Saturday, 17 March 2018

Perlu ke Mengembara atau Bercuti??


Mengembara membuka Minda


Ha,bila baca tagline je pun jenuh nak menjawab kan?? 😁😁😁 Sebabnya ada macam macam jawapan dan pendapat. Kalau kak H kata perlu, mesti ada yang pertikaikan. Habis kalau dah yang tak mampu tu nak mengembara macam mana? Mana nak datang duit? Tapi tapi kan.. Kak H tengok ada je yang mengembara naik basikal or naik motor.. Boleh je kan?? Eh2 jawapan bias pulak kak H ni.. 

Takpelah, korang ada pendapat or jawapan masing masing. Tapi kalau tanya kak H, kak H akan jawab perlu sebab dalam Al-Quran pun ada sebut tentang pengembaraan ni dan dengan mengembara dapat membuka minda kita untuk belajar tentang budaya hidup masyarakat dan negara lain. Salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan pencipta dan mensyukuri apa yang kita nikmati sekarang. 

Perbezaan antara mengembara dan melancong


Apa bezanya mengembara dan melancong? Ya, ada perbezaan. Mengembara beerti kita meneroka dengan lebih mendalam tentang sesuatu tempat manakala melancong pula kita hanya melawat tempat tempat tersebut. Oleh sebab itu, mengembara dan melancong adalah tidak sama. Aktiviti yang lebih kurang serupa namun hasilnya berbeza. Mengembara juga dapat meluaskan skop pemikiran. 


Kelebihan mengembara


Terdapat pelbagai kelebihan apabila kita mengembara ditempat orang. Antaranya ialah:-
  1. Dapat berjumpa dengan orang luar biasa dari seluruh negara. 
  2. Mengembara mewujudkan sikap berani
  3. Menyemai perasaan cinta. Perasaan cinta tu sangat meluas. Sama ada jatuh cinta pada orang, budaya mahupun keindahan tempat tersebut
  4. Cara untuk muhasabah diri. Mendekatkan diri pada pencipta. 

Sebelum kak H terangkan lebih lanjut, kita lihat dulu pada surah Al-Mulk ayat 15. Baca dan hayati maksudnya:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula."

Daripada ayat ini jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh sekalian manusia. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.

Pengajaran awal Islam lagi sudah menggalakkan seseorang hamba untuk mengembara sama ada untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan supaya manusia melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.

Kesemua itu adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami ilmu pengetahuan tentang Tuhan. Ada banyak perkara yang Tuhan suruh kita tengok di Bumi ini. Bukanlah sekadar tengok dengan mata kepala saja, tetapi lihatlah dengan mata hati.

Setiap ciptaan-Nya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui dan temui juga pasti ada hikmah disebaliknya. Yang paling penting, Dia mahu kita tengok apa kesan tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada orang-orang yang bongkak, sombong, dan mendustakan Dia untuk dijadikan sebagai pengajaran dan muhasabah diri.

Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Ada yang mahu Dia beritahu melalui setiap perkara yang dijadikan oleh-Nya. Tidak semestinya mengembara ataupun bercuti perlu menelan belanja yang tinggi. Tuhan tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang yang ada banyak duit.

Merujuk kepada kisah pengembaraan ilmu ulama zaman silam, mereka berkelana jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak, kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik. Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.

Kitab-kitab Islam terdahulu ada mencatatkan tentang pengembaraan para ilmuwan dalam usaha mereka untuk menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai pengembara mereka. Kembara juga melonjakkan nama mereka dalam bidang ilmu. Nak tahu apa lagi satu kelebihaa orang yang mengembara ni mustajab.Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).

Bagi kak H besar maknanya dalam kehidupan kak H. Bukan nak membangga diri jika kita dapat mengembara 1 dunia tapi sekadar ingin menikmati nikmat Allah yang tidak ternilai harganya jika kak H dapat melihat keindahan tersebut. Pernah tak korang rasa bosan buat benda yang sama setiap hari? Macam tu jugak rasanya bila melihat benda yang sama setiap hari. Eh, sama ke perumpaannya.. Boleh lah.. ☺☺

Diharap perkongsian kak H kali ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua untuk mengembara dibumi Allah. Bak kata pepatah, "Tuntutlah ilmu walau ke negera China. " Didokan semoga kita diberi rezeki yang melimpah ruah supaya kita dapat menggunakannya ke jalan Allah. In shaa Allah, Aamiinn.. 

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment