Tak laratnya bila mengandung ni!!
Bila bercakap bab hamil, ada yang serik untuk mengandung bila memikirkan fasa mengandung yang sangat mencabar. Namun, ada juga yang tidak sabar untuk mengandung lagi. Pengalaman setiap wanita yang hamil adalah berbeza-beza. Ada yang tidak mengalami sebarang alahan ketika mengandung tetapi tidak kurang juga yang mengalami alahan teruk ketika mengandung.
Semua itu adalah salah satu nikmat yang wanita sahaja dapat rasa ketika hamil. Demi untuk melahirkan seorang puteri dan putera yang dikandungkan, ibu sanggup berkorban apa sahaja. Besarnya pengorbananmu wahai ibu!!
Kekal aktif ketika hamil adalah satu perkara yang selamat dan sihat bagi si ibu mahupun bayi didalam kandungan. Menghabiskan masa dengan duduk semata-mata tanpa sebarang aktiviti boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Ia boleh mengundang kepada penambahan berat badan yang banyak, lemah dan lesu, meningkatkan risiko diabetes ataupun praclampsia dan meningkatkan risiko sakit ketika hamil.
Jika ibu bukanlah seorang yang suka bersenam ketika sebelum hamil, maka akan ada banyak aktiviti yang perlu dilakukan untuk kekal aktif sepanjang hari. Bagaimanapun, jika kamu memilih untuk kekal aktif, kamu akan lebih menyukainya jika melakukan apa yang kamu minati.
Sesetengah orang suka jika aktiviti yang dilakukan adalah lebih terancang seperti kelas bersenam ataupun bersukan. Namun ada juga yang lebih suka jika aktiviti yang dilakukan secara santai untuk kekal aktif. Apa pun caranya, anda masih boleh melakukan kedua dua aktiviti. Kalau korang pilih untuk aktiviti santai sendiri, kak H nak kongsikan beberapa tips.
- Cuba berjalan kaki untuk ke satu tempat selain menggunakan bas ataupun selain kenderaan harian yang selalu digunakan.
- Luangkan masa untuk ke taman ketika waktu rehat kerja.
- Naik menggunakan tangga berbanding lif jika ke tempat tinggi. Ia Bagus untuk menguatkan kaki dan otot perut.
- Ketika membeli barang, memegang beg dapat menguatkan tangan sekaligus membantu kita lebih bersedia untuk mendukung bayi apabila lahir.
- Jika mempunyai anak yang bersekolah, hantar anak ke sekolah dengan berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh.
- Pasang muzik ketika melakukan kerja rumah yang bosan kepada yang lebih ceria. Wajib cuba!
- Bawa haiwan peliharaan bersiar siar. Jika ada
- Berkebun. Mencabut rumput, menanam pokok mahupun menebang pokong adalah satu cara yang bagus untuk senaman.
- Menari. Ia sangat menyeronokkan.. Tapi jangan over sangat ye.. Nanti lain pulak jadinya.. Hehe
- Lakukan senaman berjadual seperti senam robik, berenang, yoga ibu mengandung, berbasikal diluar atau apa sahaja. Lakukan secara kerap dan berperingkat bermula 15min dan naikkan sehingga 30minit.
Tapi ada jugak ibu ibu yang dah bersenam secukupnya tapi masih tidak bermaya. Lagi lagi kalau ibu yang berkejaya. Itu tandanya kurang nutrisi. Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana:-
- Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
- Mengurangkan kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika lahir
- Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan. Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.
- Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
- Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
- Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
- Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan
- kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
- Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut. Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
- Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
- B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
- Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
- Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
- Vitamin C
- ESP
- Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
- Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.
- Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
0 comments:
Post a Comment