Thursday 11 December 2014

Malas nak masak dan tak tahu nak masak apa??Ni dia resepi mudah dan cepat


Kacang Panjang goreng telur dan Kicap

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Harini kisah saya simple je..

Nak cerita dan kongsi tentang satu resepi..Resepi ni saya belajar dari seorang kakak angkat saya ketika umur saya 14 tahun lagi. Masa tu saya tinggal di Taman Bukit Serdang. Saya panggil kakak angkat saya ni "Kak Uteh" tapi nama sebenar dia saya tak ingat pulak..hehe..Dia asal dari Serian Sarawak..Saya pandai cakap sarawak pun dia yang ajarkan dan resepi yang mudah dan cepat ni pun "Kak Uteh" yang ajarkan..tapi sayang, sejak saya "Kak Uteh" balik ke Sarawak, sampai sekarang saya tak pernah jumpa dan contact dia lagi..saya rindu sangat dekat "Kak Uteh".

Resepi mudah dan cepat


Oklah, tak nak sambung cerita sedih saya ni..kita berbalik pada topik kita hari ini ialah resepi mudah dan cepat. Bahan-bahannya ialah:-

  1. Kacang Panjang
  2. 2 biji telur
  3. Kicap
  4. Garam/secukup rasa
Ha, sikit sangat bahan dia kan??dah nama pun resepi mudah dan cepat..memang sikit jelah bahannya..tak perlu guna bawang pun..

Dulu kalau saya malas nak masak, selalu masak ni je..tapi sejak kahwin, pernah buat sekali je sampailah hari ni teringat baru masak.. Eh, lupa pulak nak beritahu cara memasak..

Cara Memasak

  1. Potong kecil-kecil kacang panjang tersebut. Jangan potong panjang-panjang ye..nanti tak comel..
  2. Goreng kacang panjang tersebut didalam kuali sehingga separuh masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau bersama kacang.
  4. Akhir sekali masukkan sedikit kicap. 
  5. Kalau guna kicap manis, perlu tambah garam sedikit ataupun secukup rasa. tetapi sekiranya menggunakan kicap masin, dah tak perlu letak garam. Nak terlebih-lebih pula garamnaya
Taaadaaa....dah siap...tapi sori sangat sebab gambar takde coz kamera hp rosak..nanti kamera dah ok, saya bagi gambar ye..

Senang sangat kan??ha, bolehlah cuba nanti ye..

Jom baca entri


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id Shaklee : 926826
Contact : 013-2109044 (sms/whatsapp/telegram)
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Resepi yang ringkas mcm ni sesuai untuk ibu2 yang berkerjaya macam saya. nice sharing sis...
    JOM CUBA PETUA LEBATKAN RAMBUT

    ReplyDelete
  2. laa...baru nak tengok gambar, kacang potong kecik2 macam mana tu? macam orang buat kerabu ke?

    CARA MENANGANI MASALAH KEGEMUKAN KANAK-KANAK SUPAYA TIDAK MEMBESAR MENJADI SEPERTI AHLI SUMO

    ReplyDelete