Ada orang cukuplah sekadar cukup cukup makan. Cukup tempat tinggal, cukup untuk makan 1 family, Cukup tempat tidur dan Cukup pakaian. Sebab Risau jika terlebih akan menjadi riak dan bongkak.
Tapi ada orang kena lebih dari cukup sebab apa? Sebab Bila kita lebih dari cukup, kita mampu untuk bantu orang yang yang tak cukup. Tidak ada salah dan tidak ada betulnya. Terpulang pada diri masing masing. Tapi kak H, kalau boleh kak H nak lebih dari cukup sebab kak H nak bantu golongan yang sangat memerlukan bukan dari dalam negara bahkan dari luar negara juga.
Itu bercakap tentang pendapatan, kalau dari segi kehidupan idaman kak H sudah tentu kak H ingin kehidupan yang selesa untuk keluarga kak H. Nak ada rumah sendiri, kereta idaman sendiri, dan bebas untuk kemana mana sahaja melihat keindahan alam. Subhanallah. Dah berpeluang jejakkan kaki ke Makkah bersama mama dan ayah dalam masa 5 tahun akan datang.
Dari segi kesihatan, kak H sedang cub9a untuk amalkan gaya hidup sihat dan bebas dari sebarang makanan yang tinggi segala serba serbi. Jika diizinkan Allah, kak H nak lihat anak anak kak H membesar dengan cemerlang 20 tahun akan datang. Taknaklah terlantar sakit je atas katil. Paling penting kak H nak 1 dunia pun amalkan gaya hidup sihat bersama sama kak H
Alhamdulillah, kak H dah cuba untuk ubah gaya hidup kak H kepada yang lebih baik. In shaa Allah semoga Allah permudahkan jalan untuk kak H dan keluarga.. Aamiinn..
Korang macam mana? Apa impian korang 5,10 atau 20tahun akan datang? Cuba share nak tengok.. Mana tau boleh jadi inspirasi untuk kak H
LETS YOUR DREAM COME TRUE
0 comments:
Post a Comment