Tuesday, 4 November 2014

Menu untuk ibu menyusu part 1- Cendawan Campur Tumis, Urap Bayam dan Kacang Panjang


Pada umumnya, ibu yang menyusukan anak perlu makan 6 kali sehari sesuai dengan kekerapan menyusukan bayi. Selain cukup makan, ibu disarankan agar banyak minum minuman berkhasiat yang boleh memberi kesan banyaknya susu badan. Ibu yang menyusukan anak perlu banyak mengambil sayur dengan banyak kuah seperti sayur berkuah, daun lembayung, kekacang, jus buah, susu penuh krim atau susu skim, susu soya dan masakan kunyit.

Makanan yang diperlukan oleh ibu menyusukan anak perlu mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Memandangkan selain untuk keperluan nutrisi tubuh, ibu menyusukan anak juga perlu menghasilkan susu badan. Terdapat pelbagai menu sihat yang bakal saya kongsikan yang boleh memperbanyakkan susu badan. Salah satunya adalah daun cekur manis yang mengandungi laktagog untuk melancarkan proses pengeluaran susu badan. Selain daun cekur manis, masih banyak menu lain yang boleh diambil oleh ibu menyusukan anak. Diantaranya adalah bayam, daun turi atau geti atau daun bangun-bangun(jintan). Bagi ibu-ibu yang tidak mampu membeli milkbooster atau supplement tambahan, bolehlah mencuba menu ringkas ini..Tapi pastikan kalsium dalam badan ibu-ibu adalah mencukupi untuk mengelakkan risiko osteoporosis ye..

Cendawan Campur Tumis dan Urap Bayam Kacang Panjang

Mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang tidak bekerja menjadi surirumah sepenuh masa bolehlah mencuba resepi ini untuk menjimatkan kos. Menurut kajian, cendawan tiram dikatakan mempunyai nilai nutrisi yang bagus iaitu mengandungi protein yang tinggi dan kaya dengan mineral, rendah karbohidrat, lemak dan kalori, bagus untuk hati, pesakit diabetis dan menurunkan berat badan, mempunyai serat tinggi untuk membantu pencernaan, antivirus dan pencegah kanser, mudah memasaknya dan mudah dicerna dan cendawan tiram adalah cendawan yang paling enak rasanya berbanding cendawan lain. Selain itu, cendawan tiram juga mengandungi asid folik yang cukup tinggi. Asid folik dipercayai boleh menyembuhkan anemia.

Cendawan Campur Tumis 

Menu Cendawan Campur Tumis

Bahan-bahan

  1. 200g daging ikan tenggiri, dihiris nipis
  2. 2 sudu makan minyak masak
  3. 150g kailan mini (baby kailan) belah dua memanjang
  4. 4biji cendawan shitake/hioko segar, dihiris nipis
  5. 50g lada benggala merah, dihiris seperti batang mancis.
Rencap Perap
  1. 1 sudu teh halia parut
  2. 1 sudu teh bawang putih cincang
  3. 2 sudu makan kicap manis
  4. 1 sudu teh minyak bijan
  5. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  6. 2 sudu makan stok rebusan
Cara-caranya

  1. Kacau rencah perap sehingga sebati.
  2. Masukkan ikan tenggiri kedalam rencah perap dan perap selama 5minit. 
  3. Panaskan minyak, tumis ikan tenggi beserta rencah perap sehingga berubah warna
  4. Masukkan kailan mini, cendawan shitake, dan lada benggala merah. Kacau sehingga sayuran masak. Angkat dan hidangkan.


Urap Bayam dan Kacang Panjang

Bahan-Bahan

  1. 50g kacang panjang
  2. 50g bayam
Bahan Sambal Urap

  1. 3 sudu makan kelapa separuh tua. Parut
  2. 1 ulas bawang putih, dikisar
  3. 1 ulas bawang merah, dikisar
  4. 1/2 sudu teh gula melaka
  5. 1 tangkai cili kering, dikisar
  6. 1 biji cili padi, dikisar
  7. Lengkuas secukupnya, diketuk
  8. Cekur secukupnya, dikisar
  9. Belacan secukupnya, dikisar
  10. Garam
Cara Membuatnya

  1. Campur kelapa dengan semua rencah kacau sehingga sebati.
  2. Kukus sehingga masak, Angkat dan toskan
  3. Hidangkan dengan kacang panjang dan bayam yang telah dikukus.
Bayam merupakan  sayuran yang dikenali kaya dengan serat, beta karotena, vitamin dan berbagai mineral termasuk zat besi dan juga mempunyai protein yang tinggi pada daun mahupun bijinya. Namun harus diingat, bayam tidak boleh dimakan melebihi 5jam. Manakala, kacang panjang pula mengandungi beta karotena, klorofil, vitamin B1 dan B2, serat dan pektin. 


Oklah, setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini dan kembali lagi pada entri akan datang bersama menu-menu yang lain pula..

SELAMAT MENCUBA!!

Your Shaklee Independent Distributor
ID: 926826
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact: 013-2109044 (sms/whatsapp/wechat/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

8 comments: