Wednesday, 4 March 2015

Suami prihatin cari jamu untuk berpantang buat isteri supaya tidak sembelit teruk


Dilema Mencari Jamu untuk berpantang yang selamat untuk hilangkan sembelit

Berpantang merupakan satu perkara yang amat menduga kita sebagai seorang ibu dan isteri. Oleh yang demikian, peranan suami ketika isteri berpantang adalah amat penting. Isteri perlu mengambil jamu untuk bersalin yang selamat untuk bayi supaya tidak memudaratkan dan dapat memberikan tenaga ketika berpantang. Jika tersalah makan, ibu akan mengalami sembelit yang agak teruk dan akan menyebabkan si ibu trauma untuk bersalin sekali lagi.

Ikuti video ini bagaimana seorang ibu yang dalam berpantang serik untuk bersalin lagi sekali akibat sembelit yang teruk namun akhirnya beliau berjaya menangani masalah tersebut. 


 

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Sembelit terlalu sinonim dengan ibu yang baru lepas bersalin. Saya sendiri tidak terkecuali darinya. Bila ingin ke tandas, mesti terdetik dalam hati macam mana nak membuang air besar sekiranya sembelit terjadi. Takutnya tidak terkata. Namun jika masalah sembelit ini dibiarkan akan menyebabkan masalah buasir yang serius.


Ingat lagi pengalaman bersalin anak kedua dan pada masa itu saya masih belum mengenali Shaklee. Saya cuma membeli jamu Mustika Ratu semasa berpantang. Oleh ebab terlalu banyak jamu yang perlu disapu, saya jadi amat rimas dan agak menyusahkan bila saya ingin menyusukan anak saya. Disebabkan itu, saya hanya menggunakan jamu tersebut selama 2 minggu. Sampailah saya melahirkan anak ketiga jamu tersebut masih ada.

Sewaktu saya berpantang anak kedua, saya mengalami sembelit yang agak teruk. Sehinggakan satu hari, darah keluar bersama najis. Memang terdetik dalam hati saya, adakah saya terkena buasir. Ya Allah risaunya bukan kepalang sehinggalah saya akan berpantang anak ketiga. Risau sekiranya perkara yang sama akan berulang lagi. Alhamdulillah, pantang anak ketiga ni saya hanya menggunakan Set Bersalin Shaklee yang dibeli oleh suami kerana beliau takut perkara yang sama terjadi kepada saya ketika berpantang. Saya rasa sangat bertenaga, luka jahitan cepat kering, dan menarik lagi stok susu untuk anak saya banyak. Syukur sangat rezeki anak saya.


Antara punca-Punca Sembelit ialah:-

  • Kurang serat dalam diet
  • Menahan untuk membuang air besar
  • Kekurangan air dalam badan 
Namun, masalah sembelit ini masih boleh dicegah sekiranya :-
  • Makan pelbagai jenis makanan seperti kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayuran
  • Minum air yang banyak.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar

Bagaimana Set Berpantang Shaklee dapat membantu masalah sembelit yang teruk bagi ibu berpantang??

Set Bersalin Shaklee mengandungi:-


  • Vitalea- membekalkan keperluan utama vitamin dan mineral terutamanya zat besi untuk membantu ibu yang kehilangan darah terlalu banyak ketika bersalin
  • Vitamin C - amat penting untuk pemulihan tisu dan imuniti
  • Zinc - membantu untuk menyembuhkan luka dalam rahim serta jahitan dengan cepat disamping dapat mengelakkan jangkitan kuman.
  • B complex- merupakan vitamin anti stress, dapat mengelakkan meroyan, membantu menstabilkan hormon agar dapat memudahkan proses penyusuan.
  • Ostematrix- Magnesium didalam Ostematrix selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang, ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis.
  • Energizing Soy Protein- merupakan sumber protein semulajadi yang dapat mengekalkan tenaga kepada ibu semasa berpantang.

Pengalaman ibu berpantang bersama Set Bersalin Shaklee




Sekiranya anda ingin membeli sendiri Set Bersalin Shaklee sendiri, boleh klik disini:-


Dan jika ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang produk serta konsultasi percuma boleh hubungi saya di 

Id : 926826
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya

Wednesday, 25 February 2015

5 Petua Merawat Puting luka bagi ibu yang trauma akibat sering digigit bayi


Trauma si ibu ketika menyusu kerana puting sering digigit bayi


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Penyusuan merupakan satu pengalaman yang sangat berharga jika dapat dijalani dengan selesa namun saya percaya tidak semua ibu bernasib baik dan ianya tidak seindah bagai dikata. Dalam penyusuan susu ibu itu terdapat pelbagai dugaan tersendiri antaranya ialah puting ibu luka atau merekah akibat digigit bayi dan perkara yang sama dialami oleh saya. Sakitnya bukan kepalang dan ada sesetengah kes puting ibu luka sehingga menanah dan apabila ianya terjadi ini akan menyebabkan ibu berasa trauma untuk memberikan susu kepada bayi secara "direct". Disini saya akan kongsikan beberapa petua yang mungkin dapat membantu ibu-ibu diluar sana melegakan sakit puting terluka apabila menyusukan bayi.




Dilema untuk puting luka sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang menyusukan. Kebanyakkannya terjadi ketika selepas melahirkan anak. Ini kerana proses pengeluaran susu yang mungkin mengambil masa beberapa hari untuk keluar akan menyebabkan puting ibu luka sedikit. Namun, kebiasaanya, jururawat yang datang melawat ke rumah akan mencadangkan untuk menyapu semula susu ibu tersebut ke bahagian yang berbeza (susu sebelah kiri disapu ke puting sebelah kanan dan sebaliknya) sambil berselawat. InsyaAllah ianya berkesan dan Alhamdulillah ianya berkesan kepada saya ketika didalam pantang. Tetapi, apabila anak sudah semakin membesar dan sudah mula pandai menggigit cara tersebut tidak lagi berkesan untuk saya.


Lantas, kerana sakit yang tidak tertahan saya cuba pelbagai petua yang lain antaranya ialah:-

  • Sapu minyak gamat pada nipple
  • Letak madu di keliling nipple
  • Sapu minyak petroleum jelly
  • Gunakan nipple shield sebagai pelindung nipple
  • Beli nipple cream untuk puting luka.
Namun, semua petua tersebut tidak menjadi kepada saya. Akhir sekali saya membeli krim untuk puting luka. Terdapat pelbagai jenis dan jenama krim untuk merawat puting luka ini. Antara yang paling famous adalah Medela purelan tetapi bukan semua ibu sesuai menggunakannya. Mungkin bagi ibu yang mengalami puting merekah dan melecet yang agak teruk seperti saya tidak sesuai menggunakan Medela Purelan. Setelah puas menggoogle akhirnya saya terjumpa dengan Medela Lanolin Tendercare. Akhirnya saya beli juga dengan kak Ajasu Mybreastpump shop tapi disebabkan nak urgent, saya ambil sendiri di rumah kak aja.

Medela Lanolin Tendercare didatangkan dengan 2 bentuk iaitu 6g dan 20g. Saya buat keputusan untuk ambil yang tiub kecil dulu iaitu 6g bagi permulaan. Tetapi sebelum membeli Medela Lanolin Tendercare, saya sudah terlebih dahulu memberli Cocoa Butter (Nursing Butter) namun tidak berkesan kerana hasilnya masih sama. Setelah menggunakan Medela Lanolin selama seminggu, Alhamdulillah nipple saya semakin pulih tetapi ada satu hari nipple saya luka semula disebabkan kandungan Medela Lanolin yang mempunyai beta-glukan ala ala gam gitu, ianya melekat pada bra saya bersama nipple. Ya allah, lagi satu hal nak tarik nipple dari melekat pada bra dan akhirnya saya menggunakan air untuk meleraikannya. Akhirnya perkara yang sama terjadi lagi. My nipple cracked again!!! Sejak itu saya mula serik untuk menggunakannya.

Setelah puas mencuba pelbagai petua, saya hampir berputus asa dan pernah terlintas di fikiran saya untuk tidak memberikan susu kepada anak saya secara direct. (Ya Allah luluhnya hati saya ketika melihat wajah anak saya). Lantas, saya teringat ketika nipple saya luka teruk dan menanah sehinggakan saya demam ketika saya pergi bekerja disebabkan payudara saya bengkak tidak dapat dipam. Setiap kali pam, darah akan keluar. Saya ada berjumpa doktor tetapi doktor hanya memberikan ubat tahan sakit dan krim tetapi bengkak susu masih tidak surut sehinggakan saya terpaksa berjumpa bidan untuk mengurut. Alhamdulillah, kali ini saya tidak perlu lagi berjumpa bidan untuk mengurut kerana saya sudah jumpa penawar bengkak susu manakala untuk puting yang luka saya hanya menggunakan Vitamin E dan tidak sampai 1 minggu puting yang luka sudahpun sembuh. 

Apa yang menarik tentang Vitamin E ini kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses baik luka. Namun pengambilan Vit E yang konsisten sangat membantu ibu sembuh dari kesakitan yang dilalui dan dapat melembapkan nipple dan mengelakkan kulit dibahagian tersebut merekah atau luka lagi. Tahukah anda??Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, kawasan aerola susu akan menjadi semakin besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran, aerola akan menjadi semakin gelap. Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten juga dapat membantu kawasan aerola yang gelap itu mengecil dan warna puting akan cerah semula.


Saya amat bersyukur kerana walaupun terpaksa menahan sakit, saya masih berpeluang untuk menyusukan anak saya sehingga hampir 2 tahun. Saya kasihan juga dengan ibu-ibu yang terlalu stress sehingga tidak sempat untuk mengepam susu dan akhirnya terpaksa mengalah. Sekiranya perkara ini berlaku, ibu-ibu tidak sepatutnya mengalah kerana masih mempunyai cara untuk menggandakan susu tersebut. Antaranya ialah ketahui teknik perahan susu ibu yang betul, tambah susu badan dengan power pumping dan tips banyakkan susu ibu. Saya berkata begitu kerana kesiankan anak yang menjadi mangsa. Susu ibu yang sepatutnya menjadi minuman utama si anak akhirnya bertukar kepada susu lembu.


Disini, saya kongsikan rutin seorang jururawat yang kita sedia maklum bahawa kerja mereka sangat sibuk tapi masih mampu untuk menyusukan anaknya sehingga berumur tahun.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

serta pengalam ibu menyusu bersama Vitamin E




Berminat dengan Vitamin E??Boleh hubungi saya di 

Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID Shaklee: 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya

Monday, 5 January 2015

Kerana sayangkan Ibu Mertua, anak menantu cari cara merawat kanser tahap empat supaya ibu mertua boleh sembuh


Sayangnya menantu kepada mertua sehingga sanggup menghabiskan duit mencari penawar kanser

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Dua bulan yang lepas, saya telah mendapat satu berita yang sangat menyedihkan apabila kawan saya memberitahu kepada saya bahawa ibu mertuanya disahkan menghidap kanser pada tahap empat. Sedihnya bukan kepalang. Melihat kesedihan kawan saya itu, saya amat terharu kerana beliau sanggup mencari cara merawat kanser dan penawar serta sanggup berhabis beribu-ribu ringgit semata-mata untuk melihat ibu mertuanya kembali sihat. 

Dalam Islam sendiri ada menegaskan bahawa, apabila seorang perempuan bernikah maka dia perlu menghormati dan menyayangi ibu mertuanya sepertimana dia menyayangi ibunya sendiri. Maka, tidak hairanlah sekiranya kawan saya ini beria-ia mencari cara merawat kanser untuk ibu mertuanya. 



Ketahui cara merawat kanser tahap empat

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom baca sedikit info tentang kanser.

Apa itu Kanser?

Kanser atau lebih sinonim dengan panggilan barah merupakan sejenis penyakit yang berkaitan ketidakseimbangan tindak balas sel didalam badan. Sel-sel tersebut akan bertambah mengikut keperluannya untuk membolehkan proses tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlaku kecederaan. Namun, ada kalanya, sel-sel ini bertambah secara tidak normal seterusya menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal. Sel barah boleh merebak ke organ lain yang akan menyebabkan komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ berkemungkinan menyebabkan kematian. Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut manakala keadaan barah yang merebak ini dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor dikenali sebagai leukimia. Leukimia pula merupakan penyakit yang melibatkan penghasilan sel darah. Kanser amat sukar untuk dikesan melalui teknik pengimejan kerana pada umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram.

Kanser di Malaysian

Kanser paru-paru amat popular dikalangan lelaki yang merokok diikuti kanser hidung (nasopharyngeal cancer) dan kanser usus/colorectal. Manakala dikalangan wanita pula adalah kanser payudara adalah paling tinggi diikuti kanser pangkal rahim. Kanser usus adalah kadar insiden meningkat pada kedua-dua jantina.

Kanser kedua paling banyak di kalangan wanita


Setiap manusia mempunyai sel kanser didalam tubuh masing-masing namun sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beribu juta sel. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu untuk dikesan.

Langkah mencegah penyakit kanser

  •  Sekiranya sistem imun yang sihat musnah, ia akan memberi ruang bagi sel kanser untuk membiak dan membentuk tumor.
  • Kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidu, makanan dan genetik mungkin adalah penyebab kepada penyakit kanser.
  • Ubah diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai dapat mengekalkan kesihatan sistem imun tubuh.
  • Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat begitu juga dengan rawatan radiasi.
  • Untuk penyembuhan tanpa memusnahakan sel-sel yang lain, penggunaan herba dilihat menjadi pilihan bagaimanapun perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu.


Berbalik kepada cerita kawan saya tadi, beliau tidak pernah berputus asa untuk membantu ibu mertuanya bebas dari kanser. Pelbagai cara telah dicuba dan akhir sekali saya mencadangkan supaya beliau ikhtiar memberikan Vivix kepada ibu mertua beliau kerana Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Fungsi utama Vivix ialah Memperbaiki DNA, memperbaiki tenaga sel, membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, ibu beliau bebas dari kanser dengan pengambilan 2 botol Vivix dan doktor sangat terkejut.




Mungkin Vivix ini agak mahal tetapi jika dibandingkan dengan kesihatan ibu bapa kita, harga bukanlah suatu alasan. Kalau kita mampu untuk membeli keperluan peribadi sehingga beratus-ratus ringgit, apalah sangat dengan Vivix ini. 

Anda juga boleh melihat Testimoni terbaik Vivix dan Sempena promosi awal tahun ni, Vivix Buy 6 Free 1 atau beli 2 diskaun 5%. Nak order Vivix, hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id :926826
Contact : 013-2109044(sms/whatsapp/telegram)
Email:nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Sedar akan bahaya Sodium Laureth Sulfate, Ibu cari pencuci botol susu yang selamat untuk bayi dan tidak mengandungi bahan kimia


Ibu risau kandungan di dalam pencuci botol


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, pada pagi ni, saya tergerak hati ingin berkongsi cerita tentang pencuci botol susu yang selamat untuk bayi. Sebagai ibu, kita mesti inginkan yang terbaik untuk bayi kita kan? Saya juga tidak terkecuali. Namun, adakah pencuci botol susu yang kita beli selama ini benar-benar selamat untuk bayi??Sebelum saya mengupas lebih lanjut lagi tentang entri saya kali ini, saya ingin ibu-ibu semua semak semula kandungan pencuci botol tersebut..Ada atau tidak isi kandungannya mengandungi Sodium Myreth Sulfate ataupun Sodium Laureth Sulfate.




Bukan niat saya untuk menjatuhkan sesetengah produk yang terdapat dipasaran. Namun, ianya adalah sekadar perkongsian tentang bahayanya Sodium Laureth Sulfate dalam kehidupan seharian kita. Sedangkan kita orang dewasa sendiri yang kerap menggunakan produk yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate berisiko untuk menghidapi barah inikan pula bayi. Hal ini menyedarkan saya apabila saya terbaca tentang bahayanya Sodium Laureth Sulfate ini kepada kita sebagai manusia dan sejak dari itu saya cuba sedaya upaya untuk tidak membeli sebarang produk yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate dalam penggunaan seharian saya.

Apa itu Sodium Laureth Sulfate??


Sodium Laureth Sulfate atau Sodium Lauryl Elther Sulfate adalah sejenis surfaktan,detergent, dan pengemulsi yang digunakan dalam beribu- ribu produk penjagaan diri seperti shampoo, sabun, ubat gigi dan sebagainya. SLES merupakan satu bahan buih yang sangat murah dan berkesan. Walaupun SLS diperbuat daripada kelapa, namun ia tetap bahn kimia tetapi semulajadi. Masalah sebenar SLS ialah proses pembuatannya yang tercemar dengan 1.4 dioksane yang karsinogenik oleh produk. SLS ialah sejenis garam natrium lauryl sulfate, dan diklasifikasikan oleh Pengkalan Data EWG Kosmetik sebagai ejen pembersihan, pengemulsi dan buih dan dinilai sebagai bahaya yang sederhana. Ammonium Lauryl Sulfate adalah satu lagi variasi surfaktan kebiasaanya dimasukkan ke dalam bahan kosmetik dan bahan pembersih untuk membuatkan ianya berbuih. ALS adalah sama seperti SLS dan risiko yang sama. Sodium Laureth Sulfate juga boleh dikenali dengan nama lain iaitu:-


  • Sodium dodecyl Sulfate
  • Sulfuric Acid, monododecyl ester, Sodium Salt
  • Sodium Salt Sulfuric Acid
  • Monododecyl Ester Sodium Salt Sulfuric Acid
  • A13-00356
  • Akyposal SDS
  • Aquarex ME
  • Aquarex Methyl

Kesan Penggunaan SLS kepada manusia

Menurut kajian penyelidikan Environmental Working Group's Skin Deep: Kajian Keselamatan Kosmetik menunjukkan SLS boleh mengakibatkan:

  1. Kerengsaan pada Mata dan Kulit
  2. Pencemaran toksik dalam organ badan
  3. Pencemaran toksik pada pembangunan atau pembiakan
  4. Pencemaran toksik pada saraf, gangguan endokrin, ekotoksilogi dan perubahan pada sel atau biokimia
  5. Berkemungkinan menyebabkan mutasi dan kanser.
Nak tahu lebih lanjut tentang SLS ni bolehlah rujuk pada website mercola.com. 
Ni adalah sedikit penerangan saya tentang SLS. Mesti ibu-ibu semua terkejut kan??Kalau dulu, saya yakin yang apa yang saya belikan untuk anak saya tu dah yang terbaik tetapi selepas mengetahui bahaya SLS ni, saya terus bertukar kepada Basic H ataupun Hand Dish Wash. 

Mengapa saya memilih Basic H ini adalah kerana ianya menggunakan bahan semulajadi seperti air dan ekstrak jagung serta kelapa dan ternyata ianya selamat untuk bayi mahupun dewasa. Ini adalah hasilnya



Oleh sebab takut akan bahaya SLS ni, saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan bahan semulajadi untuk semua barang penjagaan diri baik untuk anak-anak saya mahupun saya sendiri. Bak kata pepatah, "Mencegah Lebih baik dari Merawat" Untuk mendapatkan basic H ini, anda boleh menghubungi saya di 

Contact: 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
Penghantaran ke seluruh malaysian dan self pick up hanya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Country Homes, Puncak Alam, Meru dan Setia Alam

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya

Saturday, 3 January 2015

Hari Orientasi Darjah 1 SK.TASIK PUTERI 2


Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Semalam merupakan hari Orientasi Darjah 1 anak saya yang pertama Damia Nur Safra. Memang tidak dinafikan, kalau ada ibu-ibu yang mungkin rasa teruja seperti saya bila pertama kali tengok anak sekolah rendah. Saya sendiri rasa teruja sangat..tak sabarnya nak tengok Damia pakai baju sekolah..huhu

Pada mulanya, saya jadi keliru kerana sebelum tamat persekolahan tahun lepas cikgu Damia ada bagi surat yang mengatakan perlu hadir pada 2 Jan 2015 pada pukul 8.30 pagi untuk sesi Orientasi dan sepatutnya sesi persekolahan untuk murid darjah 1 adalah sesi pagi namun pada saat-saat akhir, pihak sekolah menukar sesi persekolahan untuk murid darjah 1 kepada sesi petang. Disitu saya jadi keliru dimana adakah Damia perlu hadir sesi orientasi pada waktu pagi juga ataupun waktu petang. Atas nasihat mama saya, mama cadangkan supaya saya bawak je Damia orientasi pada waktu pagi seperti yang tertulis dan sekiranya ia ditunda, barulah balik semula ke rumah. Alhamdulillah bila saya sampai je ke sekolah, ternyata memang benar orientasi tersebut masih berjalan seperti biasa yang dinyatakan di dalam surat. (Nasib baik datang, kalau tak memang menyesal sebab buat keputusan sendiri..huhu)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tapi kesian Damia sebab saya dan suami tidak dapat temankan dia lama kerana saya mengejar waktu untuk hadir sesi temuduga di subang. So, terpaksalah saya minta mama yang temankan. tapi tak sempatlah pulak nak snap gambar Damia..takpe, nanti hari pertama sekolah saya snap gambar then saya tepek kat sini ye..haha boleh pulak macam tu kan??


Baca Selanjutnya