Sunday, 19 April 2015

Bahagianya Menjadi WAHM : Bagaimana Menjana Pendapatan Dari rumah


Stress dengan kos Sara hidup yang semakin meningkat


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.

Semenjak 1 April yang lalu, negara kita dilanda kemarau GST. Rata rata penduduk yang berpendapatan rendah mesti terkesan dengan pelaksanaan GST yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Bagi pekerja yang berpendapatan tinggi dan berjawatan besar, GST ini bukanlah sesuatu yang membebankan. Suami isteri yang bekerja juga turut merasa bebanan tersebut tetapi bagaimana pula bagi kesannya terhadap seorang suri rumah yang hanya mengharapkan pendapatan suami semata-mata. Bagi meringankan beban suami, isteri masih boleh bekerja dari rumah disamping dapat melihat anak-anak membesar.



# Siapa saya

Diberi nama Nur Hijratul Hajar Bahaman berumur 26 tahun. Merupakan seorang surirumah sepenuh masa tanpa pembantu dan Ibu kepada dua orang puteri dan seorang putera. Adakah saya pernah bekerja? Ya, saya pernah bekerja kerana kewangan suami yang tidak mencukupi namun nasib tidak menyebelahi saya. Apabila saya disahkan hamil anak ketiga saya terpaksa berhenti kerja kerana alahan yang sangat teruk dan selepas melahirkan anak saya yang ketiga, saya cuba mencari kerja semula tetapi malangnya belum rezeki saya. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Alhamdulillah, pekerjaan yang saya buat dari rumah ini melebihi gaji semasa saya bekerja.


# Pengalaman Mengajar Saya

Siapa tak nak kaya kan??Semua orang di dunia ni nak kaya, hidup bebas dari hutang dan sebagainya. Tapi nak kaya mestilah dengan berusaha, bukan goyang kaki ataupun dari hasil titik peluh orang. Memang tidak dinafikan lumrah kehidupan, ramai yang nak kaya dengan cara yang cepat. Kalau dulu skim cepat kaya, ramai dah yang tertipu tapi sekarang, macam macam jenis bisness ada, nak gandakan duit dan sebagainya. Secara peribadi, dengan ikhlas hati saya mengaku saya sendiri tidak terkecuali terjebak dalam penipuan sebegini tapi Alhamdulillah saya hanya melaburkan duit saya dalam jumlah yang kecil tetapi sehingga ke hari ini saya tidak mendapat sebarang pulangan mahupun modal saya. Memang fobia dan serik!! Dari situ, saya belajar untuk lebih berhati-hati, saya nekad untuk tidak menyertai dan mempercayai sebarang pelaburan yang menggandakan wang.

Ketika saya menceburi bisness ini, saya masih bekerja dan ianya dilakukan secara sambilan kerana pada mulanya saya tidak minat bisnes. Tetapi setelah melihat hasilnya, saya membuat keputusan untuk melakukannya secara sepenuh masa dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata saya. Menariknya, kemana sahaja saya pergi walaupun ke kelas bisness saya akan membawa anak-anak bersama kerana anak-anak bukanlah alasan untuk kita berjaya. Mendengar pelbagai cerita tentang anak-anak yang dibawah jagaan pengasuh, saya bersyukur sangat kerana diberi pilihan untuk menjaga anak-anak saya sendiri.




# Bagaimana cara saya bekerja dari rumah?

Pada hari ini, terlalu banyak tawaran untuk bekerja dari rumah namun kita sendiri haruslah lebih bijak untuk menilainya sama ada ia berbaloi atau tidak selaras dengan usaha kita. Nak tak ada tambahan sebanyak RM500 dalam akaun kita? Siapa taknak kan? Sekurang-kurangnya RM500 tersebut sudah memadai untuk susu, pampers dan barang-barang keperluan dapur. Bagi yang bekerja pula, ia adalah suatu bonus.

Tetapi apa yang ingin saya kongsikan bukanlah skim cepat kaya, namun untuk mendapatkan keberkatan hidup rezeki yang kita dapat pun perlulah jelas dari mana sumbernya. Sebagai surirumah yang mempunyai pendapatan sendiri, saya boleh bantu anda untuk melupakan masalah hutang yang bertimpa-timpa dan sekiranya kewangan anda terdesak, anda boleh dapat lebih dari RM500 sebulan.

Apa yang penting, anda ada kemahuan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak anda. Mempunyai pilihan untuk melihat dia membesar di depan mata, dan tidak merasa beban untuk memberikan wang saku kepada kedua ibu bapa serta menunaikan impian mereka.

Alhamdulillah, diatas desakan kewangan yang sangat teruk dan hanya berbekalkan modal sebanyak RM80 saya akhirnya berjaya keluar daripada belenggu masalah tersebut dan saya mampu memilih untuk mendapatkan yang terbaik buat keluarga dan anak-anak saya dan saya tidak pernah sesekali menyesal melepaskan jawatan saya dahulu.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan boleh baca dulu apa yang menarik minat saya dengan bisness ni. Kemudian anda boleh isikan butiran diri anda pada borang dibawah dan saya akan segera menghubungi anda selepas mendapat respon dari anda.

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. bukan mudah sebenarnya nak buat duit dari rumah..tapi bila dah jadi mmg senyum lebar kan...

    ReplyDelete
  2. saya juga adalah seorang insan yang tengah berjuang habis-habisan untuk mencipta kejayaan bekerja dari rumah..

    sekarang masih bekerja diluar rumah..hu..hu..

    ReplyDelete