Saturday, 4 April 2015

Rahsia dan Tips Cepat Hamil supaya tidak dipandang serong oleh Mertua

Stress Apabila sering ditanya Mertua bila nak dapat anak.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Siapa tidak mahukan anak??Apabila sah bergelar suami isteri, setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pengerat ikatan kasih sayang antara mereka. Namun, tidak semua bernasib baik. Dah bertahun-tahun kahwin, masih lagi belum dikurniakan anak. Lebih menyedihkan lagi apabila Ibu Mertua sering bertanya soal anak. Sedihnya hati seorang isteri. Kali ini, saya akan kongsikan sedikit rahsia dan tips cepat hamil supaya tidak dipandang serong oleh mertua.

Gara-gara lambat hamil, menantu sering dipantang serong

Sebelum ini, saya ada kongsikan bagaimana Cara merawat ketidakseimbangan hormon. dan sebelum saya bercerita lebih lanjut, disini ingin saya kongsikan pengalaman seorang wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur dan bagaiman beliau dapat mengatasinya. Haid yang tidak teratur juga menjadi punca seseorang wanita itu sukar untuk hamil. Ini adalah pengalaman Pn. Ija Ramli dimana beliau akhirnya berjaya mengatasi masalah haid yang tidak teratur.

Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Berbalik pada tajuk utama kita, rahsia dan tips cepat hamil. Ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan cahaya mata. Antaranya ialah:-

  1. Jaga Pemakanan dan Diet. - Mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan yang seimbang dapat membantu kesuburan disamping mengambil supplemen tambahan
  2. Nutrien - Badan kita memerlukan nutrien yang secukupnya. Namun, tidak semua nutrien boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Untuk memastikan badan menerima nutrien yang secukupnya, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin atau supplemen seperti Vitamin E, Zinc, Vitamin C, Vitamin A, Pottasium, Niacin, Copper, Panthothenic Acid, Thiamin B6, Riboflavin. Mengambil asid folic sebelum hamil juga adalah penting untuk kesuburan dan persediaan untuk hamil.
  3. Berat badan yang Ideal - Memang tidak dinafikan bahawa wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mampu untuk hamil, namun harus diingat bahawa wanita hamil dan berat badan berlebihan berisiko untuk menghidapi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak menganggu perkembangan bayi dalam kandungan.
  4. Lakukan hubungan intim dengan kerap.- Bagi wanita yang haidnya tidak teratur, tips ini sedikit sebanyak dalam membantu namun ianya bergantung kepada tahap kesuburan wanita tersebut.
  5. Ketahui waktu subur atau ovulasi - Cuba untuk fahami dan kira waktu subur anda dan lakukan hubungan intim pada waktu tersebut bagi wanita yang haidnya teratur. Namun bagi wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur, anda masih boleh mencubanya. Mana tahu rezeki kan??
  6. Jumpa doktor pakar. - Sekiranya kesemua tips diatas telah dilakukan dan masih belum dikurniakan anak walhal sudah berkahwin 5 tahun, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lanjut kepada pakar. Suami dan isteri perlu membuat pemeriksaan bagi mengenalpasti masalah sebenar antara kalian.
  7. Elakkan tekanan. - Terlalu penat dan tertekan dengan masalah kerja juga boleh mengganggu hubungan intim anda dan suami. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidak mencampur adukkan soal rumahtangga dan kerja. Jangan terbawa-bawa hal kerja ke rumah.
  8. Jauhi merokok. - Sekiranya suami anda adalah perokok, nasihat suami untuk mengurangkan pengambilan rokok atau berhenti merokok kerana rokok boleh menyumbang kepada masalah ketidaksuburan.
  9. Kurangkan pengambilan kafein. - Sekiranya anda penggemar kafein, kurangkan pengambilannya kepada 2 cawan sehari. Kafein bukan terdapat didalam kopi sahaja malah minuman lain juga mengandungi kafein. Tahukah anda pengambilan kafein yang melebihi 500mg (5 cawan) sehari boleh menyumbang kepada masalah kesuburan. Malah, jika anda hamil risiko keguguran itu masih ada.
  10. Berdoa.- Berdoa, usaha dan tawakkal itu adalah sebaik-baiknya. Berbalik kepada maha Pencipta kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Ketahui Tips dan Rahsia untuk cepat hamil

Bagaimana Set Kesuburan dapat membantu anda untuk hamil??

Set Kesuburan ini terdiri daripada
  • Vitamin E
  • Zinc
  • GLA
  • B Complex
  • Alfalfa

Seperti yang saya terangkan diatas, badan kita memerlukan nutrien yang secukupnya dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Fungsi Vitamin E ialah membantu meningkatkan kualiti dan "sperm count". Jika sperma tidak banyak dan kualiti sperma tersebut lemah, jangka hayat untuk sampai kepada ovum adalah sangat lemah. Selain itu, ia juga dapat membantu masalah mati pucuk serta meningkatkan keinginan seks.

Zinc Complex adalah khazanah lelaki. Mengapa saya berkata begitu?? Ini kerana zinc berperanan penting dalam menghasilkan sperma yang lebih berkualiti dan sihat, membantu memekatkan air mani, meningkatkan jumlah sperma, meningkatkan jumlah keaktifan sperma, membantu melindungi sperma dalam menentang pengaktifan bakteria di vagina serta membantu mengurangkan risiko prostat. Selain itu, zinc juga dapat membantu menyembuhkan luka jahitan ketika dalam berpantang

 Bcomplex amat penting kerana ia diperlukan untuk membina kecerdasan otak janin dan mengelakkan bayi mengalami spina bifida. Selain itu, B complex mengandungi asid folic didalamnya bagi meningkatkan kesuburan serta persediaan untuk menyambut orang baru.

Peranan Alfalfa pula adalahah untuk mengurangkan masalah keputihan dikalangan wanita. Masalah keputihan yang kronik boleh menimbulkan bau yang kurang enak. Sudah pasti suami mahupun isteri kurang selesa dengan keadaan tersebut. Tetapi dengan adanya Alfalfa, masalah keputihan dapat diatasi serta Alfalfa dapat menghalang sperma mati akibat bakteria didalam vagina. Manakala fungsi Alfalfa semasa didalam pantang pula adalah untuk memperelokkan semula rahim serta organ dalaman wanita.

GLA Complex adalah sejenis asid lemak Omega 6. Oleh kerana Omega 6 tidak boleh dihasilkan oleh badan, maka kita perlu mengambil supplemen sebagai cara untuk mendapatkannya. Fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakn disamping merawat ketidakseimbangan hormon. Apabila sel pembiakan kembali subur, maka peluang untuk hamil lebih tinggi. Kita hanya berusaha, Dia yang menentukan. Tetapi tak salah kalau kita mencuba kan??

Pengalaman serta Testimoni Pasangan yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee





Berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee?? Hubungi saya di:-

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id ; 926826
Contact :0132109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Tuesday, 24 March 2015

Tips atasi kejang kaki ketika hamil untuk elak risiko osteoporosis di masa hadapan



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sedang asyik membaca Majalah Pa&Ma, terbaca satu soalan yang diajukan oleh Pn. Zatul mengenai masalah beliau yang mengalami kekejangan terutamanya dibahagian kaki yang biasa dialamii di akhir trimester kehamilan. Ketika membaca soalan beliau, teringat pengalaman saya ketika melahirkan anak pertama dan dalam berpantang. Kejang kaki selalu terjadi dan berlarutan sehingga saya melahirkan anak kedua dan perkara tersebut masih berlaku. Oleh itu, saya akan kongsikan beberapa tips yang telah diberikan oleh Pakar bagi mengatasi masalah kejang kaki ini. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom tengok video ni bagaiman seorang ibu hamil mampu menaiki Candi Borobodur dan dari mana beliau mendapat kekuatan tersebut??


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini mengakibatkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang. 

Kekurangan kalsium ketika hamil boleh menyebabkan kekejangan otot.

Antara tips-tips untuk mengurangkan masalah kekejangan kaki ketika hamil ini ialah:-


  • Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau joging) untuk mengaktifkan pengaliran dari dari kaki ke jantung.
  • Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
  • Memakai stoking khas (pressure graded stockings)
  • Meminta bantuan suami untuk mengurut kaki untuk melancarkan peredaran darah
  • Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.


Dengan melakukan sedikit senaman ringan dapat membantu mengalirkan peredaran darah dari kaki ke jantung

Supplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika tidak mengambil supplemen kalsium secukupnya, bayi akan "mencuri" kalsium daripada ibu. Ini menyebabkan tulang ibu mengalami kehausan kalsium. Ibu yang hamil perlu mengambil supplemen kalsium secukupnya sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.

Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000-1200mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.

Bila difikirkan balik, risiko untuk saya mengalami masalah osteoporosis amatlah tinggi dari saya remaja, hamilkan anak pertama sehinggalah sekarang kerana saya tidak pernah pun minum segelas susu. Orang kata dalam susu tu dah ada kalsium, tapi kalau saya sendiri tak minum susu mana datangnya kalsium?? Habis kalsium saya dicuri oleh anak saya. Tersangatlah ngeri dan menyeramkan..

Berbalik pada masalah kejang kaki ketika dalam berpantang anak pertama, ketika itu saya masih belum mengetahui tentang Supplemen kalsium mahupun apa-apa tentang osteoporosis. Maklumlah masih muda. Tapi, apabila kejang itu datang Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya dan betapa susahnya saya ingin mengembalikan kejang kaki saya itu kepada asal dan ianya sering berulang2 dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun dan seterusnya melahirkan anak yang kedua. Bayangkan berapa lama saya terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat??


Alhamdulillah, dalam masa saya menyusukan anak kedua yang sangat mencabar dan pernah saya ceritakan di My Breastfeeding Journey. Selepas saya mengenali Shaklee dan mengambil Set Penyusuan 3M yang terdiri daripada Energizing Soy Protein, Raja segala tumbuhan (Alfalfa), B complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix. Ostematrix amat berbeza dengan supplemen kalsium dipasaran kerana ia mengandungi Magnesium dan Vitamin D seperti yang saya terangkan sebelum ini. Fungsi Magnesium ialah bertindak sebagai ejen pengangkut kepada kalsium untuk dibawa ke tulang untuk diserap manakala Vitamin D pula bertindak sebagai rakan terbaik untk membantu kalsium menyerap lebih baik ke tulang. Jika kalsium semata-mata, walaupun banyak tetapi tidak berupaya menyerap ke dalam badan akan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit batu karang.

Selepas mengamalkan Ostematrix 4 biji sehari, saya amat berpuas hati kerana masalah kejang kaki saya hilang sebaik sahaja disahkan hamil anak ke 3 berterusan sehingga waktu berpantang dan sehingga kini. Sangat berbaloi kerana saya hanya berbekalkan RM61.00 untuk 120bji.


Pengalaman ibu-ibu bersama Ostematrix








Anda mengalami masalah seperti saya dan ingin mendapatkan Ostematrix?? Hubungi saya di


Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any diseases.**
Baca Selanjutnya

Sunday, 22 March 2015

Cara Turunkan bacaan Gula Elak Maut Mengejut



Kecewa kerana disahkan kencing manis walaupun amalkan hidup sihat


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Ramai rakan menegur Dalina yang tampak semakin kurus. Awalnya Dalina merasa gembira kerana dia memang mahu menurunkan berat badan. Dia juga telah mencuba pelbagai cara namun tidak berjaya. Kini berat badan turun sendiri tanpa disedari. Namun, hairannya dia kerap berasa letih. Ini adalah keluhan seorang teman saya dimana beliau disahkan kencing manis walaupun jaga pemakanan. Disini, saya akan kongsikan cara turunkan bacaan gula bagi pesakit kencing manis.



Dalina menjangkakan keletihan itu berpunca daripada aktiviti yang dijalani sepanjang hari. Selain dari menguruskan kafe kepunyaanya, dia juga pada masa yang sama menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Dia juga sibuk menguruskan empat orang anak yang masih bersekolah. Saban hari tubuh Dalina menjadi semakin kurus. Ibu Dalina yang kasihan melihat keadaan anaknya lalu memujuk Dalina menjalani pemeriksaan di hospital. 

Dalina bagaimanapun enggan menjalani pemeriksaan kerana merasakan bahawa apa yang dialaminya adalah sesuatu yang serius. Namun desakan ibu memaksa dia bertemu doktor, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa Dalina menghidap penyakit kencing manis. Paras gula dalam darah tinggi dan gula juga terdapat dalam air kencing. Dalina sama sekali tidak menyangka akan mengidap kencing manis. Selama ini dia kurang minum minuman manis dan sangat berhati hati dalam memilih makanan.


Bagaimana penyakit kencing manis berlaku??

Penyakit kencing manis berlaku apabila kelenjar insulin gagal berfungsi. Kemusnahan insulin boleh berlaku kerana banyak faktor. Antaranya ialah :-

  1. Jangkitan Virus pada hormon Kelenjar - Sesetengah virus bertindak menyerang kelenjar hormon dan memusnahkannya. Apabila kelenjar hormon rosak, ia tidak mampu mengeluarkan hormon secara efektif. Hormon yang terhasil sangat sedikit dan tidak mampu memproses gula.
  2. Rintangan Insulin - Rintangan Insulin bermakna insulin yang terhasil walaupun dalam kuantiti yang banyak namun tidak dapat memproses gula. Ini ialah kerana insulin yang terhasil menjadi tidak aktif akibat ikatan gula yang tinggi. Gula yang diambil secara berlebihan membentuk sebatian organik yang memegang insulin mengakibatkan fungsi insulin merosot. Lama kelamaan seseorang itu akan turut mengalami kerosakan kelenjar hormon insulin secara total.
  3. Kekurangan Vitamin - Vitamin merupakan agen penyubur kepada kelenjar hormon. Kromium dikenal pasti sebagai vitamin yang penting bagi membaik pulih kelenjar insulin. Fungsi kromium termasuk salah satu mineral yang berperanan mengendalikan metabolisme insulin dalam tubuh, sehingga dianggap sebagai faktor pengendali kadar gula darah (Glucose Tolerance Factor/GTF). Dengan kecukupan kromium dalam tubuh akan lebih efisien mengeluarkan insulin dan keseimbangan kadar gula darah dapat terjaga.
Secara umumnya, sesiapa saja mempunyai risiko berhadapan dengan penyakit ini tetapi mereka yang datang daripada keturunan di mana ahlinya menghidap kencing manis dan mempunyai berat badan berlebihan terdedah dengan risiko. Tahukah anda bahawa penyakit diabetes ini menjejaskan 3.6 juta kesihatan rakyat malaysia dan 1 daripada 5 rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes. Purata peningkatan adalah sebanyak 40% setiap 10 tahun.

Bolehkah diabetes sembuh?

Penyakit diabetes masih boleh sembuh jika kelenjar insulin boleh berfungsi semula dan paras gula dipantau sentiasa pada tahap normal bermakna seseorang itu sembuh. Jika tahap gula tidak berjaya turun pada tahap normal bermakna kesembuhan tidak berlaku, Kadar gula dalam darah manusia boleh dianggap normal jika bacaan antara 4 hingg 8 mil dan pesakit yang mempunyai bacaan kandungan gula jauh lebih tinggi jika tidak dikawal.

Pesakit sendiri perlu mematuhi diet dan mengawal pengambilan makanan, terutama mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak dan karbohidrat. Ada juga pesakit yang terpaksa menyuntik insulin. Penghidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. 



Bagi menurunkan bacaan gula dalam darah Dalina, saya mencadangkan Set diabetes Shaklee yang terdiri daripada Vivix yang dapat memberikan kesan positif ke atas 4 mekanisme utama penuaan selular kerana ia dapat mencegah penghasilan AGE protein (Gula Berlebihan + protein yang menyebabkan diabetes, atheroscloresis dan sel mati), Zinc bagi membantu penghasilan insulin & pemulihan luka. Namun, perlu diingat bahawa ubat hospital yang dibekalkan perlu disamping kita ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Seandainya, bacaan gula tersebut telah kembali normal anda bolehlah meneruskan pengambilan supplemen sahaja tanpa ubat dari hospital.

Pengalaman Pesakit Diabetes bersama Set Shaklee





Berminat untuk mencuba Set Diabetes Shaklee? Hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**







Baca Selanjutnya

Tuesday, 10 March 2015

Tips kuruskan berat badan dengan cepat selepas bersalin untuk jadi HOT MAMA!!


Dilema Ibu Lepas Bersalin yang terlampau gemuk

Bila tengok topik je mesti best kan??Saya percaya mesti ramai ibu-ibu kat luar sana yang nak jadi hot mama. Ala2 sebelum kawin dulu, cantik je kurus dan montok2 semuanya tapi bila lepas kawin semua dah menggeleber. Tu yang kadang2 buat ibu-ibu diluar sana yang tak mengandung dan bersalin. Takut-takut kalau jadi camni!! Takpe, jangan risau, saya akan kongsikan tips kuruskan badan dengan cepat selepas bersalin supaya ibu-ibu semua boleh kembali kepada zaman anak dara dan digelar "HOT MAMA" gitu.. Nak tahu apa rahsianya?Akan saya kongsikan.



Sebelum saya mengulas lebih lanjut, anda boleh tonton video ni bagaimana pengalaman Pn. Salwa yang gemuk selepas bersalin dan bagaimana beliau dapat menurunkan berat badannya sebanyak 20kg. Pn. Salwa pernah ditegur oleh rakannya yang datang kerumah beliau berkenaan gambarnya yang diletakkan di ruang tamu. Rakan Pn. Salwa menyangkakan bahawa gambar tersebut adalah adik beliau kerana perbezaan bentuk badan didalam gambar tersebut. Ikuti kisah Pn. Salwa



 
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


Kalau sebelum ni saya ada kongsikan Cara turunkan berat dalam masa 3 hari tetapi kali ini, saya akan kongsikan tips kurus dengan cepat. Rata-rata wanita diluar sana terlalu taksub untuk kurus, namun kadang-kadang mereka lupa tentang diet yang sebenar. Melupakan salah satu jadual pemakanan adalah satu diet yang salah!!! Oleh itu, jangan ditanya kenapa dah diet tapi berat tak turun-turun. 

Tips Kurus dengan Cepat
  • Menyusukan bayi anda sepenuhnya bagi ibu yang masih mampu untuk menyusukan bayi anda.
  • Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih kerana air dapat mengurangkan selera makan secara semulajadi.
  • Menjaga kalori dalam setiap pemakanan. (Elakkan makanan yang terlalu banyak minyak)
  • Nutrisi dan makanan yang seimbang untuk tubuh badan
  • Jangan berlapar. 
  • Kurangkan pengambilan garam kerana pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air.
  • Ambil sarapan pagi kerana kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk kerana sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
  • Makan dengan perlahan kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat serta kandungan lemak yang rendah.
  • Memasak makananan dengan merebus, memanggang atau mengukus adalah cara yang paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan.


Untuk menjayakan lagi program pelangsingan Pn. Salwa, beliau mengambil Energizing Soy Protein kerana ESP mempunyai protein yang tinggi untuk memberikan tenaga berpanjangan dan membina otot bagi meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, beliau mengambil Omega Guard dan Lecithin kerana ia berfungsi untuk membakar lemak dan mengurangkan berat badan. Oleh kerana Pn. Salwa merupakan seorang ibu yang masih menyusukan anak beliau, pengambilan Omega dapat membantu perkembangan otak bayi Pn. Salwa kerana omega mempunyai kandungan DHA yang tinggi. Alfalfa Complex pula berfungsi untuk menyahtoksin dalam tubuh, mencegah edema ( pengumpulan air dalam badan), membantu masalah sembelit, membantu masalah penghadaman serta dapat membantu memperbanyakkan susu ibu. 

Manakala untuk kecantikan kulit, beliau hanya mengambil Vitamin C, Vitamin E dan B complex dimana ianya terdapat didalam Set Menyusu kecuali Vitamin E. Bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak pula boleh mengambil Herblax untuk membantu mengempiskan perut dan masalah sembelit.

Jom tengok pengalaman Ibu Menyusu bersama Set Slimming Menyusu




Berminat untuk mendapatkan Set Slimming Menyusu, boleh hubungi saya di:-

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Saturday, 7 March 2015

ZINC COMPLEX SHAKLEE



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena Promosi Zinc Buy 3 Free 1 pada bulan Mac 2015 ini, saya akan kongsikan sedikit info tentang Zinc Complex Shaklee. Bila bercerita bab Zinc, mesti ramai tertanya-tanya apa zinc tu sebenarnya?? Zinc merupakan suatu khazanah lelaki. Ini kerana zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain.



Mengapa saya mengatakan zinc merupakan khazanah lelaki kerana zinc amat penting dalam penghasilan sperma sekaligus untuk mendapatkan zuriat. Terlalu jarang kita dengar yang ramai lelaki akan mengaku bahawa mereka mempunyai masalah kesuburan oleh kerana ego yang tinggi. Kebiasaanya, wanita sering sahaja dikaitkan apabila tidak mampu untuk mendapatkan zuriat dan ini akan menjadi penyebab untuk berkahwin lain bagi mendapatkan zuriat. Oleh itu, sebelum bertindak melulu dan mungkin akan melukakan hati pihak lain, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dahulu untuk membuat pemeriksaan lanjut. Disini saya kongsikan apa kelebihan zinc bukan sahaja untuk lelaki bahkan perempuan.



Apa itu Zinc?

- Zinc merupakan mineral yang perlu ada didalam setiap sel tubuh manusia yang diperlukan dalam aktiviti metabolisme badan sebagai komponen utama enzim. Ia memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Apa yang membezakan Zinc Shaklee ialah ianya dirumus dari gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium, serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh. Ia juga sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Selain itu, zinc berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Manfaat Utama Zinc

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim. Selain boleh mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh untuk memelihara pertumbuhan gigi para remaja, ia juga berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang sel-sel baru.
  • Membentuk kolagen- Zinc dapat membantu pembentukan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan serta perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki Diabetis - Ia dapat membantu pengeluaran dan mengekalkan insulin serta mencegah diabetis
  • Bintik putih kuku - Zinc dapat membantu mengurangkan bintik-bintik putih diatas permukaan kuku akibat kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, luka lambat sembuh, pembengkakan prostat, anemia, lemah daya penglihatan dan hilang daya penglihatan.
  • Mempertingkatkan sistem imun - Zinc dapat membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang virus@ bakteria penyakit.
  • Mempercepatkan pemulihan luka - Memulihkan luka dalam serta luaran selepas pembedahan, memperbaiki alergi, bintik-bintik dikulit. 
  • Memperbaiki masalah prostat - Kajian menunjukkan pengambilan zinc harian dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70% kerana ia melindungi masalah kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan pembesaran kelenjar prostat.
  • Kemampuan seks lelaki - Seorang lelaki normal perlu mengambil zinc yang secukupnya untuk keupayaan seks yang bertenaga. Selain itu, pengambilan untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, mengalakkan penghasilan sperma dan impoten.
Image result for Zinc Shaklee

  • Ovulasi wanita - Pengambilan zinc untuk wanita dapat membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya tahanannya.
  • Memperbaiki radang kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet dapat memperbaiki radang kulit seperti akne & jerawat.
  • Mengekalkan deria bau - Zinc dapat mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.

Berminat untuk mendapatkan Zinc sempena Promosi ini??Hubungi saya


Id : 926826
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**


Baca Selanjutnya