Wednesday 5 February 2020

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya


Ujian itu Satu Pengalaman

Kita sebagai manusia didalam dunia ni memang takkan terlepas dari ujian. Setiap orang pasti akan alami ujian ataupun dugaan tersendiri. Ujian tersebut mengajar kita untuk belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan dan berubah kepada yang lebih baik. Begitu juga didalam dunia bisness ni, terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi. 



Beruntung sangat kalau korang buat bisness, semua berjalan lancar je. Sangat bernasib baik. Secara jujurnya kak H juga tidak terlepas daripada pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi. Diperli, ditipu, ditolak, gagal dan sebagainya. Itu adalah lumrah tapi cara kita menangani masalah tersebut yang membuat kita berada ditahap mana sekarang.

Kerenah customer ni bermacam-macam. Ada yang cancel order last minit walaupun kita dah sampai depan rumah. Belum lagi kalau yang jenis tak kuat semangat, prospek reject je terus down "alah, kenapa susah sangat nak dapat customer ni?" tapi bagi kak H kalau fikir dari sudut positif, ada sebab kenapa Allah tak bagi customer tu untuk kita.

Mungkin Allah nak tengok berapa banyak usaha kita dan mungkin yang selepas itu adalah lebih baik. So, jangan layan sangat perasaan down tu ye. Takmau lemau2 dah.
Nak berjaya kena buat apa yang orang lain tak pernah buat. Yakin diri, kreatif, berani untuk mencuba benda baru, cari cara untuk memajukan diri dan bisness dan selebihnya tawakal. In shaa Allah kejayaan milik kita semua.

Kenali Nur Hijratul Hajar Bahaman

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Seorang ibu bekerjaya dan mempunyai matlamat besar dalam kehidupan. Ingin bebas dari belenggu hutang dan membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan ingin berjaya dalam kehidupan.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment