Wednesday 3 December 2014

Ibu sedih cari solusi cara menyusukan bayi pramatang supaya anak mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya


Bagaimana Menyusukan Bayi Pramatang??

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Melahirkan seorang anak merupakan perkara yang paling berharga bagi seorang ibu. Namun bukan semua ibu itu bernasib baik. Dugaan dalam melalui pengalaman seorang ibu itu berbeza-beza. Berbalik kepada tajuk, disini saya kongsikan satu cerita pengalaman seorang ibu yang melahirkan anak pramatang. Kak Aini adalah kenalan saya sewaktu saya berada didalam wad kerana anak saya disahkan jaundis.

Ketahui cara menyusukan bayi pramatang


Berdasarkan cerita Kak Aini, beliau merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak. Anak pramatang tersebut merupakan anak yang ketiga. Ketika dilahirkan, anak beliau masih 28minggu iaitu kira-kira 7bulan..Memang terlalu kecil berbanding bayi lain iaitu 1.2kg. Selepas dilahirkan, anak beliau terpaksa diletakkan didalam incubator selama lebih kurang sebulan. Susu ibu merupakan keperluan utama bagi bayi yang pramatang. Oleh itu, anak Kak Aini yang masih belum mampu untuk menghisap susu dari payudara si ibu hendaklah mengepam payudara sekurang-kurangnya 8kali sehari semalam (dalam jarak 3jam) atau 12 kali sehari (dalam jarak 2jam).

Bagi bayi pramatang yang ditempatkan di dalam inkubator akan diberi susu melalui tiub dan kuantiti susu yang diberikan adalah mengikut umur dan berat badannya. Pada hari pertama, anak Kak Aini hanya diberikan susu 3ml sahaja dan semakin bertambah seiring umur dan berat badannya. Setelah mencapai berat badan yang memuaskan, bayi didalam inkubator tersebut dibenarkan keluar dan ditempatkan didalam basinet bayi dan ketika inilah anak Kak Aini akan belajar menyusu sepenuhnya.

Penyusuan bayi pramatang adalah berbeza berbanding bayi yang cukup bulan. Bukan sahaja cara susu yang diberikan malah bayi pramatang mempunyai tubuh yang sungguh rapuh dimana sistem imun belum lagi terbina sepenuhnya. Paru-paru dan usus mereka amat lembut dan memerlukan alat bantuan pernafasan kerana mereka berisiko mengalami kerosakan paru-paru. Pemberian susu secara sedikit demi sedikit adalah kerana usus mereka yang masih belum matang dan berkemungkinan untuk pecah dan berdarah sekiranya menerima susu yang berlebihan. 

Cara untuk Menyusukan bayi Pramatang??

Oleh kerana sistem imuniti bayi pramatang agak lemah, maka bayi pramatang memerlukan susu yang segar iaitu susu yang baru diperah kerana susu tersebut mempunyai antibodi yang belum rosak dan belum membiakkan sebarang bakteria. Berikut adalah beberapa panduan untuk menyusukan bayi pramatang.

  1. Hantar susu perahan kepada bayi setiap hari kerana susu untuk bayi pramatang hanya bertahan selama 24jam sahaja.
  2. Susu perahan tidak boleh dibekukan kerana ianya tidak sesuai bagi bayi pramatang
  3. Cuba dapatkan bahagian berlemak pada susu ibu (kebiasaanya lapisan atas) untuk diberikan kepada bayi pramatang
  4. Simpan susu mengikut keperluan sahaja (sekiranya bayi hanya minum 6ml maka simpan 6ml sahaja).
  5. Tandakan pukul berapa dan tarikh bila susu yang dihantar ke wad itu diperah dan letakkan dibahagian depan peti sejuk mengikut susunan tarikh dan waktu agar mudah untuk jururawat mengambilnya. 
  6. Tukar susu lebihan dari dalam peti sejuk setiap kali anda melawat bayi/menghantar susu untuk bayi anda.
  7. Selain itu, bayi pramatang memerlukan sentuhan, urutan, dan kata-kata semangat terutama dari ibunya. Sentuhan, urutan, belaian mesra akan membuatkan bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya.

Berikut adalah video bagaimana seorang ibu melahirkan bayi pramatang tetapi masih mampu menyusukan anak beliau.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Bagaimana Supplement Shaklee dapat membantu??


Ketika saya melahirkan anak kedua, saya masih belum mengenali tentang Shaklee. Separuh perjalanan saya menyusukan anak kedua saya barulah saya mengenali Shaklee dan ada saya kongsikan di My Breastfeeding Journey . Sekiranya saya diberi peluang untuk membantu Kak Aini, saya akan mencadangkan kepada beliau Set Menyusu 3M. Ini kerana Set Menyusu 3M  mempunyai:-


Membantu ibu-ibu menyusukan bayi pramatang


Apa yang ada dengan Set Menyusu 3M??
  • Membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Ia amat sesuai bagi ibu-ibu yang terlampau sibuk dengan kerja
  • Mengekalkan keperluan vitamin harian dalam tubuh
  • Dapat meningkatkan imuniti tubuh, kesegaran sel, mencantikkan kulit dan sebagai antioksidan 
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
  • Tumbuhan Alfalfa merupakan milkbooster terbaik kepada ibu-ibu menyusukan bayi.
  • Mengekalkan tekanan darah normal dan membekalkan kalsium kepada ibu.




Menyusukan bayi pramatang bukanlah perkara yang mudah kerana pada minggu kelahiran bayi tersebut berkemungkinan susu ibu belum lagi dapat dihasilkan sepenuhnya. Oleh itu, ibu perlu mengepam payudara untuk merangsang susu disamping mengambil supplement untuk menggalakkan penghasilan susu. Nak dapatkan set Menyusu 3M??Hubungi saya

Nur Hijratul Hajar Bahaman
Id Shaklee : 926826
Contact : 013-2109044
Email : nurhijratulhajar@yahoo.com

**These statement have not been evaluated by The Food And Drug Administration. These products are not intended to be diagnose, treat, cute or prevent any disease.**

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

4 comments:

  1. shaklee banyak membantu dalam proses mengeluarkan dan memberi susu bagi bayi pramatang.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..semoga ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama dapat menyusukan bayi mereka sepenuhnya.

    SAKIT HATI PELBAGAI PETUA MERAWAT TUMIT KAKI PECAH DIAMALKAN, TETAPI SEMUANYA GAGAL?

    ReplyDelete
  3. banyak kelebihan shaklee ni kan...kepada para ibu yang ada masalah menyusukan bayi, eloklah dapatkan produk Shaklee

    ReplyDelete
  4. bayi pramatang selalunya mudah terkena jangkitan demam kuning kerana hati yang kurang matang.
    in shaa Allah produk shaklee banyak membantu..

    Tips Elak Muntah Ketika Hamil Supaya Suami Tidak Terabai

    ReplyDelete