Saturday 15 November 2014

Ibu risau menahan kesakitan bengkak susu..Ketahui cara atasi bengkak payudara



Sakitnya bila payudara bengkak!!Kadang-kadang boleh menyebabkan demam..Dapatkan tips atasi bengkak susu!

Rata-rata ibu yang menyusukan anak mereka pasti pernah mengalami bengkak susu. Sudah tentu ianya amat menyakitkan. Saya sendiri kerap kali pernah mengalaminya ketika saya menyusukan anak saya yang kedua..Sampai satu tahap, nipple saya menanah kerana susu tidak dikeluarkan. Puncanya apabila anak kedua saya sudah tumbuh gigi dan dia mula menggigit ketika dia menyusu. Apabila ditempat keje, saya tidak dapat mengepam payudara kerana nipple saya akan berdarah apabila dipam..Nak tahu apa yang saya buat??(berdasarkan pengalaman sendiri). Saya akan ceritakan kemudian..Sebelum tu, jom baca macam mana bengkak susu terjadi..

Payudara bengkak bukan disebabkan dipenuhi susu ibu tetapi ia disebabkan payudara tersumbat. Bengkak susu terjadi apabila duktus susu pada payudara ibu tersumbat yang menyebabkan susu ibu tidak dapat keluar. Kebiasaanya bengkak susu terjadi sekitar tiga hingga empat hari pada awal kelahiran. Pada waktu itu, payudara ibu akan terasa penuh, tegang serta sakit. Kesannya payudara akan berasa sakit. Boleh rujuk gambar dibawah.

Ketahui tips atasi bengkak susu

Namun sesetengah kes, bengkak susu terjadi pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:-

  • Salur susu terhimpit dengan tangan ibu ketika tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra.
  • Tidak pam setiap 2 atau 3 jam dan hanya pam apabila penuh.
  • Jangkitan yis
  • Cara lekapan bayi ketika menghisap susu adalah salah.
Bengkak susu adalah normal dan masih boleh diatasi dengan mudah. Namun jika dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan si ibu demam dan kadangkala boleh mengundang jangkitan kuman dan mastitis.


Bagaimana cara untuk mengurangkan bengkak payudara??


Untuk mengatasi masalah bengkak susu, anda boleh mencuba petua ini.


  1. Kompres payudara dengan air hangat sebelum menyusukan bayi. Ambil sehelai kain kemudian rendam dengan air suam dan tuamkan pada payudara.
  2. Kompres payudara dengan air dingin selepas menyusukan bayi. Kebiasannya saya akan menggunakan ais untuk dituam pada payudara. 
  3. Keluarkan sedikit susu sebelum mula menyusu agar payudara lebih lembut dan puting mudah dihisap oleh bayi.
  4. Kerapkan menyusu bayi setiap dua jam. Usahakan bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara. Jika tidak, lakukan teknik tandem ketika menyusu kerana susu akan dihasilkan oleh payudara walaupun hanya menyusukan sebelah payudara sahaja. Nak tahu bagaimana teknik tandem??Anda boleh rujuk artikel saya yang bertajuk Tips asa banyakkan susu ibu.
  5. Ketika bayi menyusu, urut lembut payudara untuk merangsang susu mengalir.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan lecithin dalam diet harian untuk mengatasi masalah bengkak payudara selain dapat mengurangkan berat badan.

Lecithin dapat mengatasi masalah bengkak susu dikalangan ibu menyusu

Pakar penyusuan menyarankan agar mengambil lecithin dalam diet seharian sebanyak 3,600-4,800mg untuk melegakan masalah susu tersumbat atau bengkak susu.


Berminat untuk dapatkan lecitihin supaya masalah bengkak susu anda selesai??Hubungi saya di 

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com



Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

3 comments:

  1. yang penting jangan mudah putus asa kalau bab menyusu ni, ada yang bagi petua lekapkan kubis, tapi tak boleh selalu sebab takut jadi kurang susu pulak, ada juga yang bagi petua sikat breast masa mandi. tapi saya belum cuba lagi..hehe

    DEMAM SELSEMA? KETAHUI CARA CEPAT PULIHKANNYA

    ReplyDelete
  2. saya pernah kena bengkak susu. ngeri bila ingat semula...
    masa tu kat ofis, xsempat pam sebab busy...
    last2 terpaksa amik mc belah petang jumpa bidan...

    Cara Turunkan Gula Dalam Darah Supaya Tak Kena Potong Kaki

    ReplyDelete
  3. Masa di sabah dulu pernah kena bengkak susu ni. Sakitnya hanya Allah je yang tahu...

    Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

    ReplyDelete