Monday 6 April 2015

Peranan Suami Ketika Isteri Hamil Supaya Memudahkan Kelahiran

Dilema Isteri Ketika Hendak Bersalin

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Saat isteri disahkan hamil adalah satu berita yang amat mengujakan. Suami adalah orang pertama yang akan mengetahui perkara tersebut. Dari situ, bermulalah episod si isteri menjalani cabaran dan dugaan ketika hamil. Pengalaman ketika hamil adalah sangat berbeza bagi setiap wanita. Ada yang tidak mengalami apa-apa alahan ketika hamil, ada yang mengalami alahan pada awal trimester sahaja namun ada juga yang hanya mampu berbaring kerana mengalami alahan yang sangat teruk sehingga tempoh melahirkan. Oleh itu, apakah peranan suami ketika hamil serta tips untuk memudahkan bersalin?


Antara tips-tips yang boleh dilakukan oleh suami bagi membantu isteri memudahkan kelahiran ialah:-
  1. Urutan perineal - Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu isteri memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Mulakan urutan di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke 34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Pastikan jari anda bersih sebelum memulakan urutan dan urutan boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan seumber bahan semulajadi seperti minyak zaitu, minyak kelapa dara dan lain-lain.
  2. Senaman Kegel - Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim. Antara teknik senaman kegel yang boleh dilakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya. Ia boleh dilakukan dimana sahaja tanpa orang lain mengetahuinya.
  3. Teknik Pernafasan - Di mingu-minggu terakhir, isteri sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan 30minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal diaplikasikan ketika dalam proses kelahiran. Teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran. Suami perlu ambil tahu!
  4. Tidur mencukupi- Menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu terakhir kehamilan. Biarpun begitu, suami dinasihatkan untuk memastikan jumlah tidur isteri adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.
  5. Keadaan selesa - Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses kelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya isteri berada didalam keadaan selesa. Apatah lagi keadaan yang tergopoh gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap tenang dan selesa dapat menghindarkan isteri daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri isteri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.
  6. Teman kuat semangat - Apa yang paling penting dalam kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu isteri perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami disisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika isteri berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. 
  7. Perguna graviti - Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu ketika proses kelahiran. Malah, jangka masa proses kelahiran tersebut boleh menjadi pendek jika berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, isteri tidak disarankan berbaring di atas katil. Adalah lebih baik jika berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi "turun" sekaligus mempercepatkan proses kelahiran.
  8. Baring mengiring ke kiri - Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak "keluar" dengan cepat.
  9. Makan secukupnya - Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, isteri makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan isteri mempunyai tenaga untuk proses meneran, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Sentuhan suami dapat mengurangkan kesakitan sepanjang proses bersalin. Tangan suami amat berguna ketika itu. Oleh yang demikian, suami perlu belajar beberapa teknik asas urutan bagi mengelakkan tangan letih mengurut, sediakan beberapa bola tenis yang dimasukkan ke dalam stoking bagi membolehkan ia digolekkan di bahagian belakang anda.

Selepas bersalin, isteri akan menempuhi fasa berpantang pula, oleh itu suami yang prihatin perlu memberikan set berpantang yang dapat membantu isteri dari mengalami masalah luka jahitan yang lambat sembuh serta sembelit. Masalah ini sering berlaku kepada isteri ketika berpantang. Saya kongsikan video Pn. Khadeejah Hasmad yang hampir-hampir takut untuk bersalin lagi akibat sembelit teruk yang dialaminya ketika berpantang namun beliau berubah fikiran selepas menjumpai set berpantang yang sesuai dengan beliau.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada Zinc, Vitalea, Vitamin C, B Complex, Energizing Soy ProteinAlfalfa serta Ostematrix. Set Berpantang ini dapat membekalkan keperluan utama vitamin dan mineral terutamanya zat besi untuk membantu ibu yang kehilangan darah ketika bersalin, membantu menyembuhkan luka dalam rahim serta jahitan dengan cepat disamping dapat mengelakkan jangkitan kuman, membekalkan sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit dan stress kepada ibu serta protein yang dapat mengekalkan tenaga kepada ibu semasa proses penyusuan dan membanyakkan susu.

DAPATKAN SEKARANG SEMENTARA STOK MASIH ADA!! 

Berminat dengan Set Berpantang Shaklee. Hubungi saya : -

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahmaman
ID :926826
Contact : 0132109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

1 comment:

  1. ya..memang tidak dinafikan peranan suami amat penting untuk memberi sokongan moral kepada isteri yang sedang bertarung ..hidup atau mati.

    ReplyDelete