Saturday 22 November 2014

Isteri tertekan susu badan makin kurang sehingga suami sendiri terabai



Stress punca susu sedikit??

Tertekan? Jangan bimbang kerana ia tidak menyebabkan kuantiti susu ibu berkurang. Memang tidak dinafikan terlalu ramai ibu beranggapan bahan stress adalah punca susu ibu berkurangan. Pada hakikatnya tidak!!Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan jika difahami dan dipelajari betul-betul ilmu tentang penyusuan. Namun, jika anda berasa tertekan dan letih serta pada masa yang sama memikirkan susu anda berkurang akibat tekanan, ia akan menjadi benar!! Ini kerana, apa yang anda fikirkan akan mempengaruhi produksi susu anda. 

Keadaan menjadi lebih bermasalah apabila anda juga semakin kurang menyusukan bayi atau menyusukan bayi dalam tempoh yang singkat. Kadang-kadang bila dah terlampau tumpukan pada cara untuk meningkatkan susu badan, suami kita pulak yang terabai. Jangan begitu ya!!


Adakah stress punca susu ibu sedikit??




Memang tidak dinafikan bahawa ada sesetengah golongan ibu yang awal-awal lagi sudah berputus asa dan mengatakan bahawa mereka tidak ada susu dan mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada anak mereka tanpa mendalami dan memahami ilmu penyusuan yang sebenarnya. Wahai ibu sekalian, jangan mudah berputus asa.Tahukah anda bahawa kira-kira 2% golongan ibu sahaja diatas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghasilkan susu secukupnya. Payudara ibu menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Jadi, jika penyusuan terganggu dan bayi tidak menyusu dengan cukup, penghasilan susu ibu akan berkurang


Apakah punca susu ibu berkurangan??

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Antaranya ialah:-

  • Tidak mengepam secara konsisten atau tidak kerap menyusukan bayi
  • Tidak mengambil pemakanan yang seimbang
  • Ibu tidak sihat/sakit
  • Kurang pengambilan air kosong(perlu diingat bahawa susu ibu dihasilkan melalui air, maka ibu perlu minum banyak air)
  • Pengambilan ubat atau jamu yang boleh menjejaskan penghasilan susu
  • Haid
  • Anak sudah mula makan.
  • Minum kafein
  • Menghisap rokok
  • Alkohol
  • Ibu hamil lagi <<Anda mungkin berminat untuk mengetahui Risiko Hamil Dan Menyusu>>

6 Tips tambah/banyakkan susu ibu

Bagi ibu-ibu yang rasa sedih kerana kekurangan susu, cuba semak balik apa rutin harian anda dan boleh amalkan tips-tips ini untuk memperbanyakkan susu anda.
  1. Kerapkan mengepam ketika bekerja. <<Klik disini untuk mengetahui TEKNIK PERAHAN SUSU KETIKA BEKERJA>>
  2. Lakukan Power Pumping. Teknik POWER PUMPING terbukti dapat membantu penghasilan susu yang banyak bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan.
  3. Kerapkan mengepam pada waktu malam - Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu malam secara semulajadi. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam bagi menghasilkan susu yang banyak.
  4. Pam dengan lebih lama- Sekiranya anda kebiasaannya mengepam selama 10minit, bolehlah tambah sesi mengepam selama 10minit lagi untuk merangsang penghasilan susu yang lebih banyak.
  5. Susukan bayi dengan kerap - Cuba susukan bayi anda dengan kerap dan selama yang mungkin bagi meningkatkan bekalan susu.
  6. Makan makanan yang berkhasiat- Sumber utama susu ibu ialah protein. Oleh itu, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil protein yang secukupnya untuk menghasilkan susu yang banyak. Sekiranya anda ingin mendapatkan protein yang terbaik, bolehlah mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN untuk mendapatkan protein tambahan.

Melahirkan anak buat kali pertama boleh jadi sesuatu yang memenatkan dan tertekan memandangkan anda juga baru belajar lebih-lebih lagi sekiranya anak pertama. Apapun, susukan bayi anda dengan gembira, anda akan berasa lebih tenang dan penyusuan dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, anda boleh mencuba Set 3M(Making More Milk) Shaklee. Set ini dapat membantu ibu untuk kekal cergas dan bertenaga serta dapat membantu menghasilkan susu lebih banyak dengan syarat ibu-ibu tidak meninggalkan prinsip asas penyusuan.

Tambah susu ibu dengan set penyusuan 3M





Untuk mendapatkan Set Making More Milk (3M) Shaklee, bolehlah menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Your Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee :926826
Contact : 013-209044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**





Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment