Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Semalam merupakan hari Orientasi Darjah 1 anak saya yang pertama Damia Nur Safra. Memang tidak dinafikan, kalau ada ibu-ibu yang mungkin rasa teruja seperti saya bila pertama kali tengok anak sekolah rendah. Saya sendiri rasa teruja sangat..tak sabarnya nak tengok Damia pakai baju sekolah..huhu
Pada mulanya, saya jadi keliru kerana sebelum tamat persekolahan tahun lepas cikgu Damia ada bagi surat yang mengatakan perlu hadir pada 2 Jan 2015 pada pukul 8.30 pagi untuk sesi Orientasi dan sepatutnya sesi persekolahan untuk murid darjah 1 adalah sesi pagi namun pada saat-saat akhir, pihak sekolah menukar sesi persekolahan untuk murid darjah 1 kepada sesi petang. Disitu saya jadi keliru dimana adakah Damia perlu hadir sesi orientasi pada waktu pagi juga ataupun waktu petang. Atas nasihat mama saya, mama cadangkan supaya saya bawak je Damia orientasi pada waktu pagi seperti yang tertulis dan sekiranya ia ditunda, barulah balik semula ke rumah. Alhamdulillah bila saya sampai je ke sekolah, ternyata memang benar orientasi tersebut masih berjalan seperti biasa yang dinyatakan di dalam surat. (Nasib baik datang, kalau tak memang menyesal sebab buat keputusan sendiri..huhu)
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tapi kesian Damia sebab saya dan suami tidak dapat temankan dia lama kerana saya mengejar waktu untuk hadir sesi temuduga di subang. So, terpaksalah saya minta mama yang temankan. tapi tak sempatlah pulak nak snap gambar Damia..takpe, nanti hari pertama sekolah saya snap gambar then saya tepek kat sini ye..haha boleh pulak macam tu kan??
0 comments:
Post a Comment