Friday, 28 November 2014

Isteri Mithali cari tips menyusu ditempat awam supaya tidak mendedahkan aurat


9 Panduan Menyusu di Khalayak Ramai

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Selamat Pagi semua..

Berbalik pada tajuk, saya pasti tentu ramai ibu-ibu diluar sana yang mencari-cari tips menyusu ditempat awam lebih-lebih lagi kita sebagai wanita muslim. Menyusukan anak tu bukanlah satu perkara yang salah, tetapi apa yang menjadi dilema bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka ialah malu apabila aurat mereka mungkin terdedah apabila menyusukan anak. Manakala persepsi bahawa menyusukan anak ketika berada di khalayak ramai sebagai leceh dan rumit adalah salah sama sekali. Disini saya ada kongsikan tips bagaimana hendak menyusu dikhalayak ramai atau ditempat awam seperti shopping mall dan sebagainya.

Ketahui tips-tips untuk menyusu di tempat awam atau khalayak ramai


Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada ibu-ibu yang sampai tak nak keluar rumah semata-mata malu untuk menyusukan anak dikhalayak ramai. Perlu diingatkan disini bahawa anda mampu untuk menyusukan anak tidak kira dimana jua lokasinya. Apabila anda kerap melakukan perkara yang sama iaitu kerap menyusukan si manja ketika berada di kawasan yang dipenuhi khalayak ramai, sudah pasti anda akan mahir dan dapat menguasai keadaan dengan terkawal. Kerap menyusukan bayi adalah salah satu cara banyakkan susu ibu.

Tiada apa yang perlu ibu gusarkan sekiranya terpaksa menyusu dikhalayak ramai. Apa yang penting, anda telah melakukan persediaan awal dengan melengkapkan keperluan yang sepatutnya sebelum membawa anak keluar berjalan-jalan. Antara tips-tips yang akan saya kongsikan ialah:-

Tips Menyusu di tempat awam

  • Bawa Peneman
Buat ibu yang baru pertama kali mahu keluar bersiar-siar dengan anak yang masih menyusu badan, anda sangat digalakkan untuk keluar bersama-sama dengan sekurang-kuranya seorang peneman. Ia boleh jadi suami anda sendiri, ahli keluarga atau kawan rapat kerana sekiranya tidak ruang tertutup untuk bayi menyusu, minta bantuan peneman dengan menolong melindungi anda dan anak sepanjang sesi penyusuan berlangsung.

  • Rancang Dari Awal
Lakukan beberapa persediaan sebelum keluar adalah sangat membantu sebelum keluar bersiar-siar. Sekiranya anda mahu ke pusat membeli-belah, dapatkan maklumat tentang kemudahan khas untuk ibu-ibu yang menyusukan seperti bilik penyusuan. Jadi, tidaklah anda kelam-kabut apabila perlu menyusukan bayi kelak. Ini kerana ada pusat membeli belah yang menetapkan peraturan tertentu seperti pelanggan tidak dibenarkan sembarangan menyusukan bayi dengan susu ibu dikawasan sekitar pusat membeli belah.
  • Susukan bayi anda sebelum keluar
Susukan bayi anda terlebih dahulu sebelum keluar kerana apabila bayi kenyang dan selesa, anda dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam keadaan huru-hara. Paling tidak pun, susukan bayi anda di dalam kereta yang sudah tentu lebih selesa berbanding perlu menyusukan bayi di hadapan orang ramai yang lalu lalang.

  • Sertai kumpulan khusus
Ibu-ibu digalakkan untuk turut serta dalam mana-mana kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Oleh yang demikian, anda dapat belajar dan berkongsi pengalaman dengan ramai ibu-ibu lain yang mempunyai pengalaman yang sama. Dari situ, lama-kelamaan anda pasti berasa yakin dengan diri sendiri.

  • Tahu Hak Anda
Ramai ibu yang ingin tahu tentang hak mereka untuk menyusukan anak ketika berada dikawasan yang dikelilingi oleh orang ramai. Sehingga ke hari ini, di Malaysia belum ada penguatkuasaan undang-undang yang menghalang anda sebagai seorang ibu untuk menyusukan anak ditempat awam. Jadi, jangan jadikan pandangan mata umum yang berkemungkinan tidak biasa melihat seorang ibu menyusukan anak dikawasan terbuka menganggu niat murni anda untuk memberi khasiat terbaik kepadanya.

  • Banyakkan latihan
Dirumah, anda berupaya untuk menyusukan bayi anda dengan lebih selesa kerana segala keperluan ada disisi anda. Namun, lain halnya pula apabila anda berada diluar rumah. Tiada lagi istilah kerusi empuk, bantal menyusu atau kelengkapan penyusuan yang lain. Oleh itu, biasakan diri untuk menyusukan anak dikhalayak ramai dengan lebih kerap agar sedikit demi sedikit dapat membantu anda berlatih menyusukan bayi dalam keadaan yang terhad.

  • Berpakaian selesa
Pakaian yang anda sarungkan memain peranan penting untuk dititikberatkan jika mahu selesa menyusukan bayi ketika berada diluar. Pastikan anda memakai bra menyusu dan baju menyusu yang selesa. Secara tidak langsung, pakaian ini memudahkan anda untuk menyusukan bayi.

  • Pilih kawasan terlindung
Selidik serba sedikit selok-belok kawasan yang ingin anda bawa anak bersiar-siar. Apabila tiba masa menyusu, mudah untuk anda terus menuju ke kawasan yang kurang dilalui orang ramai dan terlindung bagi membolehkan anda menyusukan bayi dengan aman.

  • Menyusu bersama teman
Kadang kala anda boleh keluar membawa anak bersiar-siar bersama dengan teman-teman yang turut sama-sama menyusukan bayi masing-masing. Oleh yang demikian, apabila perlu menyusukan bayi, teman-teman anda pun boleh berbuat sedemikian rupa. Jadi, anda tentu sahaja lebih yakin dan rasa seronok kerana ada orang lain yang turut menyusukan bayi sama seperti anda.

Dynaz n Sari Yanti pn menyusukan anak mereka siap pkai skirt lagi..huhu
Ha, cuba tengok gambar ni..Dynaz n Sari Yanti pun menyusukan anak mereka..Siap pakai skirt lagi..takkan nak selak dari bawak skirtnya untuk menyusukan anak mereka dikhalayak ramai kan??So, bermakna baju yang dorang pakai adalah nursing dress..Memang senang nak breastfeed.


Ha tak susah pun kan??Sekarang ni terlampau banyak keperluan menyusu yang diperlukan dijual di pasaran. Antaranya Nursing Cover untuk menutup badan ibu ketika aktiviti penyusuan dilakukan. Selain itu, baju untuk ibu-ibu yang menyusu juga ada dijual untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan si manja. Tak perlulah lagi nak selak baju dari bawah kan??So, tiada alasan untuk tidak menyusukan bayi anda di khalayak ramai dan di tempat awam ye.. Kemudahan bilik untuk menyusukan bayi pun dah ada sekarang dikebanyakan shopping mall. So, diharap entry saya kali ni dapat membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi anda di tempat awam terutama sekali ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama. Mesti takde pengalaman kan??Makanya, apply lah tips-tips yang saya kongsikan ni ye..Selamat mencuba!!

Nak tahu rahsia susu ibu melimpah ruah??Klik link ni Set Menyusu melimpah ruah

Dan Alhamdulillah ramai yang berjaya dengan set menyusu Melimpah Ruah

Berminat nak dapatkan Set Menyusu??Hubungi saya


Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Shaklee Id: 926826
Contact : 013-209044 (sms/whatsapp/telegram)
Email: nurhijratulhajar@yahoo.com


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment