Tuesday, 7 April 2015

Bahaya Tandem Nursing : Dimanakah Relevannya Penyusuan ketika hamil

Dilema Ibu yang ingin menyusukan anak ketika hamil

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Ibu menyusu dan bekerjaya??Bagaimana anda menguruskan waktu mengepam susu walaupun terlalu sibuk seperti jururawat ini.
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Kalau sebelum ni, saya banyak kongsikan teknik perahan susu yang betulpunca susu ibu berkurangan serta cara tambah susu badan. Jadi kali ni, saya akan kongsikan tips penyusuan ketika hamil. Saya percaya, tidak ramai yang akan melakukan tandem nursing ini sekiranya mereka disahkan hamil lagi walhal anak mereka masih lagi menyusu badan. Rata-rata ibu pasti akan memberhentikan susu buat si abang atau kakak kerana dikhuatiri akan mengambil hak adik yang ibu kandungkan. Lebih mengarut lagi apabila ada mitos yang mengatakan bahawa, susu yang diberikan kepada anak sekiranya si ibu hamil lagi akan bertukar menjadi darah. Memang sangat mengarut!! Adakah ianya membahayakan??Saya akan kupaskan selanjutnya.



Isu berkenaan menyusu ketika hamil sering kali menimbulkan keraguan apabila si ibu menghadapi dilema menyusukan si manja setelah disahkan hamil. Adakah ia selamat?? Disini saya kupaskan 5 fakta penyusuan ketika hamil.

  • Dapatkan maklumat
Anda perlu faham bahawa susu ibu bukan sumber tenaga utama bayi selepas usianya enam bulan. Jika hamil semula, selepas usia anak melebihi enam bulan, anda tidak perlu gusar tentang zat pemakanan si kecil. Inilah masa yang sesuai untu anak anda belajar menerima zat makanan melalui makanan berkhasiat yang diambilnya setiap hari. Penyusuan susu ibu tetap diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua-dua belah pihak. Pada masa yang sama, ia tetap menyumbang keperluan zat pemakanan harian si anak. Perlu diketahui bahawa, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan risiko keguguran. Oleh itu, dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan isu ini daripada pakar atau kaunselor laktasi.



  • Puting Sakit
Kebanyakkan ibu hamil akan mengalami ketidakselesaan pada bahagian puting setiap kali sesi penyusuan berlangsung. Hal ini terjadi kerana puting menjadi lebih lembut dan membesar semasa hamil sebagai persediaan untuk menyusukan anak di dalam kandungan setelah dia dilahirkan kelak. Semasa menyusu, anda boleh alihkan perhatian terhadap rasa sakit dengan melakukan perkara-perkara lain seperti menyusu sambil membaca atau menonton televisyen. Anda perlu maklum bahawa rasa sakit yang dialami itu sebenarnya akan membuatkan puting lebih "kuat" untuk penyusuan selepas bayi lahir nanti.

  • Posisi yang selesa
Oleh kerana penambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, anda perlu menyesuaikan diri dengan beberapa jenis posisi penyusuan mengikut keselesaan. Kebiasaannya, posisi mengiring dan pada masa yang sama letakkan bantal pada bahagian belakang badan mungkin dapat membantu anda kekal selesa semasa menyusu.

  • Nikmati momen yang indah
Tangan si kecil yang meraba bahagian tubuh badan anda semasa menyusu adalah momen yang paling indah sepanjang penyusuan si kecil. Walaupun sedan menyusu, cuba berkomunikasi dengan si manja anda. Beritahu dia bahawa anda sedang mengandungkan adiknya di dalam perut. Biarpun masih kecil, dia dapat memahami apa jua yang anda perkatakan kepadanya. Dengan demikian, ia dapat mengurangkan perasaan cemburu abang/kakak kepada adiknya.

  • Tanam Azam
Penyusuan kepada anak sedia ada kala sedang hamil adalah selamat. Selepas anak dalam kandungan dilahrikan, teruskan penyusuan. Kedua-dua keadaan ini dikenali sebagai "tandem nursing". Tanamkan azam untuk melakukannya sejak daripada awal setelah disahkan hamil. Tandem nursing juga bagus kerana ia membantu anda mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk mengosongkan payudara.

Namun, perlulah diingat bahawa ibu yang hamil dan menyusu perlu mengambil zat yang secukupnya untuk dibekalkan kepada bayi di dalam kandungan serta dapat menghasilkan susu yang berkualiti. Sekiranya anda seorang ibu yang lemah ketika hamil, sila tonton video dibawah.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Pengalaman Menyusu ketika hamil pernah terjadi kepada saya juga. Ketika anak kedua saya berusia 1 tahun, saya disahkan hamil anak ketiga. Saya mengambil keputusan untuk menyusukan anak kedua saya sehinggalah saya melahirkan anak ketiga. Alhamdulillah semua dipermudahkan berkat keazaman saya yang tinggi. Disamping itu, saya mengamalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitalea, Bcomplex, Esp, Ostematrix dan Omega Guard.

Oleh kerana saya tidak mengambil ubat di klinik, saya hanya mengamalkan Set Hamil Shaklee sehingga saya berpantang dan ke hari ini saya menyusukan anak ketiga. Memang sangat berbaloi kerana ianya 3 dalam 1. Set Hamil Shaklee membantu ibu kekal bertenaga, serta membantu perkembangan otak janin pada awal trimester. Kalsium amat penting untuk membentuk tulang bayi dalam kandungan. Oleh sebab, saya tidak minum susu saya hanya mengamalkan Ostematrix sepanjang kehamilan hingga ke hari ini. Selain dapat membekalkan kalsium kepada saya dan anak dalam kandungan, Ostematrix membantu melegakan kejang kaki saya yang amat kronik sejak melahirkan anak pertama. Akhirnya, masalah kejang kaki saya dapat diatasi.





BERMINAT DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE. DAPATKAN SEKARANG BERSAMA FREE MEMBERSHIP HANYA UNTUK BULAN INI!!!

Hubungi saya untuk sebarang pembelian

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar bahaman
ID : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**



Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. jarang berlaku semasa hamil ada baby yang menyusu badan..kalau susu badan memang banyak la..

    ReplyDelete
  2. Ohhh masa hamil pun boleh menyusu lagi ekk..baru tahu ni..hehe

    ReplyDelete