Monday, 9 December 2013

Cantik dalam Masa 10 Minit



Assalammualaikum dan Salam Ceria kepada semua pembaca blog permatahatibidadariku. Macam biasalah, setiap kali nak tulis entry mesti waktu malam sebab anak dah tido..So, malam ni nak cerita pulak tentang cantik dalam masa 10 minit..Wah, bila baca tajuk je macam best je kan??huhu..Bila kita bercerita tentang cantik, mesti ramai yang mengaitkan dengan wanita..Cantik ini biasanya sinonim dengan wanita..Kenapa ye??Sebab semua wanita dalam dunia ni nak cantik.. tak kisahlah cantik dari segi luaran ataupun dalaman.

Ada sesetengah wanita yang sanggup berhabis duit untuk sentiasa kelihatan cantik. Ada yang sanggup cucuk sana, cucuk sini, ada yang pakai botox, ada yang pakai susuk (huh!nauzubillah..mintak dijauhkan dari kita semua kerana ia merupakan perkara khurafat) dan bermacam2 kaedah lagi yang sanggup dilakukan semata-mata untuk kelihatan cantik. Dan yang paling best lagi adalah sanggup menghabiskan duit!!!!Kalau cantik dan tidak memudaratkan diri sendiri takpe, tapi kalau cantik serta memudaratkan diri sendiri tak ke kita yang rugi!!!abis duit dan abis nyawa...huh seram bunyinya..

Ok, berbalik pulak pada entry saya malam ni "Cantik dalam masa 10minit". Zaman sekarang ni, ramai wanita yang bekerjaya kan??Oleh kerana terlalu sibuk, sampai tak sempat nak berdandan..lebih-lebih lagi bila tiba2 kita menerima undangan ke majlis makan malam (date) pada hari bekerja. Ia membuatkann kita berasa buntu kerana masa yang singkat untuk kita membuat persediaan diri. Jangan risau kerana anda hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk tampil anggun..Menarik kan??Jom tengok apa yang perlu dilakukan..


  1. BERSIHKAN WAJAH (1 MINIT) - Cuci wajah dengan pembersih. Gunakan produk yang sesuai dengan keadaan kulit anda.
  2. BB CREAM (1 MINIT) - Gunakan BB Cream yang mengandungi pelembap. Saat mengaplikasikannya, pastikan anda bersih agar terhindar dari bakteria yang menyebabkan kemunculan jerawat. Oles hanya pada bahagian wajah yang diperlukan seperti dahi, tulang hidung, bawah mata, puncak pipi dan dagu
  3. PEMBAYANG MATA (2 MINIT) - Bagi acara formal, pilih warna tanah atau metalik yang lembut dna memikat. Gunakan pembayang mata jenis tabur atau padat dan sapukan pada kelopak mata dengan jari anda. Biarkan bahagian bawah alis bersih tanpa sebarang warna.
  4. WARNAI PIPI (30 SAAT) - Gunakan pemerah pipi jenis padat yang sesuai dengan semua jenis kulit. Pilih warna merah jambu untuk kelihatan lebih segar
  5. BEDAK (30 SAAT) - Sapukan bedak secara tipis menggunakan span khusus dengan cara menekap. Pilih warna kekuningan atau sesuai dengan warna kulit untuk tampak semulajadi.
  6. LENTIKKAN BULU MATA ANDA (30 SAAT)- Sebelum menggunakan maskara, lentikkan bulu mata dengan penyepit. Ingin bulu mata lebih cepat lentik? Panaskan seketika penyebit bulu mata dengan pengering rambut selama lima saat. Tidak mempunyai pengering rambut di pejabat? Panaskan dengan suhu tubuh. Caranya dengan menggesek bahagian penyepit menggunakan jari hingga terasa hangat.
  7. RONA BIBIR (1 MINIT) - Bingkal bibir dengan pensel bibir terlebih dahulu agar mendapat bentuk bibir yang ideal. Sempurnakannya dengan mengaplikasikan gincu dua dalam satu yang mengandungi pengilat bibir warna merah jambu. Jika ingin tampil lebih glamor, percayalah pada warna merah atau fushia. Pasti sempurna.
  8. BENTUK ALIS (1 MINIT) - Melukis alis lazimnya menghabiskan banyak waktu. Agar lebih praktikal, sikat alis dengan sikat khas yang telah disemburkan penyembur rambut agar lebih rapi. Dengan pensel alis, lukis alis anda
  9. MASKARA (30 SAAT) - Pilih maskara 3 dalam 1 yang mampu membantu menebalkan, memanjangkan dan melentikkan bulu mata
  10. GULUNG RAMBUT (2 MINIT) - French Twist membuat and tampil memikat. Anda boleh menyematkan aksesori seperti sepit atau cekak jika ingin memberi kesan lebih moden. Akhiri dengan menyembur semburan rambut agar ia bertahan lama.

Siap!!!Senang kan???Selamat mencuba semua..Semoga temujanji anda merupakan temujanji yang paling bermakna buat anda semua..





Baca Selanjutnya

Sunday, 8 December 2013

Omega Guard Memelihara Kesihatan Jantung




Assalammualaikum dan Salam berhujung minggu semua..Musim2 cuti sekolah ni mesti ramai dapat jemputan kenduri kahwin kan???Dalam kita bergembira tu pasti ada yang sedang berduka..Sebelum memulakan bicara, saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang dilanda banjir ditempat-tempat terlibat..Sedih sangat bila tengok keadaan mereka disana..Semoga semua yang dilanda musibah tersebut tabah dan semoga sentiasa selamat hendaknya.. Balik pada ceriat kenduri kahwin tadi, bila dah dapat banyak jemputan mestilah banyak makanan berlemak yang kita telan kan???Sebelum nak makan yang berlemak2 tu apa kata telan dulu Omega guard ni..Nak tahu kenapa??klik kt sini. Tapi kali ni nak cerita pulak tentang Bagaimana Omega membantu memelihara kesihatan jantung.

Sebelum cerita lebih lanjut, nak cerita sikit tentang Omega guard ni. Omega ini terdiri daripada 3 unsur iaitu EPA, DHA dan ALA.




EPA

  • EPA didalam Omega alah asid lemak yang ada didalam sumber ikan beriklim sejuk seperti ikan kod, salmon, mackerel dan sebagainya. Kegunaan EPA ini adalah untuk mencegah dan menterbalikkan serangan jantung. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur. Kebiasaanya EPA ini akan disatukan bersama DHA dan disebabkan itu, fungsi kedua-duanya adalah hampir sama tetapi tidak serupa.
  • Namun, harus diingatkan bahawa pengambilan EPA yang berlebihan akan menyebabkan loya, cirit birit, pedih ulu hati, ruam kulit dan sakit otot.

DHA

  • DHA ini juga adalah sejenis asid lemak dan sumbernya adalah sama seperti EPA. Mengapa DHA ini dapat membantu pesakit jantung??DHA ini dapat membantu pesakit jantung kerana ia dapat mengurangkan risiko kematian dikalangan mereka yang mempunyai masalah arteri koronari. Selain itu, ia juga dapat mencegah penyakit mata akibat pertambahan usia serta ia juga dapat menurunkan gula untuk pesakit diabetes.
  • Bagaimana ia bertindak???DHA bertindak mengurangkan ketebalan dinding salur darah akibat kolesterol dan menurunkan tahap trigliserida. Trigliserida adalah sejenis kolesterol dalam darah. Lemak yang berkaitan kolesterol ini dipanggil trigliserida
  • Kesan pengambilan DHA berlebihan boleh menyebabkan gastrik, lebam-lebam, dan pendarahan berpanjang.
  • Seperti yang saya terangkan di atas tadi, DHA dan EPA ini digabungkan untuk mencegah penyakit jantung dan strok. Namun perbezaan DHA dan EPA ini adalah DHA boleh ditukar kepada EPA di dalam badan kita manakala EPA tidak boleh ditukarkan kepada DHA didalam badan kita.

ALA

  • ALA ini juga adalah sejenis asid lemak di dalam Omega 3 tetapi sumber ALA ini adalah kekacang seperti walnut, soya, minyak sayuran dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh didapati didalam daging merah. Kegunaan ALA ini adalah dapat mencegah dan merawat penyakit jantung dan saluran darah yg dipanggil ateroklerosis.
  • ALA ini bertindak dengan mengekalkan rentak deguapan jantung ke paras normal. Kesan pengambilan ALA yang berlebihan ini boleh menyebabkan kegemukan. Maka, disinilah perbezaan produk Shaklee dgn produk lain..Nak tahu berapa banyak kandungan ALA yang ada didalam Omega Guard Shaklee, klik sini

So, setakat ini sahaja penjelasan saya tentang Omega 3 yang dapat membantu memelihara kesihatan jantung..Untuk selanjutnya, tunggu di entry yang akan datang ye..Terbukti bahawa kandungan Omega 3 Shaklee rendah ALA kerana Omega 3 ini dapat membantu menguruskan badan bukan menaikkan badan ye..huhu


 Untuk maklumat lanjut, boleh sms/whatsapp/wechate ke 013-2109044 untuk respond yang cepat atau emailkan ke nurhijratulhajar@yahoo.com







Baca Selanjutnya

Saturday, 7 December 2013

5 khasiat madu pada kesihatan




Assalammualaikum semua pembaca-pembaca blog permatahatibidadariku..Hari ini nak cerita sikit tentang khasiat madu pada kesihatan kita. Kita selalu dengar orang sering memperkatakan tentang khasiat madu lebah ini, namun tahukah kita apa sebenarnya khasiat madu ini kepada kesihatan kita???



Madu lebah adalah penawar yang sering digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Apabila manusia beralih ke rawatan moden, kehebatan madu ini mula dilupakan sedikit demi sedikit. Bagaimanapun, zaman kegemilangannya kembali semula lantaran tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat mengenainya. Bukan setakat kesihatan malah ia cukup berguna dalam bidang kecantikan. Namun begitu ada lagi khasiat madu yang mungkin kurang disedari. Antaranya ialah :-

MERAWAT DAN MENGUBAT LUKA

  • Berabad tahun lamanya, madu telah digunakan untuk merawat luka. Kandungan glukosa dan enzim di dalamnya telah menghasilkan oksidase glukosa. Dalam keadaan yang tepat, oksidase glukosa mampu memecahkan glukosa madu menjadi hidrogen peroksida iaitu zat yang bersifat seperti antiseptik kuat. Perlu diingat bahawa tindak balas seperti ini tidak boleh terjadi ke atas madu yang diletakkan dalam bungkusan

MENGHILANGKAN PARUT

  • Kandungan enzim, serbuk sari, vitamin serta mineral yang terdapat dalam propolis berupaya merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ini bermakna apabila diaplikasikan pada luka terbakar, madu akan mempercepatkan proses penyembuhan sekaligus mengurangkan masalah parut.

AWET MUDA

  • Asid glukonat dan beberapa jenis asid organik ringan yang terdapat dalam madu membantu melonggarkan ikatan sel-sel kulit mati hingga mampu mengurangkan masalah kulit kendur, garis penuaan, menyeimbangakan minyak seterusnya meningkatkan keanjalan kulit. Kandungan gula dan asid amino yang seimbang membantu mempertahankan kelembapan kulit.

KANDUNGAN ANTI OKSIDAN YANG TINGGI

  • Bahan antioksidan yang tinggi dalam madu secara tidak lansung mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Antioksidan yang dikenali sebagai 'pinocembarin' menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga dan terhindar daripada penyakit.

KURANGKAN KOLESTEROL DAN GLUKOSA

  • Faktor utama yang membuatkan madu kurang digemari adalah kerana rasanya yang terlalu manis. Meski pun lebih manis daripada gula tetapi indeks glikeminya rendah kerana diserap ke dalam aliran darah secara berperingkat. Pada masa sama, madu juga boleh dijadikan alternatif sebagai pemanis yang selamat bagi menggantikan gula atau gula tiruan.

CARA MENGETAHUI KEASLIAN MADU LEBAH

Seperti yang dapat kita lihat, terlalu banyak jenis atau jenama madu lebah yang dijual dipasaran namun kadang-kadang pengguna sering tertipu dengan keaslian madu lebah tersebut. Ini adalah salah satu tipu muslihat peniaga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan mencampurkan gula didalam madu lebah yang asli bagi. Disini saya kongsikan sedikit cara bagaimana untuk mengetahui madu lebah yang asli.

  1. Madu lebah asli tidak akan dikerumuni semut sekiranya dibiarkan namun sebaliknya akan terjadi sekiranya madu lebah tersebut tidak asli.
  2. Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan kedalam bekas.
  3. Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan sedikit air kedalam bekas tersebut dan goyangkan bekas perlahan-lahan. Madu yang asli akan membentuk seperti sarang lebah dan tidakm mempunyai rekahan.
  4. Tuangkan madu ke dalam bekas atau tapak tangan kemudian lihat perubahannya. Madu asli akan membentuk bulatan.
  5. Ambil sebiji telur ayam, pecah dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak. 
  6. Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Selesai menjalankan eksperimen diatas, selepas itu baru anda tahu sama ada Madu yang dibeli tersebut adalah asli atau tidak Jangan terpedaya ye sahabat-sahabat semua. Selamat mencuba...

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan mengatakan bahawa madu berupaya menurunkan glukosa darah. Kandungan mineral dan vitamin semulajadi didalamnya juga membantu mengurangkan kolesterol buruk di dalam tubuh. Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi manfaat kepada pembaca blog semua..






Baca Selanjutnya

Friday, 6 December 2013

Berat Badan turun dengan Omega Guard Shaklee



Assalammualaikum dan Salam Ceria semua..Harini merupakan entry ke 3 yang telah diupdate oleh saya..huhu, teruja sangat dengan Promo Omega pada bulan ini..Sebelum ni, saya pernah ceritakan tentang kebaikan omega. Antara kebaikan Omega adalah dapat menurunkan berat badan. Bagaimana ianya dapat dilakukan? Jom kita tengok bagaimana ia berfungsi

Kita selalu dengar yang minyak ikan (Omega) sangat bagus untuk perkembangan otak bayi dan kanak-kanak kerana mengandungi Omega 3 (Fatty Acids) yang menjadi sumber EPA dan DHA. Omega 3 (Fatty acids) terdapat didalam salmon, flaxseeds, kacang dan sebagainya.Tapi apa pula kaitannya dengan penurunan berat badan?? Ye ke Omega ini boleh bakar lemak??

"Berdasarkan kajian National Institutes of Health, supplemen minyak ikan dapat membantu golongan yang obesiti dan golongan pesakit darah tinggi mengurangkan berat badan. Omega 3 (Fatty Acids) atau Polyunsaturated Fatty Acids boleh didapati di dalam Minyak Ikan dan sesuai untuk diet harian kerana badan kita tidak dapat menghasilkannya." Bagaimana ia berfungsi???



Omega 3 (Fatty Acids)

  • Lemak Omega 3 dapat membantu anda membakar lemak dengan menghantar respond kepada hormon di dalam badan yang dipanggil LEPTIN. Fungsi LEPTIN pula adalah untuk memberitahu Otak untuk menghadkan RASA LAPAR DAN KURANGKAN MAKAN.
  • Leptin juga dapat meningkatkan kadar metabolisme badan seseorang dengan meningkatkan pengeluaran tiroid(tiroid mengawal kadar metabolisme seseorang individu itu). Selain itu, ia juga membuatkan badan anda untuk membakar lemak dengan tenaga yang diperlukan.
  • Sekiranya badan kita tidak bertindak balas dengan baik kepada Leptin, maka sebaliknya akan berlaku. Kita akan berasa lapar dan akan menyimpan lebih banyak lemak. Oleh itu, kita harus mengambil Omega 3 (fatty acids) untuk membantu respons kepada Leptin supaya ia boleh meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak dengan lebih baik. 

3 CARA BAGAIMANA OMEGA 3 (FATTY ACIDS) MEMBANTU ANDA MENGURANGKAN BERAT BADAN

  1. Omega 3 (Fatty Acids) membantu anda mengawal rasa lapar dan menstabilkan tahap gula dalam darah anda.
  2. Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila manusia mengambil Omega 3 (fatty acids) semasa program senaman membakar lemak lebih banyak lemak berbanding orang- orang yang hanya melakukan senaman membakar lemak (tanpa mengambil Omega 3 (fatty acids)).
  3. Kajian yang telah dilakukan di Jepun & Republic mencadangkan bahawa Omega 3 (fatty acids) mencadang kewujudan lemak badan yang tidak sepatutnya dan kajian ini adalah sama yang dicadangkan untuk menggalakkan lebih banyak pembakaran lemak.

"Satu Kajian 2001 yang disiarkan dalam edisi Mei 2002 daripada "Penyelidikan Obesiti" mendapatai bahawa tikus yang diberi makan minyak ikan mendapat berat badan kurang daripada tikus yang diberi minyak makan kacang soya. Tambahan pula, satu kajian 2004 yang disiarkan dalam "Lipid" mengesahkan hubungan antara berat badan dan minyak ikan seperti tikus kaya dengan diet Omega 3 melihatkan tahap kekurangan lemak dan leptin. Leptin adalah hormon yang mengawal selera makan dan dan adalah lebih rendah pada individu dengan kandungan lemak badan yang rendah. Kajian 2004 di "Lipid" menyimpulkan bahawa DHA mengurangkan pengumpulan lemak badan dengan menghadkan hipertropi dan hiperplasia sel-sel lemak. "Kamus Perubatan Mosby" ini menjelaskan bahawa hipertropi dan Hiperplasia merujuk kepada pembesaran sel-sel dan peningkatan dalam pengeluaran sel, masing-masing."


Ha, dah jelaskan bagaimana Omega 3 ni dapat membantu kita mengurangkan berat badan..Ramai yang nak kurus kan???Jom pakat ramai2 beli Omega 3 ni cepat2 sempena promosi bulan December ni..Harga asal RM136..Nak dapat harga promo??sms/whatsapp/wechat 013-2109044 untuk respond yang lebih cepat atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com.







Baca Selanjutnya

Thursday, 5 December 2013

UBAT KURUS YANG MERBAHAYA



Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua..Hari ni saya nak cerita sedikit tentang bahaya Ubat Kurus..Mungkin ada yg pernah dengar dan ada yang tidak pernah mendengarnya. Sibutramine merupakan sejenis ubat anti obesiti atau anti kegemukan untuk merawat pesakit obesiti yang kronik..Ubat ini telah diklasifikasikan sebagai racun oleh Akta Dadah Berbahaya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah dipreskripsikan oleh doktor pakar....Namun begitu, ubat ini masih boleh didapati di farmasi-farmasi di kawasan Kuala Lumpur dan bandar2 lain..Disebabkan menjadi kegilaan ramai oleh penduduk Malaysia yg ingin kurus cepat, maka ubat ni menjadi terlajak laris!!!!huhu...

Sibutramine adalah sejenis garam hidroklorida monohydrate yang telah dipasarkan sehingga tahun 2010 dan ditetapkan sebagai bahan tambahan dalam rawatan obesiti oksigen bersama-sama dengan diet dan senaman.
Bagaimanapun, ia adalah sejenis dadah yang digunakan untuk mengawal selera makan dalam usaha membantu menurunkan berat bada seperti yang diidamkan. Ia berfungsi dengan cara menghantar isyarat ke otak untuk mengurangkan selera makan individu tersebut. Namun begitu, kajian telah mendapati bahawa ia telah dikaitkan dengan peningkatan kejadian kardiovaskular dan strok dan telah ditarik balik dari pasaran di negara-negara wilayah termasuk Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, Hong Kong, India, Mexico, New Zealand, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. negara-negara wilayah termasuk Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, Hong Kong, India, Mexico, New Zealand, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Sibutramine adalah serotonin - norepinephrine berpusat bertindak mengangkat semula struktur berkaitan dengan amfetamin, walaupun mekanisme tindakannya berbeza.Pada asalnya, ia dibangunkan dan dipasarkan oleh Knoll Farmaseutikal dan baru-baru ini dikeluarkan dan dipasarkan oleh Abbott Laboratories sebelum ditarik balik penjualannya dipasaran. Pelbagai jenama yang menjualnya termasuk Reductil, Meridia, dan Sibutrex namun ia diklasifikasikan sebagai bahan Jadual IV yang dikawal di Amerika Syarikat.

Terdapat banyak pil-pil kurus dipasaran yang mengandungi Sibutramine ini TANPA KITA SEDAR dan terlalu leka untuk menurunkan berat badan sehingga meragut nyawa kita sendiri. Oleh yang demikian, para pengguna semua semak dahulu isi kandungan Pil kurus sebelum membelinya. Nyawa lebih penting dari segala-galanya..





KESAN PENGAMBILAN SIBUTRAMINE

  • Masalah kardiovaskular. Meningkatkan risiko serangan jantung dan strok
  • Meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah
  • Sakit sendi atau otot
  • Sakit kepala, pening atau pitam 
  • Kerosakan buah pinggang
  • Gangguan tidur
  • Mulut kering

Perkongsian tentang ubat yang ditarik balik kelulusan KKM di Malaysia..


Antara yang dikesan adalah "MAJUN DUA ISTIMEWA", "MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWA", "MADU ADUNAN HERBA" DAN "FIGURE UP"

Jadi, adakah BERBALOI anda mengambil risiko terhadap BADAN DAN NYAWA anda hanya semata-mata untuk kurus dengan CEPAT DAN PATANS???

ATAU 
Adakah anda mahu menjadi salah seorang daripada STATISTIK mereka yang menghadapi masalah atau MENINGGAL DUNIA akibat daripada SIBUTRAMINE ini???

Oleh yang demikian, Jadilah pengguna bijak. Pilihlah pil kurus yang terbukti SELAMAT DAN BERKESAN serta BEBAS DARI BAHAN-BAHAN KIMIA. AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT demi kebahagiaan diri dan orang yang tersayang.

Sekiranya produk menguruskan badan yang anda beli TIDAK mampu menurunkan berat badan anda dengan cepat, jangan cepat MELATAH ATAU BERPUTUS ASA kerana badan anda juga tidak naik secara mendadak, malah ia juga mengambil masa yang agak panjang sama seperti menurunkannya semula.


Sekiranya ingin mendapatkan produk menguruskan badan secara semulajadi, sms/whatsapp/wechat 013-2109044 untuk respond yang cepat atau email ke nurhijratulhajar@yahoo.com






















Baca Selanjutnya