Tuesday, 6 December 2016

Bertahun buat Shaklee, tapi tak kaya pun!! Apa target dalam Shaklee sebenarnya


Kenapa saya memilih Shaklee?? Ini cerita saya..

Bila cerita bab duit semua orang nak kaya cepat.. Semua nak cepat.. Sebab tu ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya..

Tak kurang juga yang meniaga nak untung cepat.. Taknak gagal sekali..

Tahu tak orang yang dah berjaya sekarang ni bukan pernah gagal sekali tapi sepuluh kali lebih hebat dari kita..

Ini tak, kita baru gagal sekali dah mula putus asa..

Siapa tak pernah ditipu? Ya saya juga pernah!! Gara2 nak cepat kaya!! Menyesal!!

Pernah terjebak dalam satu skim cepat kaya yang diwarwarkan sebagai bisness berganda.. Masuk rm150 dapat rm300..



Yes, masa tu tak fikir panjang!! Macam orang lain, saya juga nak terjebak dengan skim cepat kaya!! Dan sampai sekarang sudah 4 tahun tanpa bayang2..

Saya percaya mungkin ada hikmah disebaliknya.. Ok, macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee ni??

Kisah bermula ketika saya melahirkan anak kedua saya..

Niat nak menyusukan anak sehingga dua tahun sangat kuat sehinggalah saya berjumpa dengan set menyusu shaklee..

Pada mulanya saya hanya membeli set menyusu basic iaitu Esp dan Alfalfa.. Alhamdulillah ianya serasi dan menjadi milkbooster kepada saya..

Kemudian suatu hari saya dicadangkan oleh seorang sid (merangkap upline saya)  untuk ambil ostematrix dan jadi ahli.. Tujuan utama ambil ostematrix ni sebab saya tak minum susu dan nak elak kaki selalu kejang..

Syukur sangat lepas amalkan ostematrix masalah kaki kejang saya selama bertahun hilang.. Dari situ saya mula jatuh cinta dengan shaklee..

Lepas satu satu produk shaklee saya cuba dan ianya memberi kesan yang baik pada saya dan keluarga..

Mulanya memang takde niat pun nak berbisness sebab tak minat dan tak yakin diri boleh menceburi bidang bisness..

Tapi bila dah join group besar shaklee.. Ya Allah saya nampak banyak sangat peluang yang ada dengan shaklee. Oleh sebab itu saya masih bertahan hingga ke hari ini..

Nak join shaklee ni tak susah pun.. Bermodalkan rm79 dah boleh jadi ahli daripada produk diluar yang perlu mempunyai modal beratus2 ringgit..

Target saya dalam shaklee ni ialah nak semua orang rasa sihat sama macam yang saya rasa.. Daripada makan ubat2 yang boleh memberikan effect jangka masa panjang better amik shaklee..

Shaklee bukan calang2 produk ye.. Shaklee mempunyai saintis yang akan membuat research tentang satu2 vitamin dan shaklee ada makmal sendiri yang benar2 menjaga keaslian alam semulajadi..

Dan paling penting Shaklee ada landmark study ye!! Bukan main hentam je kebaikan berdasarkan testimoni sahaja.. Saintis membuat kajian keatas 3 golongan yang mengamalkan shaklee, tidak mengamalkan shaklee serta yang langsung tidak mengambil apa2 supplemen..



Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Moga semua impian sis Hajar dimakbulkan.Amiin...

    ReplyDelete