Atasi Masalah Pemakanan anak dari Sekarang
Ingat lagi masa mula mula Zahirah kena sakit gigi. Memang tak tidur malam dibuatnya. Masa mula mula dulu Zahirah kena serang sakit gigi sebab gigi berlubang.. Bukan 1 2 tapi 4 gigi yang berlubang belah bawah. Dah berapa kali bawak pergi klinik nak tampal gigi tapi at the end tunggu punya lama sampai je depan doktor, dia lah orang pertama yang tutup mulut serapat rapatnya. Memang tak boleh buat apa dah.Nilah yang menjadi kerisauaan kak H setiap hari. Walau macam mana sekalipun kita kawal pemakanan junkfood dirumah, tetapi disekolah tetap ada. Lebih lebih lagi yang buka car booth di luar sekolah. Sedih bila orang ramai takde kesedaran tentang pemakanan sihat sejak dari kanak kanak lagi.
Yes, jual makanan ringan ni memang boleh untung tapi pernah tak kita fikir macam mana keadaan yang perlu dihadapi oleh ibu bapa kanak kanak yang membeli makanan ringan tersebut? Bukan nak salahkan penjual, tapi seharusnya kita sebagai ibu bapa malah kerajaan sekalipun perlu mengambil inisiatif untuk membanteras makanan ringan ni. Dan yang paling kak H perasan sangat, bila anak anak kak H makan makanan ringan ni mesti takkan makan nasi dah sebab kandungan gula dan msg yang terkandung didalamnya terlampau tinggi.. 😩😩
Kak H kagum sangat dengan negara jepun bab pemakanan mereka. di kala bilangan obesiti dikalangan kanak-kanak meningkat naik diseluruh dunia, bilangan obesiti di Jepun bukan sahaja rendah, malah dalam kadar menurun. Jepun sangat terkenal dengan makanan mereka yang mengenyangkan dan penuh dengan nutrien berkhasiat tinggi. Bila keperluan badan dipenuhi dengan bahan yang bagus, secara semula jadi, badan tidak akan ‘teringin’ bahan makanan yang tidak sihat. Ini kerana, badan sudah tidak mempunyai ruang untuk ‘junkfood’.
Nak kawal junkfood terlalu ketat pun tak boleh sebab budak budak ni jenis nak mencuba sesuatu.. Kalau dirumah ibu dengan ayah tak bagi makan tapi dekat sekolah ada, mesti perasaan ingin tahu tu ada. So apa yang kak H boleh sarankan kalau nak bagi anak anak junkfood bagilah seminggu 1 2 kali sahaja. Selebihnya ajar anak anak makan makanan yang sihat. In shaa Allah lama kelamaan mereka akan faham kenapa junkfood tu tak elok untuk kesihatan.
Kalau anak teringin sangat, rajinkan diri untuk buat yang home made menggunakan bahan bahan yang sihat. Semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa. Bermula hari ini jom kita sama sama amlakan makanan sihat untuk anak anak. SAY NO TO JUNKFOOD.
0 comments:
Post a Comment