Tuesday 24 March 2015

Tips atasi kejang kaki ketika hamil untuk elak risiko osteoporosis di masa hadapan



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sedang asyik membaca Majalah Pa&Ma, terbaca satu soalan yang diajukan oleh Pn. Zatul mengenai masalah beliau yang mengalami kekejangan terutamanya dibahagian kaki yang biasa dialamii di akhir trimester kehamilan. Ketika membaca soalan beliau, teringat pengalaman saya ketika melahirkan anak pertama dan dalam berpantang. Kejang kaki selalu terjadi dan berlarutan sehingga saya melahirkan anak kedua dan perkara tersebut masih berlaku. Oleh itu, saya akan kongsikan beberapa tips yang telah diberikan oleh Pakar bagi mengatasi masalah kejang kaki ini. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom tengok video ni bagaiman seorang ibu hamil mampu menaiki Candi Borobodur dan dari mana beliau mendapat kekuatan tersebut??


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini mengakibatkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang. 

Kekurangan kalsium ketika hamil boleh menyebabkan kekejangan otot.

Antara tips-tips untuk mengurangkan masalah kekejangan kaki ketika hamil ini ialah:-


  • Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau joging) untuk mengaktifkan pengaliran dari dari kaki ke jantung.
  • Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
  • Memakai stoking khas (pressure graded stockings)
  • Meminta bantuan suami untuk mengurut kaki untuk melancarkan peredaran darah
  • Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.


Dengan melakukan sedikit senaman ringan dapat membantu mengalirkan peredaran darah dari kaki ke jantung

Supplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika tidak mengambil supplemen kalsium secukupnya, bayi akan "mencuri" kalsium daripada ibu. Ini menyebabkan tulang ibu mengalami kehausan kalsium. Ibu yang hamil perlu mengambil supplemen kalsium secukupnya sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.

Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000-1200mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.

Bila difikirkan balik, risiko untuk saya mengalami masalah osteoporosis amatlah tinggi dari saya remaja, hamilkan anak pertama sehinggalah sekarang kerana saya tidak pernah pun minum segelas susu. Orang kata dalam susu tu dah ada kalsium, tapi kalau saya sendiri tak minum susu mana datangnya kalsium?? Habis kalsium saya dicuri oleh anak saya. Tersangatlah ngeri dan menyeramkan..

Berbalik pada masalah kejang kaki ketika dalam berpantang anak pertama, ketika itu saya masih belum mengetahui tentang Supplemen kalsium mahupun apa-apa tentang osteoporosis. Maklumlah masih muda. Tapi, apabila kejang itu datang Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya dan betapa susahnya saya ingin mengembalikan kejang kaki saya itu kepada asal dan ianya sering berulang2 dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun dan seterusnya melahirkan anak yang kedua. Bayangkan berapa lama saya terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat??


Alhamdulillah, dalam masa saya menyusukan anak kedua yang sangat mencabar dan pernah saya ceritakan di My Breastfeeding Journey. Selepas saya mengenali Shaklee dan mengambil Set Penyusuan 3M yang terdiri daripada Energizing Soy Protein, Raja segala tumbuhan (Alfalfa), B complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix. Ostematrix amat berbeza dengan supplemen kalsium dipasaran kerana ia mengandungi Magnesium dan Vitamin D seperti yang saya terangkan sebelum ini. Fungsi Magnesium ialah bertindak sebagai ejen pengangkut kepada kalsium untuk dibawa ke tulang untuk diserap manakala Vitamin D pula bertindak sebagai rakan terbaik untk membantu kalsium menyerap lebih baik ke tulang. Jika kalsium semata-mata, walaupun banyak tetapi tidak berupaya menyerap ke dalam badan akan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit batu karang.

Selepas mengamalkan Ostematrix 4 biji sehari, saya amat berpuas hati kerana masalah kejang kaki saya hilang sebaik sahaja disahkan hamil anak ke 3 berterusan sehingga waktu berpantang dan sehingga kini. Sangat berbaloi kerana saya hanya berbekalkan RM61.00 untuk 120bji.


Pengalaman ibu-ibu bersama Ostematrix








Anda mengalami masalah seperti saya dan ingin mendapatkan Ostematrix?? Hubungi saya di


Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any diseases.**
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment