Tuesday, 29 September 2015

9 tips cepat bersalin dan mengurangkan kontraksi ketika bukaan rahim yang suami perlu ambil tahu!!


Risaunya ibu due date bersalin dah lepas

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua..

Bila bercerita pasal bersalin mesti ramai yang nak cepat bersalin kan? Maklumlah dah tak sabar nak tengok bayi yang bakal dilahirkan tu.  Namun semua wanita mempunyai pengalaman yang berbeza setiap anak.

Saya sendiri berpengalaman melahirkan 3 orang anak saya dengan 3 pengalaman.  Anak yang pertama dilahirkan pada hari jangkaan bersalin iaitu 13.06.08 (memang due date).  Anak kedua awal 10hari dari due date iaitu 23.07.12 (due date sebenar 02.08.12) manakala anak ketiga saya terlebih due date pada 10.09.14 (due date sebenar 11.09.14).

Rata-rata ibu yang terlebih due date mesti risau kena induce.  Saya sendiri tidak terkecuali.  Rasa takut akan induce tu memang terbayang-bayang dalam fikiran kerana berdasarkan pengalaman orang sekeliling dan rakan-rakan, induce tu lebih sakit dari sakit bersalin sendiri.




Persediaan untuk melahirkan bukan bermakna menyiapkan barang-barang yang hendak dibawa ke hospital sahaja namun persediaan tentang cabaran fizikal yang bakal dihadapi.  

Oleh sebab itu, saya akan kongsikan beberapa tips untuk membantu mempercepatkan proses bersalin dan mengurangkan kontraksi.


  1. Makan kurma. Amalan memakan kurma setiap hari bermula dari sembilan bulan sehingga tarikh melahirkan dapat memberikan ibu tenaga sepanjang proses kelahiran tersebut.
  2. Lebihkan tidur. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang tidur daripada enam jam pada bulan terakhir berusaha lebih lama untuk proses kelahiran berbanding wanita yang tidur 7jam atau lebih.  Oleh itu, wahai para suami tolonglah beri isteri peluang untuk tidur yang cukup pada akhir-akhir kehamilan mereka.
  3. Ketuk ketampi dan basuh baju mencangkung.  Ini adalah petua yang mama saya ajarkan masa saya terlebih due date anak ketiga haritu.  Pesan mama saya, masa mandi bawah shower tu, cuba buat ketuk ketampi sebanyak 10 kali dan cuba tingkatkan kiraan setiap kali mandi.  Selain tu, boleh juga basuh baju mencangkung tapi jangan selalu ye.
  4. Kerapkan bersama suami.  Suami jangan terkejut pula ye kalau isteri asyik nak bersama je.  Jangan cakap isteri buang tabiat pulak. (tak baik tau!).  Kajian menunjukkan bahawa sperma suami dapat merangsang bukaan rahim untuk bersalin.
  5. Minum air milo campur marjerin.  Kalau dah rasa sakit hendak bersalin, boleh cuba minum air milo campur dengan marjerin bagi memudahkan proses kelahiran.  InshaAllah dengan izin Allah.
  6. Banyakkan bergerak.  Jika sakit kontraksi semasa berada dihospital, jangan duduk atau baring sahaja.  Cuba untuk berjalan sepanjang berada di hospital bagi mengurangkan sakit kontraksi. Suami juga boleh bantu pimpin isteri berjalan perlahan-lahan disekeliling hospital.  Peranan suami disaat ini, amat penting bagi mengurangkan sakit isteri.
  7. Cuba teknik pernafasan atau relaks.  Sekiranya isteri berasa cemas, cuba tenangkan dan minta isteri cuba teknik pernafasan bagi memudahkan proses bersalin tersebut.
  8. Hayunkan punggung dan bongkok kehadapan.  Teknik ini dapat membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat ke atas serviks anda.
  9. Berzikir.  Ingatkan isteri untuk sentiasa berzikir "Laila ha illa anta subha naka inni kuntu minazzalimin"


Sebelum disahkan hamil, saya dan suami mengamalkan supplement kesuburan dan bagi wanita yang mempunyai masalah ketidakstabilan hormon, boleh cuba tips merawat kestabilan hormon seperti yang saya pernah kongsikan.

Zinc amat penting dalam menghasilkan sperma yang baik dan berkualiti.  Selain itu, pasangan suami isteri yang inginkan zuriat, boleh cuba tips cepat hamil ni untuk zuriat yang akan datang.

Itulah sahaja 9 petua yang dapat saya kongsikan pada semua berdasarkan pengalaman saya. Alhamdulillah, proses bersalin anak kedua dan ketiga tidak mengalami sakit yang lama cuma terkilan sebab sewaktu melahirkan anak kedua saya, suami tak dapat masuk dan ada jururawat lelaki yang masukkan ubat pada rahim saya untuk pecahkan air ketuban.

Namun, perlu diingat bahawa aurat ketika bersalin juga perlu dijaga.

Akhir sekali, selepas bersalin peranan suami juga penting dalam memastikan kesihatan isteri terjaga.  Pastikan isteri mengambil set berpantang yang dapat mengembalikan tenaga dan kesihatan mereka selain dapat mengurangkan sembelit ketika berpantang dan memulihkan luka jahitan dengan cepat.

Sekiranya anda prihatin terhadap isteri anda, boleh hubungi saya untuk mendapatkan set berpantang di talian 013-2109044 (whatsapp).  Jangan biarkan mimpi ngeri semasa berpantang berulang lagi.

**These statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.  These products are intended to be diagnose, treat, cure or prevent any disease.**













Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment