Apa makanan berkhasiat untuk ibu hamil
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Tahniah anda disahkan hamil. Semasa hamil, mungkin ada beberapa perkara yang boleh memberi tekanan kepada anda, tetapi makanan bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan anda tertekan dan inilah saya sedang alami.
Makan untuk dua orang boleh menjadi satu tekanan kerana terlalu banyak percanggahan pada makanan yang boleh dan tidak boleh.
Saya perlu lebih berhati-hati dalam berfikir tentang apa yang saya makan kerana makanan yang saya makan adalah sumber utama nutrien bagi tumbesaran bayi.
Ketika hamil, contohnya ibu perlukan protein dan kalsium untuk pembentukan tisu dan tulang bayi. Ibu juga perlukan tambahan folic acid untuk melindungi daripada kecacatan kelahiran tube neural dan memerlukan lebih banyak zat besi untuk membantu sel darah merah membawa oksigen kepada bayi.
Apakah penting untuk makan ikan yang mencukupi??ataukah adakah ianya mempunyai terlalu banyak merkuri??Adakah dengan memakan daging sudah cukup protein yang diperlukan ataupun terlalu banyak lemak??Adakah telur sudah memadai ataupun terlalu banyak kolesterol??
Malangya, terdapat pelbagai pantang larang makan yang boleh didengari daripada rakan, saudara mara mahupun orang sekeliling.
Namun, sekiranya anda tertanya-tanya apakah makanan yang boleh dimakan ketika hamil ataupun anda masih mahu mengambil makanan kegemaran anda, sila lihat panduan dibawah.
Makan untuk dua orang boleh menjadi satu tekanan kerana terlalu banyak percanggahan pada makanan yang boleh dan tidak boleh.
Saya perlu lebih berhati-hati dalam berfikir tentang apa yang saya makan kerana makanan yang saya makan adalah sumber utama nutrien bagi tumbesaran bayi.
Ketika hamil, contohnya ibu perlukan protein dan kalsium untuk pembentukan tisu dan tulang bayi. Ibu juga perlukan tambahan folic acid untuk melindungi daripada kecacatan kelahiran tube neural dan memerlukan lebih banyak zat besi untuk membantu sel darah merah membawa oksigen kepada bayi.
Apakah penting untuk makan ikan yang mencukupi??ataukah adakah ianya mempunyai terlalu banyak merkuri??Adakah dengan memakan daging sudah cukup protein yang diperlukan ataupun terlalu banyak lemak??Adakah telur sudah memadai ataupun terlalu banyak kolesterol??
Malangya, terdapat pelbagai pantang larang makan yang boleh didengari daripada rakan, saudara mara mahupun orang sekeliling.
Namun, sekiranya anda tertanya-tanya apakah makanan yang boleh dimakan ketika hamil ataupun anda masih mahu mengambil makanan kegemaran anda, sila lihat panduan dibawah.
Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil
- Bijirin penuh - Roti gandum dan bijirin diperkaya dengan acid folic dan zat besi yang mempunyai lebih banyak serat daripada roti putih dan beras. Mulakan hari anda dengan bijirin seperti sarapan dengan oat, sandwich roti gandum untuk tghari dan pasta gandum atau beras perang untuk makan malam.
- Kekacang - Tambahkan kacang hitam, kacang putih, kacang pinto, kacang merah, kacang soya dan pelbagai jenis kacang didalam diet seharian. Cuba tambahkan dalam sup ataupun cili, salad dan hidangan pasta. Selain menyumbang protein dan fiber, kekacang juga merupakan sumber nutrien yang terbaik seperti zat besi, folat, kalsium dan zink.
- Salmon - Asid lemak Omega 3 bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan dan ikan salmon adalah sumber yang terbaik. Selain itu, ia juga menyediakan protein dan vitamin B. Ikan salmon juga mempunyai kandungan merkuri yang paling kurang berbanding ikan lain. Cuba untuk panggang, goreng atau salad. Ibu boleh makan 12auns ikan yang rendah merkuri dengan selamat seperti salmon setiap minggu.
- Telur - Telur merupakan sumber protein yang baik yang mengandungi asid amino untuk keperluan ibu dan bayi. Ia mengandungi lebih dari 1 dozen vitamin dan mineral termasuk choline yang baik untuk perkembangan otak bayi. Bagaimanapun, pastikan tidak makan telur yang kurang masak atau mentah
- Berries - Blueberry, Raspberry, dan berry hitam adalah makanan ringan yang lazat dan sedap didalam pankek dan bijirin. Berries mengandungi Vitamin C, pottasium, folat dan fiber.
- Yogurt rendah lemak atau Greek Yogurt - 1 cawan yogurt rendah lemak yang asli mempunyai kalsium yang banyak berbanding susu, tinggi protein dan tidak mempunyai gula tambahan pada yogurt berperisa. Campurkan dengan buah-buahan atau bijirin gandum.
- Keledek - Keledek menjadi warna oren adalah disebabkan karetonoid, pigmen tumbuhan yang ditukarkan kepada Vitamin A dalam badan kita. Keledek juga satu sumber Vitamin C, folat dan serat.
- Walnut - walnut adalah sumber tumbuhan yang kaya dengan omega-3. Walaupun Omega-3 yang berasaskan tumbuhan tidak banyak menyumbangkan DHA kepada bayi anda, namun ia masih baik untuk anda berdua. Walnut juga merupakan sumber protein dan serat yang baik.
- Sayur-sayuran berdaun hijau gelap - Bayam, dan lain-lain sayuran hijau kaya dengan vitamin dan nutrien termasuk vitamin A,C dan K serta folat yang sangat penting.
- Daging tanpa lemak - Daging adalah sumber protein yang berkualiti tinggi. Cuba cari daging tanpa lemak atau daging yang lemaknya sudah dipotong. Apabila membeli daging merah, cuba lihat yang dipotong sekelilingnya 95-98 peratus bebas lemak. Jangan makan daging deli atau hotdog walaupun dimasak kecuali ianya dikukus kerana ia berisiko untuk menghidupkan bakteria dan parasit seperti listeria, toxoplasma atau samonella.
- Buah-buahan dan sayuran berwarna-warni - Makan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan berwaran hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih memberikan anda dan bayi pelbagai nutrien. Setiap kumpulan warna membekalkan vitamin dan mineral yang berbeza. Pada akhir kehamilan, bayi akan rasa makanan yang ibu makan melalui bendalir amnion. Jadi, jika anda mendedahkan bayi dengan buah-buahan dan sayuran, ia sedikit sebanyak meningkatkan peluang kepada bayi anda untuk menerima dan merasa buah-buahan dan sayuran tersebut apabila lahir kelak.
Perhatikan anggaran berat badan anda ketika hamil sama ada ia berada pada landasan yang betul atau tidak. Terdapat pelbagai cara bagi memastikan anda dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan. Menurut pakar, anda tidak perlu minat atau makan kesemuanya namun hanya ambil apa yang anda gemar untuk memastikan anda mendapatkan nutrisi secukupnya.
Ada sesetengah ibu hamil memerlukan diet yang sihat kerana mengalami alahan ketika mengandung dan mungkin kekurangan nutrisi yang diperlukan. Tetapi alahan yang teruk harus waspada kerana ianya boleh mengundang maut.
Sebagai ibu yang bekerjaya, sudah tentu agak susah untuk saya mendapatkan nutrisi yang mencukupi kerana terlalu sibuk dengan kerja tetapi saya perlu memastikan anak didalam kandungan saya mendapat nutrisi yang diperlukan secukupnya. Oleh sebab itu, saya hanya mengambil Set Vitamin Prenatal kerana ianya mengandungi kalsium, protein, zat besi, acid folic, Omega 3 serta folat yang diperlukan.
Selain itu, set vitamin prenatal ini juga dapat mengawal berat badan saya ketika hamil. So, takdelah kes terlebih berat ketika hamil sampai kena minum air gula kan? Serik sangat..hehe
Oleh itu, ibu-ibu hamil sekalian pastikan anda makan makanan yang diperlukan oleh bayi dan anda serta mengandungi nutrisi yang secukupnya. Kalau rasa leceh sangat nak kena makan macam-macam, boleh amik set vitamin prenatal je.
Berminat?? boleh hubungi saya di 013-2109044 (whatsapp)
**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration. These products are not intented to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**
0 comments:
Post a Comment