Tuesday 25 November 2014

Ibu pening fikirkan cara simpan susu badan kerana stok susu melimpah ruah

9 cara simpan susu ibu paling bagus supaya nutrisi kekal didalamnya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila bercerita tentang penyusuan susu ibu, mesti ramai ibu-ibu diluar sana yang kurang berpengalaman dan ilmu tentang penyusuan susu ibu lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan anak pertama. Untuk menyusukan anak secara ekslusif ini memerlukan pengorbanan dan semangat yang tinggi supaya proses penyusuan itu berjalan lancar.

Mungkin persiapan sebelum bayi lahir sudah cukup seperti pam susu dan sebagainya namun cara menyimpan susu badan itu perlu betul. Susu ibu tidak boleh disimpan begitu sahaja bagi mengekalkan zat nutrisi yang terdapat didalam susu ibu kekal didalamnya. Susu ibu juga perlu disimpan didalam bekas yang telah dikhaskan seperti "Milkstorage bottle" atau "Breastmilk storage bag". Terdapat pelbagai jenama dan juga pattern yang terdapat dipasaran dan hanya perlu memilih mengikut kemampuan.


Milkstorage Bottle adalah bekas menyimpan susu yang dibenarkan
Milkstorage bottle

Bekas menyimpan susu yang dibenarkan
Breastmilk storage bag



Berdasarkan pengalaman saya, niat untuk menyusukan anak pertama itu ada tetapi oleh sebab ilmu penyusuan tidak cukup so terpaksa bagi anak susu formula selepas pantang apabila mula bekerja. Bermula anak kedua dan sampai anak ketiga sekarang baru saya dapat menyusukan anak sepenuhnya inshaAllah sehingga 2tahun. Ada saya kongsikan bagaimana pengalaman menyusukan anak saya di My Breasfeeding Journey

Ketahui ilmu dan cara pnyimpanan susu ibu yang betul agar zatnya terpelihara


Berikut adalah 9 cara menyimpan susu badan yang betul:-


  • Mulakan dengan teknik memerah yang betul. Salurkan kedalam bekas yang bersih dan steril. 
  • Masukkan kedalam bekas penyimpanan. Simpan kuantiti yang cukup didalam sebuah bekas untuk sekali penyusuan. Tinggalkan sedikit ruang udara untuk membenarkan proses pengembangan apabila susu dibekukan
  • Labelkan tarikh dan biarkan pada suhu bilik seketika sebelum dialihkan ke bahagian sejuk beku jika anda berada dirumah. 
Labelkan tarikh setiap kali menyimpannya untuk memastikan susu yang terlebih awal dapat digunakan dahulu

  • Jika anda di pejabat atau diluar rumah, simpan di dalam beg chiller yang dilengkapi pek ais kering.
               digunakan untuk menyejukkan susu ibu yang telah diperahDigunakan untuk menyimpan susu ibu sekiranya peti ais tiada

  • Pndahkan kedalam peti sejuk chiller sebelum kebahagian sejuk beku.
  • Periksa tarikh yang paling lama untuk dikeluarkan terlebih dahulu.
  • Untuk bekalkan ke taska, anda boleh mengalihkan daripada ruang sejuk beku ke ruang penyimpanan biasa (chiller) dalam peti sejuk untuk dibekalkan kepada bayi keesokannya.
  • Penjaga boleh mencairkan susu dengan merendam susu tersebut bercampur air suam sehingga cair, kocak dengan lembut, rasa dengan bahagian belakang tangan suhunya sebelum diberikan kepada bayi.
  • Susu ibu yang telah dicairkan/dipanaskan hanya bertahan selama 3-4jam pada suhu bilik sebelum dianggap tidak selamat kerana dikhuatiri dicemari bakteria.

Sekiranya susu tersebut tidak habis dalam masa 3-4jam tersebut, janganlah berasa sayang untuk membuangkan kerana susu tersebut mungkin tidak selamat untuk bayi anda!!

Ilmu penyusuan ini perlu dikaji semenjak hamil lagi bagi ibu-ibu yang bakal ingin menyusukan anak anda secara ekslusif sehingga 2 tahun tanpa susu formula. Antaranya, ketahui tips asas banyakkan susuTeknik perahan susu ibuCara tambah susu badan.

NAK TAHU RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH??

Set 3M Shaklee membantu menghasilkan susu ibu dengan banyak disamping ibu kekal bertenaga dan sihat
Set 3M(Making More Milk) dapat membantu menghasilkan susu ibu dengan meriah

Antara kebaikan set 3M adalah:-

  1. Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari
  2. Membekalkan keperluan vitamin harian kepada tubuh.
  3. Dapat meningkatkan imuniti tubuh, kesegaran sel, mencantikkan kulit dan sebagai antioksidan
  4. Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
  5. Alfalfa merupakan milkbooster yang terbaik
  6. Mengekalkan tekanan darah normal dan membekalkan kalsium kepada ibu.
Anda boleh membaca selanjutnya tentang KEBAIKAN SET 3M<<disini.

Susu Melimpah ruah dengan set 3m

Alhamdulillah ini adalah testimoni diri sendiri ketika berpantang anak ketiga. Memang tak pernah terfikir dapat hasilkan susu sebanyak ni. Sampai penuh satu peti ais sejuk beku and husband pun tanya, "susu banyak-banyak ni tak boleh jual ke?"hahah..Yang bekas dadih dalam gambar tu boleh pakai tapi sekali penggunaan sahaja ye sebab saya guna coz masa tu breast milk storage bags tu dah abis n tunggu poslaju pulak lambat..so terpaksa r guna sementara sampai barang saya.,huhu

Nak tengok testimoni gempak Set 3M??Jom klik sini <<TESTIMONI SET 3M

Berminat untuk mendapatkan Set 3M boleh hubungi saya di

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID Shaklee: 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com


**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**












Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment