Thursday, 21 May 2015

Risiko Koyakan Besar ketika Melahirkan : 8 Tips menyembuhkan luka jahitan supaya tidak terbuka


Serik untuk mengandung lagi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Nak tahu cara sembuhkan luka jahitan dengan cepat?? Wajib tonton video ni!!!

 

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Ibu hamil tidak dapat lari daripada dihantui keimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.  Terbayang juga dengan jumlah jahitan yang bakal diterima selepas melahirkan.  Kebimbangan ini menjadi semakin nyata apabila waktu bersalin semakin hampir ditambah pula alahan yang terlalu teruk.  Dalam keadaan panik dan bimbang, tidak mustahil ibu mungkin terlupa teknik-teknik meneran dengan betul yang dipelajari sebelumnya serta tips untuk memudahkan bersalin. Kenapa koyakan perineum boleh menjadi banyak? Saya akan kupaskan selanjutnya.





Apa itu Episiotomi??

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Episiotomi? Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian di antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar dari faraj.  Ia bagi mengurangkan risiko koyakan pada faraj yang tidak terkawal ketika bersalin. Kaedah menggunting atau memotong sedikit pada faraj ini dapat memudahkan laluan bayi. Meskipun tidak semua wanita yang melahirkan perlu menjalani episiotomi, namun ia tetap perlu dilakukan ke atas kes-kes seperti kandungan sulung, kelahiran songsang, sebelum prosedur vakum atau forceps. Namun, teknik ini bukanlah menjadi kemestian atau rutin setiap kali menyambut kelahiran bayi melainkan sebagai pilihan terakhir semata-mata.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku kemudaratan yang lebih besar memandangkan luka sebegini sukar untuk dijaga. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan saluran darah.  Pendarahan menjadi banyak dan luka akan lambat sembuh. Antara risiko lain berkaitan dengan episiotomi adalah seperti jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan intim. Sekiranya ini berlaku, ia akan menjadikan satu traum kepada si ibu dan penjagaannya juga mungkin perlu lebih terperinci.

Oleh itu, disini saya akan kongsikan beberapa tips yang dapat membantu untuk menyembuhkan luka jahitan dengan cepat.

  1. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.  Elakkan juga duduk bersila atau berbaring terlalu lama.  Bangun sesekali dan berjalan-jalan di dalam bilik.  Pastikan cukup rehat.
  2. Letakkan pek ais pada luka yang dijahit.  Ais akan menyebabkan kawasan disekitar luka menjadi kebas sekaligus mengurangkan sakit dan bengkak. 
  3. Tukar tuala wanita dengan kerap setiap 4 jam sekali bagi mengelakkan luka terkena jangkitan kuman.
  4. Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerap bagi membantu luka kering dengan lebih cepat. 
  5. Pastikan luka episiotomi kering setiap kali selepas mencuci bahagian kemaluan mahupun selepas mandi.
  6. Rendam punggung (sitz bath) dalam air suam yang dicampurkan larutan antiseptic bagi membersihkan kotoran di sekitar luka.
  7. Amalkan minum banyak air untuk mengurangkan masalah sembelit.
  8. Amalkan senaman kegel.



Teringat dulu masa melahirkan anak pertama, mak selalu pesan duduk jangan bersila, jalan perlahan sebab takut peranakan jatuh dan jahitan terbuka.. Ya, itulah perkara yang paling ngeri buat ibu yang lepas bersalin. Memang agak lama untuk menanggalkan benang jahitan jika tidak dijaga dengan betul. Tapi alhamdulillah untuk anak ketiga ni, setelah mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi Zinc luka jahitan cepat sangat sembuh dan susu semakin banyak. Sehingga sekarang, Zahirah masih lagi menyusu badan walaupun sudah berumur 8bulan ++. Set berpantang ni bukan khas untuk yang bersalin normal je ye..yang secara pembedahan pun boleh..

Risau susu kurang ketika berpantang ataupun bekerja wajib tonton video ni!! Lihat betapa gigihnya seorang Jururawat yang bekerja tanpa henti masih mampu memberikan susu ibu sehingga anaknya berumur 2tahun. Sangat MENGINSPIRASI!!

 
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk mencuba Set Berpantang Shaklee?? Sempena Promosi YES yang berlangsung sepanjang May-Oct 2015 setiap pembelian Set Berpantang Shaklee anda akan mendapat keahlian percuma serta Vitalea Multivitamin pertama didunia bernilai RM88.75 secara percuma..Dapatkan sekarang sementara stok masih ada..


Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID : 926826
Contact : 0132109044 (whatsapp/telegram/sms)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**

Baca Selanjutnya

Monday, 27 April 2015

8 Tips Kurangkan Alahan ketika mengandung yang boleh mengundang maut

Morning Sickness yang teruk buat isteri serik mengandung lagi


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda Anemia Ketika Hamil??Wajib tonton video ni untuk mengelakkan kandungan berisiko.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Alhamdulillah rezeki Allah bagi pada adik kandung saya setelah 5 tahun menantikan cahaya mata yang kedua. Namun, kandungan kali ini sangat berbeza berbanding kandungannya yang pertama. Kalau dulu, alahannya hanya biasa-biasa sahaja namun pada kali ini alahannya teruk sekali kerana setiap apa yang dimakan atau diminum akan dikeluarkan semula sehinggakan dia sendiri tidak mahu makan kerana khuatir akan dimuntahkan semula. Menurut doktor, adik saya mungkin mengalami Hyperemesis Gravidarum (HG) dan ini adalah petanda bahaya kerana jika berlaku dehidrasi disebabkan HG boleh mengundang maut. Terdapat beberapa tips untuk kurangkan alahan ketika mengandung seperti HG ini.



Cara merawat kesan HG ini mungkin agak berbeza berbanding alahan biasa kerana HG ini banyak memberi kesan lebih kepada aspek psikologi kerana tubuh badan yang lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan. Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami dan isteri. Terdapat beberapa langkah yang diambil bagi membantu mengurang dan melalui pengalaman HG iaitu:-

  1. Dapatkan nasihat doktor atau pakar perbidanan lebih awal tentang keadaan anda. Ceritakan apa yang anda alami dan beritahu bahawa anda mahu dapatkan rawatan awal mengatasinya.
  2. Minta sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Bukan sekadar sokongan moral tetapi juga bantuan untuk melakukan akitiviti-aktiviti seperti menjaga anak-anak yang lain, memasak, membel barangan keperluan dan juga kerja-kerja rumah.
  3. Mengidam adalah perkara biasa. Cuba penuhinya. Elakkan makan atau melihat makanan yang mendatangkan rasa loya pada anda. Jika memasak atau "bau dapur" menyebabkan rasa loya, pilih makanan sejuk yang mudah disediakan.
  4. Pastikan anda minum air secukupnya. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Boleh juga makan ketulan ais untuk pastikan tubuh mendapat air secukupnya. 
  5. Makan apa sahaja makanan yang boleh ditelan untuk kekal bertenaga. Elakkan terlalu memikirkan makanan apa yang dimakan. Apabila kesan HG semakin berkurangan, barulah amalkan kembali makanan berkhasiat.
  6. Sebaiknya cuba kaedah rawatan dari bahan semulajadi.
  7. Dapatkan rehat secukupnya. Tubuh yang terlalu keletihan akibat HG akan menyebabkan muntah-muntah semakin buruk.
  8. Sokongan moral boleh didapati dari kalangan rakan atau komuniti yang pernah mengalami masalah yang sama. Kongsikan pengalaman dan perasaan anda.
Alahan bukan alasan bagi ibu ini untuk panjat Candi Borobudur

Melihat keadaan adik saya, memang terlalu kesian kerana keadaan rumah yang agak lintang pukang. Disebabkan HG ini, dia terpaksa baring diatas katil sahaja kerana sekiranya dia melakukan sebarang kerja, dia akan muntah. Oleh sebab itu, saya mencadangkan Vitamin Prenatal supaya dia kekal bertenaga dan dapat mengurangkan kesan HG tersebut. Alhamdulillah, akhirnya dia dapat merasai nikmat kehamilannya. 

Mampukah ibu hamil berpuasa di bulan Ramadhan??

Berminat untuk mencuba Vitamin Prenatal Shaklee? Hubungi saya di:-

Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID : 926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement has not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**






Baca Selanjutnya

Thursday, 23 April 2015

Vitamin Prenatal bagi ibu hamil


Set Ibu Hamil Cergas

Ibu yang hamil memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk ibu itu sendiri dan bayi yang dalam kandungan. Kebiasaanya, ibu yang hamil akan mengalami "morning sickness" tapi lama atau sekejap itu yang menjadi perhitungan. Saya juga pernah mengalami "morning sickness" tersebut tetapi tidaklah terlalu lama.

Ok, kak H terangkan serba sedikit apa yang ada dalam set hamil ni. 



Set Ibu Hamil ini mengandungi Vitalea kerana ianya adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vitalea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaanya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

Vitamin C pula berperanan sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik. Ia juga membantu penyerapan iron kerana iron yang diambil takkan dapat diserap sekiranya kekurangan Vitamin C didalam badan.

B complex amat penting bagi ibu mengandung kerana ianya lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga mengandungi asid folic yang diperlukan oleh ibu hamil bagi melengkapkan pembentukan janin pada awal trimester serta vitamin anti stress.

ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu selain dapat membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit anda juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal. 

Akhir sekali, Ostematrix adalah sejenis kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi serta saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium amat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium ketika hamil, maka kalsium untuk menghasilkan susu ibu akan diserap dari dalam tubuh ibu serta ibu berisiko untuk mengalami osteoporosiskejang kaki, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Jom tengok pengalaman ibu ini yang mengamalkan set hamil Shaklee.. Siap boleh panjat Candi Borobudur lagi..

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan ini, bolehlah menghubungi saya melalui wasap Pn. Hajar (013-2109044) ataupun "Cash on delivery" jika anda berhampiran dengan saya. Sekiranya anda ingin membeli sendiri set ini dengan menggunakan kad kredit ataupun debit, boleh klik pada gambar.


**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnosed, treat, cure or prevent any disease.**



Baca Selanjutnya

Sunday, 19 April 2015

Bahagianya Menjadi WAHM : Bagaimana Menjana Pendapatan Dari rumah


Stress dengan kos Sara hidup yang semakin meningkat


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.

Semenjak 1 April yang lalu, negara kita dilanda kemarau GST. Rata rata penduduk yang berpendapatan rendah mesti terkesan dengan pelaksanaan GST yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Bagi pekerja yang berpendapatan tinggi dan berjawatan besar, GST ini bukanlah sesuatu yang membebankan. Suami isteri yang bekerja juga turut merasa bebanan tersebut tetapi bagaimana pula bagi kesannya terhadap seorang suri rumah yang hanya mengharapkan pendapatan suami semata-mata. Bagi meringankan beban suami, isteri masih boleh bekerja dari rumah disamping dapat melihat anak-anak membesar.



# Siapa saya

Diberi nama Nur Hijratul Hajar Bahaman berumur 26 tahun. Merupakan seorang surirumah sepenuh masa tanpa pembantu dan Ibu kepada dua orang puteri dan seorang putera. Adakah saya pernah bekerja? Ya, saya pernah bekerja kerana kewangan suami yang tidak mencukupi namun nasib tidak menyebelahi saya. Apabila saya disahkan hamil anak ketiga saya terpaksa berhenti kerja kerana alahan yang sangat teruk dan selepas melahirkan anak saya yang ketiga, saya cuba mencari kerja semula tetapi malangnya belum rezeki saya. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Alhamdulillah, pekerjaan yang saya buat dari rumah ini melebihi gaji semasa saya bekerja.


# Pengalaman Mengajar Saya

Siapa tak nak kaya kan??Semua orang di dunia ni nak kaya, hidup bebas dari hutang dan sebagainya. Tapi nak kaya mestilah dengan berusaha, bukan goyang kaki ataupun dari hasil titik peluh orang. Memang tidak dinafikan lumrah kehidupan, ramai yang nak kaya dengan cara yang cepat. Kalau dulu skim cepat kaya, ramai dah yang tertipu tapi sekarang, macam macam jenis bisness ada, nak gandakan duit dan sebagainya. Secara peribadi, dengan ikhlas hati saya mengaku saya sendiri tidak terkecuali terjebak dalam penipuan sebegini tapi Alhamdulillah saya hanya melaburkan duit saya dalam jumlah yang kecil tetapi sehingga ke hari ini saya tidak mendapat sebarang pulangan mahupun modal saya. Memang fobia dan serik!! Dari situ, saya belajar untuk lebih berhati-hati, saya nekad untuk tidak menyertai dan mempercayai sebarang pelaburan yang menggandakan wang.

Ketika saya menceburi bisness ini, saya masih bekerja dan ianya dilakukan secara sambilan kerana pada mulanya saya tidak minat bisnes. Tetapi setelah melihat hasilnya, saya membuat keputusan untuk melakukannya secara sepenuh masa dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata saya. Menariknya, kemana sahaja saya pergi walaupun ke kelas bisness saya akan membawa anak-anak bersama kerana anak-anak bukanlah alasan untuk kita berjaya. Mendengar pelbagai cerita tentang anak-anak yang dibawah jagaan pengasuh, saya bersyukur sangat kerana diberi pilihan untuk menjaga anak-anak saya sendiri.




# Bagaimana cara saya bekerja dari rumah?

Pada hari ini, terlalu banyak tawaran untuk bekerja dari rumah namun kita sendiri haruslah lebih bijak untuk menilainya sama ada ia berbaloi atau tidak selaras dengan usaha kita. Nak tak ada tambahan sebanyak RM500 dalam akaun kita? Siapa taknak kan? Sekurang-kurangnya RM500 tersebut sudah memadai untuk susu, pampers dan barang-barang keperluan dapur. Bagi yang bekerja pula, ia adalah suatu bonus.

Tetapi apa yang ingin saya kongsikan bukanlah skim cepat kaya, namun untuk mendapatkan keberkatan hidup rezeki yang kita dapat pun perlulah jelas dari mana sumbernya. Sebagai surirumah yang mempunyai pendapatan sendiri, saya boleh bantu anda untuk melupakan masalah hutang yang bertimpa-timpa dan sekiranya kewangan anda terdesak, anda boleh dapat lebih dari RM500 sebulan.

Apa yang penting, anda ada kemahuan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak anda. Mempunyai pilihan untuk melihat dia membesar di depan mata, dan tidak merasa beban untuk memberikan wang saku kepada kedua ibu bapa serta menunaikan impian mereka.

Alhamdulillah, diatas desakan kewangan yang sangat teruk dan hanya berbekalkan modal sebanyak RM80 saya akhirnya berjaya keluar daripada belenggu masalah tersebut dan saya mampu memilih untuk mendapatkan yang terbaik buat keluarga dan anak-anak saya dan saya tidak pernah sesekali menyesal melepaskan jawatan saya dahulu.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan boleh baca dulu apa yang menarik minat saya dengan bisness ni. Kemudian anda boleh isikan butiran diri anda pada borang dibawah dan saya akan segera menghubungi anda selepas mendapat respon dari anda.

Baca Selanjutnya

Wednesday, 15 April 2015

Alahan yang teruk akibat Hyperemesis Gravidarum (HG) boleh undang maut

Serik mengandung lagi akibat Alahan teruk


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Alahan seperti mual dan muntah sepanjang kehamilan bukan perkara yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya walaupun anak yang kedua dan seterusnya. Namun, mabuk yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Tahukah anda jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.

Bagaimana Pn. Haridah boleh mencegah masalah alahan yang teruk ini walaupun semasa berpuasa


 
Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Manakala ianya bukan mustahil bagi Pn. Ainul Mustafa untuk memanjat Candi Borobudur ketika hamil.


 
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Alahan Mengandung Vs HG


Alahan atau muntah-muntah yang dialami selepas usia kehamilan lapan minggu atau demam, kemungkinan ia disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:-
  • gastrik
  • ulser perut
  • jangkitan salur kencing (urinary tract infection-UTI)
  • tiroid atau diabetes
Manakala HG bukanlah masalah yang biasa dialami ibu hamil, HG merupakan keadaan dimana wanita hamil mengalami mual dan muntah berlebihan, lebih daripada 10 kali dalam tempoh 24 jam sehingga menggangu kesihatan. Anda memuntahkan semua yang dimakan ataupun minum malah air liur sendiri juga tidak mampu ditelan seperti biasa. Keadaan ini menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi dan beberapa keadaan lain. HG berlaku bermula dari awal kehamilan, diantara usia kandungan empat minggu dan tujuh minggu. Muntah-muntah mungkin akan berkurangan antara 14 minggu dan 16 minggu kehamilan. Namun dalam beberapa kes, HG mungkin berlarutan sehinggan usia kandungan mencecah 20 minggu. Malangnya, sebilangan 10 hingga 20% sahaja wanita hamil yang mengalami keadaan ini sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Sekiranya anda mengalami muntah berlebihan namun tidak memberikan kesan penuruan berat badan mendadak, sebaiknya anda mendapatkan rawatan untuk alahan mengandung. Rawatan awal boleh membantu untuk mengelakkan HG daripada semakin buruk, disamping mengurangkan simptom-simptomnya.

Risiko HG ketika hamil kepada bayi

HG yang dirawat lebih awal dapat mengelakkan mudarat pada bayi dalam kandungan. Risiko amat tinggi pada ibu yang kehilangan berat badan akibat HG. Bayi berisiko tinggi lahir dengan berat badan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. 

Risiko HG ketika hamil kepada ibu

Kesan kepada ibu adalah lebih kepada aspek psikologi seperti:-
  • Tubuh badan yang lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan.
  • Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.
  • Mereka lebih senang memencilkan diri, meninggalkan pasangan dalam keadaan serba tidak kena.
  • Tidak mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri dan ahli keluarga (anak-anak) lain dengan sempurna.
  • Serik untuk mengandung lagi.
Begitulah perasaan wanita hamil yang mengalami HG keterlaluan. Dari aspek psikologi, bagi mereka tiada siapa dalam persekitaran mereka yang memahami betapa berat dan sukarnya untuk mengandung dan melalui kembali muntah-muntah seperti pengalaman lalu. Justeru, untuk mengandung lagi sudah tentu tidak.

Penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan ubat ketika hamil, terutama ketika trimester pertama. Bagi ibu yang sedang hamil dan mengalami HG ini, cegahlah sebelum terlambat kerana ianya boleh mengundang maut dan amat berisiko kepada bayi. Berminat untuk mencuba Set Hamil Ibu Cergas?? Hubungi saya di :-

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Your Shaklee Independent Distributor
ID : 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
Baca Selanjutnya