Wednesday, 4 January 2017

Cara menabung bagi ibu bapa yang ada anak bersekolah supaya tak perlu ikat perut hujung tahun nanti

Haritu belum pun hujung tahun, minyak masak dalam botol dah naik secara mendadak. Disebabkan itu, ramai peniaga yang naikkan harga jualan.
.
.
.
Dan tahun baru ni pulak, petrol pulak yang naik.. Dijangkakan lebih banyak lagi barang yang akan naik.. 😰😰😰 Dan yang paling terkesan adalah kita semua sebagai ibu bapa.
.
.
.
Dengan anak nak mula sekolah, bila hujung tahun je ibu bapa terpaksa ikat perut.. Kan tertekan macam tu.. Apa kata sempena tahun baru yang baru je melabuhkan tirainya 2 hari ni, rancang kewangan anda dari sekarang.
.
.
.
Ok, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah boleh sediakan 1 tabung untuk persekolahan anak. Contohnya:-

🌀Seorang anak sekolah = Rm1
🌀2 orang anak sekolah = Rm2
dan seterusnya mengikut berapa org anak yang bersekolah. Kemudian, bahagikan pada kepada 58minggu = 1 tahun

🌀Minggu pertama = Rm1
🌀Minggu kedua = Rm2
.
.
.
🌀Minggu ke 58 = Rm58 (Total Rm1,711)

Banyak kan yang kita boleh simpan?? Kalau ada plan nak pergi melancong ke apa, boleh jugak buat tabung macam ni.. Bergantung pada berapa amount yang nak simpan..
.
.
.
Saya dapat tips ni pun dari rakan bisness saya, so rasanya patut saya kongsikan dengan sahabat yang lain..Ianya sedikit sebanyak boleh membantu kita rasa terbeban bila anak mula nak sekolah tahun depan..
.
.
Pejamkan mata untuk simpan sedikit demi anak-anak. Selain tu, boleh juga gunakan tips ni..

🌀Elakkan makan diluar (masak sendiri)
🌀Beli barang secara online.
🌀Masak makanan yang tidak menggunakan minyak
.
.
Banyak lagi sebenarnya.. Nanti saya share lagi k.. Korang ada cadangan tak?? Share lah sikit..

S A Y A.   J U A L.  S H A K L E E
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

SID PRO HAJAR (0132109044)


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Saya tak berapa faham,macam mana simpan ye?maknanya ikut hari ke ikut minggu?

    ReplyDelete