Tuesday 18 November 2014

9 cara paling mudah ubati puting luka ketika menyusukan anak.


Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu!!

Assalammualaikum..Salam Sejahtera

Rata-rata ibu yang menyusukan anak pasti akan mengalami perkara yang sama iaitu puting luka dan pedih. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda mula untuk tumbuh gigi. Ya Allah, sakitnya tak terperi kalau sampai berdarah. Pengalaman sendiri, saya sampai terpaksa stop bf anak sementara kerana puting saya luka sampai tahap berdarah. Ingatkan bila tak bagi direct feed bolehlah pam tapi bila dipam lagi berdarah jadinya. Takkan nak campur darah dengan susu pulak kan??so saya terpaksa amik option perah secara marmet..dan dalam masa yang sama saya masih mencari cara untuk ubatkan puting saya yang luka dan pedih ni.


Kedudukan bayi menyusu dengan betul untuk mengelakkan puting luka


Namun, para ibu perlu tahu bahawa walaupun puting anda luka dan pedih, ia langsung tidak akan memberi kesan kepada bayi anda. Walaupun begitu, ibu perlu sedar apabila puting anda luka, ia bermakna bahawa cara penyusuan anda adalah salah dan mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Pastikan juga kedudukan bayi ketika menyusu adalah betul agar puting tidak melecet atau luka. Paling penting untuk sentiasa mengubah kedudukan bayi ketika menyusu dan membersihkan puting setiap kali selesai penyusuan. Dapatkan rehat yang mencukupi dan amalkan pemakanan yang betul.


Antara Punca-Punca Puting Luka Ketika Menyusukan :-

  1. Kedudukan penyusuan bayi - Ini adalah punca utama dimana bayi menghisap puting pada bahagian aerola dengan betul.
  2. Terdedah kepada lembapan terlalu lama - Sesetengah ibu mungkin terlupa untuk mengeringkan puting selepas penyusuan, memakai breast pad terlalu lama atau memakai lapisan breast pad yang plastik adalah punca dimana puting senang merekah. Oleh itu, sentiasalah mengeringkan puting selepas penyusuan.
  3. Dermatitis, eczema atau psoriasis - Jika anda pernah mengalami situasi seperti berikut mungkin adalah penyebab puting luka.

Untuk mengelakkan puting luka ketika menyusu


Cara-cara merawat Puting Luka??

  • Sebelum penyusuan
Jika breast pad melekat pada puting anda, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk menanggalkannya. Gosok puting anda dengan ais sebelum penyusuan untuk memberikan rasa kebas kepada puting anda. Akhir sekali cuba pam/perah susu anda terlebih dahulu untuk mengelakkan anak anda menyusu terlalu agresif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan "nipple shield" untuk mengelakkan puting anda berasa terlalu sakit ketika aktiviti penyusuan dilakukan.

alat perlindungan untuk mengelakkan puting luka ketika menyusu


  • Ketika penyusuan
  1. Pastikan kedudukan bayi ketika menyusu adalah betul. Ini adalah penting untuk mengelakkan luka pada puting bertambah teruk.
  2. Cuba berikan dahulu bayi menyusu pada puting yang tidak luka.
  3. Ubah kedudukan penyusuan sekiranya terasa sakit. Ini sedikit sebanyak akan memberi tumpuan tekanan ke kawasan puting anda yang kurang sakit.
  4. Kerapkan penyusuan setiap 2jam untuk mengelakkan bayi anda rasa terlalu lapar dan menghisap puting terlalu kuat.
  5. Jangan tarik puting anda dari dalam mulut bayi sekiranya bayi tidak melepaskan sendiri puting tersebut. Untuk memberhentikan sedutan, letakkan jari anda ke dalam mulut bayi antara gusinya.
Letakkan jari anda kedalam mulut bayi diantara gusinya

Sekiranya penyusuan terasa terlalu sakit, anda disarankan untuk memberhentikan penyusuan dan menggunakan alternatif lain untuk menyusukan bayi seperti menggunakan syringe atau cup. Untuk mengelakkan masalah kekeliruan puting sekiranya anak anda belum lagi menyusu dengan cara yang betul dan berusian dibawah 4minggu.

  • Selepas penyusuan
  1. Lap puting anda selepas penyusuan dan biarkan sehingga kering. Jika anda dirumah, dedahkan puting anda kepada udara sekerap yang boleh.
  2. Untuk puting yang merekah tetapi tidak berdarah, anda bolehlah mencuba untuk menyapu sedikit susu tersebut pada puting secara berselang (air susu sebelah kiri disapu pada puting sebelah kanan dan sebaliknya) dan biarkan sehingga kering.
  3. Jika anda menggunakan breast pad, tukar breast pad tersebut sekiranya sudah terlalu lembap/basah. Elakkan menggunakan breast pad yang berlapik plastik.
  4. Jangan gunakan sabun, alkohol, krim atau losyen pada puting anda. Basahkan puting anda dengan air yang bersih ketika mandi sudah memadai. 


Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah produk Shaklee boleh membantu dalam masalah puting luka??Jawapannya ya.. Pengalaman saya sendiri, saya menggunakan Vitamin E untuk menyembuhkan puting saya yang luka tahap berdarah ok!! Ini adalah cara saya dan saya sudah mendapat hasilnya. Terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak.




Masalah puting luka selesai dengan Vitamin E Shaklee




Akhir sekali, ibu-ibu yang mengalami situasi ini jangan cepat putus asa!!Memang tidak dinafikan mungkin ada ibu-ibu diluar sana yang akan berputus asa. Sama seperti saya suatu ketika dahulu tetapi perlu diingat setiap pengorbanan itu pasti akan dibalas dengan kemanisan. Mungkin ini adalah satu dugaan buat ibu-ibu yang menyusukan anak seperti kita. Sebagai orang Islam, setiap titisan susu itu pasti akan dibayar dengan pahala.

Anda juga boleh merujuk entri saya yang sebelum ini mengenai 




Berminat dengan Vitamin E??Boleh hubungi saya di

Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID Shaklee : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**















Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

4 comments:

  1. masa awal-awal menyusukan anak dulu, saya juga mengalami situasi yang sama, berdarah-darah rasa macam kene hiris, bila baby menyusu jadi makin sakit, sampai menangis-nangis dah saya, dah cuba petua sapu susu sendiri tapi tak menjadi jugak, nak suruh suami belikan nipple shield tu dia tak pandai, sedih jugak masa tu..

    CARA MENINGKATKAN KONSENTRASI ANAK DAN FOKUS DI DALAM KELAS UNTUK DAPAT STRAIGHT A's

    ReplyDelete
  2. sy klu bby gigit atau hisap guna gigi sekali tu yg jadi luka...

    tp alhmdllh tak selalu jadi

    ReplyDelete
  3. memang sakit puting melecet ini, buat kaum ibu diluar sana jangan give up teruskan penyusuan ye..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Mohon izin daripada tuan punya blog.

    Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting susu luka, boleh whatsapp/SMS 01152963790 untuk dapatkan krim ini daripada kami.
    Kami ada ready stok insyaallah.

    Boleh lawati FB page:
    https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/

    Thanks tuan blog :)

    ReplyDelete