Wednesday, 30 September 2015

Penting ke Vitamin Ketika Hamil??


Malasnya nak makan vitamin masa hamil

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Alhamdulillah, baru ni saya pergi buat checkup untuk anak keempat saya rupanya dah 15week dalam rahim.  Masa doktor scan tu terujanya hati bila tengok janin dalam rahim saya yang sudah cukup sifat..Subhanallah indahnya ciptaanNya.




Saya percaya, mesti ramai ibu-ibu diluar sana berkira-kira nak makan vitamin ketika hamil kan? Malasnya rasa.  Saya sendiri tidak terkecuali. Dulu pernah dengar orang cakap, kalau kita makan vitamin yang klinik bekalkan boleh buat bayi dalam kandungan besar.  Betul ke?

Oleh sebab dengar mitos tu yang membuatkan saya tak pernah makan vitamin dari klinik serta bau vitamin tersebut kadang-kadang membuatkan saya tak lalu nak telan. Alhamdulillah, lepas kenal set hamil ni, saya terus tertarik dan sampai sekarang saya amalkan.

Tapi untuk pasangan yang inginkan anak pun boleh cuba vitamin suami isteri dan tips-tips cepat hamil yang pernah saya kongsikan.


Penting ke vitamin prenatal ni?

Jawapannya ya.  Ianya memang agak sukar untuk kedua-duanya mendapatkan nutrient yang diperlukan, walaupun diet ibu hampir sempurna dan ibu makan pelbagai jenis makanan termasuk daging, susu, buah-buahan dan sayuran.

Kebanyakan wanita boleh mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin dan mineral dari supplement prenatal, sebaik-baiknya sebelum ibu mula cuba untuk hamil.  Anggaplah ia seperti polisi insurans bagi memastikan ibu mendapatkan jumlah nutrien penting yang betul ketika hamil.

Pengambilan vitamin prenatal adalah lebih penting bagi wanita yang mempunyai diet tertentu, diet sekatan makanan, masalah kesihatan, ataupun komplikasi ketika hamil.  Ini termasuklah wanita yang:-


  1. Vegetarian atau vegans
  2. Tidak toleransi dengan laktos atau makanan lain
  3. Merokok atau mengambil bahan-bahan lain
  4. Gangguan darah tertentu
  5. Mempunyai penyakit kronik
  6. Pernah menjalani pembedahan gastrik
  7. Sejarah mempunyai anak kembar dan lebih

Apa yang ada dalam supplement prenatal yang saya tidak dapat dari makanan?


Sekiranya ibu seorang yang benar-benar menjaga pemakanan, ibu mungkin sudah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang sepatutnya.  Tetapi 2 nutrien penting seperti asid folik dan zat besi selalu tergolong dalam vitamin prenatal kerana kebanyakan wanita hamil tidak dapat kuantiti yang secukupnya daripada makanan.

  • Folic acid.  Mendapatkan vitamin B yang secukupnya boleh mengurangkan risiko masalah nueral tube kepada bayi anda seperti spina bifida dan anencephaly sebanyak 50% ke 70%.  Asid folik juga boleh mengurangkan kecacatan lain seperti bibir sumbing, lelangit rekah dan kecacatan jantung tertentu.  Pengambilan asid folik juga boleh mengurangkan risiko preeclampsia.  Badan kita menyerap asid folik jenis sintetik lebih baik berbanding secara semulajadi dari makanan.  Jadi walaupun anda makan makanan yang seimbang, makanan tambahan adalah sangat disyorkan.
  • Zat besi.  Kebanyakan wanita hamil tidak dapat mineral ini didalam diet mereka untuk memenuhi permintaan badan ketika hamil, yang mana boleh membawa kepada anemia.  Mengelakkan pembawakan anemia boleh mengurangkan risiko kepada kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan kematian bayi.

Disini saya kongsikan satu video dimana seorang ibu yang pernah disahkan anemia ketika hamil dan ditahan ward dapat menyelesaikan masalah anemia beliau.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Perlukah saya mengambil vitamin lain??


Bukan semua vitamin prenatal mengandungi asid lemak Omega 3, DHA dan EPA dimana ianya sangat penting dalam membantu perkembangan otak, saraf dan tisu mata bayi.  

Sekiranya ibu tidak makan ikan atau sebarang makanan yang tinggi asid lemak Omega 3, doktor akan menyarankan ibu untuk mengambil supplement asid lemak Omega 3 tambahan didalam vitamin prenatal.

Kalsium dan Vitamin D juga penting terutama apabila trimester 3 dimana tulang bayi sudah mula membesar dan kuat.

Bagaimana ingin memilih vitamin yang terbaik?

Cuba cari vitamin yang mengandungi:-
  • Asid folik
  • Kalsium
  • Iron
Ia juga boleh memberi manfaat sekiranya vitamin prenatal tersebut mengandungi Vitamin D, Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E dan zinc.

Vitamin D amat penting kerana badan memerlukan vitamin larut lemak ini untuk membantu membina tulang dan gigi bayi.  Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus.

Sekiranya ibu kekurangan Vitamin D ketika hamil, bayi mungkin akan kekurangan vitamin ketika dilahirkan.  Ini boleh meletakkan bayi berisiko kepada penyakit riket (yang boleh membawa kepada kecacatan dan keretakan), pertumbuhan tulang tidak normal, dan melambatkan pembentukan fizikal.

Kekurangan Vitamin D juga boleh membawa kepada risiko yang tinggi pembentukan preeclampsia dan memerlukan pembedahan.

Namun, harus diingat bahawa vitamin adalah pelengkap kepada diet yang sihat dan bukannya pengganti kepada makanan yang baik.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ketiga saya mengamalkan Vitamin Prental shaklee selain dapat mengurangkan loya dan muntah ketika hamil, ia juga mengandungi ciri-ciri utama vitamin yang saya cari seperti asid folik, kalsium, zat besi, Vitamin ADEK dan zinc.

Oleh sebab saya kurang makan ikan, saya hanya mengamalkan Omega Guard kerana ia pengganti kepada ikan salmon dan minyak ikan terbaik didunia.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp) atau ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit ataupun debit, boleh 



**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**


Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Vitamin memang penting ketika kehamilan...sebelum hamil pun kena makan juga ....

    ReplyDelete