Monday, 1 December 2014

Isteri stress cari cara hilangkan angin dalam badan supaya perut tidak kelihatan buncit dihadapan suami


"Berperang Dengan Angin"


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila tengok tajuk, saya pasti ramai ibu-ibu diluar sana yang sedang dilema bagaimana untuk meratakan perut yang buncit lebih-lebih lagi apabila lepas bersalin. Selepas bersalin, keadaan fizikal ibu-ibu akan kelihatan agak "kembang" terutama dibahagian perut. Ada yang kelihatan seperti masih hamil kerana usus mengandungi angin yang berlebihan. Saya sendiri tidak terkecuali dari situasi ini dan sedaya upaya mencari cara hilangkan angin dalam badan supaya perut tidak kelihatan buncit.

Perut buncit  berpunca dari udara yang disedut dan juga akibat bakteria yang terdapat dalam usus besar


Angin didalam badan adalah disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat didalam sistem penghadaman. Ia berpunca daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan juga akibat bakteria yang terdapat dalam usus besar. Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik. Keadaan ini akan membuatkan badan merasa sakit dan tidak selesa.

Namun ibu-ibu tidak perlu risau kerana keadaan tersebut berlaku hanya sementara kerana setelah semua angin dan cecair dalam badan serta lemak yang terkumpul hilang, tubuh ibu-ibu akan kembali normal. Dalam proses pemulihan ini, jika tubuh tidak dijaga rapi, angin mudah masuk menerusi ruang pada rongga tubuh yang masih kembang. Oleh itu, penjagaan diri dalam tempoh berpantang amatlah penting supaya badan dapat kembali sihat dan normal.

ketahui cara hilangkan angin dalam badan supaya perut tidak buncit


Makanan yang boleh menyebabkan angin dalam perut

Sebelum ini, ada saya kongsikan tentang pemakanan untuk ibu berpantang. Orang Melayu kita berpegang kuat dengan amalan semasa berpantang supaya angin tidak mudah masuk kedalam badan. Memang ada baiknya jika kita mengamalkan amalan tersebut. 

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang menyebabkan angin dalam perut.
  • Kebanyakan jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya
  • Susu, aiskrim dan keju
  • Kubis, lobak putih, kubis bunga, asparagus
  • Sayur berubi seperti sengkuang
  • Buah-buahan seperti nangka, sukun dan pisang.
  • Minuman air berkarbonat.

Cara Hilangkan Angin dalam badan

Antara amalan yang membantu mengelakkan badan dimasuki angin ialah memakai stokin dan barut sepanjang tempoh berpantang. Berurut juga dapat membuang angin dalam badan ibu selepas bersalin disamping bertungku untuk mengeluarkan angin dalam tubuh sekaligus mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Amalan meminum ramuan ubat periuk juga dapat membersihkan dan menyegarkan serta mengembalikan fungsi rahim. Namun pastikan ubat periuk yang dipilih benar-benar bersih dan anda tahu apakah ramuan herba yang digunakan. Berikut adalah cara untuk menghilangkan angin dalam badan
  • Berurut dengan menggunakan minyak kelapa atau tambahan herba lain seperti halia, halba, serai wangi dan banyak lagi untuk memberikan kesan yang lebih baik disamping membuang angin dalam badan.
  • Air rebusan mata kucing bersama halia dan gula merah. Minum setiap hari dalam keadaan suam. Lebih elok jika diminum selepas makan nasi.
  • Rebus halia tua bersama gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali dalam sehari untuk lebih berkesan.
  • Air rebusan empat atua lima tangkai cili kering(tangkai sahaja), campur bersama dua ulas bawang putih, sedikit halia bersama tiga cawan air. Amalkan minuman ini 2kali sehari. 
  • Air rebusan daun mengkudu dan halia juga boleh membantu mengeluarkan angin dalam badan. 
  • Rebuskan campuran lada hitam, madu dan halia. Biarkan suam dan minum dua kali sehari juga dapat menghilangkan angin dalam badan

Nak tahu cara mudah hilangkan perut buncit??


Produk yang dicadangkan untuk perut buncit ialah:-


Manfaat Utama Garlic Shaklee:-
  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung
  • Mempertingkatkan Sistem penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

Manfaat utama Herblax :-
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang  tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.


Apa tunggu lagi wahai ibu-ibu atau isteri-isteri sekalian???Malu kan kalau suami tegur perut buncit??Takkan nak biarkan je perut menggelebeh??Jom kembalikan zaman kegemilangan anda masa anak dara dulu..baru suami TERTARI,MENARIK KAU MEMANG DAA BOOOOMMMMM!!!!!

Nak dapatkan Herblax dan Garlic??Hubungi saya segera!!

Contact: 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**










Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

6 comments:

  1. Nampak gayanya nak kena makan Garlic n Herblax, perut dan lain macam dan nie!hehehehehe...
    Jom Blogwalking kat sini

    ReplyDelete
  2. saya makan herblax.. barulah perut ni tak meragam masuk angin...

    ReplyDelete
  3. Saya juga tidak terkecuali dengan situasi ini. Apa yang saya buat, saya amalkan herblax untuk membuang segala angin dalam badan.Best..rugi tak cuba

    CARA ATASI JERAWAT DAN PARUT

    ReplyDelete
  4. Takut pulak badan terlebih lemak..tapi bab angin dlm badan nie memang stress..mesti nak kena keluarkan angin baru best

    CANTIK TANPA JERAWAT

    ReplyDelete
  5. buncit ni memang memalukan.
    walaupun bila keluar kita boleh cover2, tapi di hadapan suami mana mau lariiii

    Cara Tambah Selera Makan Anak Supaya Tidak Lagi Disindir Kemetot

    ReplyDelete
  6. bukan isteri je yang stress..suami yang tengok pun stress jugak.. sebab tu kene cepat2 cari jalan ni

    CARA MENGHILANGKAN KAHAK SUPAYA TAK PERLU BATUK SAMPAI SAKIT DADA

    ReplyDelete