Sunday 16 November 2014

Konvokesyen Pra Sekolah S.K.Tasik Puteri 2



Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah baru je selesai hari konvokesyen anak saya yang pertama pada hari ini..Bukan main semangat lagi Damia hari ni..pukul 7pagi lagi dah bangun sebab nak amik scroll dan menari..
Entry kali ni tak banyak sangat yang saya nak ceritakan just simple je..ni adalah gambar anak saya yang pertama Damia Nur Safra.
Sekejap je Damia dah 6tahun..tahun depan dah darjah 1..semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..

Tapi apa yang menarik lagi anak saya ni terlibat dalam persembahan tarian..memang tak sangka bakat tu turun kepada anak saya..huhu maklumlah ibu die dulu penari professional..jangan marah ye..bak kata pepatah "mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.." kan??

Sesi bergambar di dalam kelas

semasa penyampaian sijil

sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan tarian

beratur untuk penyampaian sijil

adik kesayangan damia yang sibuk pelik tengok kakak die make up..

Damia dan guru kelas Pra Universiti

Di Sekolah Bandar Tasik Puteri 2 cuma ada dua kelas sahaja untuk Pra Sekolah. Nak tahu sejarah sekolah ni??Dulu masa saya baru-baru pindah dekat Bandar Tasik Puteri ni, sekolah menengah dan sekolah rendah cuma ada satu sahaja. Saya ingat lagi masa tu tahun 2005 saya baru tingkatan empat. Sekolah menengah Bandar Tasik Puteri cuma ada 1 sesi sahaja iaitu sesi pagi bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5..Dari situ boleh nampak betapa sikitnya penduduk tasik puteri ni kan??huhu

Tapi, selang beberapa tahun populasi penduduk bandar tasik puteri semakin bertambah sampai sekolah rendah terpaksa menumpang sekolah menengah untuk sesi peatang..Memang sangat-sangat kritikal pada ketika itu dan terbinalah Sek Tasik Puteri 2 dalam masa setahun..huhu lama gak kan??so, dalam masa setahun lah sekolah rendah menumpang sekolah menengah. Pada tahun 2009 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 telah pun mengambil pelajar seramai 573 orang dan guru seramai 40 orang..ha, sikit kan??tapi sekarang dah banyaklah..Sekolah Menengah sekarang pun dah ada 2 sesi iaitu pagi dan petang..Kadang-kadang ada yang kena daftar Sekolah Menengah di Sekolah Batu Arang. Dulu nampak je bandar tasik puteri ni hulu tapi sekarang penduduk dia bukan main ramai..sangat terkejut!!

Oklah, setakat ni je cerita saya pada hari ini..Semoga Damia menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.. Ibu sentiasa mendoakan Damia.






Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment