Wednesday 5 November 2014

Cara tambah susu badan dengan teknik POWER PUMPING


Untuk menyusukan anak sehingga 2tahun atau lebih bukanlah perkara yang mudah..Saya sendiri mengalaminya dan ada saya kongsikan cerita bagaimana saya melalui fasa menyusukan anak saya di "My Breastfeeding Journey". Bagi ibu-ibu yang bekerja, persediaan sebelum memulakan kerja adalah amat-amat penting bagi ibu yang ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya. Antara perkara yang utama perlu ada ialah pam menyusu. Mencari Pam Susu yang sesuai untuk ibu-ibu adalah amat penting selain faktor kemampuan.

Ketahui Teknik power pumping dengan pam manual


Kenapa perlu melakukan Power Pumping??

Mungkin ini adalah perkara baru bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan tidak ada langsung ilmu tentang penyusuan. Kebiasaanya berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama. Untuk pengetahuan semua, adakalanya ibu akan mengalami situasi di mana pengeluaran susu menurun akibat masalah tertentu. Tetapi tidak perlu bimbang kerana ada cara untuk untuk anda usahakan bagi merangsang pengeluaran seperti biasa. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh anda aplikasikan dalam membantu diri untuk memperbanyakkan kembali susu ibu ketika sedang bergelut didalam episod susu ibu mula berkurangan. Salah satu kaedahnya ialah power pumping. 
Teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti biasa yang anda lakukan setiap hari. Namun, ia dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding biasa. Idea asal kaedah ini ialah meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Bila waktu yang sesuai melakukan Power Pumping??

Dalam usaha menambah kuantiti susu perahan yang mahu disimpan untuk kegunaan bayi sepanjang bekerja, anda digalakkan untuk melakukan teknik power pumping sekerap yang boleh. Sekali dalam sehari sudah memadai. Jika mempunyai banyak masa terluang anda boleh melakukannya lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam. Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah pada waktu tengah malam kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu itu. Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang atau malam, apa yang penting anda selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan yang tenang. 

Bagaimana teknik power pumping dilakukan??

  • Pam tunggal (Manual)

Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit. Kemudian beralih kepada payudara kiri pula dalam tempoh yang sama iaitu 10minit. Tukar semula ke payudara kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri selama 10minit. Lakukan secara berterusan selama 1jam.

  • Pam Berganda (Double)
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit. Kemudian rehat selama 10minit dan sambung semula mengepam untuk 10minit lagi. Setelah itu rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh untuk 1jam.

Ketahui teknik power pumping dengan pam berganda


Berapa lama perlu melakukan teknik power pumping??

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu) sehingga dapat hasil yang diinginkan. Dalam pada itu, perlu anda ingat bahawa walaupun pada peringkat awal susu yang diperolehi berkemungkinan hanya setitik dua tetapi jangan panik!!Anda dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya, kesan daripada amalan power pumping akan mula kelihatan dalam tempoh satu hingga ke dua minggu. Tidak dinafikan ramai yang tidak dapat bertahan untuk menerskan kaedah ini. Pada pendapat mereka sesuatu yang leceh dan memakan masa yang lama. Bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Percayalah usaha yang diiringi kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya. Apa yang pasti, anda akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperolehi kerana ia telah banyak membantu para ibu merangsang semula penghasilan susu ibu.

Untuk menyusukan dan membesarkan anak itu bukanlah suatu perkara yang mudah..Bagi mencapai kejayaan perlu ada pengorbanan..(wah macam pakar motivasi pulak..huhu) dan setiap pengorbanan itu akan dibayar dengan kemanisan..Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi 1001 manfaat kepada ibu-ibu semua..

Your Shaklee Independent Distributor
Nur Hijratul Hajar Bahaman
ID:926826
Facebook:Damia Zahiruddin Eiskandar
Contact:0132109044
Email:nurhijratul hajar@yahoo.com
Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

6 comments:

  1. Memang berkesan diamalkan jika susu mula drop. Power Pumping.

    Atasi Masalah Batuk Pada Aank

    ReplyDelete
  2. Susu ibu adalah pilihan terbaik.Alhamdulilah anak saya sekarang berumur 1tahun 6bulan masih menyusu ibu sepenuhnya



    Jom baca kurangkan derita sakit gout

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..akan cuba gunakan teknik ini bila tiba masanya nanti.


    6 CARA UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUN ANAK ANDA

    ReplyDelete
  4. Tak pernah guna teknik power pumping tu... Nampak nya cara tu boleh membantu ibu2 di luar sana...

    Jom beli Shaklee kat sini juga >>> Cawangan Shaklee Seluruh Malaysia

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba teknik ni.mungkin boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang masih menyusukan anak

    MINYAK IKAN BANTU KURUSKAN BADAN

    ReplyDelete
  6. FS adalah pam feveret saya...memang best guna dan masa power pumping pn selesa. Tak saya letih..

    Cara Mengelakkan Anak Kesayangan Anda Didera Pengasuh | Diari Mama

    ReplyDelete