapkan. nasib baik dia minum
ReplyDeleteCara Tingkatkan Imunisasi Badan Anak Supaya Anak T...