Serik mengandung lagi akibat Alahan teruk
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Alahan seperti mual dan muntah sepanjang kehamilan bukan perkara yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya walaupun anak yang kedua dan seterusnya. Namun, mabuk yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Tahukah anda jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.
Bagaimana Pn. Haridah boleh mencegah masalah alahan yang teruk ini walaupun semasa berpuasa
Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.
Alahan seperti mual dan muntah sepanjang kehamilan bukan perkara yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya walaupun anak yang kedua dan seterusnya. Namun, mabuk yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Tahukah anda jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.
Bagaimana Pn. Haridah boleh mencegah masalah alahan yang teruk ini walaupun semasa berpuasa
Alahan Mengandung Vs HG
Alahan atau muntah-muntah yang dialami selepas usia kehamilan lapan minggu atau demam, kemungkinan ia disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:-
- gastrik
- ulser perut
- jangkitan salur kencing (urinary tract infection-UTI)
- tiroid atau diabetes
Manakala HG bukanlah masalah yang biasa dialami ibu hamil, HG merupakan keadaan dimana wanita hamil mengalami mual dan muntah berlebihan, lebih daripada 10 kali dalam tempoh 24 jam sehingga menggangu kesihatan. Anda memuntahkan semua yang dimakan ataupun minum malah air liur sendiri juga tidak mampu ditelan seperti biasa. Keadaan ini menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi dan beberapa keadaan lain. HG berlaku bermula dari awal kehamilan, diantara usia kandungan empat minggu dan tujuh minggu. Muntah-muntah mungkin akan berkurangan antara 14 minggu dan 16 minggu kehamilan. Namun dalam beberapa kes, HG mungkin berlarutan sehinggan usia kandungan mencecah 20 minggu. Malangnya, sebilangan 10 hingga 20% sahaja wanita hamil yang mengalami keadaan ini sepanjang tempoh kehamilan mereka.
Sekiranya anda mengalami muntah berlebihan namun tidak memberikan kesan penuruan berat badan mendadak, sebaiknya anda mendapatkan rawatan untuk alahan mengandung. Rawatan awal boleh membantu untuk mengelakkan HG daripada semakin buruk, disamping mengurangkan simptom-simptomnya.
Risiko HG ketika hamil kepada bayi
HG yang dirawat lebih awal dapat mengelakkan mudarat pada bayi dalam kandungan. Risiko amat tinggi pada ibu yang kehilangan berat badan akibat HG. Bayi berisiko tinggi lahir dengan berat badan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.
Risiko HG ketika hamil kepada ibu
Kesan kepada ibu adalah lebih kepada aspek psikologi seperti:-
- Tubuh badan yang lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan.
- Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.
- Mereka lebih senang memencilkan diri, meninggalkan pasangan dalam keadaan serba tidak kena.
- Tidak mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri dan ahli keluarga (anak-anak) lain dengan sempurna.
- Serik untuk mengandung lagi.
Begitulah perasaan wanita hamil yang mengalami HG keterlaluan. Dari aspek psikologi, bagi mereka tiada siapa dalam persekitaran mereka yang memahami betapa berat dan sukarnya untuk mengandung dan melalui kembali muntah-muntah seperti pengalaman lalu. Justeru, untuk mengandung lagi sudah tentu tidak.
Penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan ubat ketika hamil, terutama ketika trimester pertama. Bagi ibu yang sedang hamil dan mengalami HG ini, cegahlah sebelum terlambat kerana ianya boleh mengundang maut dan amat berisiko kepada bayi. Berminat untuk mencuba Set Hamil Ibu Cergas?? Hubungi saya di :-
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Your Shaklee Independent Distributor
ID : 926826
Page : Permatahatibidadariku
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com
**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Alahan ni..memang gerun sangat buat suami yang isterinya sedang mengandung..haha
ReplyDelete